Friday, December 14, 2012

Kisah si tukang kebun dan jiran

semalam baca cerita kak Anita Abdul pasai jiran dia dan rosnya. hari ni sy nak cerita pasai jiran saya dan tukang potong rumput rumah saya. 

Tukang potong rumput (TPR) ni mmg saya upah tiap2 bulan dtg potong rumput. jd dia mmg dah tau apa nak kena buat kat rumah saya. Alkisahnya bila dia dtg rumah pagi weekend lepas, kebetul jiran saya (seorang pakcik) ada dpn rumah tengah baca paper. Pakcik ni nampak si TPR ni dtg jer, dia terus meluru masuk dlm kawasan rumah saya sambil bg arahan kat si TPR ni..potong pokok tu bla..bla.bla. potong pokok rambutan tu..bla..bla..bla..

Si TPR ni pun tercengang dan tunjuk muka masam mcm tak puas hati dgn pakcik tu. Saya pun terkebil2 juga bila tengok pakcik tu yg lebih2 bg arahan apa ptt si TPR buat. Pakcik tu beredar balik rumah dia sebaik habis ronda
 seround kawasan rumah saya.

Si TPR ni pun dengan muka tk puas hati tanya saya. siapa pakcik tu kak? dia pulak yg lebih2 bagi arahan. apa? dia ingat saya tak tahu buat kerja ka? saya potong rumput rumah akak ni dah lama la..tahu la saya apa ptt buat.

saya tersengeh gelak2 jer. pastu sy bgtau dia, potong semua pokok pisang tepi pagar. tp pokok pisang kat bucu pagar belakang tu jgn potong. tu yg pakcik td punya.

si TPR ni makin tak puas hati la sampai tercakap: aih? apahal pakcik tu tanam kat rumah akak? tanah org pun nak ambik ker?

saya gelak je lah. nak buat camna..nasiblah dpt jiran yg pk lamanmu lamanku jua...

Friday, December 7, 2012

Grumble mumble

tak de mende sngat nak cerita pun. mata mengantuk sakan sbb semalam p gatai tengok wayang skyfall kul 11.45 mlm. kluar panggung dah 2.30pagi!.sampai rumah terus boommm tidur tak sedar diri. sedar2 dah kul 7 am. ha ko, kesiangan. subuh kemana.

sbb hari ni jumaat, so tunggu lunch time je lah utk lelap mata puas2. harap2 adik2 teknition yg tengah buat wirering baru dlm bilik bos ni abis kerja cpt. cpt boleh tidor. hehehe

oh. nak mengaruk skit bab sorang staf yg bermasalah ni. kakyang namakan K lah yer..td ada co staf dia tepon kakyang tanya pasal report kehadiran si K ni dah hantar ke sumber belum? kakyang ckp dah. kenapa? rupanya si K ni mengadu kat kakak tu yg dia tak terima gaji bulan nov. ait? gaji dec pun dah nak masuk, baru nak komplen pasal gaji bulan nov tak terima?

haih, aritu ckp  besar kata kalau nak terminate dia, terminate je lah. mcm tak takut hilang punca pendapatan. tp bila bising tak terima gaji ni, spt ckp tak serupa bikin. ye dok?

haih...tak tahulah kakyang ngan peel org muda ni. tak takut hidup tak berduit. dok kl plak tu. serba serbi mahal dan berbayar. kalau takde kerja mmg masalah besar .

stop dululah. otak kakyang blank tetiba. ni sbb kurang tidor la ni..


Wednesday, December 5, 2012

Happy birthday to me!

Hari ni birthday kakyang. yg ke...jeng jeng jeng...dah menghampiri 4 siri you..lg setahun 2, pegang title 4 lah. huhuhu tuanya. tp otak perasan diri muda lg. muakakaka

spt biasa abg n anak2 wish mlm tadi yg kebetulan kitorang dlm kereta on the way balik dari kg. si adik terpisat2 kena kejut ngan abg utk wish ibunya ni. yg keluar hanya u u uuu.. hahahah org mamai disuruh wish birthday.. kluar perkataan gitu je lah.

yg tak best skit. pada eve  birthday kakyang ni, abg terkeluar cerita pasal xgf dia. kakyang apa lagi, sbb hati dah terguris kan, terus tanya pasal x xgf yg lain. abg takmau kakyang melalut lebih jauh, cepat2 dia tukar topik lain. hahahaha

apapun,  sikit sebanyak hati dah  berbirat bila cerita lama diungkit.

so, pg ni kakyang masih menunggu seorang sahabat  utk wish kakyang. dah kul 10.32am masih belum masuk apa2 msg wish dari dia. takpe..kita tunggu lama skit lagi. agaknya nak 'balas' ke kakyang kot sbb last month kakyang wish besday dia pun dah dekat tengah hari.

kalau satu hari ni tadak. nampaknya title sahabat tu dah boleh tukar kepada kenalan jer lah..

apapun..wish myself happy birthday. try to live my life the fullest. takmau taching2 sngat, mantapkan amal ibadat. focus pada yg sepatutnya betul2. and all the best!


Tuesday, November 20, 2012

Universal Studio Singapore

last week masa cuti deepavali tu kakyang p USS dengan keluarga abang. Kak Ipar yang sponser. ada 22 org kesemuanya.

Happening sebenarnya trip tu..tp kusangkakan happynya berpanjangan, rupanya ada drama ditengah USS yg terjadi..

ish..td rasa nak bercerita..tetiba teringat hat drama tu terus hilang mood nak cerita panjang2..kemdian2 lah kakyang tulis lagi..semak otak. sakit jiwa sampai la ni kakyang rasa lagi..mood sedih tak abis lagi rupanya..

oh hati...bila la nak baik ni...luka di hati susah nak sembuh kan...kan..

moh layan gambar je..gambar pun tak banyak sbb drama tu start selepas kakyang turun dari tempat transformer tu.






Result UPSR

semalam anak kakyang dah dpt result upsr. abg yg bawa dia p ambik result tu. kakyang kat ofis tak senang duduk. masuk online tak dpt, terus sms 15888. 30 minit kemudian..jeng jng jeng..dpt tahu dah result along berapa!

senyum2 kakyang fwd sms tu ke abg. dgn nota jgn  bgtau along lg. biar dia tahu sendiri kat sekolah. kak ipar kakyang yg ada anak sebaya pun dah sms bgtau anak dia dpt berapa.

lepas kluar result tu. along dah heppi semacam. wpun resultnya tak seberapa. bukan dia jer yg happy, kakyang dan abg pun happy juga.

along dpt 2A3B jer..bagus dah la tu. dari igauan kakyang yg takut dia dpt cacamerba...sepupunya zainol anak cikgu dpt 3A2B. so? not bad lah kan anak kakyang tu? sapa kata along tak pandai? meh sini kakyang debik 10x!

Wednesday, November 7, 2012

MASAK TEMPOYAK PUCUK KAYU DENGAN KULAT SISIR

Siapa tak pernah tengok kulat sisir a.k.a cendawan kukur angkat tangan!. nah ni rupanya.. kakyang terjumpa kat pasar sec6 masa tengah cari daun2 nak buat masak tempoyak ni. terus sambar 3. sepeket RM5.00. mahal pun beli juga since dah lama cari. hehehe

ni daun2 yg kakyang masukkan dlm masak lemak tu,. ada pucuk labu, pucuk kaduk, pucuk ubi, serai, bunga kantan.

bahan2 yg digunakan. mesin halus semua bahan ni dan campur dengan tempoyak dan ikan bilis. kalau suka pedas, tambaha cili api tu yer..

tempoyak home made dari lebihan buah durian yg tak habis. nak buang sayang sbb durian2 yg abang beli semua yg berkualiti. tp bila dah lama sngat simpan dalam esbox, abg dah tak suka makan. jd ler tempoyak...

kakyang potong halus bunga kantan, daun kunyit dan petai pas tu campur dalam bahan mesin tadi. terus renihkan atas api sampai empuk.  petai kakyang mayang kasar. kakyang letak skit jer sbb kakyang tak makan petai. tadap bau saja cukuplah. 

daun2 pucuk tadi kakyang mayang halus2 macam ni. bila dah empuk bahan2 yg masukkan tadi, baru masukkan daun2 ni. dalam masa yg sama masukkan cendawan kukur sekali..didihkan lagi sampai daun yg baru ni empuk pula. 


dah didih dan empuk daun2 tadi baru masukkan santan. nampak tak santan tu seketul beku lagi? ..hehehe tu kerja org malas nak tunggu santan cair. :P. time ni kena kacau selalu jgn bg santan tu pecah minyak. dah pekat baru matikan api dan angkat.



taraaaa... ni la rupa masak lemak tempoyak pucuk kayu..makan dengan nasi panas2 sngatlah sedap!

selamat mencuba!

Tuesday, November 6, 2012

KIMCHI

meh sini kakyang ajar camner nak buat kimchi..setanding dgn kimchi jeju island tau...

ini bahan2 yg diperlukan

kobis tadi dibersihkan dan dipotong kecil supaya mudah nak makan. gaulkan dengan garam dan perap 4-5 jam. xperlu guna air. bilas bila dah cukup perap nanti dan toskan airnya. ketepikan sementara kita prepare bhn lain pula..

daun bawang dibersihkan dan potong panjang-panjang dlm 1-1.5 inci. ketepikan utk sementara waktu


bawang putih,, bawang merah, halia dikupas dan blend/tumbuk halus

 bahan-bahan yg telah diblen tadi dimasukkan dlm besen besar utk proses gaul. masukkan cili serbuk, cencaluk, air 100 plus, sos ikan dan apa yg putih tu?..itu tablet ginseng. org korea buat kimchi letak ginseng tau.
gaul semua bahan td jd pes. tak perlu masukkan air. 

ini rupa bhn2 yg telah digaul td.

aduh..gambar terbalik pulak ni..camner nak rotate tak reti? bantai je la kan...hehee
masukkan kobis yg telah diperam td + daun bawang. gaul sebati dengan pes tadi. cuba rasa garamnya. kalau  rasa tawar, tambah garam.

ni rupa kimchi yg dah siap gaul. masukkan dlm bekas/balang/tapawe tutup ketat dan simpan dlm peti. anytime nak makan dah boleh. kimchi ni lagi lama simpan lagi masam. kimchi 'tua'/ kimchi yg dah masam ni sedap masuk dlm asam pedas atau tomyam untuk ganti asam limau/air asam.
selamat mencuba!


er.. ini rupa botol ginseng korea yg kakyang beli haritu...mahal harganya ni sbb kualiti terbaik!




STEW DAGING DAN KIMCHI

Masakan dah lama. tapi kakyang baru ada mood nak update kat blog. bila kakyang dah bosan nak makan makanan biasa, kakyang suka masak mee simple2 mcm ni.. since dlm esbox ada shitake fresh, kakyang decide nak masak stew daging bersama kimchi dan mee sua.. kimchi ni homemade tau. dah berbekas2 kakyang jual kat member ofis. semua repeat order. diorang dah tak beli kat supermarket dah.. lenkali kakyang citer camner nak buat kimchi ya..

ni resepi stew daging berkimchi..portion untuk semangkuk ya.

100g daging -potong nipis
2 bawang putih-mayang
2 bawang merah-mayang
1 senduk kimchi
1 mangkuk stok daging
mee sua @ mee kuning @ megi kering @  bihun pun  boleh
3 ketul cendawan shitake
1/2 ketul tauhu jepun @ 1 ketul tauhu biasa

cara masak:

tumis bawang2 bg naik bau, kemudian masukkan hirisan daging. kacau2 dlm 1 minit. agak2 nampak daging dah nampak mcm masak, terus masukkan kimchi. kacau2 lg sampai dah kimchi dah nampak garing, masukkan stok daging. terus masukkan hirisan cendawan shitake. dah didih kuah, baru masukkan mee sua dan tauhu. nampak mee dah lembut terus boleh angkat dan makan..

kalau suka, hidangkan dgn hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng...nyum..nyumm


Friday, November 2, 2012

Bila rindu bertandang

Aigoo...tajuk tak boleh tahan. gedix giler. hahahah

ekceli, mmg kakyang rindu pun. kakyang rindu cerita2 zaman dok bercinta dulu. terasa cinta tu hangat membara. tak jumpa sehari mcm jam tu tak bergerak. setiap masa dok tengok jam, tengok hp. tunggu calls jer. bila dpt berjumpa. dapat dating. best tengok mata masing2 bersinar2. happy sangat. terasa api cinta. panas jer..grrrr jd harimau skit. hehehe

td kakyang dah karang panjang berjela cerita2 gedix bercinta dulu. tp malulah nak bg korang tahu. biarlah semua tu jd rahsia kakyang sendiri.

teringin nak ada perasaan mcm dulu..parah ni..kekeke


Tuesday, October 2, 2012

OMK

Oh mak kau! blog lama kakyang dah hilang. bila kakyang cari td dah tak wujud nama blog tu pun oMG!..

nak nanges ni sbb dlm blog lama tu ada cerita kakyang dah karang. kalau tak silap ada 2 completed cerita. i separuh jalan...aduh..yg sayang sngat yg 1st tu la...tu pengalaman cinta kakyang sendiri...huhuhu...

nak cari dlm komputer. rasanya mcm ada copy paste...kat mana2 cerita tu...

Wednesday, September 19, 2012

Update secara pukal

kakyang update sekali arung la ya cerita2 lepas raya ni.. tak banyak apa yg terjadi pun. tp ada peristiwa2 yg agak malas nak simpan dlm hati.

apa cerita raya? dah cerita kan

open house? tak banyak jemputan tahun ni..lg pun abg pun tahap persahabatan abg dgn kawan2 dia yg selalu jemput open house pun tak brapa bagus. bukan xbagus mcm mana, cuma kami cuba menjauhkan diri dari kawan yg bawa virus negatif. jd tak bertanya sngat la org tu pasal open house ni. most jemputan dari sedara mara jer. kakyang tak buat pun thn ni sbb condition rumah amat la teruk. berkecah semula lepas seminggu balik cuti raya. haih..tensyen tengok rumah mcm tu. nak kemas pun jd malas bila awal2 dah kena sound jgn usik brg tu di situ. brg n i di sini. jd apa yg boleh kemasnya?

cuti 1 malaysia kami sempat jln2 ke kuantan. ptt hari sabtu dah gerak. tp abg sibuk nak p open house rumah kawan lama dia, kak yang postponed la sehari. win-win situation la katakau...

eh...idea nak menulis dah hilang la pulak..perut kakyang ni pedas bahang jer dari td lepas makan nasi lemak. agaknya perut terkejut kot tetiba hari ni dpt mkn awal. sebenarnya kakyang tengah try SD2 lg sekali..hehehe

later2 kakyang update lagi bila mood mari ehhh..

Monday, September 3, 2012

Ilmu penunduk

Ustaz AI kata: ilmu penunduk suami yg isteri boleh amalkan adalah...manja, senyum, romantik, wangi.dan pakau yg cantik2..kalau tak cukup tambah lagi seksi..

pttlah abg tak tunduk ngan kakyang selama ni..sbb semua tu kakyang tak boleh amalkan..kekeke

Soal hati..

td kakyang cerita hal raya.. mcm happy je kan..sebenarnya kakyang rasa kosong. sunyi. sepi. boleh nyanyi lagu kosong..kosong..najwa latif sambil tengok movie sepi la mcm ni..

yg bestnya tiap kali ada perasaan sepi mcm ni mesti sampai terbawa2 dlm mimpi..ada org dtg hiburkan hati dlm mimpi..tidur semalam pun berharap mimpi tu datang lagi..

mmg mimpi tu mainan tidur. mimpi je la nak dpt bahagia mcm tu lagi.. T.T

gambar sekitar raya 2012

tak cantik ke langsir tu? ..yg dlm gambar ni keluarga kak ipar kakyang

dinding oren utk raya 2012 gara2 nak cover stain lumut akibat syiling bocor

ciktam sibuk melatam kain langsir kakyang inthemaking

gambar atuk & nenek kakyang sebelah mak. muka nenek mcm muka mak kakyang. garang eh?

 gambar anak2 buah kakyang..

gambar anak kakyang yg sibuk kira duit raya dari ayahnya.. yg ni ada cerita kelakar: kakyang suruh anak2 buah beratur utk ambik duit raya ngan kakyang. tetiba yg plg dpn dlm barisan tu adalah anak2 kakyang. rupanya anak2 kakyang pun tak dpt duit raya lagi..hehehe. pehtu abg ofer. nak brapa? diorang sebut la satu nilai yg dipersetujui bersama. then ada permintaan khas dari si adik ni.. dia kata nak dlm note singgit. abg tanya kenapa? dia kata nampak banyak. heheheh

so abg  bg la duit raya dia dlm note singgit dlm sampul raya. dpt jer sampul tu, terus dia kluarkan dan bilang betul ke cukup duit tu dlm kuantiti yg dia nak tu..rupanya ayahnya terxtra bagi singgit. heheheh kelakar la adik ni..
tak

Cerita raya 2012

tak de mende nak cerita pun. semua mcm biasa biasa saja tak de yg menarik

oh! ada satu nak bgtau. kakak ipar komen langsir raya tak cantik! rasa mcm nak menangis jer dengar komen ikhlasnya tu.. dlm separa tak ikhlas kakyang terpaksa terima kenyataan. bila tanya abg. betul ke langsir i tu tak cantik?  abg pun setuju secara berlapik...dia kata mcm bukan langsir utk raya. huhuhuhu tak cantik la tu..

eh! raya tahun ni kakyang tak buat baju raya! beli jer..2 pasang. pecah rekod tu.

ah! raya tahun ni the longest masak rendang. dari kul 8pm ke subuh pagi raya baru siap gara2 dapur rosak.

hmmm apa cerita lagi eh?

ha! hari raya ke 2, ke3 kat kg abg, kami makan megi! hahahahha pecah tradisi ko! org lain sambut raya makan rendang ketupat bagai, kami makan megi!

apa lg yg menarik eh?

kat kg kakyang, strike makan gulai (kari) 3 hari berturut-turut. hahahaha tu penangan balik kola. 1st day abg minta kakyang masak kari tp mesti ada sambal belacan dan ikan kering. done. tp abg komen sambal belacan tak cukup pedas. 2nd day kari kepala ikan kering sbb abg cik kakyang dah belikan utk makan ramai2. so kena masak jugak sbb nanti kami dah nak balik. 3rd day masak kari daging pulak sbb nak ghu (kawankan) dengan sambal belacan kaw kaw pedas utk puaskan hati abg. haa ngko, org lain tak boleh makan sambal belacan tu..abg jer yg kata puas hati..

dan yg bestnya. kos sehari utk beli bhn mentah makan seisi keluarga tu korang tau berapa? RM150+ sehari...mak aiii..kopak poket kakyang...sbb kakyang jer yg pergi pasar hari2. huuhuhu

takpa demi keluarga kakyang redho...


Thursday, August 16, 2012

Cemerlang, gemilang dan terbilang

tu tema hari kebangsaan yg tahun bila eh? seingat kakyang time paklah jd PM kan? 

ewah..sempena bulan merdeka ni mcm nak cerita hal merdeka ye dok?  
dok eh...kakyang cuma nak kabor berita gembira buat korang jer..

beritanya kakyang terima seawal bulan puasa haritu. terkejut jugalah bila ada org ckp conratulation semasa angkat tepon ofis yg berdering. erk! congratulation apanya ni? cpt2 org tu ckp buka la website tengok sendiri..jeng jeng jeng..teruja nak tau ni

hehehe malu nak ckp, tp sbb teruja, nak bgtau juga. kakyang dpt anugerah pekerja cemerlang tahun ni..
setelah 6 tahun berkhidmat di sini, inilah 1st time kakyang diiktiraf sebegitu sekali.

alhamdulillah rezeki dari Allah dan terima kasih banyak2 pada bos yang recomen akak..

gigil badan kakyang bila dpt anugerah ni. sbb apa? sbb bila dah dpt anugerah, maksudnya kena la teruskan maintain cemerlang gitu.

adoiiii..bukan senang dik oiii nak maintain cemerlang ni..ada masa kita malas atau bad mood. time ni la bila org bg kerja lebih kita decline nak tolong. haaa kalau decline lepas dpt anugerah, mesti terus otometik org akan pertikai. ait mcm ni ker attitute org yg dpt anugerah ? 

haaaa...setiap langkah dan cara kita akan dipersoaalkan org dik...terus terasa berat bahu nak menanggung weh..

apapun..alhamdulillah.. dan terima kasih Allah.

Wednesday, August 15, 2012

Dah nak raya?

pejam celik pejam celik dah penghujung ramadhan kan. time ni ptt nya preparation raya dah selesai. tp tahun ni entah apa kena ngan kakyang, langsung malas nak prepare. badan ni rasa sakit2 jer..

rumah tak kemas lagi. wpun dah bercat baru luar dalam. dah berlampu baru semalam. tp kemas belum. lantai langsung tak scrub tahun ni. pdhal tahun ni giliran rumah kakyang. wah..matilah ipar2 balik nanti tengok rumah tak semengah.

nasib baik la baju abg n anak2 awal2 kakyang dah siapkan. baju kakyang beli je lah nampaknya tahun ni. pecah rekod. tak pernah2 kakyang beli baju raya. slalu buat sendiri jer. huhuhu

dah la..nak bercerita pun malas nak taip ha..kemdian2 lahkita sambung cerita bila kakyang rajin eh..

selamat hari raya maaf zahir batin dari kakyang yer..

Monday, July 30, 2012

Puasa dan Raya 2012


hari ni kita dah puasa 10 ramadhan kan. kejap je kan, pejam celik pejam celik dah nak masuk setengah bulan puasa.

Apa cer puasa kakyang tahun ni? thn ni kakyang less makan. berbuka, sahur tumpang nasi/makanan anak. abg more prefer makanan kedai. hahahahah nampak sngat bini dia tak pandai masak no...

anak2 kakyang dah makin senang bangun sahur. diorang mmg senang bangun, kejut kejap jer, terus bingkas bangun. tp dulu bangun, tp mata pejam lagi. kluar bilik cari toto kat dpn tv, susun bantal tinggi2 sandar situ tidur balik. tunggu kakyang suapkan sambil tidur. mcm anak burung. kena suap.

Tahun ni, tak mcm tu dah. bangun, terus dok meja makan, makan je apa yg kakyang sediakan. makan makan makan, minum, basuh tangan terus masuk bilik tidur semula. kejap jer. bangun kul 5am, 515am dah masuk tidur. baik anak2 ibu ni..

puasa kali ni pun diorang cergas semacam. hari pertama puasa hari sekolah, boleh p main bola lagi. next2 day tu bergumpal, bergurau sepak terajang mcm tak puasa.masa  kakyang sampai soal siasat diorang. minum air masa mandi yer? makan kat sekolah yer? tipu puasa yer?

semua diorang deny, so kakyang ambil maklum diorang betul2 puasa la tu. maybe sbb dah makin besar kan, dah makin phm dan tahan berpuasa.

tahun ni juga kakyang buat preparation raya awal dari biasa. slalu tu dekat2 nak raya baru sibuk cari baju melayu abg & anak2. tahun ni awal2 dah dpt baju anak masa balik kg aritu. xde la murah sngat. mcm harga kat bandar s/a jugak. baju abg kakyang baru dpt semalam kat 1st lady. harga dlm budget. bawah 100 atas skit dari 50. ok la tu..
ok. hal anak/abg dah selesai. tinggal hal kakyang jer. kain dah ada, tp tak jd baju lagi..haih sejak lama tak pegang mesin jahit ni, dah malas pulak nak buat baju. silap2 pakai  baju lama. hahahaha

Friday, July 27, 2012

A Shoulder To Cry On



lagu ni femes masa zaman sekolah menengah dulu. kakyang sendiri pun mabuk ngan tommy page ni...hehehe

bukan  nak cerita pasal pakcik ni pun. cuma nak bgtau saat dan ketika ini i need a shoulder to cry on..anyone. sudi lend me your shoulder?

T__________T


Bonus raya!!

happy semua penjawat awam yer bila najib announce bonus raya 2,3 hari lepas. kakyang pun happy. sebab apa happy? sbb dpt xtra duit nak buat arch ros yg dah lama diangankan. masalahnya xcerita kat abg lg pun. mcm la abg nak approve.hehe

happy tu berganda jugak. sbb kalau takde aral, kakyang akan dpt lg satu duit xtra bulan dpn. 1-bonus raya, 2- tunggakan increament!.

fuh..fuh..fuh sampai berterabur air liur kakyang harap abg akan approvekan arch utk ros tu..

boleh kan baaannngg...? ;P

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

hari ni masuk hari ke 4 rakyat Malaysia berpuasa utk thn  ni. alhamdulillah kakyang dan anak2 pun puasa cukup lagi setakat ini. anak2 pun tak kesah sngat dah puasa. relex jer. siap ada ckp, eh hari ni tak rasa penat pun..tu sbb coti. hari sekolah? semalam nampak ok jer. ceria muka anak2 bila nampak kakyang dah jemput diorang dlm kul 6.30pm semalam. along siap tanya? kita buka puasa kat rumah ke bu? yahoo..siap ada yahoo tu.

since abg tak keje sekarang, nampaknya insyaallah buka puasa kat rumah wpun dgn hasil belian jer. semalam beli sorang sejenis makanan pun tak abis. kakyang siap pujuk anak utk sahur ngan lebihan tu jer. kalau masak pun, asyik tak abis jer. abg dah bebel je kat kakyang sehari 2 ni sbb dia nampak lebihan makanan banyak. mana taknya, kakyang buat lebih termasuk  utk dia juga. tp dia asyik la tak makan. jd portion abg la yg lebih tu.

hari ni abg dah ckp balik lewat skit. semalam keluar on the dot pun sampai rumah kul 7, hari ni tak tahu la apa cerita..

adeh..perut dah pedih ni..tu la bahana makan skit jer pg td. tak de selera la...

Friday, July 13, 2012

Cleaner

haih..sampai ke cleaner pun kakyang nak pot pet yer..aduhai mcm mak nenek sungguh kakyang ni..

mcm mana kakyang xjd mcm tu dik non oiii..cleaner ofis kakyang ni suka bikin panas.

dah banyak kali kakyang spot diorang suka menipu. bila tanya dah bersihkan? udah kak..tp bila tengok hasilnya mcm belum bersih lagi.

td lg sekali menipu. supervisor cleaner tu dtg tanya kakyang, bilik ofis kakyang ni dah vacume ker? kakyang ckp belum. dah supervisor tu berkerut dahi.dia ckp cleaner dia kata dah buat. haaa mula la kakyang hangin.
dpn2 kakyang supervisor tu tanya staf dia balik. moncong2 x puas hati bila tembelang pecah.

bila mencuci tu buat ikut dan ker. mana yg nak jer dia buat. suruh cuci ofis, kena ckp ckp detail. suruh vacume. vacume saja. suruh lap habuk tepi partion, lap kat tempat yg tunjuk aja. suruh lap cermin bilik, lap 3,4 kali goyang, siap. haih...mmmggg geram tengok hasil kerjanya tu.

kali ni supervisor dia tunjuk buat betul2..baru ok skit nampaknya. ni tengah lap atas kabinet besi tepi kakyang ni..

tengoktu..gambar yg diubahnya tak diletakkan balik tempat asal. tu takpe, kakyang boleh susun balik. janji abuk2 tu takde takpe lah.

bukan kakyang ni nak fussy mana sngat pun. lap2/vacume semua tu bukan kakyang minta hari2. dpt seminggu sekali pun jdlah...

aduh..minggu ni minggu tensyen utk kakyang...sakit dada hari2..huhuhu

Wednesday, July 11, 2012

Cantik ker?

ha ah..cantik ker? sila sebut mcm mak jemah yer..hehehe

apa yg kakyang pertikaikan cantik tak cantik tu?
ni haaa..td kakyang baca blog beautifulnara kat sini. abg Nara ni dok update pasal fesyen selebriti kita kat satu event ni.. abg nara bg komen yg positif jer.. bagus abg nara ni kan

tp kakyang tak sependapat pulak ngan abg nara tu. contoh baju siti tu. cantik ker? eeee..siti tu dah jd mcm nenek. ct mmg la cantik. tp fesyen dia fail la.

kalau korang selak2 lagi page lain tu ada baju fazura pulak. cantik fazura tu kan..tp baju? huh! dari mata rabun kakyang ni nampak mcm boobs si fazura tu besaq gedabak dek effect corak kat baju tu..adoihai..sapa la pereka fesyen tu...

korang layan lah sendiri gambar2 kat link td tu...

Thursday, July 5, 2012

Q&A

Question and answer. tu maksud short form tu. biasanya kalau ada apa2 mtg/perbincangan, kursus, seminar, laman web sykt. mesti ada tajuk Q&A ni.

dlm hidup pun ada Q&A ni. malah kita sentiasa menggunakannya tanpa kita sedari. Q&A dengan diri sendiri, dengan rakan, dengan keluarga. dengan hati dan perasaan. dengan otak dan hati. mcm tu lah

Mcm sekarang. kakyang tengah Q&A dengan hati, perasaan dan otak kakyang. wpun umor kakyang dah nak masuk 4 series, kakyang masih lagi tercari2 jawapan di setiap soalan yg hati dan perasaan kakyang rasa.

yg paling ketara sekarang kakyang sedang mencari jawapan mcm mana nak happy? mcm mana nak ada kehidupan yang ceria, positif dan bermotivasi bila kita dikelilingi oleh org2 yg negatif. org yg sentiasa sahaja kikis keceriaan, motivasi kita. bila asik kena kikis kita tak tampal, lama2 hapus la kan? lama2 hati dan perasaan tu berlobang2. betul tak?

so kakyang rasa hati kakyang bukan lagi je berlobang2 la ni, dah kena jeruk, dah kena simbah asid, dah kena pulas, dah kena spin semua ada. abis. bila dah mcm tu, jiwa dan otak akan jd kosong.

kakyang xde org nak mengadu. nak adu pada sedara malu sbb apa yg nanti mesti kakyang sendiri malu lepas kakyang bercerita. nak cerita pada org tak kenal? mesti jawapan mereka tidak akan menepati kehendak kakyang. sbb mereka tidak kenal dengan dengan kakyang.  jd nak mengadu dengan siapa?

Dengan siapa lagi? yg terbaik hanyalah dengan Allah. Dia sajalah yg lebih mengetahui apa yg ada dlm kita. ye dok? harap lepas ni kakyang akan dpt petunjuk dariNya..amin.






Tuesday, July 3, 2012

Promosi percuma

Sebenarnya xde niat sesaja nak bg promosi ni. sbb nak bercerita asal usul jer mana kakyang dpt benda ni.

aritu kakyang ngetes makan kat restoren baru di s/a tu. abg p hantar cuci kereta kat kedai setentangnya. abg suruh kakyang p mkn ngan anak2. dia bg pilihan. kedai sebelah carwash tu ke atau kedai depan carwash tu...

pandang kedai situ, kedai sana, lastnya alang2 abg ofer mcm tu kan, kakyang terus pilih kedai dpn carwash tu. kedai apa? Adam Lai chinese restaurant! dengar nama chinese restaurant pun dah gigil..mesti mahal kan. tp sbb abg ada takpa, kalau xcukup duit dlm purse kakyang, duit dlm poket abg kakyang cukaikan. hehehehe

so masuklah kakyang n anak2 dlm tu. ambik menu. pandang2 semua harga..gulp gulp telan air liur berkoyan2. sah sah xboleh nak ikut selera sngat. satlg sapa nak bayaq! silap2 kena cuci pinggan.

Kakyang order 3 nasi, adam lai chiken (chiken wing dlm sos sweet sour). khailan ikan masin, tomyam. dan bungkuskan abg nasi goreng kampung. sementara tunggu order siap, diorang hidangkan tembikan.

semua makanan sedap. menepati piawaian kakyang. plg sedap chiken wings tu. tp nasi goreng kg x sedap. utk nasi goreng tu, 1bintang pun x boleh bg. hohoho

lepas makan semua, cpt2 kakyang minta bill sebelum abg dtg. dah estimate. mesti mahal ni..kalau abg nampak bill mesti kena bebel.. so, cost semua termasuk minum RM50+. dah tak ingat harga asal.. huhuhu mau nangis. tp sbb berbaloi ngan harga & kuantiti makanan ok laa..wpun ok tu tak iklas..hahahah

ni gambar anak2 kakyang dengan Eby Yus, co partner pemilik Adam Lai tu. dia yg dtg sendiri menyapa kami bila tengok kami mcm bosan jer..bukan bosan, jakun sebenarnya..hahahaha


secara ringkas resepi adam lai chiken yg kakyang terjumpa dlm paper aritu tu mcm ni..dah hilang pula resepi tu. tertinggal kat rumah mak di kg.

6 keping kepak ayam -perap ngan lada sulah, garam dan goreng
3@4 ulas bwg putih-cindang
cili api ikut suka pedas -potong halus
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap pekat

kepak ayam potong 2 dulu. perap sekejap ngan lada sulah garam dan goreng garing.

pastu tumis bawang putih hingga kluar bau baru masuk sos sos dan kicap. agak dah kering, masukkan cili. dah pecah minyak skit, masukkan ayam goreng td.

angkat dan hidangkan. sedap. dah try kat rumah aritu 1x. rasa hampir la mcm diorang buat..

kalau rajin, korang try la...






Monday, July 2, 2012

E-coli

pronounce tajuk tu ekolai. tp kalau melayu ni ckp eeeee coli. hahahaha

coli dlm perkataan melayu bermaksud baju dlm. tp jrg kita dengar perkataan coli dah kan. rasanya mak mak kita dulu banyak guna perkataan tu. mcm kakyang, kakyang sebut bra atau sesekali baju dalam.  sebut bra tu sedap skit nak dengar. malu2 nak sebut baju dalam. kalau nak sebut pun pastikan org luar xde kat tepi2 tu. hehehe

sebenarnya kakyang nak crita satu hal pasal coli. kita sebut bra lah, sebut coli tu mcm kureng enak nak dengar kan..kan..

alkisahnya. seorang sepupu abg. pompuan la. xkawin lg. umor xsampai 30 lg pun. masih bujang. bentuk badan berisi. jd..'harta' yg atas tu mmg selambak la..maaf  ckp yer..

masalahnya..dia suka pakai bra yg xsesuai utk bdn dia tu. dah tu pakai baju sendat.  t-shirt biasa jer, tp sbb bdn besar, jd sendat la kan. tang dada tu apa lagi, nampak la segala bentuk. semalam masa kakyang p bertandang rumahnya tu. mata kakyang terus la tersorot part tu..adoiaiiii...terkeluar2 dari bra. tutt besar, pakai bra kecik. apa lagi..tersembol2 la. tak tahu la abg perasan ke idak. aih..mata lelaki kan..mesti dia perasan. cuma x tercakap je kot..kalau yg kakyang pompuan ni boleh perasan, mata lelaki lg ler...yedok?

bukan nak kutuk, sbb body kakyang pun mcm tu..tp citer ni utk pengajaran korang2 yg mungkin terbaca dan berbadan  besar segala mcm ni.. tlg lah ambik perhatian yer..malu weh org tengok. tambah2 kalau org lelaki yg tengok, lg la malu...

kakyang dah pernah tegur sekali secara berlapik dan privasi tp mcm xde perubahan. nak tegur lagi sekali takut dia marah pulak.

Kalau 'aset' kita besar, pakai bra yg sesuai ye dik.. jgn beli bra sebarangan brand. kalau brand2  biasa tu sah sah la xde saiz. kena beli yg luar  biasa skit. tp bila dah luar biasa, brand tertentu jer yg ada. biasanya brand matsaleh la..wacoal ker, mark&spencer ker, etc..

biasanya bra utk 'aset' besar ni akan ada wire kat bawah tu. dan sebelum beli ukur dulu saiz apa yg sesuai ngan bdn kita. ada org badan kecik, 'aset' besar.  ada org badan besar, 'aset' besar. so saiz tu akan berlainan. biasanya yg akan berubah tu cup. cup ni mangkuk bra yg kita sumbat 'aset' dlm tu. ada cup A, B, C, D, E, F, G, H? ada ke H? xpernah lg kakyang jumpa sbb kakyang punya sampai g jer..hihihi

so kalau nak futher info mcm mana nak dpt saiz bra yg betul, tengok link ni.. http://www.wikihow.com/Measure-Your-Bra-Size.

dan kalau 'aset' besar, pastikan beli bra full cup yer.. jgn la beli yg separuh2 tu.. tersembul2 mata org nanti..

bila kita pakai bra yg sesuai, otomatik badan kita akan nampak terbentuk cantik. 'aset' yg atas tu akan nampak tegap jer, takde londeh2. org yg memandang pun nampak tertarik..debooommm...


Friday, June 22, 2012

Kawanku

tajuk mcm nama kad maybank ek..hahahah boleh je lah.

sebenarnya kakyang nak luahkan perasaan pasal kawan-kawan ni. td kakyang baca satu blok kakak tu..syoknya dia dpt kawan yg boleh berkongsi segalanya sedih, gembira. dah tu kawan dari kecik sampai la dah tua. kawan-kawan kakyang?

kakyang tadak kawan mcm tu. kawan2 kakyang semua setakat nama kawan jer. bff, sahabat baik, kawan baik, semua tu tadak dlm senarai.

semua kawan kakyang sekadar kawan ofis, kawan sekolah pun sekadar pernah sekelas. kawan sekolah rendah langsung tak kenal sekarang. ada la sorang 2 yg kenal tu pun dari kecik sampai la ni depa sekampung ngan makpak kakyang. 

kawan sekolah menengah? ada ramai lg yg kenai nama. tp really closed tu tadak. sekadar gurau2 kat fb. nak jumpa minum2, mengeteh tu tak sampai la tahap tu.

kawan kolej? kenal ramai, yg rapat ada la dlm 5,6 org tp separuh darinya kakyang dah block sbb kecik hati ngan diorang. ada yg kakyang dah anggap bff, tp bila jd sesuatu, xmcm bff pun.. ramai yg nak menang jer, xreti nak mengalah. bila asyik mengalah jer, sesekali nak gak menang kan? so bila semua nak menang, lastnya putus kawan terus..

xpelah, xde bff pun xjd kudis pd kakyang. kakyang pun bukan senang pleased semua org. cukuplah sekadar kawan2 biasa tu..

Wednesday, June 20, 2012

puasa

kakyang puasa hari ni..better skit dari semalam yg sampai nk pitam. tp pening2 masih ada skit hari ni. pedih perut dan angin jer yg dah kurang. mcm tu lah tiap kali nak mula puasa. sbb tu sebelum ramadhanbermula kakyang akan cuba puasa sunat dulu. supaya ramadhan nanti x banyak karenah sngat. tp hari ni kakyang puasa bayar. kalau lengkap hari ni, maksudnya tinggal esok 1 hari je lah. peht  leh sambung puasa sunat pula. insyaallah

tp hari ni kakyan cm sedih dan berkecil hati pulak. kecil hati naper pula ek?
biasalah..kakyang ni kalau bab2 makan ni mmg sensitip skit. nak pula time2 puasa ni..lg la sensitip jdnya kan.

alkisahnya abg td update fb dia p makan tempat yg ada gerai jual makanan kegemaran kakyang. asam laksa. asam laksa yg gerai ni mmg sedap. nasi ayam kat situ pun sedap. so kakyang comment ler kat fb tu suruh dia  tapaukan utk kakyang  berbuka nanti.

kebetulan pulak lepas tu dia tepon kakyang suruh check sesuatu. kakyang pun tanya la, dia tapau apa untuk kakyang?

boleh dia ckp tak pesan. ok fine. maybe dia tak tengok fb kot. takpelah.. takpelah tu nada merajuk dah. yg buat kakyang lg merajuk tu sbb nada dia bercakap tu kasar betul.

tu yg buat kakyang betul2 sentap.xboleh ka ckp ngan bini ngan nada yg baik? kadang2 kakyang cukup jeles tengok pasangan lain. boleh gurau2 ngan laki bini, ckp lemah lembut jer..senyum.

jeles lah..

Thursday, June 14, 2012

Terima kasih

KakYang nak ucapkan terima kasih sesangat kat sorang hamba Allah tu. kerana tindakannya telah menyebabkan kakyang kembali mengingati Allah. Maybe selama ni kakyang lupa allah. tu sbb allah berikan sedikit kecewaan pd kakyang dengan tujuan untuk mengingatkan kakyang kepadaNya..

Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kakyang.

Cerita Along bukan Ah Long

semalam, sambil kemas2 buku sekolah, along cerita kat kakyang.

Ibu, along kena turun kelas. 
ramai ke kena turun kelas?
4 orang jer.. 
so, along dpt no brapa?
no 27 dari 31 org.
hahaha. takpelah nak buat mcm mana...ibu yakin nanti cikgu along mesti menyesal sbb turunkan kelas along .
kenapa pulak ibu?
sbb along akan dpt 5A nanti..

begitulah lebih kurang dialong kakyang dgn along semalam. kakyang selitkan encouragement wpun sedih sbb anak kakyang turun kelas. tp dah tahu kalau dia dok kelas terpandai tu pun sah sah dia akan dpt no terkebelakang.

takpelah, kedudukan kelas bukan penentu segalanya. kakyang tahu along dah buat yg terbaik.

Tp..
tp kakyang tak setuju betul dgn tindakan  cikgu turun/naikkan kelas pada tahun2 genting mcm ni. ye lah, budak tengah prepare nak duduk exam besar, naper nak serabutkan otak diorang dgn nak adjust cikgu baru, kawan baru, tempat duduk baru? style belajar kelas baru..kan benda2 tu sedikit sebanyak mengganggu.

tak per..takper...kakyang pernah buktikan dgn usaha kakyang along boleh dpt keputusan yg bagus tahun2 lepas. jd untuk UPSR ni kakyang yakin boleh buat mcm tu lagi..insyaallah!  .



Monday, May 14, 2012

isu video dera anak.

x terpk kakyang nak komen hal ni. tp bila tengok ramai pula yg bg komen diorang, kyang terasa nak mengomen jugak lah.

kakyang salah sorang penonton video tersebut yg menyumpah si ibu dan si tukang ambik video tu. sumpahan kakyang: tolong seseorang yg ada info penuh penderaan ini, tlg buat laporan kepada polis. tp si tukang ambik video ni  bodoh & xde perikemanusiaan ker org yg ambk gambar tu. kenapa tak diselamatkan dulu budak tu dari ibunya yg tengah mengamok tu.

selang beberapa hari lepas tu, keluar pulak video dan penjelasan yg mengatakan org tu ambik video tu utk bukti semasa report penderaan ini kepada polis. alasan dia tak tolong adalah kerana dia pernah menolong selamatkan baby tadi dan dia dipukul teruk oleh si ibu td.

mcm x logik pulak alasan tukang ambik video tu..naper? kat situ xde ker org lelaki yg kuat nak nolong selamatkan si baby tu? x boleh ke dia larikan dulu baby tu dari makdia yg mental tu? kalau betul kena pukul balik ngan mak baby tu pun, xkan ler xder org lain yg boleh tolong? kat situ hanya ada tukang rakam dan mak baby tu je ker?

kalau lepas tolong selamatkan baby tu, mak dia mengamok, xde org @ jiran2 yg boleh tenteramkan? kalau ada mesti org lain pun boleh tolong tenteramkan mak baby tu kan? mesti ada org lain yg boleh jd saksi p minta tolong kat polis/ketua kampung/kawasan tu utk selamatkan baby tu dulu.  betul x?

kalau betul2 org tu ada perasaan kesian kat budak tu, mesti dia x ambik video tu selama tu kan. ambik seminit 2 cukup la, bila nampak mak baby tu makin naik hantu, p la selamatkan budak tu dulu. video dah terakam skit sudah la utk bukti. ni ambik video panjang berjela mcm tu mcm nak tunggu baby tu mati dulu baru nak p tunjuk  bukti kat polis?

polis pun x  bodo la, xkan ler nak bukti mcm tu baru nak dtg siasat? kalau dtg balai, buat aduan mulut je pun polis akan antar org dtg siasat juga. betul tak? xperlu adu sampai kat polis pun, adu kat ketua area situ pun ok, tok ketua ker, ketua kampung ker, pak imam mesjid situ ker.mesti org dtg tlg..

jd, kakyang tak terasa nak minta maaf kepada si pengambil video tu bila ada yg mengata tu la nak umpat x siasat dulu..

bg kakyang org yg ambik video tu mmg x perikemanusiaan utk merekod kes tu selama itu. wallahualam.

Nikmat

Kakyang ada sorang member FB. pangkat akak dari kakyang ler.. dok oversea sekarang sbb dia kawin matsaleh. kiranya dah bermastautin kat sana dah la kot.

dia rajin update kat wall pasal kisah2 silam dia..kesusahan masa kecik2 dulu, pengalaman2 masa miskin dulu. banyak pengalaman2/kisah2 dia tu ada persamaan ngan pengalaman kakyang.

KakYang berasal dari keluarga miskin. kakyang kategorikan miskin sbb mmg betul2 xde duit. nasib baik abah kakyang buat banyak kerja. mlm kerja jaga sekolah, siang tolong pakcik niaga ikan kat pasar.dengan gaji abah yang hanya xsampai 200 sebulan nak sara 10 org. korang bayangkan lah mcm mana peritnya hidup time tu.  so, makan kami hasil lebihan niaga yg x abis la. sayur abah beli lebihan dari penjual sayur. so dpt murah2 la skit. tp kualiti? sendiri mau ingat la bila dah kata lebihan tu kan..

makan ayam hanya tunggu hari2 perayaan. tu pun ayam mak ternak sendiri kat bawah rumah. kdg2 kami adik bradik teringin nak makan ayam waktu hari biasa. tp mak slalu pujuk. nanti..kita tunggu ayam besar dulu yer.. kalau dah besar, mak suruh kami bawa ke rumah jiran minta pak aji tu tlg sembelihkan. so dpt la hari tu makan kari ayam. tu pun mak terpaksa potong kecik2 mcm nak masak sup tu utk pastikan semua org merasa. dari kepala ayam sampai le tongkeng, kaki ayam dimasak. xde yg terbuang. mmg pasti licin.

kalau terasa nak makan airkrim, kumpul botol sos/kicap dulu baru dpt makan aiskrim. tu pun bukan aiskrim mcm sekarang ni..ais buatan mamak muslim je. mcm ais potong tu. tp kami namakan ais kacang merah.  bawah ais warna merah, kat hujung ais tu ada kacang merah. kumpul 3 botol, jual kat mamak tu, dpt la 1 btg ais kacang tu.

pakaian kami adik bradik kebanyakannya dari belas ehsan sedara2. kebetulan sedara sebelah mak org berada skit. slalu mak ndak (kakak mak) yang akan sedekahkan baju anak2 dia kepada kami. kalau time nak raya tu kdg2 bagi kain utk buat baju raya. baju sekolah kakyang dolu2 pun banyak baju 2nd hand.time raya mak beli kain murah sepapan utk buat baju raya kami adik bradik. utk anak2 perempuan, semua sedondon jer..pastu baju tu mak jahit tangan. mak jahit la pelan2. ada perca2 kain, mak buat kan gaun bertingkat utk kami adik bradik prempuan.

jalan-jalan makan angin mmg xde dlm agenda keluarga. kalau ada jalan2 pun sekadar balik kg sebelah mak dekat Alor Merah. tu pun time raya je kot baru kami balik kg mak tu. pergi sana naik bas. 2x tukar bas. pas tu sampai kat hujung kg tu, jalan kaki plak 20 minit utk sampai rumah tok (nenek). bayangkan lah time tu kami sekeluar naik bas beramai2. slalunya dengan mak saja. sbb abh jarang nak balik kg mak. kami 4/5 bradik time tu akan bontot mak dari belakang..hehehe mcm anak itik. dpt jln sesekali mcm tu mmg terasa syok.

Rumah mak kakyang dulu tu hanya menumpang atas tanah org. rumah kayu 1 bilik. rumah tu abah design sendiri. kami adik bradik tidor dlm 1 bilik. dlm bilik ada 1 katil besi 2 tingkat. jadi syere la 2 org kat atas, 2 org kat bawah, yg selebihnya tidor atas lantai sebelah katil tu. mak abah tidur kat ruang luar sebelah dapur.

Time kakyang kecil dah ada tv. tp hitam putih 2nd hand abah beli tv org yg dah rosak. abah beli dan repair semula. dpt la kami tengok. tp tv tu rajin rosak. berbulan2 baru abah ada duit nak minta tlg org repairkan. bila dah dibaiki, seronok la kami semua sbb dpt tngok tv semula.

lepas 1 insident tv tu jatuh timpa adik kakyang, abah dah xbeli tv. kami menumpang tengok tv jiran. masa tu dah ada tv kaler dan siaran tv3 baru wujud. tumpang tengok telenovela kat situ jdlah..

banyak lagi cerita2 zaman kecik kakyang dulu. dulu kecik2 kakyang xphm kesusahan org tua. nak pula kakyang dimanjakan abah. apa kakyang minta akan ditunaikan abah wpun lewat sedikit. mana tidaknya, selagi xdpt, selagi tu la kakyang merengek dengan abah. jd nak xnak abah usaha dapatkan utk bg kakyang diam.

bila sendiri dah jd mak budak ni, baru kakyang sedar  betapa besarnya pengorbanan mak bapak kakyang dulu utk membesarkan anak2..

terima kasih abah..terima kasih mak.. cek sayang mak abah!




Wednesday, May 9, 2012

Nawaitu kena betul..


Haa kakyang ingat dah apa nak bebel semalam tu..rupanya pasal haji dan umrah. adoilahai..

yg nak jd membebel ni bukan sbb apa, sorang kawan kakyang ni, p umrah baru2 ni. hari ni dok kat sana lg la. x balik lg.  dari sana dok tepon abg f/up keja2 dia yg suruh abg tlg buatkan. keja kutip hutang/duit insuran kat  client2 dia. abg dah minta, tp client dia yg x boleh bayaq juga. abg boleh buat apa lg?

Bila kawan dia kat Mekah nun call, abg bgtau client dia x bayaq lg, maka kluarlah semua makihamun dari mulut  org tu yg dok kat Mekah tu! kat Mekah boleh makihamun org. siap ugut nak doakan yg buruk utk org tu..

ish x tau la apa nak ckp. x takut tuhan langsung. dok kat tempat suci mcm tu jgn la dok hamboq segala maki hamun kat org. sabaq2 la sikit. tu dah satu hal.

hal lain pulak, p sana nak buat amal ibadat, xkira la umrah ka haji ka, buat la betul2. ambik kesempatan dok kat sana tu beribadat, bertaubat betul2. dah mmg tu tujuan p sana kan..konon2 nak bertaubat la dari dosa yg dia dah buat kan. jd dah sampai tu, kotakan niat tu.

ni tak, awai2 sampai dah posting dok posing gambar kat sana. pos masuk fb, jap lg muncul lg gambaq lain dpn masjid plak kat fb. jab lg post plak gambaq depan kaabah..haih..bila masa dok buat ibadat. hati dok ingat dunia fb lg..

pas tu kawan dia pun bengong2. kawan tu p umrah jer, dah sibok dok panggil haji hajjah?  apa kes depa ni..tolol sngat ka sampai x tau beza umrah tu sama ka ngan haji?

Dari awal kakyang dah nampak nawaitu kawan abg ni pergi umrah x ikhlas. konon2 nak tunjuk bini ngan kawan2 la yg dia dah berubah bila tembelang dia main kayu 3 pecah baru2 ni..lepas dah pecah tembelang tu, terus tukar ayat2 kat fb semua mengalahkan ustad. kita ckp skit jer, berjela tazkirah dia bg. tp jgn tegur salah dia pulak. mmg khutbah jumaat kluar terus. pastu dok canang la nak p umrah ni nak bertaubat mcm2. tp taubat apa mcm tu kalau kat mekah pun boleh dok makihamun org?

ayoyo...

Tuesday, May 8, 2012

Hilang tak jumpa

Adoi..baru nak menulis, abg whatapps ngan kakyang. terus ilang idea apa nak tulis td. kakyang ni cpt sungguh hilang ingatan.

nak tulis pasal apa td eh? td mula2 tengok fb..tengok gambar bunga2, tngok iklan kawan jual chiken wing, tengok kawan update status bosan..tengok kawan update bunga baru..brenti jap buat keje..apa yg xkena ngan keje yg sampai kakyang nak membebel? x de isu apa pun..oh..semalam ada isu pasal keliq tak puas hati ngan penilaian prestasi..tp xjd nak update.

hari ni isu apa eh? adoi..pelupa sungguh kakyang ni... off dulu lah, karang dah ingat kakyang tulis semula.

chow...

Thursday, April 19, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)



kakyang suka lagu ni..ala2 oldies skit..kalau lagu mat salleh ni mesti ada scene menari kat ballroom pakai baju polkadot...hehe

Stress lagi!

Huh! hari2 kakyang stress keja. sapa kata keja kat gomen senang? leh goyang2 kaki makan gaji buta? meh dok tempat kakyang meh.. baru tau langit tinggi rendah.

nak pulak dpt bos mcm bos la ni..mmg sangat sangat sangat stress dibuatnya. bos kakyang ni feveret bos plg besaq. adoi la..abis semua bos plg besaq hampuk segala mak nenek keja kat bos kakyang ni. keja2 yg berkaitan jabatan lain pun dia bg kat bos kakyang. asai nampak benda berkaitan komputer jer dia assign mai sini. nampak perkataan IT/ICT ja, dia minit mai bos kakyang.

yg nak kena buat keja bos, kakyang la! dah tu bos2 kecik bawah  bos kakyang pun satu. bos suruh depa buat keja, depa chanel balik mai kakyang..amboih! sakit hati tul. dah la kakyang sorang2 kat sini tadak pembantu. nak buat keja satu jabatan yg ada 8 bahagian. tak ke mampoih kakyang kat sini.

ni darah naik la ni sampai kakyang dah pening kepala ni..loya semacam nak muntah bagai...nak buat keja pun tak boleh..

eh..tulis blog boleh plak no..???

.heheheh..tulis boleh boleh sambil tutup mata. ayat tunggang langgang tadak sapa peduli. lgpun ni salah satu terapi utk kakyang released stress. kalau tak hamboq kat sini, lg mencanak la stress kakyang dik oiii...chaww

Monday, April 16, 2012

Cerita sepusat sepusing ni..

Sabtu lepas makcik kakyang buat kenduri tahlil yg ke 40hari utk arwah pakcik. Kenduri tahlil semalam tu membuatkan kakyang mendidih hati jer...apa taknya keluarga sebelah abg ni mulut2 boleh tahan.

sampai jer kakyang kat rumah makcik, terus kena sound ngan anak sulung dia yg 10 tahum muda dari kakyang. Awat lambat sangat? amboi mulut..agak2 la nak hormat skit bahasa tu wpun dlm keluarga sesama level sepupu. apa pun kakyang masuh lebih tua dari hang...geram tul.

peh tu masa dok tunggu org surau dtg utk baca Yasin, sembang2 dulu ngan keluarga lain termasuk la ipar duai kakyang sendiri..dlm masa tu sorang ipar kakyang tunjuk pasal tudung yg member dia buat tu..cantik. tp labuh sngat sampai ke bawah perut labuhnya. so kakyang tanya la kak ipar tu, kalau nak order boleh tak nak pendek skit? terus jer kak ipar lg satu komplen. Hang tetek besaq, tak elok pakai yg tinggi sangat. adoi! sentap kakyang.

tau la mmg aset kakyang yg tu mengalahkan org lain..tp jgn la dok sebut2 clear sngat dpn2 org ramai. lgpun bukan kakyang minta tudung yg singkat mana pun, dan labuk sampai bawah dada skit ja, yg nak p sound lebih2 tu naper?
abis kakak ipar tu ckp, sambung plak kakak ipar yg lain. haa anak aku kata, kalau pakai tudung dok nampak tetek, baik tak payah pakai...pas tu mula la berantai2 kutukan depa adik bradik, sepupu sepapat yg muda belia pun masuk mengutuk..sepupu lg sorang yg berbelas thn muda dari kakyang menyampuk. tu nasi lemak entah brapa ringgit tu tak sedar diri...amboi..sorang-sorang yg nak kena cili mulut ni...kalau bahasa kedah kakyang ni, kurang hajaq namanya tu nak ckp org mcm tu!

kakyang tak phm apa masalah diorang mlm tu. naper? jeles ker aset kakyang besar? dah Allah bg mcm tu, kakyang nak wat cam ner?  konon2 tudung kakyang singkat la yer? yg diorang pakai tudung pun aras2 dada jugak tu pe benda? dah tu singkap p ke bahu plak tu? tak nampak ker aset diorang tu? kalau yg menegur tu tudung labuh betul, nak gak kakyang terima jer penghinaan diorang tu..

tak payah ckp bab tudung, bab pakai pun, yg dok pakai seluar aras lutut tu tak perasan aurat pulak?  dah la pompuan, gemuk plak nak pakai2 lagu tu..yg tu tak ingat plak hukum.

tak phm sungguh!

Thursday, April 5, 2012

Siapa leter siapa ni?

Semalam anak kakyang yg kecik tu naik tidur ngan kakyang. biasa la, bila dtg mood baiknya tu, nak pot pet ngan kakyang la dulu sebelum tido. kdg2 suruh kakyang cerita kisah nabi. kdg2 tanya soalan2 yg susah kakyang nak xplain pd budak kecik.

so semalam topik yg jd pilihan anak kakyang adalah melectured kakyang. ibu kena lecture ngan anak! hehehe

jgn kutuk ayahlah, jgn ejek dia lah, naper ibu tak bg dia berdikari lah, naper ibu tak bg dia tolong masaklah, tak bg dia tolong sidai bajulah...mcm2 lah

ibu jgn ejek adik boleh tak?
bila ibu ejek adik?
tu yg ibu ckp tulisan adik buruk tu..adik mmg sedar diri tulisan adik buruk. kan adik dah berusaha dan tanya ibu cam na nak tulis cantik..

ibu, jangan marah ayah boleh tak?
bila ibu marah ayah?
tu ibu slalu ckp ayah tu asyik2 nak marah jer..
tu ibu tak marah, ibu cuma luahkan perasaan kat adik jer..

kenapa ibu tak bagi adik berdikari?
bila masa ibu tak bagi adik berdikari?
ibu tak bg adik iron baju sendirilah, tak bg adik mop lantai lah, tak bg adik tlg masaklah..
adoi dik, iron tu bahaya, mop lantai tu ibu rasa dah lama ibu tak mop lantai..(ops..bocor rahsia kakyang)..

bila kakyang cerita kat abg pg td, berdekah abg ketawa. tp sempat ler kerut dahi jap bila dia dengar yg anak tegur kakyang dok marah dia kat belakang tu..

opss...terover citer kat abang pulak..biarlah, sesekali dia kena tau hatibudi kakyang. hohoho jahat!

Thursday, March 29, 2012

Keteguran

haaa? bukan keteguran daa...abg meluahkan perasaan jer? erk mcm tak kena juga ayat tu..merungut? tak..eh lantak la apa pun. citanya gini..

semalam. masa breakfast dating, abg tegur kulit kakyang dah itam..hahahah

mmg kakyang dah itam. ramai dah tegur. even ipar2 kakyang pun tegur masa jumpa baru2 ni..awat hang makin itam ni..

ni semua penangan ros la ni..seminggu sekali kak kakyang dok belek pokok2 kat laman tu sampai t/hari. mmg ler itam..tu sib baik tak jadi petani lg tu..kalau idak lg ler legam.

hmm camner nak bg putih balik eh?

Wednesday, March 28, 2012

Sedih

kakyang p tinggalkan kerusi tak sampai pun 3 minit. dari jauh dah dengar phone ofis berdering terus angkat. tak sempat duduk pun. angkat jer terus dengar suara pegawai pompuan ni merungut..'lambatnya akak angkat!"

'akak pergi tandas pun tak boleh ker?" tu jer ayat yg terkeluar dari mulut kakyang..dlm hati tuhan jer yg tahu betapa sedih dan pedihnya hati kakyang dengar ayat dari mulut dia tu..

nak p tandas pun disoal2. adoi..sakitnya hati...kalau ayat keluar dari sorang pegawai ni mmg rasa mcm nak sagat jer bontot tempurung kelapa kat mulut dia.. nak jer cilikan mulut dia tu..yg kakyang dok cari dia 2,3 hari ni dia tak kira?  dia cari kakyang tak abis dering telefon pun nak melenting?

jaga ko..dah banyak kali dia buat taik ngan kakyang...dlm fb, kat ofis, ckp bukan main manis. keje betul2 lah, nak tolong org lah, tp hati busuk!

baru2 ni dia burukkan nama kakyang kat pegawai/staf lain bila pegawai/staf tu dok f/up ngan dia surat kelulusan berkursus. katanya salah kakyang sbb borang tu tak sampai. siap antar email satu jabatan bgtau kakyang tak antar borang2 diorang.

bila ada staf yg f/up dengan kakyang, terbukti semua tu salah di pihak dia. borang sampai dah ke dia, tp dia p campur aduk ngan surat2 lain. ada dia minta maaf?

kakyang tak kesah..tp staf tahu la siapa yg tak buat kerja betul sebenarnya..tp kakyang ni tak la jahaat mcm dia nak p canang/email satu jabatan bgtau salah dia...

astaqfirulllahhal azim...

Cerita Korea

alang2 bos pun tadak ni, kakyang buat double entry lah hari ni..both citer korea..apa saja pasal korea mmg menarik minat kakyang. ni pun kakyang dah pasang niat nak p korea lg sekali. kalau ada rezeki nak p sendiri tak de ngan agent. nak merasa jalan2 kat korea sightseing tanpa batasan waktu..cewah..mcm abg nak bg izin. hahahah

ok tak yah melalut2. direct citer korea ek..kakyang tak mau cerita ikut kronologi..dah tak ingat. kakyang ni ada masalah short term memory skit. ahaks

flight ke korea tu makan masa 6 jam. kami bertolak kul 11 mlm, sampai sana 5 pagi. sampai je airport..dah terasa dinginnya korea! mcm kat genting malam2. tu baru dlm building. debuk debak uruskan hal beg dan imigresen kat sana, terus tunggu bas. masa kat lobby airpot incheon tu, sempat la beli kopi utk panaskan badan..sejuk2 ni, minum air panas cukup nikmat.

kluar jer dari building, terus terasa sejuk menggigit tulang. plg terasa kat muka/pipi la sbb sejuk sangat. tak tahan, mcm letak ais batu kat pipi. tempreature time tu -7 celcius. cuaca sepanjang 6h4m kat sana mmg bagus jer..takde hujan. 1x jer dpt snow. tu pun kejap jer..

Pemandangan korea amat lah cantik.. berbukit bukau. dok tengah bandaraya seoul pun boleh nampak pergunungan dlm musim sejuk mcm tu rata2 pokok dia tinggal ranting je la. warna gambar semua mcm kelabu/putih/biru skit/perang. dlm warna mcm tu pun korea masih nampak cantik dimata kakyang. sepanjang perjalanan dari satu tempat ke satu tempat boleh nampak ladang ginseng rata2. mula2 kami ingat itu tempat org sidai ikan kering. tp pelik sbb tengah2 bukit bukau. ikan kering apanya? rupanya tempat tu adalah shaded untuk pokok ginseng di bawahnya..

kakyang tak jumpa org korea yg gemok2. plum size tu ada la especially org tua. yg muda2 semuanya slim2 mcm kita tengok dlm tv tu...ish tak reti la kakyang nak cerita..kita layan gambar skit lah. tu pun tak banyak gambar pemandangan sbb banyak ambil gambar dari dlm bas.. guna camera kokak jer, so hasil gambar tak cantik.

oklah kita layan gambar jelah yer..

 adik gigil tak tahan
 dengar tutorial ski dlu
 tengokalh pemandangan belakang tu...cantik kan...

 along tengah practis skiing

 salji jer..



 pemandangan dari istana gwangbok
pemandangan dari masjid iteawon

masjid iteawon the one and only masjid kat korea

strawberi yg sngat2 sweet dan besar..

Travel agent belum tentu pandai melancong

HAHAHAHAHAAAA kakyang nak gelak besar dulu sebelum mula crita ni. apa yg kelakar sngat sampai kakyang nak gelak  besar tu eh...

pagi2 buta td biasalah..dlm perjalanan p ofis, keje kakyang dlm kreta semak whatapp ngan fb. abg kat sebelah driving la apa lagi ye dok?

mcm biasa, whatapp yg dari group member plg femes asyik berbunyi jer pg ptg siang mlm tak kira masa tu..

alkisahnya satu couple sefamily ni p makan angin kat korea minggu lepas. so depa dah balik terus la wasap bgtau  dah sampai m'sia semula. tp abis demam semua sbb tak tahan sejuk kat sana..mmg musim sejuk lg kan..alkisahnya diorang bawak baju tak cukup sbb salah dpt info dari travel agent..

agent bg info time diorang p tu dah tak sejuk. so masing2 bawak baju biasa jer la, sekali kat sana negetif celcius lg!..siap snowing lagi..alolo..kesiannya...

Bukan kakyang gelak sbb diorang demam. haih! tak baiktau gelakkan org sakit.

yg kakyang gelak ni sbb couple ni pun travel agent jugak..slalu dengar diorang uruskan kawan2 yg nak melancong. jd kakyang ngan abg pun pelik la. ait? travel agent, tak kan tak tau info tempat nak pergi tu mcm mana cuacanya? dah tu info kat internet melambak2, tak kan ler tak semak dulu info2 apa yg patut? lg satu kalau tersalah info pun, kat sana kan senang nak dpt baju tebal/winter kot ni..murah2 plak tu..takkan ler tak leh p beli? diorang pun bukannya org yg jenis korek tabung mcm kakyang ni...huhuhu

nak wat cam ner kan..dah nasib.. moral of the story? next time kalau nak p melancong..semak2 sendiri info yg berkaitan tempat nak pergi tu..jgn percaya agent buta2.. hehe

eh...cerita kakyang p korea aritu tak update lg kan?..hmmm bila nak update ni? malas lah nak upload gambar2...

Tuesday, March 27, 2012

Bos..oh Bos..

adeh..pening kepala kakyang layan bos gila kerja mcm ni. mana taknya..pg2 ni kakyang dpt call dari kementerian bgtau yg bos kakyang dah setuju nak jd hos mesyuarat besar next week. NEXT WEEK! gila ke apa bos kak yang ni...mana sempat nak buat preparation woi..agak2 la kalau besarhati nak publicity pun..adoi la..yg nak buat semua2 kerja remeh tu kakyang..dah la kakyang ni takde assisttant...lemah semangat tul dpt bos mcm ni...

Friday, March 16, 2012

Mati itu pasti...

Jumaat 2 minggu yg lepas, pakcik abg meninggal. boleh consider berita mengejut juga la bg kami sekeluarga. wpun  mmg dah tau dia lama sakit, tp kami tak sangka akan meninggal cpt lagu tu.

alkisahnya pakcik abg ni baru start pencen bulan sept tahun lepas. start jer pencen terus dia jatuh sakit. batuk2 berpanjangan, sampai susah nak bernafas. dah jd lagu tu, family dia bawak la p spital. testing2. dpt tau paru2 penuh air. tebuk la dada tu utk kluarkan air. sambil tu further testing lg sbb nak tau punca apa jd lagu tu...end up dpt tau kemungkinan cancer.

Makcik abg tak mau percaya. so p cari 2nd opinion dari hospital lain. p lg 1 hospital pun ckp mcm tu gak, kemungkinan cancer. utk lg kompemkan, nak kena buat further testing lg la. lg sekali makcik abg cuba deny perkara tu. tak tahu la kat mana yg dia takmau percaya sngat ckp dr tu. maybe dari cara dr ckp 'kemungkinan' tu yg tak meyakinkan makcik..lgpun, masa 2nd test tu, hospital tu ofer, nak kimo terus atau nak try satu ubat ni yg masih lg dlm research. bila makcik tanya further,  dr ckp, kalau nak try ubat baru, terus boleh enrol masuk program tu. dan semua perbelanjaan perubatan ditanggung hospital. tp pakcik jd bhn ujikaji la. kalau nak kimo, semua tanggung sendiri dan uruskan sendiri. sekali makcik tak puas hati part urus sendiri tu..terus sentap tak mo buat further check lg dah..

start dari situ, terus berubat cara kg je la. mcm2 diorang try, hemopathy, urut, bomoh, darulshifak. dari sedekat2 tempat sampai la ke johor. tu pun yg last nak try ngan bomoh kat kedah tak jd..

hasir dari perubatan mcm2 tu..mcm2 gak la keputusan yg kluar. p bomoh santau, bomoh kata kompem kena santau. kebetulan plak pakcik mmg ada sejarah kena santau. most bomoh yg diorang buat rawatan tu ckp santau. kalau perubatan cara islam plak dia kata cancer jugak. so buat la semua. pi homopathy, dia kata bukan cancer, tp ada ketumbuhan. dekat nak abis hayat pakcik tu, dr tu ckp ketumbuhan tu dah  baik pun. tp bila kami tengok condition pakcik makin worsen, pelik la pulak kan..

masuk tahun baru kami boleh nampak condition pakcik makin teruk. duduk serba tak kena,  badan makin kurus sbb tak lalu nak makan, batuk mcm tu jugak, badan makin senget kononnya bekas tebuk tu sakit dan berbenjol. bila tanya makcik naper jd mcm tu mcm makin teruk. dia kata tu semua sbb urat jer..tanya anak2 dia, ayah kamu tu ada perubahan ke berubat cara kg? semua ckp ada perubahan. tp kami org luar ni nampak mcm makin teruk jer..kakyang n abg dah mula cuak dan bimbang.

kakyang dah start basuh abg suruh nasihat keluarga pakcik dia p hospital balik sekurangnya scan la semula tengok apa condition. bila abg suarakan kat makciknya, asyikla ckp nak bawak nak bawak. sampai lastnya..kami dpt berita pakcik meninggal jumaat tu..

atas sbb ingin tahu, kakyang ada juga tanya2 anak pakcik. takde tanda apa2 ke kat badan ayah tu? anak pakcik ckp ada. benjolan yg diorang dok kata urat bersimpul sbb masuk angin masa pakcik buat endoscopi utk ambik sample kat dada tu mcm bernanah. tp masa meninggal tu tak pecah pun. bila kakyang dengar mcm tu, kakyang dah agak, ramalan kakyang sebelum ni betul. rasanya comfirmed yg pakcik tu ada cancer. sbb dari pengalaman2 kakyang mengadap sedara yg sakit sbb cancer ni, kalau benda tu tak buat treatment, mmg dia akan bengkak dan bernanah. wallahualam..

barang dah lepas pun kan. pada keluarga pakcik/makcik abg tu, kakyang ucapkan takziah. setiap yg hidup pasti mati, cuma cara kematian kita jer yg belum pasti mcm mana. iktibar yg boleh kita ambik dari peristiwa ni, nak tak nak cuba la percaya juga pd perubatan moden...sbb dgn perubatan moden kita boleh nampak dgn jelas dan terang..wallahualam.

AlFatihah..

Wednesday, February 15, 2012

Ngomel pasal staf lagi..

haih..bila la nak abis omelan kakyang pasal staf ni eh..rasanya lama2 sekali mesti kakyang mengomel pasal diorang kan...bila dah mengomel kat sini tu..maknakata dah tepu sngat la kat dada dok simpan sorang2 tu..dah nak meletup la tu..dari meletup kat luar, baik kakyang letupkan kat sini kan..tak de sapa2 pun nak sakit hati..huhuhu

yg kakyang nak letupkan hari ni pasal kerja la..staf yg sama gak yg bgkakyang cukup problem ngan attitute dia towards kerja..masuk dah anjal jd ke 8.45 pun masih gagal nak masuk awal. la ni bila dah kata leh ambik halfday lg la..kejap2 bila tanya mana orgnya?dpt jer jawapan, cuti lah, tak masuk lg lah..haih pelik tul la diorang ni..selamba badak jer eh..

lunch time tu jgn ckp ler, seawal kul 12 dah kluar, balik kul 3 belum tentu...tu biasa dah...

buat keje satu hal gak ni  . asyik la dok kata banyak keje, tp bila sesekali kakyang meronda ke sana sambil antar dokument kat staf lain asyik ler dok nampak tengok tonton online, fb, baca blog mekup2, baca blog jual online. mcm tu ka org banyak keja?

yg buat kakyang hangin tu, dia boleh update fb marah2 ckp naka jumpa bos pun susah. bila bos ada, dia tadak. kalau ada pun dia kata tunggu jap sbb baru nak print dokument yg nak tunjuk bos tu. oklah, tunggu punya tunggu tak sampai2 gak, lastnya bos dah kluar p mtg. nanti tanya lagi, bos ada tak kak? bila ckp ada dan suruh cpt dtg. jawapan yg sama gak. tunggu. baru nak print. hadoilaaaa awat la lagu tu..apa salahnya prepare dulu dokument tu siap2, antar ke akak dulu, bila bos ada dia boleh tengok. hari2 mcm tu..berulang2 dialog yg sama..

tak paham la cara kerja dia ni..

Monday, February 13, 2012

promosi free..

nak promote korang ngan satu blog ni..amatlah sesuai utk tambah ilmu kerohanian...promote free jer, kakyang tak dpt faedah apa2 pun...harap2 tuan punya blog tak kesah yer..

Bacalah blog ni...MamaLUV..

Wednesday, February 8, 2012

badan kebajikan..

Mai..mai sini mai..sapa tak cukup duit, sapa nak pinjam duit, mai sini mai...

apa? ingat sini badan kebajikan ka? ingat sini bank dunia ka? nak mai berhutang ikut suka dia saja..kakyang hangat hati sungguh. cer kalau kawan2 kakyang yg minta tolong lagu tu, mesti dia ckp jgn tolonglah, kita tak tau dia tu boleh bayar ke tidak. tak pun sesilap kakyang kena sound buta2 ja kalau bgtau kawan nak pinjam duit. yg u pandai2 p ofer nak tolong kawan tu kenapa?

kalau turn dia takpa plak. pantang dengar kawan nak pinjam duit, terus nak transfer. nak2 pula yg minta tolong tu pompuan..aiiiii tergedik2 kat situ gak nak bg duit tu.. dah kena tipu banyak kali pun tak serik2. yg lagi sakit hati kakyang ni bila duit kakyang plak yg jd habuan kawan2 dia..

yg kakyang ni kemut la nak guna duit sendiri pun takut. takut sat lg ada kecemasan ka, boleh pakai duit tu...dok berangan nak beli brg yg berkenan pun tak brani sbb tau, kalau buka mulut ja mesti mcm2 disoaal balas.

tup tup terus ja nampak statement duit transfer ke acc org lain dah masuk ke email kakyang..gila bapak punya hampes...terbakar hati kakyang tau! mintak izin dulu pun tak!

WAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!