2,3 hari lepas tular gambar2 peralatan lama yang sering digunakan pada zaman tahun 70-80an dulu. tahun ni kakyang masih kanak2 atau masih di sekolah rendah.
Bila tengok gambar2 tu, terus menggamit kenangan zaman kanak-kanak dulu. meh kakyang tunjukkan 2,3 gambar tu yg menarik
TV lama ni. dulu rumah kakyang ada sebiji mcm ni.tv hitam putih. ada pintu boleh tutup. tp seingat kakyang, tv ni selalu rosak. bila rosak, abah akan panggil cina utk dtg repair. nanti cina tu akan buka board di belakang tv tu, dan dia akan tukar atau patri semula board hijau tv tu. pastu boleh la nonton tv semula..
ada satu kejadian yang related dgn tv ni. abah kakyang alas kaki tv ni dengan kayu dibawahnya. tak tahu kenapa, mungkin untuk tinggikan lagi kedudukan tv tu pd aras mata kot. so kitorang adik beradik pula, bila menonton tv, suka menonton sambil baring. tengok tv pula dekat. kaki sampai boleh cecah kaki tivi tu. selalu la juga alas tu berganjak dek kerana kaki tersadung dgn alas tu. 2,3 kali juga la tv tu nak terbalik. mak kakyang dah banyak kali minta abah buangkan je alas kayu tu. tp abah diamkan je.
nak dijadikan cerita, suatu hati masa menonton tv tu, kaki adik kakyang tertolak kayu alas tu sampai terbalik. makanya, jatuhlah tv tu menghempap adik kakyang yang tengah pegang pen masa tu. pen tu pula tercucuk ke kelopak mata adik kakyang. darah meleleh2. mak punya mengamok marahkan alas kayu tu, terus mak bangun dan ambik kayu tu campak ke luar rumah. sejak kejadian tu, tivi tu dah tak beralas lg. hehe
rumah mak abah kat kg dulu ada 3 tangga mcm ni. tangga depan ada 2 sbb abah buat rumah ada pangkin/beranda kat depan, tangga dari tanah naik ke beranda dlm 3 anak tangga je, pastu dari beranda naik ke pintu depan ada 2 anak tangga. yg tinggi macam ni tangga pintu belakang untuk turun ke bilik air yang terletak di luar.
dulu kakyang belajar mengaji ramai2 macam ni dgn mak. tp mak ngajar anak2 sendiri je, sekali mengaji mungkin kami 3@2 beradik.
Rak pinggan rumah mak abah dulu. kami panggil para. kat atas ni lah segala peralatan memasak di simpan. sebijik mcm ni. rak ni abah buat berada di sebelah kanan dapur. tepi para ada pelenggaq tempat letak dapur minyak tanah. sebelah kiri pelenggaq tu pintu dapur untuk turun ke tandas di luar.
dulu-dulu, pinggan retak gini kami recycle buat tempat ubat nyamuk. kadang2 kalau terlalu banyak nyamuk dan nak pasang lebih, pinggan recycle mcm ni x cukup, gunakan tudung periuk lama as alternative.
terpandang gambar ni terus teringat nostalgia bersama tok (nenek) sebelah abah. kakyang rapat dengan tok sebelah abah sebab rumah tok lebih dekat dengan rumah mak abah kakyang. rumah tok sebelah mak di pekan aloq setaq. jauh. dpt balik kg sana sesekali di musim perayaan sahaja.
bakul ni tok panggil bekas pinang. sbb tempat tu dia dok simpan sirih pinang dia. ada kacip, gobek, dan bahan-bahan lain. dlm ni juga tok suka tabur duit2 syiling baki membeli barang. bila kami adik beradik dtg rumah tok, tok akan suruh kami ambik duit syiling dlm bekas pinang ni dan p tlg beli curut cap unta untuk dia. baki2 syiling tu, kami kutiplah masuk poket sendiri sebagai upah p kedai.
kadang-kadang, kalau xde duit dalam ni, tok akan pesan suh cari bawah tikar getah. bawah tikar getah tu adalah 'bank' simpanan tok. hehehehe
bila teringat tok, kakyang akan teringat betapa sedapnya ikan tongkol sambal yg tok masak. guna cili boh je pun. tp air tangan tok mmg sedap. sampai sekarang kakyang tak jumpa dah rasa ikan sambal mcm tu.
lg satu perkara yang mengingatkan kakyang pada tok adalah minyak kelapa. tok rajin buat minyak kelapa sendiri. nanti tok akan gunakan minyak kelapa tu untuk masak, buat minyak urut, buat minyak rambut. dan orang yang jd mangsa kena lumur minyak kelapa adalah kepala kakyang lah. sebab tu rambut kakyang hitam legam. beza dengan rambut adik2 kakyang. rambut mereka sedikit keperangan. lgpun adik2 kakyang tak sempat bermesra lama dgn tok. masa tok tadak, adik2 kakyang masih baby.
Alfatihah untuk arwah tok.
gambar yg ni takde kena mengena dgn kenangan pun. it just kakyang sangat suka rumah kampung macam ni. rasa aman damai. suasana keliling menghijau. terasa sejuk jer...
baru2 ni kaklong ajak kakyang dan anak-anak datang rumah peninggalan neneknya untuk makan durian. kakyang pula pertama kali ke sana. bila tengok rumah tu, terus terpikat. dlm hati dk cakap, bestnya kalau dpt duduk rumah mcm ni. pastu dengar cerita pula kata kat belakang rumah ada anak sungai. dari belakang dapur pun boleh dengar deru air sungai tu. aduhhhh amannya rasa. sampaikan kakyang terlintas untuk nak minta menyewa dan jaga rumah tu. tp bila tanya nasihat kawan-kawan pada kadar jarak rumah tu ke tempat kerja, kawan2 kata terlalu jauh dan jalan nak keluar dari area rumah ni terlalu jem. better jgn duduk situ. maka... tak sampailah hajat kakyang nak merasa duduk rumah mcm ni. harap2 di musim durian akan datang, kaklong sudi ajak dtg rumah tu lagi.
kalau ada duit, sanggup je kakyang beli rumah mcm ni utk buat rumah singgah. dpt dtg lepak2 santai2 berhujung m inggu jdlah.
#ceritatentangkenangan
No comments:
Post a Comment