tak tau nak bg tajuk apa. kakyang tulislah dulu ya. manatau kot-kot dlm dok menaip tu boleh dpt idea tajuk yg sesuai.
kakyang nak cerita bab mistik dlm xpdc rintis last week. ceritanya gini..
dlm ramai-ramai line up trip last week, ada sorang dua kawan yg boleh nampak alam di sebelah sana. hijab dibuka kata org. bila selesai on trek, pasti akan dengar cerita susulan lepas tu. kali ni ceritanya extra sikit.
alkisahnya.. bila mission rintis last week dibatalkan, kami terpaksa berpatah balik ke bukit pertama. masa tu kedudukan kami dah 2,3 bukit ke belakang. time tu dah sekitar jam 5pm. maknanya hutan dah mula redup dan malap.
bila berpatah balik, team ultra dah mula pecut. sbb depa pun nak cepat keluar dari hutan. kakyang yg menyiput ni mula lah terkedek2 memanjat semula tebing yg menurun masa datang, dah jadi menaik masa balik.
baru abis satu tebing, guruh mula berbunyi. tanda-tanda akan hujan. kawan2 dpn kakyang mula melajukan langkah. sekurang-kurangnya sempat sampai ke peak galla sebelum hujan pun dah ok.
kakyang mula mencungap tak dpt nak ikut pace diorang. mengah makin teruk. baru naik separuh tebing ke2, hujan mula merintik. haduhhh punggah.
dlm perjalanan hujan mula turun. bila sampai kat atas tebing, kami mula hilang tanda rintis. maksudnya kami dah gerak tak ikut jalan yg kami rintis masa turun tadi.
dlm tercari2 jalan tu, member depan dah serempak dgn member lagi sorang. dia pun tengah cari tanda-tanda bekas rintisan awal tadi. kakyang lebih kurang sepelaung di belakang diorang.
baru saja kakyang nak merapat dgn diorang, tiba-tiba dengar org memanggil agak sayup ke hadapan dari kawan kakyang td.
"abang!"
kwn kakyang mula menandang ke arah dtgnya suara tersebut dan mula melangkah mencari jejak ke arah suara tu.
baru 2,3 langkah gerak, lagi sekali suara td melaung. tp kali ni nada suaranya memekik menjerit.
"abang!!! Shammmm!!"
sepantas kilat member-member kakyang terus meluru ke arah suara tu. kakyang cuba untuk berlari. tp disebabkan tanah bertebing dan pergerakan menyiput, kakyang agak lambat di belakang.
"adik!. tunggu akak!" kakyang bg arahan lg sorang adik perempuan untuk stay di belakang. seramm oiii, dlm suram seram gitu, ditinggalkan sorang2. nak2 kat dpn dah terpekik pekik seperti ada sesuatu.
sampai je kat tempat yang kawan2 kakyang dengar suara td, kakyang nampak member dah tarik lg sorang kawan keluar dari celah-celah pokok.
"Jalan!". kawan kakyang bg arahan tegas kepada kawan yg baru jumpa td. kakyang nampak muka kawan tu dah pucat lesi. sham di hadapan dah memberi isyarat tutup mulut. jgn tanya apa-apa. kami fhm dgn isyarat sham.
perjalanan diteruskan hingga ke peak sebelum ambil rehat sekejap di situ. kemudian kami teruskan lagi perjalanan turun dlm hujan. member kakyang dan kawannya td berjalan beberapa meter di depan. diikuti kakyang, adik perempuan tadi dan sham di belakang.
"jalan lah. takyah pusing-pusing!" lagi sekali member kakyang bersuara tegas memberi arahan kepada kawannya sambil tarik tangan ajak jalan.
" knath tu. nanti benda tu kacau kaknath!" kawan tadi bersuara sambil memandang kakyang.
"jalan je. kaknath ok tu." member memujuk. kakyang hanya memerhati dari jauh. diri dah seram sejuk dari tadi.
"takpe kak. kami ada jaga kaknath" adik di belakang kakyang cuba meyakinkan kawan di depan.
kami meneruskan langkah turun dgn laju tanpa henti. aduh.. mau lebik lutut, panas kaki jadinya.
tak sampai beberapa lama, kami tiba di batu besar port ootd siang tadi. waktu mula menginjak menghampiri magrib.
kakyang nampak kawan td nak naik masuk ke celahan batu besar. masa kami datang tadi, kami datang dari arah trek di kanan.
"nak ikut situ ke? naik dari sini lah. dari yg kita dtg tadi." kakyang ajak mereka naik ke arah kanan kakyang.
"sini kak. cpt! pintu dah nak tutup." kawan member bersuara sambil mula masuk ke celahan batu.
"cpt kak nath. 'pintu' dah nak tutup ni." member kakyang pula berpaling ke belakang dan bersuara sambil kenyitkan mata. memahami maksudnya kami terus sahaja ikut jalan yg sama. jalan tu sebenarnya akan bercantum juga dgn trek asal di belakang batu besar tu nanti.
dari situ jalan menurun mula agak curam hinggalah ke bawah. sesekali kakyang nampak member cuba "mengawal" kawannya. kami di belakang hanya memerhati dlm diam sambil berwaspada. bimbang perkara yang tak diingini berlaku. sejak dari awal mulut kakyang tak habis-habis terkumat kamit dgn segala jenis zikir dan ayat alquran yg tahu. mohon kami dijauhkan dari sebarang gangguan.
alhamdulillah akhirnya kami dpt keluar dari hutan tanpa sebarang masalah yang lagi besar.
setelah selamat beredar dari situ dan singgah makan-makan di kedai, barulah kami bertanya kabar dan bercerita hal yg berlaku dlm hutan tadi.
begitulah ceritanya serba sedikit pengalaman mistik yang mewarnai perjalanan rintis kakyang.
No comments:
Post a Comment