Monday, December 21, 2020

Bukit Besi

 Haritu kakyang berpeluang ikut member p bukit besi. Enterance point di alam damai cheras. cross dgn kedai mamak tu dah ada 1 entrance di tepi bukit. naik situ agak terus memacak sebelum jumpa simpang. kami ikut ke kiri untuk buat 1 loop besar. jalan ke kiri tu akan bawa ke kolam dan naik tegak dari kolam tu akan sampai ke bawah pencawang elektrik. kami sampai kat situ dah agak t/hari sbb mula td pun dah lewat. aduh.. bila panas ni, mula la kakyang nak mengaruk dan nak pitam. naik dari pencawang letrik tu terus sampai ke puncak bukit besi. ada beirut di sini. tp beirutnya di dalam pagar pencawang. dpt bergambar dari jauh je la..






turun dari pencawang ikut trek tar. fanassss dik not.. why is malaysia so hot aa?ayoyo karawale. 

turun dari situ utk ke air terjun besar. entrancenya di sebelah kanan. jln dlm 15 minit, sampai dah ke air terjun tu.


pas lepak2 kejap kat situ bawa bekal yg kakyang buat dan kupi2, gerak pula ke air terjun kecil. trek memacak naik lg sekali. sbb dah berbahang panas, kakyang pewai sangat. setapak setapak sambil pot pet panas panas. 

sampai di air terjun kecil, kakyang ambik kesempatan mandi dan sejukkan badan. pastu teruskan perjalanan balik ke viewpoint bukit besi. 

sampai kat viewpoint bukit besi, ada org ajak mkn kek besday sekali. puas menolak, diajaknya juga mkn, lastnya kakyang ambik juga la sepotong dan share dgn ari.

dari situ terus gerak turun ikut jalan tangki air. 










Bukit Tajoh, Kemensah

 Semalam kakyang berpeluang ikut team rintis ke Bukit Tajoh yang letaknya di dlm hutan area Kemensah.

entrance ke sini sama je mcm nak ke bukit Repin, tp di simpang Bukit Roket nanti belok ke kiri. Trek agak jelas tp jrg dilalui. dari situ terus susur ke arah dam tinggal. selepas tu menyusuri sikit sungai sebelum naik ke tebing di sebelah kanan untuk ke peak Bukit Tajoh.

Bukit ni ada beirut. tp dah tersembam menyembah bumi. semalam kami rintis tegak jer dari trek menghala ke UIA tu. 


Turun dari peak, kami singgah ke dam tinggal utk picknic sekejap sambil bg peluang anak2 utk mandi manda. best. air jernih, sejuk



dan menariknya, semalam semasa treking ke sana, kami jumpa satu punca air yg jd permulaan punca sungai. air membuak2 keluar dari perut bumi. ini pertama kali kakyang tengok kebesaran Allah mcm tu. selama ni pernah juga terpikir di mana punca awal bermulanya sebatang sungai kan?  haaa nah allah  bg tengok terang2 dpn mata. Subhanallah!


semalam juga kakyang berpeluang tengok lg satu kebesaran allah. selama ni dok baca je pasal lumut tahi kera yg floresen bila malam. kali ni bukan je lumut yg nampak, cendawan floresen pun ada. Masyaallah... subhanallah.. takjub juga sekejap semalam. sampaikan sanggup jalan dlm gelap semata nak menikmati indahnya alam di waktu malam. rasa mcm jalan dlm dunia fairytales. kiri kanan trek di di hiasi lampu2 floresen kecil bercahaya hijau sepanjang  trek.




jom layan sikit gambar semasa mencari beirut ke Bukit Tajoh.

ada org bg kita bunga hutan semalam. kiter terima dan appreciatelah usahanya. kikiki



salak hutan



CP bukit roket. kenapa nama mcm tu?
pokok ni punca nama CP Bukit Roket





















Friday, December 18, 2020

Nasi Arab Noxxa

 sejak 2 menjak tak banyak hiking ni kan, kakyang dpt up gambar makanan je ler.. nak up gambar dlm hutan, dah takde pula yang terkini, redha je la kan

hari ni kakyang masakkan nasi arab utk kenduri dgn kwn2 kat ofis. kenduri niat sbb terlepas dari satu beban hutang.

the moment kakyang dpt berita gembira pasal pengurangan hutang haritu, terus terniat nak belanja kwn2. pk punya pk nak belanja apa, hanya terbayang ayam perap kat rumah tu je. lastnya dpt idea, sambil belanja tu sambil bg kawan2 test ayam tu ye dak? mana tau ada yg suka bolehlah kita jual pula pas tu,

semalam kakyang singgah pasaraya utk beli bahan. pergi dgn niat nak beli bahan utk buat nasi ayam, lastnya keluar dgn bahan nasi arab. kikiki itulah org perempuan. tak pernah tetap pendirian. selagi x masak, selagi tu lah menu masih boleh di ubah2.

pg td pun nyaris2 batal niat juga. gara2 malas nak bangun awal. alarm dah bunyi 2,3 lapis pun masih bergolek atas tilam lg, lastnya kul 5.30 baru kakyang bangun masak. 

1st time kakyang masa nasi arab ni. tp ni kira nasi arab express la sbb cheat guna rempah ready made. ayam siap perap. tak lah 100% boleh panggil nasi arab pun kan

tp ada aku kesah? janji staf mkn abis. hehehe

meh kakyang share resepi nasi arab ala2 resepi majalah masakan. maksudnya resepi cheating. kikiki

cara masak nasi:

tumis 2 ulas bawang besar +5 ulas bawang puih yang dah di blend halus. kakyang gunakan pure butter. masak dalam noxxa je pun.. tumis bawang sampai bau harum. pastu masukkan 3 sudu rempah nasi arab. rempah ni boleh dpt kat pasaraya. setelah rempah dah mesra dgn bawang, masukkan 6 cwn beras yg telah di basuh. gorengkan sekejap beras tu dlm 2,3 minit, pastu tambah air mcm masak nasi biasa.

Tutup periuk dan set HP 7 minit. tunggu sampai siap bunyi beep , released preassure dan buka tudung periuk. Kacau2 nasi utk bg mesra serata dgn rempah.


Cara buat salad timun:

1  batang timun- belah dan buang bijinya. potong dadu

1 batang carrot - potong dadu

3 biji tomato - potong dadu

1 biji bawang besar - potong dadu

3 biji cili merah atau cili api- potong kecil

garam, gula, cuka secukup rasa

- gaulkan semua bahan. mesti ada rasa masam2 manis sikit


Cara buat sos salatahara:

cili api 10 biji

cili merah 5 biji, boleh je guna cili api semua, tp sos nanti jd warna hijau. hehe

tomato 3 biji

daun ketumbar 1 pokok

garam gula dan perahan lemon 1 biji.

-blend semua bahan sampai halus. sos ni pun biar pedas2 masam manisnya balance. sedap di cicah dgn ayam bakar nyummm


Ayam perap:

perap ayam dgn bawang putih, halia, dan rempah nasi arab. sebaiknya semalaman baru mesra. pastu bakar dgn airfryer.

kalau nak lagi senang, beli je ayam perap dgn kakyang. balik rumah, bakar je. sodappp bangat


taraaaa... jemput mkn



Wednesday, December 16, 2020

Alhamdulillah.

 Alhamdulillah.. Maha suci Allah! Allahuakbar!

Kakyang baru terima perkhabaran gembira kejap tadi. Sebak! menaip sambil mengangis. Tak sangka Allah permudahkan niat kakyang.

Kakyang cuma tunggu satu benda je lagi utk mengesahkan berita gembira ni. once dah dpt, dah selesai, kakyang akan tulis panjang lebar yer.. doakan apa yang kakyang dengar tadi tak salah dengar. bila sambil menulis ni terpikir pula entah2 kakyang salah faham. salah dengar. sbb bendanya berbeza besar sangat. sangat sangat.

Allahuakbar jika ianya betul.

Tuesday, December 15, 2020

Chicken Mango

Kakyang rasa lapaq sangat lepas balik dari appointment klinik ptg td. Mana taknya, sebelum lunch td dah berdezup pergi klinik dulu sbb takut terlewat dgn appointment Dr. Doktor pula seawal subuh shafie lg dah mesej ingatkan  suh dtg klinik hari ni.  Nak singgah lunch kat luar lepas rawatan, mmg tak lah. Kakyang mmg x suka mkn kedai. nak pula bila sorang-sorang. mmg tak singgah lah

Baru nak start kereta, pomen called update pasal kereta yg kat bengkel ada problem pula. Gegas pusing stereng melengcong singgah bengkel kejap nak tengok progress repair kereta. Dah dengar explanation sikit sebanyak, kakyang ckp kat pomen, buatlah apa yg terbaik Boss. Janji selesai masalah kereta tu.

Barulah dpt balik rumah dgn aman wpun tujuan asal nak singgah balai polis x kesampaian sbb balai dah tutup.

Sampai kat rumah, perut dah pedih sakan. Dlm kepala takde idea lg nak masak apa. Sambil2 dok telepathy dgn petiais, sambil2 kakyang merancang menu apa yg nak buat.

Dlm kepala dok nampak isi ayam yg tak femes tu je. Mnyampah tengok isi ayam dok kekal di tempat teratas dlm peti ais tu. otak terus  berkomplot dgn nafsu untuk menyingkirkan isi ayam dari kedududukannya dgn segera.

Jenuh perah otak veteren kakyang ni, lastnya dpt 1 idea.. Tp sebelum tu kakyang kena intai pokok tua yg rendang x berbuah  tepi rumah dulu. Kalau2 ada yg bergayutan, dptlah di realisasikan komplot otak kakyang tu.

Alhamdulillah rezeki. nampak bergayukan seketul dua. alamak.. tinggi la pula gayutnya. nak kena kait. cari2 besi utk buat pengait. terpendek pula. kena cari besi yg lagi panjang. pastu panjat pula atas batu pelapik pasu. dlm hati dok doa.. jgn ler tak imbang  badan. mau jatuh mcm nangka busuk pula nanti. nak2 pula lutut tengah sakit ni.. akhirnya 2 biji mangga muda jatuh kedebuk dpn mata.. 

Makanya... Dpt lah kakyang dinner dgn chiken manggo hari ni..

Nak citer buat chiken manggo je pun, tp pusingnya tu serata alam. hahahah

Meh kakyang belanja resepi chiken manggo 

Chicken manggo..

Isi ayam, diperap bersama dgn bwg putih dan lada sulah 30 minit. Pastu pecahkan telur sebiji  dlm ayam dan gaul bg serata, baru disadur dgn tepung. Sy gunakan tepung goreng bistari. Goreng dlm minyak panas yg banyak hingga garing dan toskan.

Saladnya...
Mangga muda-sagat
Carrot - sagat
Salad- potong kasar. Sy xde stok salad. Sy ganti dgn kobis yg dipotong halus.
Tomato dihiris nipis.
Bawang besar hiris nipis
Cili api potong halus
Utk sosnya..
Cili api-cincang atau blend kasar
Sos plum
Gula kabung
Sos ikan
Cuka@air limau
Akar  ketumbar-blend halus.
Air 1 mangkuk

- campurkan semua bahan dan didihkan atas api. Campurkan sedikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos. Rasa kuah sos mesti balance rasa masam manis masin dan pedasnyanya. Kalau ada yg terkurang, tambah  sikit2 bahan.

Cara mkn/hidang..

Potong isi ayam td kepada kepingan kecil dan masukkan ke dlm pinggan. Pastu baru dicampur dgn salad2 dan last sekali curahkan kuah di atasnya. Nak lg sedap, taburkan kacang tanah goreng sikit. Umpph.. Kompem x boleh brenti mkn. Cubalah.



Monday, December 14, 2020

Pie Tee

1st time kakyang terai buat kulit pai tee sendiri. Bertahun dah beli acuannya. Hari ni baru terrajin nak buat. Tu pun gara-gara kak ipar ajak pergi rumah makcik. Tak tahu nak bawa apa sebagai buah tangan. Lepas scan bahan2 apa yg boleh diolah dari dlm peti ais, ditambah sedikit dgn cetusan idea dari MAHN, terus kiter decide nak buat pie tee..

Tengah dok mengacu kulit pie tee, kak ipar bgtau dia dah balik dari rumah makcik. Tak tunggu kakyang sampai. Dah la lama tak jumpa kak ipar dan anak2 buah kiter. Huhuhu
Sedih dan merajuk dgn kak ipar, kakyang siap2kan semua pastu terus simpan jer dlm bekas. Mlm nanti lah baru masukkan inti etc dan bawa makan rumah makcik mcm selalu..
Ada sumbing, ada senget, ada bontot berlubang, ada berekor, ada kembang setaman. Tp kakyang tetap bangga sbb xde yg melekat. Kulit pun rapuh sedap. nak tepuk bahu sendiri lah kejap.. Welldone to myself


acuan cup pie tee mcm ni. gambar ehsan google jer. heheh

dari mengacu semalam.. hahahha


















Meh kakyang share resepi..
Kulit pie tee..
1 cwn tepung beras
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1sd kecil garam
1 bj telur saiz sederhana
1 sd kecil air kapur
1 cwn air.
*campur semua bhn. Bancuh dgn air sikit demi sikit sampai nampak adunan sederhana pekat. Mcm nak buat ikan celup tepung gitu.pastu bolehlah buat cup pie tee dgn acuan khas.
Utk filler..
Seketul dada ayam, haluskan/cincang
2 ulas bwg putih- cincang
1 ulas bwg merah-cincang
Timun*
Sengkuang*
Carrot* sagat semua bahan *
garam gula perasa ikut sesedap rasa.

#tumis bwgs hingga harum, pastu masukkan isi ayam. Dah agak masak, masukkan sayur yg disagat. Perasakan garam gula. Gaul2 agak2 dah masak sikit, tutup api dan sejukkan. Dah sejuk baru isi dlm cup pie tee td.
Siap. Boleh la mkn dgn sos thai. Selamat mencoba.