Ni cerita semalam. Semalam KakYang p lepak2 rumah makcik. slalu tu mlm ahad mesti lepak rumah kak ipar KYang yang sorang tu. tp since Yong tak de, kaki kami sekeluarga pun tak jejak2 sana lg pun. Bukan tak mau p, tp KakYang n abg takut tak tertahan tumpah air mata.
Pasaipa tumpah ayaq mata? hah! mula la lorat utara KYang ni.. maap na..cerita ngan lorat ibunda ni kdg2 lg laju. hahahaha..
Balik pasai cita tadi. sebenarnya kak ipaq KYang baru meninggal. Kami panggei dia Yong (Kak sulung kpd abg). dulu kami dok ngan dia. sbb kami tumpang rumah arwah mak ayah abg. bila dia sakit pindah randah la. sampai last sekali alang ambik maid untuk jaga dia.
Yong meninggai baru masuk 3 minggu. dia meninggai pd ahad, 4 julai 2010. Sakit apa? cancer. cancer hidung doc kata. tp hidung dia elok ja. yg tak elok sebelah dlm. start detact bila dia asyik demam2, pas tu bila tengkok dia bengkak baru p check specialist. Doc tengok ja terus ckp kata canser hidung. buat test bagai, kompem la sudah. Kami semua sedih bila dpt tau berita ni 2 thn lepas.
Jd bila kami p rumah makcik semalam, mmg dok kluar cerita yong lagi la. Kakyang ni mmg dok syak something bila baca sijil mati yong tu. sbb apa? sbb doc tulis cause of death kat situ canser stage 4. kakyang dok heran sejak bila jd stage 4? yg dok tau cancer tu stage 2 jer start, pas kimo, hilang, tp 2-3 bulan lepas mmg tau ada jd balik, tp doc dok test2 tp tak boleh nak kompem benda yg sama ke tak, dan yong pun tak mau buat kimo dah sbb tak tahan. dia cuba alternative lain. dlm dok cuba tu la satu pg tu sesak nafas. bawak p spital pg, t/hari meninggal.
Smalam kakyang tanya la makcik pasai tu dia tau ke tidak? dia kata tak tau, tp dia syak ipaq kakyang tau sbb depa dok nangis2 dah lalely. maybe depa sembunyi cerita tu. tp pd kakyang, kalau dah naik stage 4 tu, jgn la sembunyi kat adik bradik yg lain. bgtau la diam2. kalau Yong yg mintak diamkan pun, bgtau jugak dan remind jgn bising2. kesian adik bradik lain tak standby nak terima berita kematian. plg tak saat2 akhir tu dpt la diorang buat apa yg ptt. Bukan bermakna bila tak bgtau tak buat baik, tp plg kurang kita lg menghargai baki2 yg ada.ni pendapat kak yang lah.
Ada cerita lagi, lepas yong dah tak de tu, kak ipaq kakyang bg 1 salinan dari 1page diari yong pd abg. anak buah kakyang plak p scan dan tempek dlm facebook tag kami semua yg ada fb. Berkali2 kak yang baca page tu. tp apa yg kak yang cari tak jumpa2.
Page tu pasal apa? Page tu mengandungi amanat yong pd adik2 dia yg ditinggalkan. pd semua keluarga, makcik/pakcik/ anak buah, sepupu sepapat semua la. dia listkan dari yg tua ke muda. dlm banyak2 list ikut turutan keluarga,satu keluarga ja yg dia tak tulis.
Keluarga siapa? Keluarga abg la. keluarga kakyang. abg, kakyang n anak2 kak yang tak de dlm list tu. kakyang sedih sangat. Kakyang tercari2 sbb kenapa tadak dlm tu. sbb yong tak puas hati ngan kak yang ka? sbb kak yang tak pandai ambik hati dia ka? kakyang tau, kakyang bukan adik ipaq yg baik. kalau pasai kakyang, awat nama abg pun dia tak tulis? kalau ngan adik dia pun ada yg tak kena, awat nama anak2 kakyang pun dia tak tulis? tak ingat langsung? kak yang rasa mcm tak logic sbb dia listkan tu ikut turutan adik adik dia. satu satu. tp kenapa tetiba terlangkau nama abg?
Kakyang bg tau kat abg. abg pun terkejut. pdhal dia dah baca benda tu sebelum ni. bila dia bc lg sekali lepas tu baru dia terkedu. terdiam dia. pas tu dia p sms kat kakak2 dia tanyakan hal tu. ish dia ni...p tanya benda mcm tu wat pa.
berderu2 la sms masuk dlm hp abg minta kami jgn kecik hati hal tu. mungkin yong terlupa. sbb yong tak putus2 sebut nama kami. asal weekend ja mesti tanya kami dtg jenguk dia tak. tak dtg, mesti tepon pulak nak ckp ngan anak2 kakyang. Asal cerita jer mesti sebut nama anak2 kakyang.
Bg kakyang, nak kecik hati lebih2 pun tak boleh ubah apa2 dah. sbb yong pun dah takde. nak suruh dia add nama kami? hahahah mcm mana tu? tp kakyang pujuk hati kakyang.. agaknya sbb kami dah sebati ngan dia. dlm hati dia mmg ada kami, jd dia bawak nama2 kami sampai kemati...
Al-Fatihah utk Yong. semoga aman di sisinya...
No comments:
Post a Comment