Hari ni kakyang nak citer satu cerita. cerita pengalaman kakyang masa tunggu result spm dulu.
Masa tunggu spm tu kakyang ikut member merantau ke KL. kononnya kl la kan, tp sebenaqnya Klang. so kakyang manage dapat keje kat satu sykt kecik ni. keje promoter. kena masuk kampung2 cari budak sekolah. ofer tuisyen secara pos pd diorang.
so satu hari ni bos antar kakyang ke bukit naga, klang. tempat tu masa tu masih kg betul2 lagi. kawasan ladang kelapa sawit. so dah abis segala ceruk lorong dlm ladang tu kakyang masuk cari budak sekolah. end up tak de sales hari tu sampai la ke petang.
masa nak balik tu baru kakyang perasan, dlm purse cuma cukup2 jer tambang dari bus stand klang balik ke rumah sewa. abis tu dari bukit naga nak ke town klang tu cam ner? bukan boleh jalan kaki tu. bukit naga punya la jauh dari town.
masa tu dah nak masuk waktu magrib. berlegar2 la kakyang kat ladang kelapa sawit tu sambil dok pk masalah takde tambang nak balik ni. susahnya hati kakyang. nak buat mcm mana ni? nak nangis pun tak keluar air mata.
Dlm pada kakyang duk berlegar2 dlm ladang tu, dtg la sorang hamba Allah ni. naik motor. Sapa kakyang. Dia bg salam. kakyang jwb takut2. ye la, lelaki sapa magrib2. dlm ladang. tak ke pk yg bukan2?.
peh tu dia ckp. alhamdulillah. sib baik jwb salam. saya ingat hantu tadi. magrib2 ni dok jln dlm ladang kenapa dik?
Nak ckp tak de duit nak balik ker? malu la kan..so kakyang tipu sunat kat abg tu. Duit saya hilang bang. tak de duit nak balik rumah.
Peh tu abg tu ofer nak antar kakyang ke bus stand. dlm percaya tak percaya kakyang terima gak ofer tu. tawakal jer dlm hati. kalau betul niat dia baik ya Allah, selamatkanlah diri aku. kalau org tu ada niat tak baik ya Allah, lindungilah hamba mu ini..tu jer yg kakyang pk time tu.
Akhirnya sampai la kakyang ke bus stand. dan bersyukur sngat2 Allah lindungi kakyang sepanjang perjalanan tu.
Disebabkan risau sngat ngan keselamatan kakyang time tu, kakyang tak terpk nak minta no tepon abg tu. tanya nama pun tak. sib baik sempat ucap terima kasih. kalau tak, lg la kakyang rasa terkilan.
So, incase org yg pernah tolong kakyang ada terbaca cerita ni..(manala tau kot2 mmg ada silent reader kan..kan.. dan dlm banyak umat manusia ni, it happen org tu baca :P) kakyang nak ucapkan terima kasih banyak2 atas bantuan dia berbelas tahun lepas tu...terima kasih banyak2. hutang budi dia mmg tak dpt kakyang nak balas.
Dan yg pentingnya terima kasih Ya Allah kerana menghantar 'bantuan' kepada kakyang yg dalam kesusahan. dan terima kasih Ya Allah kerana Kau pelihara dan lindungi ku....
No comments:
Post a Comment