Tuesday, November 6, 2012

KIMCHI

meh sini kakyang ajar camner nak buat kimchi..setanding dgn kimchi jeju island tau...

ini bahan2 yg diperlukan

kobis tadi dibersihkan dan dipotong kecil supaya mudah nak makan. gaulkan dengan garam dan perap 4-5 jam. xperlu guna air. bilas bila dah cukup perap nanti dan toskan airnya. ketepikan sementara kita prepare bhn lain pula..

daun bawang dibersihkan dan potong panjang-panjang dlm 1-1.5 inci. ketepikan utk sementara waktu


bawang putih,, bawang merah, halia dikupas dan blend/tumbuk halus

 bahan-bahan yg telah diblen tadi dimasukkan dlm besen besar utk proses gaul. masukkan cili serbuk, cencaluk, air 100 plus, sos ikan dan apa yg putih tu?..itu tablet ginseng. org korea buat kimchi letak ginseng tau.
gaul semua bahan td jd pes. tak perlu masukkan air. 

ini rupa bhn2 yg telah digaul td.

aduh..gambar terbalik pulak ni..camner nak rotate tak reti? bantai je la kan...hehee
masukkan kobis yg telah diperam td + daun bawang. gaul sebati dengan pes tadi. cuba rasa garamnya. kalau  rasa tawar, tambah garam.

ni rupa kimchi yg dah siap gaul. masukkan dlm bekas/balang/tapawe tutup ketat dan simpan dlm peti. anytime nak makan dah boleh. kimchi ni lagi lama simpan lagi masam. kimchi 'tua'/ kimchi yg dah masam ni sedap masuk dlm asam pedas atau tomyam untuk ganti asam limau/air asam.
selamat mencuba!


er.. ini rupa botol ginseng korea yg kakyang beli haritu...mahal harganya ni sbb kualiti terbaik!




No comments: