Tama Abu: The Unfinished Mission
Bermula dari situ, abg sham telah buka trip untuk team pertama pada Ogos 2022. sepatutnya kakyang ikut dlm team ni. tp memandangkan abg sham nampak ianya tak berapa sesuai untuk perjalanan trip yang boleh di anggap rintis semula memandangkan trek tersebut dah lama ditinggalkan semasa covid 19, abg sham pujuk kakyang utk pergi dgn next-next trip. kakyang redha je lah dgn keputusan tersebut. lgpun tak mau mengganggu perjalanan program. kena sedar diri pace kakyang not at their par. hahhaha.

the next team held in February 2023. team utk feb ni pula ada isu flight ticket. lg sekali kakyang push off ke next team yang akan pergi one month after feb's team.
makanya... tanggal 11 march lepas, berangkatlah kakyang bersama team march ke Long Banga untuk merialisasikan hajat menawan puncak Tama Abu. Kali ni kakyang merasa agak gentar kerana team line mostly perempuan. hanya ada 3 org lelaki iaitu abg sham (gogo), pok ro dan abg Mat. Abg Mat siap pesan. "Nath, kali ni ko kena jd lelaki.". maksudnya kena berdikari la. takde org boleh bantu kalau ada apa-apa. erk!
kakyang naik MYAairline kali ni. |
team berpecah kepada 2 group memandangkan flight mas wing tak boleh cater semua sekali jalan. wpun kakyang termasuk dlm group 2, tp kakyang ke Miri awal sedikit utk personal visit. Group 1 pergi ke Long Banga awal sehari.
Airport Long Banga |
Group ke 2 sampai ke Long Banga pada 13 March dah tengah hari. sampai je di sana, kami terus di jamu dgn lunch ikan semah!. masing2 senyum sampai ke telinga. Untuk pengetahuan korang, ikan semah ni adik beradik ikan kelah lah kalau di semenanjung. Harga ikan ni kalau dah sampai ke tempat lain akan mencecah ratusan ringgit per gram. Kiranya orang pendalaman ni kaya la kan? Hari-hari makan ikan harga kayangan. hehe
Seusai habis makan tengah hari, kami terus menyiapkan beg dan menaiki 4weels untuk ke starting point yang terletak di tengah perjalanan jalan utama menghubung Miri - long Banga melalui jalan darat. 1 jam kemudian, kami sampai di tempat drop off tersebut. hanya nampak lorong tikus kecil di sebelah kanan.
Sebaik sahaja jeep berhenti di situ, muncul beberapa anak muda dari celahan semak. kata Uncle Lease, mereka itulah porter-porter dan guide yang akan membantu kami sepanjang perjalanan xpdc Tama Abu kali ini.
Dari situ kami mula trekking masuk hutan. Kami berhenti take 5 sekejap di tepi sungai pertama. Masa ini lah baru tersedar abg sham tak de dlm group. guide terus letak barang dan naik semula ke atas mencari abg sham. kami letak beg dan ambil kesempatan utk bersolat. Guide dtg semula dengan tangan kosong. Abg sham gagal ditemui. kemudian dia jalan dulu ke depan. tak lama kemudian abg sham muncul dari jalan depan bersama guide. phewwwww lega kami. wpun tahu abg sham lagi arif dgn trek, tp kerisauan tetap ada. org kata kemalangan tidak berbau kan?
Rupanya abg sham test melalui jalan org kampung Ba Peramu. tp jalan ni sebenarnya org kampung tak suka org luar gunakan sbb jalan tersebut akan melalui laman/kebun diorang. Menurut abg sham, jalan tersebut lagi singkat sebenarnya.
Kemudian kami meneruskan perjalanan. Naik turun beberapa bukit dan menyeberang sungai sebelum sampai ke pangkalan.
Nota: memandangkan trip ni masih fresh di ingatan, dan banyak nak diceritakan, kakyang ambil keputusan untuk bercerita by part. so.. korang sabarlah menanti episod yg akan dtg yer. meh layan gambar2 sekitar trip pertama dulu.

No comments:
Post a Comment