Semalam kakyang berpeluang ikut team rintis ke Bukit Tajoh yang letaknya di dlm hutan area Kemensah.
entrance ke sini sama je mcm nak ke bukit Repin, tp di simpang Bukit Roket nanti belok ke kiri. Trek agak jelas tp jrg dilalui. dari situ terus susur ke arah dam tinggal. selepas tu menyusuri sikit sungai sebelum naik ke tebing di sebelah kanan untuk ke peak Bukit Tajoh.
Bukit ni ada beirut. tp dah tersembam menyembah bumi. semalam kami rintis tegak jer dari trek menghala ke UIA tu.
Turun dari peak, kami singgah ke dam tinggal utk picknic sekejap sambil bg peluang anak2 utk mandi manda. best. air jernih, sejuk
dan menariknya, semalam semasa treking ke sana, kami jumpa satu punca air yg jd permulaan punca sungai. air membuak2 keluar dari perut bumi. ini pertama kali kakyang tengok kebesaran Allah mcm tu. selama ni pernah juga terpikir di mana punca awal bermulanya sebatang sungai kan? haaa nah allah bg tengok terang2 dpn mata. Subhanallah!
semalam juga kakyang berpeluang tengok lg satu kebesaran allah. selama ni dok baca je pasal lumut tahi kera yg floresen bila malam. kali ni bukan je lumut yg nampak, cendawan floresen pun ada. Masyaallah... subhanallah.. takjub juga sekejap semalam. sampaikan sanggup jalan dlm gelap semata nak menikmati indahnya alam di waktu malam. rasa mcm jalan dlm dunia fairytales. kiri kanan trek di di hiasi lampu2 floresen kecil bercahaya hijau sepanjang trek.
jom layan sikit gambar semasa mencari beirut ke Bukit Tajoh.
ada org bg kita bunga hutan semalam. kiter terima dan appreciatelah usahanya. kikiki |
salak hutan |
CP bukit roket. kenapa nama mcm tu? |
pokok ni punca nama CP Bukit Roket |
2 comments:
salam kak. ada gpx file ke untuk route ni? ataupun rekod dekat mana2. terima kasih
Maaf dik. Xde. Kwn yg bawa akak
Post a Comment