Monday, July 18, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit

Org kata kalau tergigit lidah tu tandanya ada org mengata kita. betul ker? wallahualam..dah ada org buat research pasal ni ker? lgpun org mengata selalunya di belakang kita. camner kita nak sahkan org tengah mengata masa kita tergigit lidah tu ye dak?

Tergigit lidah tu jarang skit, tp kakyang selalu tergigit dlm pipi. almaklumlah pipi kakyang yg dembem ni..berisi luar dlm. tu yg selalu tergigit tu. bila dah luka tergigit tu, mula la susah nak makan. susah2 pun, makan bertambah juga. hihihi

Sebenarnya hati kakyang yg tengah ter'gigit' sekarang ni..tergigit dari hari khamis last week, sampai hari ni tak sembuh lagi. akibat dari sakit digigit tu, kakyang deactivate internet connection. fb ngan ym jer pun. tu jer yg ada. hehehe

Pre insidentnya hari khamis pg, tp dah cool skit. dah sempat2 berym bergmail peh tu suruh call plak. kakyang pun return call la. call no biasa, dengar suara, tp org tu tak dengar suara kakyang. 3,4x call mcm tu gak, kakyang call 2nd no. bila dia angkat jer terus sergah kakyang. kakyang yg tengah tak de mood disebabkan insiden pg td, terus ckp dgn flat tone jer..jgn la marah. dah dpt ckp ni ckp la  baik2.

ckp jer mcm tu org tu terus melenting sakan, terus letak phone. tersentak la kakyang ni tak bersebab. dah suruh call, dah dpt ckp, bebelnya kita pula. suruh ckp baik2 mcm tu pun nak marah pula. apa masalah?

Kemuncaknya bila dah dpt tepon semula, terus org tu maki hamun kakyang. kakyang nak xplain, dia tak mo dengar, dah tu dituduhnya kakyang gitu gini kat fb, kat ym. adoila...lumat hati kakyang dengar ayat2 yg keluar dari mulut dia tu. apa lg, menangis la kakyang pg tu...

kebetulan pula member baik kakyang ym, so kakyang cerita la apa jd. ingatkan nak dpt simpati, rupanya diremukkan lagi. kena ceramah tambah pula. yg ni lebih tragis. dah tahu asal usul cerita, sedap2 jer nak ceramahkan kita lagi. lagi kecik hati kakyang ni.

dah deactivate semua tu, kakyang kansel juga plan hari jumaat tu. org tu tanya kenapa. kakyang mls nak bg jawapannya. phm2 sendiri la..

Ingatkan bila deactivate tu tak de sapa yg peduli, rupanya ramai pulak yg mencari. xschoolmate kakyang yg tak pernah tepon call tanya khabar sihat ker sbb fb tetiba hilang. officemate pun mencari2...sejuk skit hati ni bila ada yg bertanya mcm tu.

tp sementara waktu ni biarlah mcm tu dlu..tawar hati bila org yg terdekat dgn kita layan kita lagu tu....

No comments: