tp memandangkan masa tu xde org up iklan korga, kakyang grab trip ni juga. sbb kakyang dah boleh bayangkan trek YB mcm mana. insyaallah boleh terima lg trip ni. tp tak dpt nak bayangkan trek seterusnya.
lepas dah komit baru lah berduyun2 org iklan trip ke korga. cisssssskek betul
map jauh perjalanan yg dilalui |
31/1/2018 (rabu)
selepas ambik khai dan piah di UM, gerak ke bukit aman untuk ambik Tuan Razman pula
tuan razman drive dari situ ke loging sekitar jam 4.30 ptg. Kami sampai masjid 8.15pm. Hujan lebat sepanjang jalan. berkampung di masjid sementara menunggu semua line up sampai. sejuk sangat kat situ. kakyang x boleh nak tido seinci pun.
suasana di masjid loging. berkabus dan sejuk gedi. hujan pd awal malam tu |
Jam 0100 pagi kereta dan owner kereta sahaja bergerak konvoi ke dem ulu kinta ipoh bt8.(hantar kereta ke dem sultan azlan shah). sekitar kul 4 kami dah mula naik powil utk ke pintu rimba.
Day 1: 1/2/2018
6.46,pintu rimba - solat subuh dan simple briefing dan stretching.
7.30am:start hike kebun
10.00am:tiba tudung periuk (regroup) 💧waterpoint
10.30am:start hike
5.00pm:tiba peak Yong Belar (lunch)
berjemur di puncak YB utk keringkan seluar masing2 |
7.00pm:💧kem kuali. nak terkucil. turun ke waterpoint. terjatuh di semak. ingatkan tebing tinggi dah. menggigil badan kejap.
sambung perjalanan ke anak yong belar dan rehat sebentar di helipad. masing2 dah pewai. nak lelap sekejap dlm emergancy blanked. since terlalu sejuk dan x de siapa yg boleh rehat, group decide sambung perjalanan.
rupa sepanjang trip. huhuhu |
3.30am:start hike mencari camp h2o. kali terakhir org access trek ke kem ni adalah mid last year. maksudnya dah hampir setengah tahun tak di lalui. patutlah trek pun samar2. semasa cari camp h2o ni kami dah tersasar jalan lain. shooter yg pergi tinjau camp pun dah tak menyahut. org plg depan dah melaung cip di belakang. cip kata betul. tp takde jalan nak ke camp yg dikatakan seberang sungai. tebing ke sungai pun sangat menjunam. end up, cip tengok semula map dan baru jumpa. rupanya ada simpang lain ke kanan di atas. so kami yg dah di bawah kena naik semula ke atas dan ikut trek yg baru jumpa. baru lah sampai ke kem h2o yg sebenar
4.30am:tiba h20 (setup camp) free and easy (waterpoint). banyak agas di kem h2o. mandi dan tido kakyang boleh tido sejam saja di sini. sejuk sangat
Day 2: 2/2/2018
7.00am: buat breakfast dan berkemas. ema masak mee sup dan bekal lucnh nasi ayam goreng kicap. nasi ni basi dlm perjalanan. mee sup pun kakyang x boleh nak makan sbb berkapur. just cuit2 ambik fish ball & fishcake je.
tak boleh jd ni. permulaan hari yg x berapa bagus bila breakfast pun kelaut dah. untuk mengurangkan pewai, kakyang cari akal mengurangkan load dgn bg nazam bawa sleeping bag. tp si ema ni pulak pandai. dia bg beban ration lebih kat kakyang. ditambahnya ngan suruh bawa balik sampah sekali. huhuhu pi mai p mai sama je la beratnya.
11.00am:start hike ke peak junction. dari kem h20 kami cross sungai dan trek mula memanjat. panjat panjat panjat dan tegak saja. takde landai. kemudian di satu part ada tebing batu besar. yg x de pemijak. guna tali saja untuk tuas badan naik ke atas. masa nak naik tebing batu ni, kakyang mmg mengucap sesaja. dgn beg yg berat dan tebing yg berlumut. nyawa bagaikan dihujung tanduk.
tak lama lepas tebing batu tu, ada 1 lg rintangan tebing mencabar nak kena lepasi. utk naik ke tebing tu, kena panjat akar/batang pokok yang bergantung di angin. lagi sekali kering darah kakyang membayangkan situasi ni. cara lain, kakyang perlu naik melalui celah batang pokok yang muat2 badan shj. kakyang decide naik melalui celah batang pokok tersebut. tp masalahnya takde tempat untuk kaki berpijak. kakyang terpaksa buka beg dan pass beg kepada kawan yg dah ada atas tebing. boloskan diri masuk celah batang pokok tersebut dan berpaut pd batang pokok sambil ditarik oleh member dari atas.
Allahuakbar... tak terbayang kalau terjadi sebarang kesilapan di situ. alamatnya ke dalam gaung lah kami.
dari situ kami teruskan perjalanan mendaki cerun bukit yg rata-rata kecerunannnya 70 darjah ke atas. tegak pacak berakar selirat. kami sepatutnya regroup dgn yg lain di puncak korbu
lama-lama kami terpisah dari group padu. kami ber7 termasuk erik sweeper
disebabkan trek yg pacak memanjang atau menurun tebing sesaja. kami sampai di permatang bongsai dah agak malam sekitar jam 11mlm.
mula2 kami ber4 , kakyang, hairi, naz dan fazli decide utk buka dapur haram tengah trek. kelaparan dan perlukan air panas utk tambah tenaga. hairi, naz dan fazli berusaha naikkan khemah sbb masa tu tengah hujan renyai. tak sempat camp siap, eric, eza dan shikin sampai. kami sebulat suara setuju bermalam di tengah trek memandangkan semua dah pewai sangat. shikin pun x berapa sihat.
eric dan fazli pergi tinjau trek yg lebih lapang dan sesuai utk buat camp. 5 minit kemudian, fazli dtg semula dan maklumkan dah jumpa port sesuai dan eric dah naikkan camp sementara.
camp haram tengah trek bongsai |
selepas alas perut sikit dan minum. kami terus tidur berhimpit. tengah malamnya angin kencang dan sejuk teramat yg x dapat nak ceritakan. kakyang menggigil. kakyang hanya berselimutkan baju hujan dan emergancy blancket. satu malam yang penuh hazab. makin ke pagi, angin makin kuat. khemah makin menunduk. hairi yg tido di hujung sebelah sana ulang2 kali minta kami berikan dia ruang sbb dia makin terkeluar dari khemah. si nazim pula membebel sbb partnya berbonggol. dia x boleh tido. akhirnya fadzli bangun dan bg portnya pd nazim. hairi kekal di situ sbb mmg dah tak boleh p mana. hujung sini si eric the sweeper pun dah tepi sangat dah. malam yg penuh hazab. rehat yg x serupa rehat. redha dan redah je lah
Day 3:3/2/2018
8.30 gerak dari permatang bongsai menuju ke kem cerek. dlm perjalanan turun, shikin dah sedikit meracau bila dia mengadu bahunya sangat sakit. kakyang minta dia letakkan beg dan tolong urutkan bahunya sikit. bila dia dah lega sikit, kami teruskan perjalanan. dlm masa ni kami berkira2 tidak mahu ke puncak gayung utk mencepatkan masa regroup dgn team lain di korbu.
11.00 :tiba kem cerek 💧(waterpoint) -brunch di sini.kemudian kami teruskan lg perjalanan ke puncak junction dan terus ke simpang proton. di sini kami bertemu dgn satu group lain. dari penerangan guide mereka, puncak gayong hanya 5 minit away dari simpang proton. kami sebulat suara ke sana.
mossy di camp cerek |
1.30pm:tiba peak Gayong. group adik2 yg kami jumpa tadi jamu air panas dan megi diorang. alhamdulillah lega. panas sikit badan. lepas bergambar dan rehat sekejap, kami turun semula dan teruskan perjalanan ke puncak korbu.
permatang dan korbu |
in action! |
tangga chuban. seksinya ko kak oiii |
dah magrib. kakyang pula uzur. jd x berani nak jln dlm hutan sorang. tak lama lepas tu kakyang terserempak dgn hairi yg tengah ambil nafas di hadapan. terus kakyang regroup semula dgn mereka.
hari mula malam. headlamp dipasang. kami jalan mengikut trek menurun saja. sampai di satu tempat. katanya itu kem botak. rehat sekejap dlm cuaca sejuk sambil star gazing at puncak botak. cantik. kebetulan langit terang. kemudian teruskan perjalanan ke last waterpoint.
9.00pm:sampai last waterpoint. break dan mkn jap. sempat lelap. naz muntah2. mungkin kepenatan.
Day4:4/2/2018
1am:tiba kijang camp
setup firecamp
makan megi kejap sharing dgn hairi
3am masuk tido
6.30am bangun dan prepare breakfast
11am:tiba kem seroja -sembang2 dgn cm dan campers sekejap
terus sambung jalan ke air terjun balak
12.15pm:Air terjun balak. gambar kejap pastu terus jalan. sepanjang jalan berbelas kali redah sungai. akak ambik kesempatan redah sungai untuk sejukkan kaki. melecet jgn ckp lah. kuku satu 2 dah sungkit dah. lepas dari kem seroja, jalan agak datar sikit. tp cabarannya pd terpaksa lepasi balak2 merintang trek tepi tebing. ada satu part tu, hairi terpaksa tarik kaki kakyang sbb kakyang x boleh nak lepas dari balak sebesar pemeluk. dah la takde tempat nak pegang. nak tuil badan ke seberang pun x boleh. huhuhu.
ada juga trek yg betul2 tebing. kena betul2 perpaut kuat kat apa saja akar yg ada. naik turun batu sungai tu jgn ckp lah.
bila tiba trek landai dan lapang x banyak akar je, akak terus lari. sampai hairi pelik. eh.. tetiba boleh lari. hahahahaha
best kot lari sambil turun. rasa mcm tengah buat trail run.
3.00pm akhirnya sampai ke pintu rimba di dem. kakyang letak beg dan terus ke sungai bersihkan diri dan tukar baju. baru nak naik sungai dah kena panggil sbb semua dah nak bergerak balik.
singgah mkn jap kat kedai tomyam luar dem tu. sedap gok masakannya
cross berbelas sungai dari kem seroja nak ke ending point |
sekitar kem cerek |
air terjun balak |
antara camera observation hidupan liar |
gunung yong belar |
Gunung Gayong |
Gunung Korbu |
gunung junction |
Geng Sadai! hahaha |
Level: 9/10
No comments:
Post a Comment