Terkedu seketika. tak tahu nak mukadimah post mcm mn. Kakyang menulis sambil mata berair. Sedih mengenangkan nasib anak yatim yang ditinggalkan oleh Abg Yahya & Kak Saliah.
Sebenarnya, sebentar tadi kakyang baru dpt perkhabaran dari anak kak saliah yg mengkhabarkan ibunya telah pergi menemui penciptanya.
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Abg yahya adalah kwn baik arwah abg. itulah kawan gaduh, itulah kawan bergurau. itu juga kawan yg abg selalu cari untuk minta nasihat atau pendapat dlm segala hal. sangat serasi. malah sakit pun sama sakit.
Awal perkenalan abg dan abg yahya bermula bila suatu hari abg yahya tiba-tiba datang dan menyapa abg. selepas borak2 sekejap, abg yahya menghulurkan sekeping note ungu kepada abg. Abg terkejut. Utk apa duit itu?
Rupaya cerita abg tak dpt bonus tahun itu telah sampai ke telinga abg yahya, jd dgn niat bersedekah dan simpati dgn nasib abg, abg yahya yang ketika itu bekerja sebagai pemandu di syarikat tempat abg bekerja telah membahagikan bonusnya sedikit kepada abg.
Allahuakbar..bayangkan. seorg yang pendapatanya rendah dari abg, sanggup berbahagi reseki dgn org lain yg tidak dikenali sangat pun.
Sejak itulah abg menjadi akrab dgn abg yahya. sejak itulah 2 keluarga kami jd kawan baik.
Semasa abg yahya sakit dan cuti dari bekerja, abg akan selalu menziarahi beliau. Abg yahya meninggal 2,3 tahun lebih awal dari abg. sejak itu, kakyang tak pernah lagi berjumpa dgn kak saliah. tp kakyang sentiasa bermesej dan sesekali bila ada rezeki lebih, atau musim perayaan, kakyang akan share sikit rezeki dgn kak saliah.
tp lately dgn isu covid dan keserabutan WFH, lama kakyang berhubung dgn kak saliah. 2,3 hari yang lepas mmg ada terlintas di hati kakyang utk bertanya khabar kak saliah kerana rasa dah lama benar tak dengar apa2 khabar.
Rupanya inilah khabar yang kakyang terima..
Tak berkelip mata kakyang dok tenung mesej dari anaknya tadi. tak tahu nak kata apa. anak yatim itu telah jadi anak yatim piatu. sedihnya!
anak2 kak saliah dan abg yahya ada 3 org. yg sulung tua setahun dari anak bujang, yg nombor 2 sebaya anak bujang, dan nombor 3 sebaya anak bujang kecil kakyang. Semua umur2 baru nak kenal hidup. bayangkan umur begitu telah ditinggalkan terkontang kanting tanpa ibu ayah. Allahu!. pilu rasa hati.
Moga anak2 yatim itu tabah mengharungi kehidupan. Moga anak2 yatim itu kuat. Moga ada saudara mara abg yahya dan kak saliah yang boleh anak2 yatim itu tumpang kasih.
Allahu. sebak!
No comments:
Post a Comment