x terpk kakyang nak komen hal ni. tp bila tengok ramai pula yg bg komen diorang, kyang terasa nak mengomen jugak lah.
kakyang salah sorang penonton video tersebut yg menyumpah si ibu dan si tukang ambik video tu. sumpahan kakyang: tolong seseorang yg ada info penuh penderaan ini, tlg buat laporan kepada polis. tp si tukang ambik video ni bodoh & xde perikemanusiaan ker org yg ambk gambar tu. kenapa tak diselamatkan dulu budak tu dari ibunya yg tengah mengamok tu.
selang beberapa hari lepas tu, keluar pulak video dan penjelasan yg mengatakan org tu ambik video tu utk bukti semasa report penderaan ini kepada polis. alasan dia tak tolong adalah kerana dia pernah menolong selamatkan baby tadi dan dia dipukul teruk oleh si ibu td.
mcm x logik pulak alasan tukang ambik video tu..naper? kat situ xde ker org lelaki yg kuat nak nolong selamatkan si baby tu? x boleh ke dia larikan dulu baby tu dari makdia yg mental tu? kalau betul kena pukul balik ngan mak baby tu pun, xkan ler xder org lain yg boleh tolong? kat situ hanya ada tukang rakam dan mak baby tu je ker?
kalau lepas tolong selamatkan baby tu, mak dia mengamok, xde org @ jiran2 yg boleh tenteramkan? kalau ada mesti org lain pun boleh tolong tenteramkan mak baby tu kan? mesti ada org lain yg boleh jd saksi p minta tolong kat polis/ketua kampung/kawasan tu utk selamatkan baby tu dulu. betul x?
kalau betul2 org tu ada perasaan kesian kat budak tu, mesti dia x ambik video tu selama tu kan. ambik seminit 2 cukup la, bila nampak mak baby tu makin naik hantu, p la selamatkan budak tu dulu. video dah terakam skit sudah la utk bukti. ni ambik video panjang berjela mcm tu mcm nak tunggu baby tu mati dulu baru nak p tunjuk bukti kat polis?
polis pun x bodo la, xkan ler nak bukti mcm tu baru nak dtg siasat? kalau dtg balai, buat aduan mulut je pun polis akan antar org dtg siasat juga. betul tak? xperlu adu sampai kat polis pun, adu kat ketua area situ pun ok, tok ketua ker, ketua kampung ker, pak imam mesjid situ ker.mesti org dtg tlg..
jd, kakyang tak terasa nak minta maaf kepada si pengambil video tu bila ada yg mengata tu la nak umpat x siasat dulu..
bg kakyang org yg ambik video tu mmg x perikemanusiaan utk merekod kes tu selama itu. wallahualam.
No comments:
Post a Comment