Thursday, December 22, 2011

Adab bertamu

kdg2 bila kita yang jd tetamu org, kita tak perasan do and dont nya kan. bila org bertamu rumah kita baru kita perasan semua perkara tu.

Minggu ni kakyang kalut skit sbb kakak kakyang sekeluarga dtg dari kampung. diorang dah suarakan nak datang pada masa kakyang balik kg hari tu. dah ckp nak dtg seminggu. kakyang pun dengan lapang hati ckp ok. datang la rumah.

so diorang dtg dari jumaat lepas sampai ler semalam, rabu. brapa hari ek? 6 hari gak la kan. so start dari hari sabtu - rabu ada je la plan jenjalan. sabtu p rumah sepupu di cheras, ahad p snowalk, isnin p mana ek? , selasa p wetworld, mlm plak p rumah sepupu di puncak alam, rabu p makan2 ngan abg long kakyang. mmg pack gilerlah. 

penat ek layan tetamu ni. kakyang sampai tak cukup tidur la. sbb tiap2 agenda tu sampai t/mlm. awal2 pagi dah bangun masak sarapan etc. peh tu kluar jln2 lagi. bukan nak merungut, tp teringat pesan org2 tua, katanya, kalau bertamu rumah org, jgn lebih dari 3 hari.

Jd kakyang rasa ada benarnya pesanan org2 tua tu. kakyang rasa sendiri kali ni bila menerima tetamu dlm tempoh yang panjang. 2,3 hari yg pertama tu ok lg, tp bila masuk hari ke 4,ke5, rasa penat dah. penat layan karenah anak2 & sepupu diorang. nak dimarah, kang ibu bapanya kecil hati pula. abis2 pun marah/tegur anak sendiri je lah. penat nak jaga hati tetamu. penat mengekjas waktu dengan abg. dia tu berangin skit. nak buat apa2 bukan boleh main terjah mcm tu jer.nak pulak abg ipar kakyang tu leh tahan songelnya. hari2 ada jer plan tergemparnya. tetiba jer turun dari tingkat atas bgtau ada kawan dia nak dtg rumah. esok pulak tetiba bgtau nak pergi rumah sepupu dia pulak. abis semua plan yg kakyang buat. kena adjust2 semula dengan masa abg. abg tak suka perkara2 unplan ni.

peh tu kakak kakyang pulak memandai p mengemas dapur kakyang yg berselerak tu. abis segala benda dia ubah sana, ubah sini, buang itu, buang ini. nasib baik kakyang sedar. kutip balik dari tong sampah. adoila..sib baik ler kakak sendiri. kalau ipar tu mau jd gaduh. tp terima kasih juga kat dia, sekurangnya bersih skit dapor kakyang tu. hehehehe

iktibarnya? next time kalau ada tetamu nak stay kat rumah, kakyang akan terus terang limitkan penginapan anda 3 hari jer. supaya saya tidak membuat dosa kering tanpa disedari. huhuhu

dan kakyang kena ingatkan diri juga, next time kalau bertamu rumah org, jgn lama2. jgn susahkan tuan rumah. heheheh

Monday, December 19, 2011

Sayu

Semalam, masa baring2 nak tidor, anak kakyang tanya.

Adik: Ibu, naper ayah  asyik taknak join kita?
Ibu: mmmm...ayah kan tak sihat, ayah tak larat nak lasak2.

anak2 kakyang diam lah lepas kakyang bg jawapan mcm tu. tak de soalan balas spt selalu lepas tu. itu jawapan yg sebaik mungkin kakyang  boleh bg pd anak2. anak2 ni diorang amat sensitif. kita ingat apa tingkah laku kita diorang tak peduli. asyik main jer kan. rupanya deria observation diorang amatlah kuat. mcm span, brapa banyak dituang, banyak tu la diserapnya. kita acuan, dioranglah kuihnya.

sayu kakyang dengar soalan anak2 tentang ayahnya. tp nak wat lagu mana, mmg ayahnya mcm tu selama ni. dia stakat tukang ngantor-ambik jer, nak join tak de ler..kakyang cuba ambik yg positif maybe betul sbb sakit nya tu yg membuatkan abg susak nak lasak mcm org lain. nak tanya lebih2 pun, abg bukan org yg suka memberi jawapan. so, pandai2 lah kakyang cover apa yg ptt..

so anak2, stay closed ngan ibu yer...ibu akan cuba mengembirakan korang. uh...sedihnya.

Thursday, December 15, 2011

Muslihat. Motif

tetiba kakyang dpt wasap dari sorang kenalan lama. dia dok bertanya khabar kakyang etc dari situ la. pot pet 2,3 kali berbalas wasap dari pg sampai mlm. yg mlm tu kakyang baca lewat skit sbb kakyang tengah masak dinner. anak kakyang la dtg dapor hulur hp bgtau ada wasap.

kakyang suruh dia close dulu. nanti kakyang baca.

dah abis memasak, dah selesai makan, kakyang pun belek2 la hp sambil rehat. nak baca msg wasap td  ler. rupanya kenalan lama td dok antar msg lg. reply balas reply balas, hujung 2 dia kata oklah kena stop sbb bateri kong. akak kat jb ni ngan xxxxx...

terkebil2 mata akak baca last msg tu..watdehek dia ni...apa motip dia nak tulis hujung tu kan?

sapa xxx tu? ekceli dia tulis nama org tu. org tu xbf kakyang dolu2. dan kakak ni mmg tau la hal kakyang ngan xxx ni sbb dia pun keje satu ofis ngan kakyang dulu. maknakata 3-3 org kami ni seofis la. xxx bos. kami kuli.

bila xxx buka company sendiri, kenalan kakyang ni pun ikut join keje kat ofis tu jugak. masa ni kakyang dah masuk kampus sambung belajar semula. alkisahnya masa kakyang masih dok calling2 xxx kakyang ni, sekali kakak tu angkat. pot pet la sembang ngan dia sekejap sbb tak sangka dia pun keje sana. dlm2 dok citer tu dia selit bgtau, ala, xxx tu pernah ngorat akak dulu...bla bla bla. kakyang dlm hati dok pk, eh ye ker? betul ke xxx tu ngorat dia? sbb setahu akak, dari awal akak tu join sykt dulu pun dia dah kawin. tak kan ler xxx tu sanggup nak ngorat bini org? masa tu kakyangtak putus ngan xxx tu. dan kakak ni join sykt dlu tu dekat kakyang nak brenti keje ...haih...betul ke citer ko ni kak...susah kakyang nak percaya ..

balik semula citer wasap td. kakyang pk positif lagi..agaknya ofis diorang ada family day kat sana kot...tp apa tujuan dia nak bgtau yg dia ngan xxx tu? eleh..saja jer nak bg kakyang jeles la tu kot..

watever lah kak...hehhehehe

Salah siapa?

td ada pegawai kakyang datang nak jumpa bos. kakyang tanya kenapa? dia bgtau la nak suruh bos sign surat sokongan sambil tunjuk surat tu. kakyang baca sekali lalu. rupanya surat minta buat installment potongan gaji. eh..potongan gaji?

baca detail lg. rupanya selama ni dia dok kuartes kerajaan tak berbayar. elaun rumah masih tetap diterima mcm biasa..ptt elaun tu dipotong bila duduk kuartes.

kakyang pun tanya la, tak sedar ker elaun tu masih diterima selama ni? dia ckp sedar, tp diamkan jer.kakyang senyum je la..nak wat gapo lgdah, mmg lagu tu perangainya kebanyakan org ni..

ish tak tahu la mcm mana org leh ada perangai mcm tu. tak kesah ambik benda bukan hak mereka. sekali dpt trace mcm ni, haaa terduduk nak bayar balik..25k tu dik oiii dia nak kena bayar...camner citer tu?

Tuesday, December 13, 2011

Kecil hati

hari ni semua fb, ym kakyang berstatus mcm tu..naper ni..gaduh ngan abg lg ker? mesti korang pk mcm tu ek..

idak aih..kalau gadoh2, kecik2 hati ngan cik abg, tak leh tulis status mcm tu..kang lg sekali abg ribut topan. plg2 nak luahkan perasaan sngat pun kakyang tulis kat sini jer. sbb abg tak tau kewujudan blog ni.  biarlah rahsia.kekekek

apa kesah kecik hati ni..?
alkisahnya..poyo jer kakyang ni dok timbang tara nak bgtau ke tak kat bff (bff ker..?) yg kak yang nak p cuti ke korea xmas ni. timbang punya timbang last2 kakyang bgtau juga . baru 2,3 hari lepas kakyang kabor ke dia. kang tak kabor, tup2 timbul gambar kat fb, kena hambur eksen pula. kabor je lah...bff? kakyang kata ok ler tu sesekali  dpt p negara luar. kakyang pun rasa lega dah la.

tup tup semalam kakyang ternampak gambar anak dia dekat kedai universal travel tengah testing2 earmuff..eh, takde pula dia kabor ke kakyang yg dia nak bercuti. kakyang pk positif lg, agak2nya dia sesaja jenjalan kat shoping complex terjumpa kedai ni dan sengaja try2 barang jer kot..tp kakyang pk lg. ada ker org yg saja2 nak try kalau betul tak de nak guna brg tu? hmmmm...muskil nih.

kakyang pun saja jer ym bff? kakyang ni. direct tanya dia jer. aku nampak gambar anak ko pakai earmuf tu. ko p mana? dia pun buat2 ler tak tahu gambar mana. dia kata dah lama tak upload gambar apa pun. so kakyang citer la sok sek sok sek mana kakyang nampak gambar tu...peh tu baru ler dia ckp, aku nak p beijing minggu depan. tengah beli brg skit2 kat kedai tu...

oooo...melopong je la kakyang dengar pengakuan bff? kakyang tu..bukan melopong apa, melopong sbb terpk kepoyoaan kakyang sendiri. kakyang ni ye ye la dok pk nak bgtau dia yg kakyang p jalan, takud dia kecil hati..tp dia tak heran pun nak bgtau kakyang..sedihnya....

Tuesday, December 6, 2011

Happy belated birthday!

Semalam birthday kakyang sendiri. heheheh nak bgtau gak tu. tak malu sungguh. apa hadiah birthday? tak de hadiah apa pun, kek pun tadak. dpt wish dari abg ngan anak2 pun jdlah...adik kakyang wish tambah anak buah lg sorang. hahahaha....
alhamdulillah..dipanjangkan lg umur kakyang ni..harap2 tahun2 yang akan dtg  bertambah barakah. dimurahkan rezeki, diberi kesabaran yg banyak, bertambah keimanan, kesihatan yg baik,  ketakwaan kepadaNya dan harap2 umor yg panjang di diberkati Allah...insyaallah..

Friday, December 2, 2011

Sunat atau wajib

sabtu minggu lepas, 26 nov tu kakyang sunatkan anak2, si along dan si adik ler..2 tu jer anak kakyang pon. 2-2 lelaki you... :D

Alkisahnya sejak menjak diorang tahu tarikh nak disunatkan sebulan yg lalu, masing2 membilang hari la. si along hari2 nengok kalendar. "dik, lg sebulan kita sunat dik.", esok lusa tengok lg kalendar.."dik, lg seminggu kita sunat dik". esok lusa tulat dok tengok kalendar lagi hari-hari.."dik, esok kita sunat dik!" dah makin cuak nadanya.

ha..lagu tu la si along. apa cer si adik pulak?

si adik dok ketaq lutut. hari-hari dok tanya kakyang." sakit tak sunat tu bu?" kakyang jwb," tak sakitlah. sakit sikit jer.." aih, mana satu ni, sakit ke tak sakit? jawapan si ibu pun mengelirukan..hehehe

esok lusa tanya lagi, " ibu. adik dah tanya kawan2 adik yg dah sunat...diorang kata sakit!" si ibu pun jwb" sakit sikit jer, mcm adik kena cucuk tu jer..tak pun sakit mcm adik luka jatuh beskal jer. jatuh beskal sakit tak?" adik geleng kepala tanda tak sakit sambil mata terkebil2 pk betul ke tak sakit? :P

lagi dekat tarikh nak sunat, lg banyak adik bertanya. hari-hari bertanya.."bu, adik takut la nak kena sunat", " ibu, mesti sakitkan sunat tu..", ibu, sunat tu mcm mana?"

haih mau naik angin kakyang dok menjawab soalan dia jer. si along tu relex jer. dengar jer adik dia dok ketaq lutut.

bila dok banya tanya sangat, kdg2 kakyang saja sakat diorang. "mana nak?  nak jd lelaki ker..nak jd prempuan? kalau jd lelaki, kena potong sekali jer, kalau nak jd perempuan, kena potong berkali-kali, tiap kali branak kena potong. mana nak?" hehehehe

esok nak sunat, hari ni dok lailitamplom plak sapa nak masuk dulu?. lastnya pg tu kat klinik, si along volunteer  masuk dulu,. yg lain pun relakan jer.

si along awal2 dah tanya dr." Dr, ada apa2 benda nak gigit tak? along takut sakit." senyum dr dengar soalan anak kakyang tu. lastnya dia gigit kain pelikat yg dia pakai tu jer. sakit time kena suntik ubat bius jer. kejang2 kaki tahan sakit. dah kebas peh tu, buat ler apa pun tak sakit pun.

dlm dr dok proses tu dia dok tanya dr dah buat apa tu? naper along nampak mcm jarum jer ni..naper ada benang je tu? haih...jenuh nak menjawab.

peh tu turn si adik pulak masuk. mcm tu la juga. terkejang2 kaki sakit kena suntik ubat bius. meleleh gak ler air mata si adik tu. tp dia brani skit, dan sbb kuat sngat bertanya, kakyang bg dia tengok apa dr buat kat bird dia tu. time tu dah siap potong dah pun, dr tengah jahit bird dia. nampak jarum tu dia mcm kecut perut, tp bila dr cucuk sana cucuk sini tak sakit, dia dah xcited la nak tengok sampai abis. kejap jer dah siap 2-2 anak kakyang disunatkan....alhamdulillah.

2 hari peh tu dtg balik klinik sbb nak buka balutan. nangis2 la si along tu sbb sakit balutan tu melekat ngan luka. lastnya buka separuh jer, lg separuh dia usaha buka sendiri kat rumah.

si adik plak, ngan machonya buka sendiri. dia tak bg dr buat sbb takut sakit. bila buka sendiri dia confident. so dr pun biarkan dia  buka sendiri. zup zap tak sampai seminit dah terbuka semua. abis cerita.

hari ni 2-2 tu kakyang dah antar rumah sepupu. 2-2 pakai kain lg, tp dah tak pakai mangkuk utk cover bird tu dah..tu pun sbb kakyang gertak. " nak p beli baju tebal tak...?"

psyko tak kakyang  ni? kekekeke

Thursday, November 24, 2011

Step by step oh baby..

masa tengah pk nak cari tajuk yg sesuai untuk posting2 jom melancong kakyang ni, terpk pulak tajuk di atas tu..tu tajuk lagu new kids on the block NKOTB. kumpulan rap yg femes zaman kakyang remaja dulu..entah wujud lg ke idak tak tahu ler..

terajin lak hari ni nak kakyang nk cari video diorang. cer tengok yg ni. ini thn 2010 diorang dah tua..


ini yg masa depa remaja..



so mana yg lg hensem? masa depa muda ka tua? hahahaha

Wednesday, November 23, 2011

Jom melancong

Insyaallah kalau tak de aral hujung tahun ni kakyang akan melancong obersi. 1st time keluar negara. 1st time niki biluun. hehehe

Kakyang nak kemana tu?..
Akak nak ke korea je dik...dah lama dah akak teringin nak ke situ. sejak menjak terkena tsunami korea ni...bukan akak jer, anak2 akak pun sama terkena korean wave ni..hehehe
tp tak sangka plak cpt pulak tertunai hajat tu. pagi buta sabtu lepas, kak ipar kakyang call, tanya nak ikut dia p korea tak?  mmg dah lama kakyang ckp ngan dia, kalau nak p korea ckp ler, akak nak ngekor..tu yg dia tepon tu..rupanya dia nak lunaskan janji kat anak tunggal dia tu..anak dia dpt no yg cemerlang dlm peperiksaan baru2 ni...tahniah utk anak buah akak tu! dan bertuah makpak kaya ek..hehe

Kak ipar yg plan semua. sbb dia org  berduit, so cari ikut travel agent jer, naik penerbangan MAS. makanya..akak yg tak berduit ni kena la korek tabung skit. huhuhu time korek tabung ni rasa nyesal lak dah janji nak ikut. huhuhu 5 angka tu nak dikeluarkan..almaklumlah belanja utk 3 branak. sabar kakyang..sabar...nak sngat ke sana kan, redho je lah...huhuhu

so hal2 pengankutan, hotel, makan & travel kat sana selesailah sbb pergi ngan agent. So, next step apa?

Eh sebelum tu, pastikan dah ada passport yer, kakyang dah pergi buat semalam ngan anak2. dah selesai dah bab tu..

Camner nak buat passport?
Alah download jer borang kat imi.gov.my dulu, pehtu isi info dlm borang tu, attach 2 gambar passport jer. p ofis depa dan submit je lah. kalau bawak anak bawah umor, bawa sekali sijil lahir/my kid diorang., gambar 2 keping gak, anak pun kena bawa sekali yer sbb nanti nak kena ambik cop jari. lg 1 kakyang nak pesan, bila ambik gambor tu jgn nak sengeh lebar2 nor, diorang tak mau gambar yg macam tu.. :D

Next akak kena cari baju sejuk. Korea tengah musim sejuk sekarang. dengar kata xtream sejuk. hari2 tidor dlm aircond pun tak tahan, nak pula p tempat yg tahap beku..apa la cernya nanti yer...

so kakyang dlm proses meronda2 cari mana jual baju sejuk murah. ada kata p plal store kat jln tar tu. tp dengar kata situ mahal. ada kata p cari kedai winter time. area rumah kakyang tak de kedai ni.. ada yg suruh p cari kat bundle jer. banyak bundle nak kena p jenguk ni..kalau boleh takmo la cari baju sejuk yg mcm michelin tu. cari yg stylish2 la skit kan..tp kedai bundle ada ker?

Semalam, sementara tunggu pasport akak siap, akak ronda2 jap kat komplex tu. ada satu kedai kecik ni jual beg2 dan topi , glove. so dah tau la incase tak jumpa tempat lain, leh pusing p tempat tu. nanti nak cuba tengok kat alam central plak. ada tak kedai2 baju sejuk ni...

nanti kakyang sambung citer apa next step ek..

Tuesday, November 15, 2011

tragedi 11-11-11

Sehari 2 lepas kita telah dikejutkan dengan kemalangan bas persiaran yg membawa pelajar dan trailer pasir xcident kan? actually masa kemalangan tu baru berlaku, kakyang sekeluarga berselisih dengan kemalangan tersebut. kakyang ke arah utara, kemalangan tu disebelah arah selatan. abg yg memandu mmg tak perasan ada kemalangan. kakyang je yang perasan sbb nampak bas dan trailer tu mmg dah melintang di jalan kiri tu.jalan tu mmg gelap sbb tak berlampu. kul 4 pg lebih pulak, mmg tak banyak kenderaan yg lalu time tu.

masa tu tak nampak org ramai pun, dan jln pun tak jem lagi. mmg betul2 baru xcident la tu. kakyang ingat bas dan trailer kosong je kot sbb tak nampak kecoh2 apa pun tepi tu. rupanya nak kecoh mcm mana, sbb masing2 tengah bertarung selamatkan nyawa masing2.

sampailah ada hebahan berita di radio baru kakyang tahu kemalangan tu meragut nyawa. dan kakak ipar kakyang sms bgtau ada kawan dia maut dlm kemalangan tu...

utk keluarga mangsa yang terlibat, kakyang ucapkan takziah. Allah lebih menyayangi mereka. AlFatihah..

Thursday, November 10, 2011

Jom p London

Haih... kaya sngat ka sampai kakyang ajak korang p london ni? heheheheh
dik...akak ni, nak balik kg nun kat utara tu pun berkira2 bercongak2 tau. balik 1x, berkali2 pk nak  balik bila pula.sekali balik, plg kurang 1k abis. abis tu takkan la nak semua org sedia kan..? kannnn

tak berkira aih..utk mak pak ngan adik2 kakyang yg sanggup jaga mak abah kakyang yg tak sihat kat kg tu, apa salahnya sesekali balik kg tu, belanja2 la depa apa yg ptt..mana yg rosak tu tlg repairkan, mana yg tak cukup tu tlg cukupkan..haih..bukan topik nak berkira balik kg posting kali ni. ni kakyang nak cerita bab london tu. slalu kelaut topik kakyang kan? kan? kan? hehehe

sebenarnya anak kakyang ni..dok berkira2 nak minta hadiah dia kalau belajar pandai..dialognya mcm ni..

adik: ibu..ibu..kalau adik dpt no 1 kan, kalau sekolah pagi & ptg no 1 la, adik nak hadiah p london boleh tak?
ibu: hah! adik tau tak kalau nak p london tu brapa ringgit?
adik: mahal ke ibu? 1 ribu ker? (sambil mata dia terkebil2 mcm tengah congak 1 ribu tu dah banyak sangat tak)
ibu: adik tau tak, tiket nak p london utk sorang jer pun dah 3,4 ribu tau...kalau 4 org adik kira la, tak masuk hotel semua lagi (haih...jawapan maknya pun cukup comlikated dah..)
adik: tak pe la, ibu hantar adik pergi sorang cukup la...

kelu kakyang bila berckp ngan anak sorang ni..ada jer jawapan bernas dia. huhuhu

Thursday, November 3, 2011

Bulgogi

ingat tak hari tu kakyang cerita teringin nak makan bulgogi kan? kakyang dah buat kat rumah jer...hehehe
kebetulan pulak weekend tu kakyang pergi pasar, beli daging batang pinang sekilo terus! mahal weh daging sekarang...beli daging jer, dah abis separuh budget pasar hari tu. leh beli ikan sayur skit2 jer. tu pun sbb tak beli ayam. slalunya kalau kakyang ke pasar, ayam, daging, ikan, udang tu wajib beli. since barang dah mahal2 je ni, beli mana yg cukup ngan budget je la, minta lebih kang abg jeling. tak suka bila abg dah  menjeling. kenyit2 mata takper...hehehe

ok. camner kakyang masak bulgogi kat rumah? camner resepi bulgogi tu?
alah..tanya jer encek goolge tu, tahu ler dia menjawab. tp kakyang ambik yg simple2 jer..resepinya gini.

daging, potong nipis2 ikut saiz kita suka.
kicap cair-kakyang guna kicap pekat masin jer. tu jer yg ada kat rumah. hehehe
lada sulah
garam
gula
bawang putih-tumbuk halus
saseme oil-minyak bijan
daun bawang-potong panjang 1 inch
bijan-ikut suka. kakyang suka rasa bijan hangus bila grill tu
cuka- ganti mirin (sweet sake jepun).

caranya: perap semua tu dgn daging td dlm sejam 2, peh tu bila nak makan, grill atas pan panas.

sambil menggril tu juga terus masuk dlm mulut. peh tu ofer kat anak2 kakyang. ngan muka pelik diorang tanya. sedap ke ibu? kakyang mesti la ckp sedap kan..sedap..mcm kita makan kat restoren tu dulu...paksa diorang rasa skit, terus minta lagi. hehhehehe

cuba la korang buat kat rumah. mesti berselera kalau kena ngan nasi panas dan cicah ngan air asam juga..hehehe

mission imposible

sejak akhir2 ni banyak memori2 kenakalan kakyang masa kecik2 dan remaja dulu menjelma di minda. ewah... ayat sastera la skit..ekekeke

betul. ada 2,3 perkara nakal aka jahat yg kembali berlegar2 dlm memori kakyang ni. jahat tu bahasa kasaq la kan, tp tak jahat mana pun..tak la sampai buat benda yg bukan2. since kakyang ni perempuan baik, bg kakyang benda kecik mcm tu pun kira jahat la..hihihi malu aih nak mengaku baik. hahahaha baik ler konon...HAHAHAHA  ha ko, gelak besar kau.

bila dok ingat balik benda2 mcm ni, gigil rasa badan kakyang ni... kecut perut bila dok bayang mati ngan bawak dosa2 mcm tu..dok terbayang apa azab jika buat dosa2 mcm tu, lg la kecut perut kakyang ni..aih aku ni dah nak mati ka?

apa dosa kakyang tu?
hutang org. terhutang sebenarnya. kebetulan plak lepas buat hutang, kakyang kena vss ngan sykt lama tu. so terlupa jap pasal hutang tu. bila nampak barang, baru teringat balik. 1 dah selesai minggu lepas. tu pun selepas bertahun kakyang mencari contact no org tu..sib baik ler ada teknologi FB ni. dpt juga contact org tu. orgnya seorang ustaz terkenal. ada fb ko..kellas gitu. hihihi ustaz pun kena ikut peredaran juga ye dok?

1 lg tu mmg dah jumpa orgnya, tp sbb kakyang berniat nak p bayar kaat org tu personally. so dok tertangguh lg la.

dan yg lg 1, hutang kemaafan ngan seseorang. ada benda tak baik kakyang dah buat ngan org tu. yg berdosa gak la. kecik ke besar ke dosa tu, dosa tetap dosa kan...dah lama gak kakyang cari org tu. since terbit keinsafan pada diri ni..ewah. hehe
alhamdulillah..sbb teknologi sekarang dgn adanya FB..kakyang manage jumpa balik kakak tu. tu pun puas tanya org tu org ni. memula tu tak ingat nama kakak dia. tudia, tanda lama sngat dah la peristiwa tu kan, puas msg kawan2 yg mungkin kenal kakak tu kat fb, crita itu ini, lastnya dpt tahu nama dan dpt tahu apa fb kakak tu...

terus kakyang kuatkan semangat, msg org tu kenalkan diri, bg klu skit2. org tu tak ingat siapa akak. dia mintak klu lain. kena la bg klu yg kaw2 punya pasal incidence tu...alhamdulillah. org tu ingat kakyang. apa yg dia bgtau ciri2 figure kakyang tu betul. dan teruslah kakyang minta maaf atas kekilafan kakyang dulu. dan alhamdulillah..org tu dah maafkan kakyang pun. dia kata dia tak ingat pun crita tu, tp apapun, dia maafkan.  dan dia bersyukur kerana allah bg hidayah kepada kakyang..
terharu seh dengar org ckp mcm tu kat kakyang..huhuhu

syukur alhamdulillah..Allah permudahkan segala niat baik kakyang. semoga kakyang terus dpt memperbaiki diri...amin.

Friday, October 28, 2011

e-Aduan

kakyang nak mengadu ngan korang ni...huhuhu
sakit otak la nak melayan bos kakyang ni...tensen akak tau!
dia suka suki p komit mtg ngan org lain yg dia jumpa masa mtg lain. dah tu bertindih2 la mtg dlm jadual ni. kononnya tekno sangat, awat tak refer celender dlm BB dia tu dulu, sblum setuju nak buat apa2 pun...dah satu keje kakyang nak menjawab ngan org bila diorang call nak kompemkan jadual, tengok2 kakyang kata tak boleh sbb dah ada mtg lain. nak kira priority pun tak boleh sbb semua penting. semua nak dia. tak mo wakil. abih tu cam ner?

dah tu ada pulak esok nak mtg, hari ni baru nak bgtau. kalau internal leh juga kakyang slot2, ni kat tempat lain. cam ner bos nak berkejaran sana sini tu? dah la bos ni kaki drag meeting. ptt start kul 9, kul 9.10 baru gerak dari bilik dia. estimate mtg kejap jer, tup2 jd 1 hari. tengah2 mtg kalu bos besar panggil, stop pulak mtg p sana pula. dah tu discuss tak reti pendek2. semua mengalahkan dewan parliment. berjam2. abih berterabur jadual mtg lain. cam ner tu?

bukan tu jer, semua mtg dia nak masuk. ptt benda2 mcm ni dah boleh handover kat pegawai2  besar bawah dia tu..dia ambik mana yg besar2 jer..adoiii bossss...

kakyang mengadu ngan member baik td. dia suarakan soalan cepumas: ko tanak mintak tranfer ker?
hehehe sayang ooo nak tranfer, jabatan kakyang dok ni dpt full akses IT. kalu transfer, hilang ler keistimewaan ni. lgpun, mana nak dpt kerani dok bilik sorang2? kan..kan..hehehe
lgpun...bos akak ni dlm kontrak basis, anytime akak leh dpt bos baru. masalahnya...bos akak ni anak mas super big bos! sure kontrak dia akan bersambung lagi..sbb super  big bos pun baru dpt renew kontrak another 3 yrs!

adeh..lg 3 yrs la kakyang nak kena tanggung peel bos cm ni ek...adeh la...adeh...

Thursday, October 27, 2011

Craving bulgogi!

adeh...camner ni...kakyang teringin nak makan bulgogi...dulu tu kat plaza pantai tu ada. sekarang pun ada lg, tp since ada org ckp tak halal. ada pulak ckp halal jer..ish kakyang was was dah. malas lah nak p sana lagi. tp kalu tak kesitu..kat ner lg yg ada ek..kalu ada pun mesti jauh. huhuhu camnor ni...

la ni kat rumah kakyang slalu buat spare daging perap. perap jer ngan apa2 pun boleh. kdg2 ngan cili, kdg2 ngan  black paper. kadang2 daging. kadang2 ayam. ikan pun boleh...

tp ni ada satu resepi ringkas utk perap daging/ayam. sbb kakyang dpt resepi ni literal jer, so kakyang tulis simple2 la yer.. brapa banyak tu aktually ikut suka kita la.. yg ni ala2 black paper gak, tp bagusnya tak yah cicah2 sos dah. makan lagu tu jer pun dah sedap. ni bhnnya

jintan putih-sangai dan tumbuk halus
bawang merah/bawang putih- skit pun cukup. ikut2 ada rasa jer
cili mesin-kakyang guna cili kering jer
sos tiram
kicap pekat
lada hitam-tumbuk halus. sukatan ikut suka nak pedas tahap mana.
gula,garam- skit jer sbb bahan2 atas dah cukup masin/manis
halia skit- kalau guna lamb bagus letak ni..
gula melaka kalau suka (ganti gula putih)

tu jer, perap benda tu ngan daging/ayam. peh tu nanti grill/bakar. slalu kakyang grill atas nonstick pan tu jer..
haih..dah tertelan2 air liur akak ni..weekend nanti nak buat stok la simpan banyak2. anytime trasa nak makan, angkat masuk kuali jer...huhuhu

Tuesday, October 25, 2011

ai folloooo...

aritu kakyang ada post kakyang tengah consume satu produk kuruskan badan yg baru kan. rasanya awal bulan 10 ari tu. ...seminggu selepas ambik benda tu kakyang timbang...naik ke 71kg. aih..lagi naik ada la..last timbang 2 hari lepas sbb baru beli penimbang digital kan...nak citer berat badan ker nak citer beli penimbang ni...hihihi

ye..ye...akak nak citer baru beli penimbang digital you..beli ngan kupon jer..kira free ler kan...kalu beli ngan cash, mau gigil nak dpt digital mcm tu..dah tentu abg jeling jer sbb cash tu dari dia..hahahaha

ceh, beli ngan kupon je pun nak canang ek..wat lu... :P

ok balik citer  berat baban..eh berat badan. timbangan 2 hari lepas, 68.5 kg. maksudnya turun 2.5kg dari timbangan yg kedua tu. hmmm leh caya ke ni?  skit jer...penimbang rosak tak? ewah ewah sedap jer ckp penimbang baru tu rosak ek..yg rosak sebenarnya disiplin akak!. hehehehe. well....u not know me rite? hehehe

makan mmg tak de pantang2 la. cuma nasi tu mmg kurang la dari slalu. tu yg turun skit jer. tp akak notis satu benda. seluar longgar. jeans yg slalu akak pakai tu dah londeh. asal jalan skit, melurut sampai nak kebawah. slack keje yg slalu pakai tu pun mcm tu gak. kain baju kurung yg slalu kalau buka kain tu mesti birat sbb ketat. tp sekarang dah takde birat lagi...ngam ngam soi jer kat badan..selesa you...

dan satu lagi yg akak notis..eh. td ckp satu, ni dah ada lg satu plak...hehehe. so, satu lg yg akak notis, akak dah cpt bangun tido. dah tak letih2 mcm dulu. slalu tu, alarm dah berkali2 bunyi pun rasanya malas jer nak bangun. mcm tak cukup cukup tidur tu. tp sejak consume benda ni, seawal 4.30 pg kakyang dah mula sedar tido..tp mcm biasa ler, sambung tidur balik selagi tak bunyi alarm..tu pun, sementara alarm bunyi kul 530 tu, mesti akak dah terbangun dulu...hebat tak?

haaaa...dan yg paling bestnya, pg td masa nak masuk ofis, akak selisih ngan offimate. officemate tegur akak. eh dah kurus ek...dan mcm biasa ler...malu2 kucing akak deny...sbb? camner nak percaya akak kurus. timbang tak turun pun...

er..ekceli, dah ramai yg tegur akak nampak kurus sblum ni. ada yg sanggup raba badan akak sbb katanya nampak mcm akak pakai gedel ...heheheh...oppsss...nak kena jelaskan ni.  jgn salah phm ek..yg raba tu pompuan tau..bukan jantan ...kalu jantan tu nak rasa sepakan cucu cicit wan selampit sila kan la...ada brani? :P

hmmm...siapa pula wan selampit/tok selampit tu...? haaa ni kalau korang nk tau, kena la baca sejarah kedah.. :D

so? watudu nau? since nampak hasil skit wpun tak mo percaya ni...nak try kuatkan azam tak sentuh nasi plak lah. kita tengok apa kisah seterusnya nanti ek...ai foloooo...

Thursday, October 20, 2011

Usahawan batu

Hohoho...batu apa? batu granite? batu belah batu bertangkup? batu nisan? ...salah semuanya.
Kakyang jual batu seremban..kalau org utara pangei, batu selambut. tp yg peliknya, kecik2 dulu kakyang main batu seremban ni batunya 7 biji. tp budak2 sekarang ni main 5 biji jer? tak kesah lah dik non...janji leh jual.

Camner leh jadi usahawan batu ni? 
citernya gini, asalnya anak kecik kakyang balik rumah tunjukkan dia beli batu seremban ni kat kedai flat sebelah rumah sepupu tu. bila kakyang belek2, alah, senang jer nak buat ni..tanya pula harga brapa ringgit beli ni dik? anak kecik kakyang tu ckp 80sen je bu...terus kakyang ckp mahal lah. ibu leh buat ni 10 kalo adik nak..ececeh..ibunya...eksenler tu..

So esoknya, jd ler aktiviti menjahit  batu seremban tu...kain lebih buat sarungbantal anak kakyang ari tu ada lagi, gunting2. jahit2. sumbat2 kacang. jahit2 sembat semula, taraaaa...jdler batu seremban. eh tak de photo ek nak tunjuk cara buat tu..kalo tak leh buat tutorial utk korang plak. eleh...tak yah photo2 pun...kacang je buat batu seremban ni...tutup mata pun leh buat. ahak ahak ahak...

alang2 ada kain lebih, kakyang buat lebih. esoknya tu anak kecik kakyang ni bawak ler p sekolah..dah berebut2 kawan2 dia beli.., siap order2 lagi. so, mula dari tu ler kakyang start buat batu seremban ni utk anak kakyang jual kat sekolah..

termasuk yg semalam kakyang buat, mau dekat 50 set dah kot. tahu berapa anak kakyang jual? seringgit ko!. adeh...anak beli 80sen kata mahal. anak jual singgit tak ckp mahal pulak ek? kekekeke

memula anak kakyang tu dok congak2 nak jual brapa. kejap 80sen, kejap singgit, kejap 1.20sen. bila  kakyang teringat dialog ngan dia pasal harga nak jual ni rasa kelakar pulak....

kakyang: adik jual brapa(harga) kat kawan?
adik: adik jual singgit jer..
kakyang: semalam adik kata nak jual $1.20?
adik: adik bagi diskaun 20sen...

hehehehe...pandai tak anak kakyang tu berniaga? heheheheh.

ni ha bentuk batu seremban yg kakyang buat semalam tu..yg dlm plastik tu dah ready packing utk jual..

Tuesday, October 11, 2011

Berita terkini..

Kakyang  baru dpt berita beberapa minit yg lepas. berita sedih. dan berita yg lebihkurang sama kakyang pernah terima sejak setahun dua ni..

Pakcik abg telah disahkan ada canser. canser apa? belum tahu berita sahih lagi sbb abg pun baru dengar dari kakak2nya. Badan kakyang dah menggigil ni...menggeletar.

Fobia pun ada sbb pantang dengar sedara sakit jer, sebut nama sakit ni...

Imbas kembali cerita 2 tahun lepas. nak tengok citer penuh boleh baca sini. mula dengan cerita yong dulu. mula2 yong kompem canser. tokmi yg tlg jagakan. dlm dok jaga yong, tokmi diam2 sakit. sampai dah critical baru semua tahu yang tokmi pun ada canser. selang 2,3 hari pas tahu tu, tokmi  pergi mengadap Ilahi. Kami semua mcm kena panah petir. terkejut tak terkata.

Tak cukup setahun lepas pemergian tokmi, yong pula menyusul. pdhal masa tu yong dah nampak mcm sihat dah skit. kebetulan dia jatuh kerusi, dan kerusi malas yg dia duduk tu mcm terhempap ke badan, bengkak semula leher yong tu..p chek kat hospital, katanya tak de apa2. maybe sbb kesan sakit tu, jd bengkak balik. genap seminggu,. seawal subuh kami semua telah dikejutkan dengan panggilan dari alang, bgtau ontheway ke hospital. yong semput. kakyang dah tak sedap hati pg tu sbb kakyang dah mimpi patah gigi mlmnya. tp kakyang tak cerita kat abg sbb tak mau pk yg bukan2. nampaknya petanda tu membawa kebenaran. t/hari kami mendapat berita susulan yong yg di ICU telah kembali kerahmatullah...

Berganda kesedihan yang diterima oleh kami.

Baru kami nak kering air mata, dah dengar berita lain pulak pg td. pakcik abg yang sakit2 sejak 2 bulan lepas telah disahkan mengidap canser. kami ingatkan pnumonia biasa, atau sbb kesan kena santau dulu tak hilang lagi, rupanya pengakit lain dah  bersarang pula.

Kakyang tak tahu mcm mana penerimaan Cik dan anak2nya. kebetulan 2 minggu kami tak kesana. Nak pergi  jenguk mlm ni pun kakyang dah serba salah nak mengadap Cik mcm mana. Nak tunjuk simpati? takut makin menambah sedih. Nak buat2 biasa jer? takut nak tengok air mata Cik yg mesti tumpah kala bercerita.

Aduh...besarnya ujian Mu ya Allah...berilah ketabahan pd PakDin, Cik dan anak2nya untuk menghadapi segala ujianmu ini Ya Allah...

Friday, October 7, 2011

testimonial nak kurus

Ish kakyang ni dah mcm2 guna ubat kurus ni..dari cuba diet sendiri, sampai la guna suplement lain..pakai gedel pun ada gak, tp dok tang tu gak la..

produk apa yg kakyang pernah cuba?

dolu2 nona roguy, time tu beli 3-3 kotak sekali, lastnya, sbb dia akan terlalu melawaskan isi perut sampai tak leh tahan2 dah, kakyang stop setengah jln. masa tu kakyang anak dara lagi, dok p kerja naik public transport. mana bleh tahan  bila pg2 sampai seru nak membuang dlm bas...gelabah, peluh sejuk semua ada. sampai pernah sekali tu, kakyang dah kat bustop, leh pusing p ofis balik sbb tak tahan sngat. jauh weh nak jln kaki dari busstop ke ofis time tu..dlm keadaan sakit perut yg memulas sngat tu..mmg makin terasa jauh la...

peh tu kakyang cuba biodex plak. kawan intro kata yg tu efektif, beli lagi...tak tahan gak sbb jd pening2 sakit kepala. nak buat keje pun susah. lastnya separuh jln jer..

peh tu cuba lak produk cosway, mcm tu gak separuh jln. sbb? sbb kakyang tak tahan manis serbuk tu..dia kena telan mcm tu jer atau bancuh dlm air. telan mcm tu jer, dia melekat kat lidah dlm mulut. bancuh dlm air dia berketul2. berseregai kata org kedah. nak telan pun susah. lastnya givap jugak.

peh tu kakyang nak try satu produk lagi. abg ckp stop beli. abiskan yg mana dah ada kat rumah, baru boleh beli yang baru. tak makan gak yg lama tu, lama2 buang mcm tu ja sbb dah expired.

kemudian kakyang try gedel yg femes tu..yg mahei n femes tu...mcm tu gak. sekerat jln. sbb bak pakai punya la susah sampai terloncat2. nak butang cakuk yg panjang tu sampai sakit2 tangan. nak mintak tlg abg malu sbb kakyang beli pun sembunyi2. abg tak kasi beli sebenarnya, sbb dia tau hangat2 taik ayam kakyang tu..tp sbb bini gemok ni degil kan....kakyang beli gak. tu yg malu nak mintak tolong dia bila nak pakai . hehehe
2 hari lepas kakyang try lg sekali. sampai mlm td balik dari kerja, dok gatal2 lagi perut kakyang dek bekas birat erat gedel tu...haih...

bulan puasa baru2 ni kakyang cuba satu produk alpa lipit lak. kena pantang nasi. ambik protein ja..mcm tu gak, bila makan, bantai nasi gak. huhuhu..

ni td kakyang try softfea fiber lak, kita tengok jd ke tak, sbb depa kata produk ni tak yah pantang2 makan. minum 1x sehari ja, then dia tahan lapaq. cuba la kot...kot2 hilang selera, tak de la nak melantak je kan....

so hari ni kakyang start fiber tu ngan berat 68.8kg t/hari td...so kita tengok next 10 days apa jd...kalau dok lagu tu gak, kompem la kakyang yg bermasalah sebenarnya..

apa masalah kakyang tu? apa lagi..tadak disiplin la...semua hangat2 taik ayam ja...kekekeke

Monday, October 3, 2011

Blank

Kakyang ada benda nak diceritakan. tp by the time buka new post ni, plup! tetiba blank plak. aih..nak kata dah pelupa, tak tua sngat lagi pun..ayoyo...apa nak citer td ni....ingat balik...ingat balik..dok nampak muka anak...apa citer pasal anak ni ek....

ni sbb gatei p buka blog org lain dulu ler ni...dah nampak tajuk2 diorang yg catching tu..terus sangkut. lastnya, entry sendiri lupa pasai pa...haih....off dulu lah, sat lg kalau dah ingat mai balik noooo...

: D

Thursday, September 29, 2011

Sakit

seminggu ni kakyang dlm keadaan tensyen. giler giler punya tensyen. rasa mcm nak maki hamun org jer. sakit kepala dah mai dah, sakit tenggkok tak leh nak senang2 pusing leher dah terasa ni. ni semua gejala stress la ni.

mana tak stres bila mengadap perangai staf mcm ni, yg kerani cara kerani. kul 12t/hari dah hilang. aku yg ditinggalkan bos dah 2 minggu ni pun tak reti nak mengular, diorang plak yg lebih lebih...!

suruh buat keje, tak buat, nak tunggu bos masuk baru nak print itu ini lah, baru nak masuk data lah, by the time bos ada, dah ada problem network plak, abis semua keje tak leh buat sbb semua service interupted. suka sngat buat keje last minit mcm ni...! aku telan sekor2 kang diorang ni..

agent cara agent, aku suruh supply dulu apa yg nak, degil, berhati2 nor takut tak dibayar, dah harga berubah pulak. nak kena redo po segalanya.

pegawai cara pegawai. kedekut giler, dah org tlg uruskan tiket, tak leh buat sbb po tak leh kluar sbb bos tak sign. buat la guna cr card sendiri bukannya tak boleh, nanti claim la balik tiket tu.

adeh..diorang ni mmg la...susah la keje ngan org gomen totok mcm ni..semua berkira. bab nak gaji banyak tak kira balik attitute keje mcm mana pulak. susah tul!

Cerita Raya 2011

Hari raya dah berlalu pun. kakyang baru nak update pasal raya? huhuhuhu lambat sungguh!

Sibuk la lepas raya ni, bos akak nak p oversea ngan banyak seminar outstation back2back. so banyak benda kakyang nak kena tengok sebelum dia tak de dan nak kena uruskan permohonan segala jenis urusan perjalanan dia tu. sampaikan nak buat mana satu pun tak tahu dah..bengong la kejap.

Dah tu, dok kelam kelibut ngan urusan rumah yg tak abis2 lagi. by the time kakyang tulis ni, baru jer selesai segala jenis urusan tu. dah betul2 boleh tarik nafas lega. notis utk sewakan rumah tu pun dah tampal semalam. Alhamdulillah....

Apa cer raya thn ni? Alhamdulillah.... raya thn ni disambut dengan harmoni sekali. tak de gaduh2. tak de masam2 muka. tak de sentap2 mcm thn2 sebelumnya...

Abg cool jer kali ni, anak2 kakyang pun tak banyak songel. maybe sbb diorang dah besar skit kot, so dah senang nak urus. Abg plak mood ok jer, tak de nak marah2, tak de nak moncong2. agaknya sbb balik kali ni rumah baru mak dah siap. so dah tak de panas sngat mcm dulu. kipas pun sana sini ada. tanak dok bawah, naik dok atas. banyak ruang utk abg legar2. hehehe

raya tahun ni tak banyak open house yg pergi pun. lgpun thn ni family abg kalut skit sbb pakcik abg sakit. adik abg sakit, anak buah abg sakit. silih berganti kluar masuk hospital sana sini. so kitorang pun kalut la ngan sesi lawatan. dan since kakyang pun dah penat ngan keje2 di ofis, weekend tu mmg kalau boleh nak dok rumah jer, selesaikan apa yg patut then rehat. ceh..tak sempat rehat pun. dpt take nap je la dlm 30 minit. tu pun kejep2 ada jer 2 bradik tu nak kejutkan kakyang nak tanya mcm2. tak leh tunggu ibunya bangun jap. haih...jd ibu mcm tu la... :D

Rose2 akak kat laman tu pun tak sempat tengok bulan raya ni. rumput dah panjang. rumput karpet dah bercampur lalang. adeh...sakit mata tengok. konsentrate cabut rumput, rose tak sempat tengok. konsentrate tengok rose, pokok lain tak tengok...rasa mcm nak upah garderner jer...ececeh...mcm banyak duit ek. dah ler gaji tinggal separuh jer dik penangan beli rumah ari tu. adeh..adeh...rasa gigil mcm haji  bakil jer bila ingat simpanan dah susut...labuu...uu...uu...ko ppppeecahcahcahkaaannnn laaaggiggigig ppppiiiingggaaannnn aaakuuuu laaabbbuuuu...lebih kurang gitu ler... :D

apapun...rasanya sempat lagi ek kalau kakyang ucapkan selamat hari raya untuk semua ek...selamat hari raya..maaf zahir batin utk sebarang kekilafan yg dtg dari kakyang ni yer....

Tuesday, August 23, 2011

Jangan main mercun!

Hari ni kakyang meletup lagi! ptg2 dah nak abis keje ni, lawyer rumah call pulak. bgtau owner rumah minta penalty late charges. hampeh punya lawyer!. bukan salah kitorang proses beli tu lambat selesai. salah lawyer la!

Peh tu lawyer accuse kakyang plak yg lambat...adoi..berangin jer. dia kata kakyang lambat submit loan. weh, sign jer SnP terus kakyang submit loan tau!. dia kata sbb abg blacklisted. weh, kakyang apply loan gomen tau, tak de nak kira blacklisted ke tidak. ngko yg salah isi borang sampai document p balik tak leh nak proses, nak salahkan aku plak.

tak nak! kakyang tak nak bayar penalty tu...bukan salah kakyang!

Tuesday, August 16, 2011

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar!

Semalam, kakyang anak branak berconversation dlm kereta sementara tunggu sepupu yg nak tumpang turun.

Ayah: Ibu, adik suruh ayah report kat MBSA suruh dtg sekolah.
Ibu: Suruh MBSA dtg sekolah? Kenapa?
Adik: dtg potong semak2 kat tepi sekolah adik.
Ibu: Kenapa dgn semak tu?
Adik: ada nyamuk banyak kat semak tu. nyamuk gigit adik. adik nak belajar dgn serius pun tak boleh!


Wah..anak kakyang ni, bila bercakap. ada jer perkataan yg tak disangka digunakan. Adik SERIUS tu..hehehe

Monday, August 15, 2011

Pecah rahsia

Aritu kakyang pernah citer kat sini pasal kena sergah ngan member pasal tanya dia mengandung ke idak kan? ha ko. semalam apa yg kakyang tanya tu terjawab la sudah...

semalam lepas sahur kakyang godek2 la fb jap..kalau cuti dok rumah ni mana sempat nak belek fb pun, tu yg tetiba lepas sahur tu mata dah buntang skit, teringat la nak chek fb. nampak la status kawan kakyang tu update dah selamat bersalin...haaaaa kan dah pecah rahsia yg tak mo bgtau org sngat tu..seawal pagi tu gak kakyang sms kawan baik lg sorang bgtau hal tu..

betul tak telahan kakyang yg dia mengandung sebelum tu? betul kan.. yg dia sibuk sngat nak cover citer mengandung tu sampai sampai hati sergah kakyang yg bertanya tu naper ek.. pelik dok?

So pg ni, kawan baik kakyang yg dpt sms semalam tu tanya ler..ko dah wish minah tu congratulation? eh, nak kena wish ker? dah tak nak bgtau sngat, kakyang pun nak buat2 tak tau gak lah pasal dia dah bersalin tu. ahkak sentap tau bila kena sergah ari tu...kikiki




Wednesday, August 10, 2011

Kilauan emas

Pg td masa otw dtg ofis, matahari bukan main garang. bersinar sinar. berkilau kilau cahaya oren sampai silau mata nak drive. eh kakyang tak drive. abg yg drive. kakyang kat tepi dok menikmati pemandangan jem tu.

Sebut pasai jem, teringat kakyang pasai satu insiden ni. dlm kakyang dok perati kereta sebelah menyebelah  tu, selang 2,3 biji kereta di depan, satu tangan terkeluar dari kereta ngan rokok terselit di jari menarik perhatian kakyang. Cantik jari org tu. putih. bulu2 tangan kat tangan tu nampak mcm empunyanya mesti lelaki. terdetik dlm hati kakyang. melayu ka cina tu? relex jer merokok pg2 ni..bila kereta kami dah selisih ngan org tu, jelas kakyang nampak mcm muka melayu totok. org tu plak bila terpandang kakyang dok pandang dia, dia mcm gelabah gaban. haih...harap2 ko bukan melayu yer dik..kalau melayu, malu woi. bulan Ramadhan ni dik oii.. kok yer tak mo posa pun, cover2 line la skit...kalau jln tu smooth jer, laju jer, tak de la org perasan kamu tu merokok. ni jem melekat  bumper to bumper, nampak sngat. org sekarang ni, dah tak tahu malu dah. tak puasa pun sleamber jer canang. bangga ckp tak puasa. org prempuan yg tak puasa bersebab pun reti malu. nak makan pun sorok2. tp ada gak yg tak malu. bila boleh jer tak puasa, ha ko, berduyun2 ha kenduri kat pentry tu. nak pulak ada geng. berdekah2 gelak kenyang. haih..astaqfirullah....dah jd mengumpat yer citer kakyang ni.

sebenarnya nak bercerita pasal cuaca hari ni yg panas pg2 td, tetiba dlm kul 10 mcm tu mendung. gelap giler sampai sekarang. ni ha baru turun hujan lebat. sampaikan tak yah  buka ekon pun bilik kakyang ni. sejukkkk....
hihihi

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Hari ni dah start berpuasa. harapnya tahun ni kakyang dpt buat yg terbaik. dan kalau boleh tadak cuti2 wajib tu. senang skit. tak yah ada isu nak bayar posa kena mintak izin gitu gini lah. hihihi

Pg td anak2 kakyang soq (sahur) ngan grill lamb you! very the western anak kakyang ni. hihihi. tak kesahlah, janji depa makan banyak skit. kalau masak2 biasa tu baru 3 suap dah tak mau makan.

Mcm tahun2 terdahulu, depa makan bersuap la. cpt dan boleh control kuantiti. harap depa suap sendiri. mau satu senduk nasi pun tak abis.

ptg nanti tak tau lg berbuka mcm mana. hopefully sempat balik dan sempat ambik anak2 untuk berbuka kat rumah. malu weh nak berbuka kat rumah sedara yg jaga anak kakyang tu. tahun lepas 3/4 puasa berbuka kat rumah dia. thn ni, ingat tak mau la mcm tu lg, malu.

Ahad smalam kakyang dah beli baju raya anak. baju melayu pakai yg thn lepas jer, baju jalan jer baju baru. tu pun sbb yg ada banyak dah lobang2. lubang sbb anak kucing gigit lah, lobang sbb kena bunga api thn lepas lah, lobang sbb beli yg reject dlm sales lah. bila tengok baju tu masih cantik, sayang nak buang, bila tengok lobang2 tu, sakit mata plak. hihihi

Bila tibanya ramadhan ni, kakyang mula start standby hati dan perasaan. tiap kali puasa dan menjelang raya, mood abg akan over sensitif. sbb apa? sbb dia tu anak yatim piatu dari kecik. so time2 mcm ni dia over skit la. so standby diri siap2. mesti ada jer yg tak kena. neves bila pk mcm  ni. tp kakyang doa banyak2 moga puasa dan raya kali ni lebih aman dan bermakna dari thn sebelumnya...insyaallah...

Thursday, July 28, 2011

Taufan di KL

pg td mood kakyang baik jer. senyum jer sbb hari ni rezeki murah sesangat. dpt jemputan potluck, ada plak org bg nasi ayam.. huih..tak termakan weh.

entah tetiba ptg ni mood baik jd sebaliknya plak. td pegawai tadbir dtg bgtau kakyang buat salah. katanya surat yg kakyang fwd kat dia tu tak de pun ckp org tu nak apa yg kakyang tulis tu. haih..main ckp kakyang salah ni yg buat kakyang berangin satu badan ni. awak tu kan pegawai, cuba la baca surat tu betul2.

tugas kakyang just fwdkan apa jer surat yg sampai ke pejabat pengarah ni ke pegawai yg berkaitan. .jd tukang fwdkan surat utk ambik tindakan/perhatian je pun nak dituding kata salah. awak org berpelajaran, pk la apa tindakan sebenarnya nak kena ambil dari surat tu. kalau tak perlu buat apa2. diam je lah, atau reply balik tunggu respon dari pihak sana dulu. kalau nak kena ambil tindakan, buat la apa yg ptt. tu pun kerani nak kena ajar ker?

kluar pegawai tu, masuk plak pegawai lain ckp kakyang salah letak pegawai penilai untuk penilaian prestasi staf dia. hangin lagi kakyang. mana idaknya, sebelum kakyang letak pegawai penilai staf dia tu, kakyang dah double confirmkan dah dgn dia, nak letak cam ner? dia yg advice kalau gini pegawai ni, kalau gitu pegawai tu. so kakyang based pd instruction dia la. dah dia ckp kakyang salah plak.

tu la, time kakyang suruh tulis terang2 siapa pegawai penilai staf masing2, tk mo respon. buat tak tahu jer email tu..dah hantar reminder 2,3 kali pun buat tak endah jer, sampai org call tanya baru nak jwb. bila dah salah masuk baru nak melalak salah.

apa salahnya ckp baik2 ada kesalahan kat sini. jgn main kluar statement awak salah! mcm benda tu kakyang tak pernah discuss ngan diorang. sbb style kakyang, sblum apa2 yg kakyang buat, kakyang akan double triple confirmkan dulu. dah confirm, dah confident apa yg ptt buat, baru kakyang buat.

buruk nor perangai kakyang ni kan. salah ke, tak salah ker, cer terima ngan hati lapang skit...nak angin2 ni naper? kena cari cara cam ner nak atasi masalah perangai buruk yg satu ni..any idea?

Monday, July 25, 2011

Balik Kampong

semalam kakyang balik kg abg. ramai2 balik sana. abg ipar, kak ipar, makcik. saja utk mmeriahkan suasana kg. kalau kami jer balik, sunyi sepi jer. so bila balik ramai2 ni meriah la skit. banyak la skit citer nak dibualkan. anak2 kakyang pun ada kawan nak bermain kalau sepupu2 diorang yg lain tu ada sama.

So, alkisahnya ptg semalam dok la lepak2 kat bilik bunga tu...bilik tu dinamakan gitu sbb dulu bilik tu penuh ngan pasu2 bunga, tp la ni dah dikandangkan dan jd bilik lepak sebenarnya. ada buai, ada kerusi2 rehat utk berbual2 sambil cuci mata di luar

bila dah berbual tu, banyak la kisah keluar. kisah baru kisah lama. abg plak semalam tercerita pasal jiran kami yg dah beli unit sebelah rumah dan renovate jd 2 tingkat. kebetulan jiran tu kawan lama makciknya. so ada point nak bercerita la. nak pulak abg pernah ngorat anak dara makcik tu dulu...kluar la ayat power dari abg,"kalau dpt ngorat anak makcik tu dulu, dah jd menantu org kaya sekarang cik" tu la ayat abg dpn sedara maranya.

Makcik abg yg terlebih prihatin ni menambah plak..."ngko jgn marah yer kakyang..tu citer lama, citer2 lama sblum abg kawan ngan ngko..ngko tak leh nak marah..."

Kakyang yg mula2 cool ngan ayat2 abg tu, jd terbisa skit dengar ayat makcik dia....mula la mulut celupar kakyang nak berbunyi gak.

"saya tak kesah makcik, kat taman tu lorong mana yg tak de makwe abg tu. lorong dpn ada, lorong sana ada, lorong belakang ada, kat section lain pun ada makcik. saya tau dah..dan tak kesah pun. pandai2 la dia dah besar.."

Betul aih...kakyang bukan jenis yg nak marah buta tuli nak jeles2kan gepren abg yg dia kenal sebelum kakyang. masing2 ada sejarah sendiri. tp kalau gepren tu dah kacau idup kakyang, time tu la baru kakyang nak kesah. yedok? hehehe

Friday, July 22, 2011

Petua

Td kakyang tanya pendapat kawan2 yg boleh dipercaya mengenai masalah kakyang. semua suruh kakyang bersabar jer..Allah lebih mengetahui. so, kakyang decide cari penawar duka kakyang ni, ni yg salah satu kakyang jumpa kat web sini.. so kakyang paste kat sini antara kandungannya..

"Semasa saya masih anak-anak terkadang terasa sedih tanpa sebab dalam hati. Suatu hari, ketika hal ini berlaku, ibu saya memberi petua supaya membaca Alam Nasyrah. إن شاء الله kesedihan itu akan berkurang.

Salah satu penyebab sedih dan dukacita atau terasa kekosongan jiwa adalah ketika Allah SWT ingin mengampunkan dosa-dosa kita. Maka diberinya kita rasa tidak selesa. Maka hendaklah kita segera mengingati Allah yang Maha Pengasih.

Satu do'a yang ma'thur (do'a yang diajarkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith yang sahih) khusus untuk kesedihan dan sebagai pelindung dari dengki khianat manusia serta memperbaiki keadaan ekonomi juga mujarab. Bukan do'a yang berkuasa tapi berkat do'a itu maka إن شاء الله akan diangkat Allah akan kesedihan kita.

“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”
Dapatkan satu naskhah al ma'thurat susunan Imam Hassan Al Banna bagi do'a ini dan amalkan setiap hari. 3x pagi dan 3x dikala petang."

fitnah!

hari ni ada lg fitnah org tu ke kakyang..lg dasyat fitnahnya kali ni...kakyang tengah pertimbangkan nak sue dia ke tak ptg ni...kalau nak sue, kena standby soalan power kaw-kaw ni. sbb org yg kakyang nak sue ni ayat. butir perkataan yg dia akan hamburkan mmg power gilaaaaa babas punya sakastik..so kena la stanby..standby pedih telinga, standby sakit hati...tunggu lu beb..wa tengah gain stength ni..tunggu lu..

Thursday, July 21, 2011

Mari menoreh!

haih...idak ler retinya kakyang menoreh weh..kakyang bukan anak penoreh. anak tokey getah pun idak juger..nengok biji getah pun kalau dpt p rumah mak sedara dulu yg kebetulan  kem pak sedara kakyang tu berdekatan ladang getah.

tp hari ni hati kakyang bagai ditoreh2 bila nengok status fb org tu..haih...apa lg, menyindir kakyang la wpun idaknya disebut nama kakyang kat situ..

ait..apa cer ni, ari tu ckp dah deactivate fb. naper tetiba kakyang leh baca status org tu kat fb plak ek? heheheh tak boleh idup la dik tak tengok fb sehari. nak tengok jer, komen2 tak mo. update2 pun tak mo. bak kata org, pasang telinga ler dengar apa cer kawan2...tu jer.

balik citer tadi. bila nampak status fb org tu tulis gitu..adeh..pedihnya hati kakyang ni. kalau boleh dibelah ditengok dilihat cam ner rupa hati kakyang ni, mau rasanya mcm ikan yg telah dikelar2, sapu garam kunyi, pehtu goreng garing..gitula ropanya. sedihkan?  apa nak buat..kita ni tak de hak bersuara.  bersuara pun takde org tu nak dengar. pandai2 sendiri layan sedih tu..pandai2 la cari tisu lap air mata sendiri. jgn ler nak berangan mcm citer korea tu..sedih jer ada pakwe encem boleh tolong lapkan...huhuhu

chaulah dulu. sattlekan keje skit peh tu balik..!

Wednesday, July 20, 2011

Sekolah Menengah Sultanah Asma (SAS)

Post terdahulu ada 2,3 video band sekolah kakyang dulu. Wpun kakyang bukanlah ahli band tu dulu, tp still kakyang nak tumpang bangga dengan pencapaian band sekolah kakyang ni. BANGGAAAAA...bangga yg teramat sangat dari duluuuuuuuuuuuuu sampai lani.


Band sekolah kakyang ni mmg terkenal. dari zaman kakyang belajar dulu, mmg dah banyak diorang menang pertandingan dan pernah menang 2nd runner up masa KLMBC 2009 kalau tak silap.

Dulu, masa kat sekolah, kakyang selalu tengok diorang berlatih kat padang sekolah sambil buat formasi mcm2. nak pulak padang tu dpn asrama, so really enjoy tengok diorang berlatih. then dengar diorang main all those instruments tu live2.. mmg dug dag jer jantung kita tu. bergegar tanah..best betul. dan kalau time sukan sekolah la paling best sbb dpt tengok diorang perform semua tu tanpa sangkut2. awesome la diorang ni..sib baik kakyang ni buta note, kalau tak mau kakyang among the band members kot..hahaha

tu cerita band, kalau nak cerita dari segi pencapaian akademik ni lg la. SAS (Sultanah Asma School) mmg terkenal dengan pencapaian akademiknya yg cemerlang. Sekolah ni himpun semua cikgu2 terbaik kat situ. nak jumpa cikgu muda2, encem2? jgn mimpila. semua dah pangkat mak ayah. mmg the best cikgu2 kat situ. Masa zaman kakyang sekolah dulu, Pengetua Cik Nasriah namanya. terkenal dengan ketegasannya. kalau dengar bunyi kasut tug tag tug tag kat koridor tu, mmg semua dah menikus la. tp hati dia baik. sampai la ni dia masih kenal x-x student.Result SRP/SPM masa zaman kakyang kat sana dulu mmg 100% jer..selepas kakyang keluar tu tak tahu la diorang maintain rekod tu ke idak. harap2 maintain la kan...

Sekolah kakyang ni sekolah pompuan. so bab-bab masalah besar tu tak de la sngat, gaduh2 budak pompuan tau2 je lah cam ner rupa sngat pun. kdg2 gaduh bab berebut bf. student kolej ker..student syed omar ker..gitu2 je la. lgpun sbb disiplin sekolah tu kuat, so tak de la dengar kes berat2. syoknya sekolah ni, bila time hujan. leh pakai selipar jer p sekolah sbb sekolah selalu tenggelam. so terkenal la sekolah ni ngan nama Sekolah Angkat Skirt (SAS juger)..


banyak lagi citer2 bab sekolah kakyang ni. kat fb dah ada fanpage sekolah kakyang. godeklah fb tu kalau rajin. nak dengar citer hantu yg ada kat sekolah tu pun boleh...hihihi

Luv u my school!

SASBAND Natcomp 2011 Final Champion!

Sultanah Asma girls rock (KLWMBC09)

NATCOMP 2011 Northern I Zone - SMK Sultanah Asma (SASBAND)

Kura-kura dlm perahu...

Semalam. org yg hamun kakyang minggu lepas tu tanya. naper saya tak leh taging awak? (kat fb la tu).
oh, baru sedar ker? tak tahu lagi? Selamber jer kakyang ckp, saya dah deactivate fb.
Org tu tanya lagi. Kenapa?
Saja. tu jer jawapan kakyang. malas nak bg jawapan yg sebenarnya.
Org tu tak puas hati. Tak kan saja2. mesti ada sebab.

Terus kakyang tukar topic. Org tu marah kakyang lagi. haih...kang jwb yg sebenarnya marah juga. nak kakyang jwb pasal fb awak makihamun saya butabuta. nak jwpan gitu? tak phm la org yg tak pk org lain ni. ikut dan dia jer nak marah org. ckp baik2 tak boleh? naper nada ckp tu nak marah jer...

Org yg mcm ni kena bacakan yasin banyak2 skit ni ke dia ni..kasi halau hantu setan yg dok bersarang kat badan tu...haih...auzubillah sungguh.

Monday, July 18, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit

Org kata kalau tergigit lidah tu tandanya ada org mengata kita. betul ker? wallahualam..dah ada org buat research pasal ni ker? lgpun org mengata selalunya di belakang kita. camner kita nak sahkan org tengah mengata masa kita tergigit lidah tu ye dak?

Tergigit lidah tu jarang skit, tp kakyang selalu tergigit dlm pipi. almaklumlah pipi kakyang yg dembem ni..berisi luar dlm. tu yg selalu tergigit tu. bila dah luka tergigit tu, mula la susah nak makan. susah2 pun, makan bertambah juga. hihihi

Sebenarnya hati kakyang yg tengah ter'gigit' sekarang ni..tergigit dari hari khamis last week, sampai hari ni tak sembuh lagi. akibat dari sakit digigit tu, kakyang deactivate internet connection. fb ngan ym jer pun. tu jer yg ada. hehehe

Pre insidentnya hari khamis pg, tp dah cool skit. dah sempat2 berym bergmail peh tu suruh call plak. kakyang pun return call la. call no biasa, dengar suara, tp org tu tak dengar suara kakyang. 3,4x call mcm tu gak, kakyang call 2nd no. bila dia angkat jer terus sergah kakyang. kakyang yg tengah tak de mood disebabkan insiden pg td, terus ckp dgn flat tone jer..jgn la marah. dah dpt ckp ni ckp la  baik2.

ckp jer mcm tu org tu terus melenting sakan, terus letak phone. tersentak la kakyang ni tak bersebab. dah suruh call, dah dpt ckp, bebelnya kita pula. suruh ckp baik2 mcm tu pun nak marah pula. apa masalah?

Kemuncaknya bila dah dpt tepon semula, terus org tu maki hamun kakyang. kakyang nak xplain, dia tak mo dengar, dah tu dituduhnya kakyang gitu gini kat fb, kat ym. adoila...lumat hati kakyang dengar ayat2 yg keluar dari mulut dia tu. apa lg, menangis la kakyang pg tu...

kebetulan pula member baik kakyang ym, so kakyang cerita la apa jd. ingatkan nak dpt simpati, rupanya diremukkan lagi. kena ceramah tambah pula. yg ni lebih tragis. dah tahu asal usul cerita, sedap2 jer nak ceramahkan kita lagi. lagi kecik hati kakyang ni.

dah deactivate semua tu, kakyang kansel juga plan hari jumaat tu. org tu tanya kenapa. kakyang mls nak bg jawapannya. phm2 sendiri la..

Ingatkan bila deactivate tu tak de sapa yg peduli, rupanya ramai pulak yg mencari. xschoolmate kakyang yg tak pernah tepon call tanya khabar sihat ker sbb fb tetiba hilang. officemate pun mencari2...sejuk skit hati ni bila ada yg bertanya mcm tu.

tp sementara waktu ni biarlah mcm tu dlu..tawar hati bila org yg terdekat dgn kita layan kita lagu tu....

Friday, June 24, 2011

alahai rumah

rumah kakyang beli tu belum selesai lagi proses pembelian. lembab sekapal sungguh lawyer kakyang ni. kalau korang beli rumah, ada penjual tu nak rekemen lawyer yg ofisnya di sec 6 kota*damansara, jgn ambik yer...lembab giler...bayangkanlah dari bulan 10 thn lepas sampai dah  abis bulan 6 ni pun belum selesai? adeh....

tu hal proses beli. ni hal nak duduk ke tidak ni...hati kakyang digaru2 mcm nak duduk sana. rumah  ala2 colonial. kalau tanam bunga2 ros akak tu kat situ boleh buat rumah english style ni..warna rumah dah putih pun. dah cun nor kalau nak buat lagu tu. besar plak tu, kabinet dapur dah cantik plak tu..tp tu la, bila mengenangkan jauh tu.. terasa mcm malas pulak. adeh...

Tei - It's Only You (Romance Town OST)

Surah Ali Imran ~ 27 (Ayat Hafazan)

amalkan 2 ayat dari surah ali-imran ni untuk dipermudahkan bayar hutang...

Surah Ali Imran - 26 (Ayat Hafazan)

Thursday, June 16, 2011

Terkini di pasaran

lama kakyang tak update kan? sibuk ker? idak ler mana pun...tp sibuk tengok citer korea online ada la. haih cam ner la rezeki nak berkat tu?


KakYang baru balik kampung minggu lepas. seminggu kat sana. balik bukan dok senang lenang...balik jd buruh paksa. hahahaha

Rumah baru mak kakyang dah siap. bukan baru. sebenarnya buat major renovate. runtuh semua. buat baru atas tapak yg sama gak. besar tu puas hati la. cantik? cantik la jugak. dah baru kan..mesti la cantik lagi. tp bila dah masuk barang2 semula..haih bersepah mcm tu la jugak.


Sebenarnya rumah tu tak 100% siap lagi pun. tiles kat porch, luar dapur tak siap lagi, tandas masih lagi tak siap, wirering lampu masih tunggang langgang. dapur tak pasang lagi. kipas pun belum ada. tp disebabkan kejar cuti sekolah adik bradik ramai boleh  balik tlg kemas, usahakan la juga masuk wpun tak siap. lgpun abah-mak kakyang yg tumpang dok kat rumah kakak tu dah mula gelisah. lama sngat dah tak siap2 lagi. 6 bulan juga la nak siap. angan2 abg n kakyang nak balik berselesa kat rumah baru tak jd la nampak gayanya...jd la buruh paksa sepanjang balik cuti tu...


Disebabkan tak siap dan sibuk ngan pindah2 brg ni, banyak perancangan tak jadi. konon lepas mengemas nak buat kenduri. tak jd. tukar jd bbq sesama adikbradik yg balik jer. tak jd jugak. tp usahakan jugak buat bakar2 sotong, ayam, & ikan skit sbb anak kecik kakyang tuntut janji. selagi tak berkipas asap arang tu, selagi tu la dia dok menanya bila nak buat bbq ni? nak diamkan dia, kakyang bakar jer skit. makan ngan nasi. nasi plak baki ihsan kakak kakyang siang tadi. ha engkau, masing2 mcm pirana serbu makanan yg seciput tu. sib baik la abg sporting, undur diri kluar makan mee ngan kakyang kat luar. haaaa tu la penangan dapur tak siap.. 1st time balik kg kakyang tak layan selera mkn abg. sib baik la dia tak ikut hati beranginnya tu..kalau tak mau ribut lg la...tq abg!

So, dpt la tidur 2 mlm kat rumah baru di sebalik celah2 kotak2 baju/brg yg tak berkemas lg tu. dan mula la nampak semula perangai malas mengemas adik2 kakyang tu. brg2 bersepah sini sana. haih..selagi tak kawin, selagi tu la tak reti mengemas. mcm kakak depa dulu jugak..hehehe

sebelum balik s/a semula, kakyang sempat meronda p kedai perabot. kononnya nak melengkapkan apa yg tak lengkap lg kat rumah tu. tp disebabkan abg yg pegang duit, hajat tak kesampaian. dpt belikan rak tv, meja mkn jepun ngan almari utk bilik bacaan jer...tu pun abg dah tegur. haih ambik barang main tunjuk2 jer, tak de tengok2 dulu dah harga mcm mana? hehehee bukan tak tengok bang.kerling2 jer dah la.  tp tak leh nak compare2 sngat.

tu la style kakyang shopping sejak kawin ngan abg. bila membeli, tak tengok harga sngat dah. bukan sbb kawin ngan org berduit atau sbb sendiri berduit. tp sbb kawin ngan org tak reti sabar menunggu. jd mcm tu la. hahahah.

ok udah2 la tu mengutuk abg. ngutuk jer kerjanya....balik kang kena minta maap lebih2 skit.  :P

Thursday, May 19, 2011

...

td mcm nak update sesuatu kat sini. dah log in, terlupa plak apa yg nak dicerita tu. plip plop plip plop mata akak dok pandang kotak kosong ni..

lenlaki lah citer.  bila dah ingat balik. hehehehe

Tuesday, May 10, 2011

Utamakan Keselamatan

Td KakYang blog hoping. singgah ke blog kak kujie. baca la entry dia bab kes simbah asid tu. aih. naik seram sejuk badan kakyang ni. mana idaknya. ofis kakyang area targeted tu. nak kluar masuk ofis pun takut. esok ada kursus plak kat luar. rasanya mcm nak suruh abg hantar lah. nasib baik la kakyang sekarang ni dah tak kaki merayau kat luar sngat. klau tak mau lg takut jdnya.

Takut jugak kalau kes mcm ni menular ke area lain. manala tau kot2 ada org dengki/sakit hati ngan abg/kakyang sampai copy tindakan mcm tu. kami ni bukan la perfect. kdg2 ada tindakan/perbuatan kita yg tanpa disedari menimbulkan tidak senang pd org lain. manala tahu kan...nauzubillah. Semoga Allah sentiasa lindungi kita..

Friday, May 6, 2011

Demam

KakYang demam. selsema. batuk. semua ada. dah seminggu tak baik2 lagi. smalam langsung tak boleh tido. badan seram sejuk. perut memulas berangin. 2x bangun ke tandas. dekat subuh baru dpt tido jap. bangun pg td ngan keadaan longlai la. sib baik abg tunjuk concern. sejuk skit hati.

ni semua gara2 labour day punya pasal la ni. haritu kakyang berkebun. abis separuh laman kakyang mencangkul. tanam rumput karpet baru beli hari sabtu ari tu. rearrange pasu2 rose. rearrange bedding rose tu. tolak tarik pasu2 besar pokok lain. rearrange taman. dari pagi sampai t/hari. brenti jap masak. rehat jap. kul 4 dah turun sambung keje yg tak abis. anak kakyang pun menyibuk jugak. sibuk nak tanam benih carrot yg baru beli. layan la kejap. tanam pagi, ptg dah tanya. ibu, carrot adik dah naik? adeh...

demam mcm makin teruk hari ni. kakyang belek2 juga tangan takut kena denggi. tp badan tak panas pun. mesti bukan kes mcm tu. demam urat agaknya. almaklumlah..umor angka dah besar ni...hehehe

malaslah nak citer panjang2. meh kita layan gambar bunga skit.







Thursday, April 28, 2011

Haji Bakhil

KakYang bukan Haji Bakhil. KakYang tidak kedekut. Tp KakYang tak suka bila org pinjam barang dan tidak pulangkan. dah banyak barang kesayangan kakyang org pinjam. peh tu terus jd harta karun depa.

Kena pulak KakYang jenis pelupa. kalau dah pinjam bertahun. sapa lagi nak ingat org yg meminjam. jdnya tak tau nak tuntut ngan sapa. dan lebih sadis. kalau pinjam barang kakyang tak bgtau ataupun pinjam dari org lain. Yg ni biasanya kawan2 yong la.

Contohnya bertahun yang lepas, Yong pinjamkan kipas berdiri kakyang pd kawannya. yg kononnya kata kipas kat rumah rosak. sampai la ni tak pulangkan. masa arwah yong ada, kakyang pernah tanya bila kawan dia tu nak pulangkan? Yong boleh jwb biarlah. nanti yong beli ganti.

Bila yong dah ckp mcm tu, kakyang kecil hati. bukan kakyang kisahkan ganti tak ganti. tp bila meminjam. tahu la pulangkan balik. dah tu barang org. kalau owner tak de, kenapa pinjam dari pihak ke 2. kakyang tak suka mcm tu.

KakYang suka beli buku. terutama buku motivasi. dan banyak buku-buku kakyang hilang tanpa dpt dikesan. kes yang serupa. pinjam dan tak pulangkan. siapa yg pinjam? sama mcm kes tadi. sendiri mau paham la.

Bertahun yg lepas juga yong pinjamkan blazer kakyang pada kawan dia. Kononnya nak attend dinner zulian yg diorang dok aktif masa tu. mcm tu jugak. pinjam dan wassalam mcm tu jer.

Yong mmg org yg pemurah dan pemaaf.

ada juga kawan kakyang sendiri yang pinjam. ni lagi kejam. dan kakyang pun bodoh. lurus bendul. kawan nak pinjam duit. konon kawan dan kita percaya dengan dia. sbb tak boleh kluar asrama, kakyang bg atm kad pd kawan dan minta dia draw. kata nak pinjam 50jer, bg balik kad atm, kata pinjam 150. ok lagi. sampai abis belajar. habuk sezarah pun tak bayar.

time belajar 150 tu besar!. tu pun sbb dpt biasiswa JPA. kalau tak mana kakyang nak ada duit pun. mak bapak kakyang org miskin. kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. bukan mcm iklan KFC tu kais pg petang pun masih boleh makan ciken cop.

Dan yang lagi sakit hati tu. baru2 ni org tu ada hati nak add kakyang kat FB. Ches!

Geram tau tak. geram!

Wednesday, April 27, 2011

Along Adik

Anak2 kakyang buat keje sekolah dpn tv. mcm kakyang kecik2 dulu jugak. mcm tu la depa.
tp dulu kakyang buat keje dpn tv sbb rumah kecik. takde ruang lain dah nak duduk. anak2 ni bukan sbb tak de ruang atau bilik lain. tp sbb kakyang nak tengok tv sambil ajar anak. hehehe

So semalam. sedang diorang buat keje sekolah, keluarlah satu iklan ni. iklan apa yer yg ada tunjuk fatty liver tu. sorang gemok tengah kusyuk makan. kawan dia tegur banyak makan berminyak berlemak tak elok untuk hati. peh tu ada lagi la nasihat yg lain tu.

Jdnya si adik ni dah kluar la ayat bombastik dia." Fatty liver mcm ibu. ibu fat"
Si along pulak menyampuk. "Taklah adik. ibu kita mana ada fat mcm tu. ibu kita sihat jer.."

Hahaha. tu la citer anak2 kakyang. si adik suka sakat kakyang. si abang suka backing kakyang. alahai anak2 ibu. ckp ler ibu cam ner pun. ibu sayang kamu semua.

Wednesday, April 20, 2011

baik punya cilok

hari ni kakyang nak cilok artikel ni kakyang dpt dari sini. hehehe

kelakar..sbb tu kakyang copy paste kat sini. boleh syere ngan korang pulak. hehehehe

Harta Pusaka Nenek
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek.

Rahmat : Jangan cakap macam tu, nek (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu. Tapi di mana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.

Rahmat : ?????


kelakar tak? kelakar tak? tak mo gelak, senyum skit pun jdlah.. :D

Tuesday, April 19, 2011

Rose a.k.a mawar

kakyang tengah minat tanam bunga ros sekarang. baru-baru ni kakyang memborang tak ingat poket ciput. pejam mata je la dik oii. bukan senang abg nak bawak kakyang p kedai kat sungai buloh tu. bila dah sesekali sampai tu mmg shoping sakan la. bini org lain shopping coach lah, LV lah, Ae lah, tp kakyang shoping bunga jer..tu yg membuatkan abg lagi sayang kakyang ni. sbb low maintenance. kekekeke

ok meh tengok gambar2 bunga ros kakyang ni jap.







Monday, April 18, 2011

Malang tak de bau

sabtu lepas ofis kakyang buat gathering kat kalumpang. so pagi2 sabtu tu semua dijadualkan berkumpul di RnR Rawang. sebelum sampai RnR tu kakyang telah melewati satu kemalangan. motor besar xcident. dgn apa tak tau la. sorang dah mati melekat kat pembahagi jalan. sorang lagi terlentang kat lane kanan sekali. rasanya masih sedar sbb ada org dok tengokkan dia. masa tu hujan lebat giler. masa melintasi mayat yg dah mati tu, seram sejuk badan kakyang ni. dlm hati berdoa je lah rombongan berkelah ofis kakyang ni selamat semuanya. kalau nak tengok berita ni, klik kat link onscene ni.

Tuesday, April 12, 2011

Cer citer

Kakyang terkedu. tetiba kena sergah ngan kawan baik. kenapa? sbb kakyang tanya dia ko pregnant ker? salah ker?

salah ker tanya member baik pregnant ke tak? salah ek? kenapa? org pregnant tak suka sebarkan berita dia pregnant ker? even pd kawan yg dianggap rapat? atau sbb mmg tak pregnant tp ditanya soalan mcm tu? kalau tak pregnant, then just deny je la. ckp je tak.

kenapa kakyang tanya dia mcm tu? sbb kakyang ternampak gambar perut dia muncit dlm fb. kawan kakyang ni selim melim, bila nampak perut muncit ngan pakai baju yg besar mesti la kita rasa dia pregnant kan? dah tu bila bergambar tangan tu pegang perut jer. ala org mengandung wpun baru beberapa bulan baru mesti xcited pegang perut je kan..hehehe

Org selalu tanya kakyang pregnant ker? asal update fb skit kata loya2, muntah2, pening/sakit kepala jer mesti org kata ko pregnant ek..even abah kakyang penah tanya. sbb dia selalu nampak kakyanng selalu pakai baju besar mcm baju mengandung.

Even tak betul, kakyang deny ngan amin jer. moga2 masin mulut diorang.

takpelah, agaknya org pregnant sensitip kot isu2 mcm ni..atau kakyang yg terover sensitip. sikit2 sentap...sikit2 sentap...huhuhu

Memory lane

Hari ni kakyang nak citer satu cerita. cerita pengalaman kakyang masa tunggu result spm dulu.

Masa tunggu spm tu kakyang ikut member merantau ke KL. kononnya kl la kan, tp sebenaqnya Klang. so kakyang manage dapat keje kat satu sykt kecik ni. keje promoter. kena masuk kampung2 cari budak sekolah. ofer tuisyen secara pos pd diorang.

so satu hari ni bos antar kakyang ke bukit naga, klang. tempat tu masa tu masih kg betul2 lagi. kawasan ladang kelapa sawit. so dah abis segala ceruk lorong dlm ladang tu kakyang masuk cari budak sekolah. end up tak de sales hari tu sampai la ke petang.

masa nak balik tu baru kakyang perasan, dlm purse cuma cukup2 jer tambang dari bus stand klang balik ke rumah sewa. abis tu dari bukit naga nak ke town klang tu cam ner? bukan boleh jalan kaki tu. bukit naga punya la jauh dari town.

masa tu dah nak masuk waktu magrib. berlegar2 la kakyang kat ladang kelapa sawit tu sambil dok pk masalah takde tambang nak balik ni. susahnya hati kakyang. nak buat mcm mana ni? nak nangis pun tak keluar air mata.

Dlm pada kakyang duk berlegar2 dlm ladang tu, dtg la sorang hamba Allah ni. naik motor. Sapa kakyang. Dia bg salam. kakyang jwb takut2. ye la, lelaki sapa magrib2. dlm ladang. tak ke pk yg bukan2?.

peh tu dia ckp. alhamdulillah. sib baik jwb salam. saya ingat hantu tadi. magrib2 ni dok jln dlm ladang kenapa dik?

Nak ckp tak de duit nak balik ker? malu la kan..so kakyang tipu sunat kat abg tu. Duit saya hilang bang. tak de duit nak balik rumah.

Peh tu abg tu ofer nak antar kakyang ke bus stand. dlm percaya tak percaya kakyang terima gak ofer tu. tawakal jer dlm hati. kalau betul niat dia baik ya Allah, selamatkanlah diri aku. kalau org tu ada niat tak baik ya Allah, lindungilah hamba mu ini..tu jer yg kakyang pk time tu.

Akhirnya sampai la kakyang ke bus stand. dan bersyukur sngat2 Allah lindungi kakyang sepanjang perjalanan tu.

Disebabkan risau sngat ngan keselamatan kakyang time tu, kakyang tak terpk nak minta no tepon abg tu. tanya nama pun tak. sib baik sempat ucap terima kasih. kalau tak, lg la kakyang rasa terkilan.

So, incase org yg pernah tolong kakyang ada terbaca cerita ni..(manala tau kot2 mmg ada silent reader kan..kan.. dan dlm banyak umat manusia ni, it happen org tu baca :P) kakyang nak ucapkan terima kasih banyak2 atas bantuan dia berbelas tahun lepas tu...terima kasih banyak2. hutang budi dia mmg tak dpt kakyang nak balas.

Dan yg pentingnya terima kasih Ya Allah kerana menghantar 'bantuan' kepada kakyang yg dalam kesusahan. dan terima kasih Ya Allah kerana Kau pelihara dan lindungi ku....

Thursday, April 7, 2011

Dimana ada usaha, di situ ada jalan

Baru kakyang perasan. posting kakyang banyak guna peribahasa ek? tak reti nak guna ayat sendiri sebenarnya. asyik ciplak kata-kata org jer...muahahahhaha :P

watever. janji kakyang posting. ye dok? :D

yang kakyang nak bebelkan hari ni. pelik tengok perangai ofismate akak ni. yg pegawai cara pegawai. yg kerani cara kerani.

yg nak cerita ni bab kerani pulak. baru2 ni ofis kakyang buka iklan kenaikan pangkat. apa lagi, berduyun2 la nak mintak. mintak la dik, tu masing2 punya rezeki. tp yg kakyang pelik ni, bab naik pangkat nak. tp bab usaha tak mau. ada yg terang2 ckp ngan kakyang. malas la kak nak submit. banyak sngat nak kena isi itu ini. dah malas, tak yah la mintak dik...

adeh...org mcm ni pun ada. terang2 utk diri sendiri pun tak nak usaha. naik pangkat nanti apa la ceritanya pulak.

yg sorang ni pulak, malas nak isi borang jugak. dtg tempat akak tanya. kak, borang yg saya isi 2 thn lepas ada simpan tak? sana nak ambik utk mohon naik pangkat yg baru ni. astaga...sampai nak isi borang pun malas. apa nak jadi ni.?

peh tu dtg lg sorang. yg ni plak bawak borang baru. dtg nak tengok borang lama yg dlm simpanan jabatan ngan akak. tak tahu nak isi. tak tau ada maaf la jugak kan. yg kelakarnya, bawak borang yg dah comot2. kena minyak apa entah. ni kes makan kat meja keje la ni.

adeh...sakit dada, sakit mata, sakit ati kakyang ni tengok perangai staf yg mcm ni..korang ni. tak boleh ker ada attitute yg cantik skit? nak naik pangkat, bawak2 la berperangai org yg layak utk dinaikkan pangkat. nasib ler akak ni tak interview korang dik non oiii..kalau tak, korang la yg akak cantas dulu.huhuhu..

sib baik ler akak ni kerani kokak mcm korang jer kan..kalau jd bos yg nak kena interview org, alamat tak de ler org yg berjaya interview tu.. giler koser tul.ahak ahak ahak

Wednesday, April 6, 2011

mati kutu

Kakyang tengah dengar taklimat perlembagaan ni.alahai..bosn giler...tk phm sepath haram pun sbb tak nampak slide. Buat kat bilik kecik mcm ni, nampak kepala org depan je la. Taklimat mcm ni ptt buat kat dewan yg ada projektor dan skrin putih yg tinggi. Biar semua org nampak.eiiieee....bosan gier. Sib baik ada wifi sini. Dpt layan inyernet..huhu

Thursday, March 31, 2011

Petua cantik sokmo

Petua ni kakyang ambik dari blog kak ezza..tumpang CnP yer kak.. petua dari ustazah fatima al zahra..

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Ku ingin bahagia


wah..tajuk tak hingat. tp best lagu ni. rina rahman penyanyi singapore. kakyang 1st time dengar lagu ni kat sinar ingatkan lagu uji rashid. suara sama kan..kan..

sebenarnya kakyang tak bleh dan tak mau cita lebih2. tengah sedih. sedih sngat. nak layan feeling sedih jap. biarlah kakyang nangis sorang2...layan je lah lagu ni ek..layanz... :(

Tuesday, March 29, 2011

Kenangan mengusik jiwarasa

Tersedak abg Jiwarasa bila nama dia jd tajuk post kakyang kali ni..kekekek

ampun ye en Jiwarasa..kakyang ni salah sorang silent reader blog anda. hehehe

Post ni tadak kena mengena ngan dia na..... meh balik crita apa yg kakyang nak pok pek hari ni.

Ni ha, td dok tengok2 fb kakyang ni, nampak la gambaq member fb ni ngan tunang dia. gambaq posing kat kedai makan jer pun. posing2 couple bila kluaq dating..alah semua org mesti adalah gambaq posing cam tu..

tetiba jiwa halus mulus kakyang ni terusik. terkenang kembali zaman2 dok dating dulu no..tp dulu kakyang tak rajin ambik gambaq pun. lgpun time tu mana ada hp camera mcm la ni ni..muka lak tak fotogedik langsung. dpt plak bf (abg ler tu) yg elegic camera..jdnya mcm tadak gambaq kenangan la sngat zaman dating tu..gambaq dah berkeluarga ni pun tak banyak mana sngat kalu kata gambaq kakyang ngan abg tu..ngan anak2 banyak la.

bukan nak crita pasai tadak gambaq ni. ni nak crita pasai feeling zaman berdating dulu. bila tengok muka ceria time dating tu. lain naq ngan muka la ni..

time dating dulu saat plg meresahkan ialah saat nak dating. huih..sampai tak bleh nak buat keja la bila abg kata tunggu sat lagi dia ambik. bukan tak sabaq nak jumpa sngat pun. tp sbb abg tak suka bila dia sampai kita tak siap lagi. semenet pun tak leh tunggu. angin sungguh. tp kita happy jer..janji dpt jumpa. kekeke

peh tu abg ni ada peel. kalau kata nak mai, dia bukan bg masa bila. ayat dia, tunggu ja. tu yg slalu kakyang tak boleh nak dok kalau kata nak kluaq tu. ada penah sekali tu abg kata sat lg dia mai, tunggu punya tunggu, tertidoq jaga tidoq balik jaga pulak tak mai2 lagi. last2 tepon bagi tau kata tak jd kluaq. adohai..hangin satu badan. tp tu la org kata. tengah bercinta tu, semua baik belaka. hehehe

lagi satu bab dating kitorang ni. abg, kalau nak ajak kakyang dating dia tak ckp direct jom jumpa. dia bg klu ja. nak tau apa? dia tanya dah makan belum?. lari sngat maksudnya kan. mula-mula dulu tak paham jugak. bila abg tanya mcm tu. kakyang yg lurus bendul ni ckp la dah makan. asai jawab dah makan ja abg mesti terus letak phone. merajuk la tu. aih! awat lagu tu? lama2 dah phm tau dah la. bila jwb tu kena kelentong la skit. walau dah makan jwb la tak makan lagi. kadang2 betui tak makan lagi pun. sbb kalau makan, sat lagi kluar, makan lagi..gemok la mcm tu!

jd sudahnya, kedai makan la jd tempat dating kakyang. jarang la dating p tempat lain. kena plak abg suka makan kat restoren tertentu jer.. abih la anak branak suku sakat tokey restoren tu kenai kakyang ngan abg. abih. dah muka tu ja hari2 mai makan. dah tu tengah2 malam plak tu. tak penah dtg awai skit. mcm mana nak awai skit. kami keja shift. org bujang, slalu la dpt shif malam. abih keja dtg kat kedai makan pulak.

tu lah ceritanya...dah kawin ni, nak dating2 pun dah tak de feeling. bila jalan berdua jer, tak bawa anak. rasa bersalah jer...camna tu? hehee

Thursday, March 24, 2011

Biarlah rahsia

semalam, ada x staf dtg jumpa kakyang. kakyang ganti post dia bila dia retired ari tu..mmg selalu la dia jumpa kakyang. dulu plg kurang sebulan sekali. tp lately dah kurang. katanya bz sbb dok jaga cucu......ngengenge

semalam. makcik ni puji kakyang. eh, you campak makin cantik dan cerahla. apa rahsia u? kembang kempis hidung kemek kakyang ni terima pujian.. cantik tu idak ler..dah muka nyonya jual sayur..nak cantik mcm mana lg yedok? tp makin cerah tu ada ler nampak perubahan skit..kalau dulu jeragat tu nampak nor, parut jerawat penuh. pori muka tu besar2 mcm kawah.kulit pun bersisik jer...tp sejak akhir2 ni tak de la ketara sngat dah semua2 tu..

rahsianya? banyak faktor dik.
1-sbb air sembahyang. poyo jer kan bg sbb mcm ni..
2-sbb hati dah senang. abg dah lama tak buat hal :P
3-sbb ambik supliment..ini yg sebenornyer pun.. :D

mcm2 suppliment kakyang ambik. idakler mahal mana supliment2 tu. yg mampu milik jer. since akak member cosway, guna brand ni je lah.. jd tak leh nak bgtau la yg mana satu betul2 berkesan. suppliment apa yg kakyang ambik tu?

ni ha list panjangnya. bukan semua kakyang ambik hari2. rotate la sehari 1 jenis. nak save budget dik... :D lgpun takut keracunan kalau ambik semua sekali..
1-spirulina
2-EPO
3-Vit C
4-Hydrolised kolegen
5-madu
6-bioenzym

Ha tu dia..panjang tak? hehehe
bukan apa, bila pandang muka kat cermin, cermin pun boleh retak dik..muka berkerak2 comot semacam jer..sebelum abg pandang pandang, jeling jeling yg lain, baik kakyang repair muka tu skit kan..huhuhu takut yer bila ingat cik abg cari lain...

tp ni la lg satu masalah kakyang...wpun dah 40% ok skit bila start consume suppliment kat atas tu, tp masalah badan letih ni tak hilang la...bangun pagi mcm tak cukup tidur. malas jer nak bangun. sengal2 badan mcm buat keje berat..teruk kerja? kerani jer, teruk apa la sngat kerjanya pun. balik kerja uruskan hal rumah pulak? tak juga, harap lepas tengok keje sekolah anak2 jer..tidur tak cukup? kul 10 tidurkan anak, ngan kakyang sekali tidur..abih tu apa masalah lagi..cer citer skit..

Tuesday, March 22, 2011

Eyemo

cuci mata skit. tp tak ler guna eyemo tu..guna gambar jer..hehehehe layanzzz

Patah tumbuh hilang berganti..

Semalam kakyang dikejutkan ngan berita tak enak. kucik gedix kakyang dah mati! mati bawah kereta kak ipar. huhuhu
sedihnya... :(
tu pun kakyang terjumpa sbb tengah cari gremlin. gremlin tu anak kucing baru yg kakyang baru pungut. ada sepasang. satu oren hitam, lg 1 kelabu belang2. yg hilang ni yg kelabu. dia dpt bolos dari celahan sangkar tu..cari punya cari, yg dicari tak jumpa yg jumpa bangkai chomel!.
Nak nangis kakyang. tp mengenangkan kurang skit kucing kat rumah tu, dpt la terima hikmahnya.

Bulan lps grey mati. rasanya sakit buah pinggang kot sbb dah lama dia kencing berdarah. kakyang dah citer belum ek? peh tu ni chomel pulak. huhuhu.

Chomel ni suka tunggu kakyang balik kerja atau pantang nampak muka kakyang, mesti dia gedix dpn kakyang.kalau tak nak mintak mkn lg gedix. pusing2 badan dia, gesel2 badan dia, yg plg kelakar dia suka sodok muka dia tu ke badan kakyang. kalau dah dpt, hmmm muka puas jer siap basuh2 mulut. kalau tak dpt nasi, merajuk p dpn cari biskut kucing. dia tak suka biskut sebenarnya.

so bila dia mati semalam, kakyang dah takde org kacau la..tinggal yg kecik2 baru tu jer, 3 ekor. huhuhu sedih!

ni lah diorang yg dah pergi tu.. :(

Tuesday, March 15, 2011

PBB

Kakyang tengah mencuba PB? bukan PBB tau. ni PB jer..tak tau apa PB tu? sah la anda seorang yg kurus. org yg gem..mcm kakyang ni jer yg tahu PB tu..ye dok? hehehe

dah 2 bulan beli, baru minggu lepas try pakai. tu pun mula yg girdle tu dulu..minggu ni pakai yg koset plak. yg atas tu tak pakai lagi. kakyang start 1by1 ni sbb takut tak selesa. ye lah, kakyang ni dok bertapa kat ofis sampai malam. nak mengadap benda tu 12 jam sehari tu..

1st day pakai mmg tak selesa giler. nak membuang punya la susah, lepas membuang, nak tarik semula ke atas tu siap meloncat2 dlm tandas. haih...
peh 2,3 hari dah ok la. dah boleh accept kesusahan tu..hari ni pakai koset dia pulak. tak p tandas lgpun sejak td. jap lagi tengoklah apa citer plak.

bila nak pakai yg atas ni? bila? bila pk yg atas akak ni akan makin kedepan, adeh..malu la plak nak pakai. dah la yg biasa pun ala2 doly parten, karang pakai yg tu mau dia nanges sbb akak kalahkan dia. hahaha

Friday, March 11, 2011

Spek baru!

Smalam kakyang baru p ambik spek baru. dah siap awal lagi. dah p ambik pun, tp bila cek tu nampak ada defect skit, so kedai spek tu ganti baru. smalam depa call, jd kakyang ngan abg terus zaz ler p sana. yg kali ni warna merah gelap plak. lebih petak dan lebar dari dulu. dulu punya warna purple kebiruan. bentuk nak oval skit.

cuba tengok mana yg paling sesuaiii?
aih..tak kluar plak gambar ni..buat cara manualah. nah!
dolu
baru