Thursday, December 22, 2011

Adab bertamu

kdg2 bila kita yang jd tetamu org, kita tak perasan do and dont nya kan. bila org bertamu rumah kita baru kita perasan semua perkara tu.

Minggu ni kakyang kalut skit sbb kakak kakyang sekeluarga dtg dari kampung. diorang dah suarakan nak datang pada masa kakyang balik kg hari tu. dah ckp nak dtg seminggu. kakyang pun dengan lapang hati ckp ok. datang la rumah.

so diorang dtg dari jumaat lepas sampai ler semalam, rabu. brapa hari ek? 6 hari gak la kan. so start dari hari sabtu - rabu ada je la plan jenjalan. sabtu p rumah sepupu di cheras, ahad p snowalk, isnin p mana ek? , selasa p wetworld, mlm plak p rumah sepupu di puncak alam, rabu p makan2 ngan abg long kakyang. mmg pack gilerlah. 

penat ek layan tetamu ni. kakyang sampai tak cukup tidur la. sbb tiap2 agenda tu sampai t/mlm. awal2 pagi dah bangun masak sarapan etc. peh tu kluar jln2 lagi. bukan nak merungut, tp teringat pesan org2 tua, katanya, kalau bertamu rumah org, jgn lebih dari 3 hari.

Jd kakyang rasa ada benarnya pesanan org2 tua tu. kakyang rasa sendiri kali ni bila menerima tetamu dlm tempoh yang panjang. 2,3 hari yg pertama tu ok lg, tp bila masuk hari ke 4,ke5, rasa penat dah. penat layan karenah anak2 & sepupu diorang. nak dimarah, kang ibu bapanya kecil hati pula. abis2 pun marah/tegur anak sendiri je lah. penat nak jaga hati tetamu. penat mengekjas waktu dengan abg. dia tu berangin skit. nak buat apa2 bukan boleh main terjah mcm tu jer.nak pulak abg ipar kakyang tu leh tahan songelnya. hari2 ada jer plan tergemparnya. tetiba jer turun dari tingkat atas bgtau ada kawan dia nak dtg rumah. esok pulak tetiba bgtau nak pergi rumah sepupu dia pulak. abis semua plan yg kakyang buat. kena adjust2 semula dengan masa abg. abg tak suka perkara2 unplan ni.

peh tu kakak kakyang pulak memandai p mengemas dapur kakyang yg berselerak tu. abis segala benda dia ubah sana, ubah sini, buang itu, buang ini. nasib baik kakyang sedar. kutip balik dari tong sampah. adoila..sib baik ler kakak sendiri. kalau ipar tu mau jd gaduh. tp terima kasih juga kat dia, sekurangnya bersih skit dapor kakyang tu. hehehehe

iktibarnya? next time kalau ada tetamu nak stay kat rumah, kakyang akan terus terang limitkan penginapan anda 3 hari jer. supaya saya tidak membuat dosa kering tanpa disedari. huhuhu

dan kakyang kena ingatkan diri juga, next time kalau bertamu rumah org, jgn lama2. jgn susahkan tuan rumah. heheheh

No comments: