Jumaat 2 minggu yg lepas, pakcik abg meninggal. boleh consider berita mengejut juga la bg kami sekeluarga. wpun mmg dah tau dia lama sakit, tp kami tak sangka akan meninggal cpt lagu tu.
alkisahnya pakcik abg ni baru start pencen bulan sept tahun lepas. start jer pencen terus dia jatuh sakit. batuk2 berpanjangan, sampai susah nak bernafas. dah jd lagu tu, family dia bawak la p spital. testing2. dpt tau paru2 penuh air. tebuk la dada tu utk kluarkan air. sambil tu further testing lg sbb nak tau punca apa jd lagu tu...end up dpt tau kemungkinan cancer.
Makcik abg tak mau percaya. so p cari 2nd opinion dari hospital lain. p lg 1 hospital pun ckp mcm tu gak, kemungkinan cancer. utk lg kompemkan, nak kena buat further testing lg la. lg sekali makcik abg cuba deny perkara tu. tak tahu la kat mana yg dia takmau percaya sngat ckp dr tu. maybe dari cara dr ckp 'kemungkinan' tu yg tak meyakinkan makcik..lgpun, masa 2nd test tu, hospital tu ofer, nak kimo terus atau nak try satu ubat ni yg masih lg dlm research. bila makcik tanya further, dr ckp, kalau nak try ubat baru, terus boleh enrol masuk program tu. dan semua perbelanjaan perubatan ditanggung hospital. tp pakcik jd bhn ujikaji la. kalau nak kimo, semua tanggung sendiri dan uruskan sendiri. sekali makcik tak puas hati part urus sendiri tu..terus sentap tak mo buat further check lg dah..
start dari situ, terus berubat cara kg je la. mcm2 diorang try, hemopathy, urut, bomoh, darulshifak. dari sedekat2 tempat sampai la ke johor. tu pun yg last nak try ngan bomoh kat kedah tak jd..
hasir dari perubatan mcm2 tu..mcm2 gak la keputusan yg kluar. p bomoh santau, bomoh kata kompem kena santau. kebetulan plak pakcik mmg ada sejarah kena santau. most bomoh yg diorang buat rawatan tu ckp santau. kalau perubatan cara islam plak dia kata cancer jugak. so buat la semua. pi homopathy, dia kata bukan cancer, tp ada ketumbuhan. dekat nak abis hayat pakcik tu, dr tu ckp ketumbuhan tu dah baik pun. tp bila kami tengok condition pakcik makin worsen, pelik la pulak kan..
masuk tahun baru kami boleh nampak condition pakcik makin teruk. duduk serba tak kena, badan makin kurus sbb tak lalu nak makan, batuk mcm tu jugak, badan makin senget kononnya bekas tebuk tu sakit dan berbenjol. bila tanya makcik naper jd mcm tu mcm makin teruk. dia kata tu semua sbb urat jer..tanya anak2 dia, ayah kamu tu ada perubahan ke berubat cara kg? semua ckp ada perubahan. tp kami org luar ni nampak mcm makin teruk jer..kakyang n abg dah mula cuak dan bimbang.
kakyang dah start basuh abg suruh nasihat keluarga pakcik dia p hospital balik sekurangnya scan la semula tengok apa condition. bila abg suarakan kat makciknya, asyikla ckp nak bawak nak bawak. sampai lastnya..kami dpt berita pakcik meninggal jumaat tu..
atas sbb ingin tahu, kakyang ada juga tanya2 anak pakcik. takde tanda apa2 ke kat badan ayah tu? anak pakcik ckp ada. benjolan yg diorang dok kata urat bersimpul sbb masuk angin masa pakcik buat endoscopi utk ambik sample kat dada tu mcm bernanah. tp masa meninggal tu tak pecah pun. bila kakyang dengar mcm tu, kakyang dah agak, ramalan kakyang sebelum ni betul. rasanya comfirmed yg pakcik tu ada cancer. sbb dari pengalaman2 kakyang mengadap sedara yg sakit sbb cancer ni, kalau benda tu tak buat treatment, mmg dia akan bengkak dan bernanah. wallahualam..
barang dah lepas pun kan. pada keluarga pakcik/makcik abg tu, kakyang ucapkan takziah. setiap yg hidup pasti mati, cuma cara kematian kita jer yg belum pasti mcm mana. iktibar yg boleh kita ambik dari peristiwa ni, nak tak nak cuba la percaya juga pd perubatan moden...sbb dgn perubatan moden kita boleh nampak dgn jelas dan terang..wallahualam.
AlFatihah..
No comments:
Post a Comment