Monday, May 14, 2012

Nikmat

Kakyang ada sorang member FB. pangkat akak dari kakyang ler.. dok oversea sekarang sbb dia kawin matsaleh. kiranya dah bermastautin kat sana dah la kot.

dia rajin update kat wall pasal kisah2 silam dia..kesusahan masa kecik2 dulu, pengalaman2 masa miskin dulu. banyak pengalaman2/kisah2 dia tu ada persamaan ngan pengalaman kakyang.

KakYang berasal dari keluarga miskin. kakyang kategorikan miskin sbb mmg betul2 xde duit. nasib baik abah kakyang buat banyak kerja. mlm kerja jaga sekolah, siang tolong pakcik niaga ikan kat pasar.dengan gaji abah yang hanya xsampai 200 sebulan nak sara 10 org. korang bayangkan lah mcm mana peritnya hidup time tu.  so, makan kami hasil lebihan niaga yg x abis la. sayur abah beli lebihan dari penjual sayur. so dpt murah2 la skit. tp kualiti? sendiri mau ingat la bila dah kata lebihan tu kan..

makan ayam hanya tunggu hari2 perayaan. tu pun ayam mak ternak sendiri kat bawah rumah. kdg2 kami adik bradik teringin nak makan ayam waktu hari biasa. tp mak slalu pujuk. nanti..kita tunggu ayam besar dulu yer.. kalau dah besar, mak suruh kami bawa ke rumah jiran minta pak aji tu tlg sembelihkan. so dpt la hari tu makan kari ayam. tu pun mak terpaksa potong kecik2 mcm nak masak sup tu utk pastikan semua org merasa. dari kepala ayam sampai le tongkeng, kaki ayam dimasak. xde yg terbuang. mmg pasti licin.

kalau terasa nak makan airkrim, kumpul botol sos/kicap dulu baru dpt makan aiskrim. tu pun bukan aiskrim mcm sekarang ni..ais buatan mamak muslim je. mcm ais potong tu. tp kami namakan ais kacang merah.  bawah ais warna merah, kat hujung ais tu ada kacang merah. kumpul 3 botol, jual kat mamak tu, dpt la 1 btg ais kacang tu.

pakaian kami adik bradik kebanyakannya dari belas ehsan sedara2. kebetulan sedara sebelah mak org berada skit. slalu mak ndak (kakak mak) yang akan sedekahkan baju anak2 dia kepada kami. kalau time nak raya tu kdg2 bagi kain utk buat baju raya. baju sekolah kakyang dolu2 pun banyak baju 2nd hand.time raya mak beli kain murah sepapan utk buat baju raya kami adik bradik. utk anak2 perempuan, semua sedondon jer..pastu baju tu mak jahit tangan. mak jahit la pelan2. ada perca2 kain, mak buat kan gaun bertingkat utk kami adik bradik prempuan.

jalan-jalan makan angin mmg xde dlm agenda keluarga. kalau ada jalan2 pun sekadar balik kg sebelah mak dekat Alor Merah. tu pun time raya je kot baru kami balik kg mak tu. pergi sana naik bas. 2x tukar bas. pas tu sampai kat hujung kg tu, jalan kaki plak 20 minit utk sampai rumah tok (nenek). bayangkan lah time tu kami sekeluar naik bas beramai2. slalunya dengan mak saja. sbb abh jarang nak balik kg mak. kami 4/5 bradik time tu akan bontot mak dari belakang..hehehe mcm anak itik. dpt jln sesekali mcm tu mmg terasa syok.

Rumah mak kakyang dulu tu hanya menumpang atas tanah org. rumah kayu 1 bilik. rumah tu abah design sendiri. kami adik bradik tidor dlm 1 bilik. dlm bilik ada 1 katil besi 2 tingkat. jadi syere la 2 org kat atas, 2 org kat bawah, yg selebihnya tidor atas lantai sebelah katil tu. mak abah tidur kat ruang luar sebelah dapur.

Time kakyang kecil dah ada tv. tp hitam putih 2nd hand abah beli tv org yg dah rosak. abah beli dan repair semula. dpt la kami tengok. tp tv tu rajin rosak. berbulan2 baru abah ada duit nak minta tlg org repairkan. bila dah dibaiki, seronok la kami semua sbb dpt tngok tv semula.

lepas 1 insident tv tu jatuh timpa adik kakyang, abah dah xbeli tv. kami menumpang tengok tv jiran. masa tu dah ada tv kaler dan siaran tv3 baru wujud. tumpang tengok telenovela kat situ jdlah..

banyak lagi cerita2 zaman kecik kakyang dulu. dulu kecik2 kakyang xphm kesusahan org tua. nak pula kakyang dimanjakan abah. apa kakyang minta akan ditunaikan abah wpun lewat sedikit. mana tidaknya, selagi xdpt, selagi tu la kakyang merengek dengan abah. jd nak xnak abah usaha dapatkan utk bg kakyang diam.

bila sendiri dah jd mak budak ni, baru kakyang sedar  betapa besarnya pengorbanan mak bapak kakyang dulu utk membesarkan anak2..

terima kasih abah..terima kasih mak.. cek sayang mak abah!




No comments: