Wednesday, July 20, 2011

Sekolah Menengah Sultanah Asma (SAS)

Post terdahulu ada 2,3 video band sekolah kakyang dulu. Wpun kakyang bukanlah ahli band tu dulu, tp still kakyang nak tumpang bangga dengan pencapaian band sekolah kakyang ni. BANGGAAAAA...bangga yg teramat sangat dari duluuuuuuuuuuuuu sampai lani.


Band sekolah kakyang ni mmg terkenal. dari zaman kakyang belajar dulu, mmg dah banyak diorang menang pertandingan dan pernah menang 2nd runner up masa KLMBC 2009 kalau tak silap.

Dulu, masa kat sekolah, kakyang selalu tengok diorang berlatih kat padang sekolah sambil buat formasi mcm2. nak pulak padang tu dpn asrama, so really enjoy tengok diorang berlatih. then dengar diorang main all those instruments tu live2.. mmg dug dag jer jantung kita tu. bergegar tanah..best betul. dan kalau time sukan sekolah la paling best sbb dpt tengok diorang perform semua tu tanpa sangkut2. awesome la diorang ni..sib baik kakyang ni buta note, kalau tak mau kakyang among the band members kot..hahaha

tu cerita band, kalau nak cerita dari segi pencapaian akademik ni lg la. SAS (Sultanah Asma School) mmg terkenal dengan pencapaian akademiknya yg cemerlang. Sekolah ni himpun semua cikgu2 terbaik kat situ. nak jumpa cikgu muda2, encem2? jgn mimpila. semua dah pangkat mak ayah. mmg the best cikgu2 kat situ. Masa zaman kakyang sekolah dulu, Pengetua Cik Nasriah namanya. terkenal dengan ketegasannya. kalau dengar bunyi kasut tug tag tug tag kat koridor tu, mmg semua dah menikus la. tp hati dia baik. sampai la ni dia masih kenal x-x student.Result SRP/SPM masa zaman kakyang kat sana dulu mmg 100% jer..selepas kakyang keluar tu tak tahu la diorang maintain rekod tu ke idak. harap2 maintain la kan...

Sekolah kakyang ni sekolah pompuan. so bab-bab masalah besar tu tak de la sngat, gaduh2 budak pompuan tau2 je lah cam ner rupa sngat pun. kdg2 gaduh bab berebut bf. student kolej ker..student syed omar ker..gitu2 je la. lgpun sbb disiplin sekolah tu kuat, so tak de la dengar kes berat2. syoknya sekolah ni, bila time hujan. leh pakai selipar jer p sekolah sbb sekolah selalu tenggelam. so terkenal la sekolah ni ngan nama Sekolah Angkat Skirt (SAS juger)..


banyak lagi citer2 bab sekolah kakyang ni. kat fb dah ada fanpage sekolah kakyang. godeklah fb tu kalau rajin. nak dengar citer hantu yg ada kat sekolah tu pun boleh...hihihi

Luv u my school!

No comments: