semalam, sambil kemas2 buku sekolah, along cerita kat kakyang.
Ibu, along kena turun kelas.
ramai ke kena turun kelas?
4 orang jer..
so, along dpt no brapa?
no 27 dari 31 org.
hahaha. takpelah nak buat mcm mana...ibu yakin nanti cikgu along mesti menyesal sbb turunkan kelas along .
kenapa pulak ibu?
sbb along akan dpt 5A nanti..
begitulah lebih kurang dialong kakyang dgn along semalam. kakyang selitkan encouragement wpun sedih sbb anak kakyang turun kelas. tp dah tahu kalau dia dok kelas terpandai tu pun sah sah dia akan dpt no terkebelakang.
takpelah, kedudukan kelas bukan penentu segalanya. kakyang tahu along dah buat yg terbaik.
Tp..
tp kakyang tak setuju betul dgn tindakan cikgu turun/naikkan kelas pada tahun2 genting mcm ni. ye lah, budak tengah prepare nak duduk exam besar, naper nak serabutkan otak diorang dgn nak adjust cikgu baru, kawan baru, tempat duduk baru? style belajar kelas baru..kan benda2 tu sedikit sebanyak mengganggu.
tak per..takper...kakyang pernah buktikan dgn usaha kakyang along boleh dpt keputusan yg bagus tahun2 lepas. jd untuk UPSR ni kakyang yakin boleh buat mcm tu lagi..insyaallah! .
No comments:
Post a Comment