kita abaikanlah dulu hutang-hutang update trip yg lalu tu ya. kakyang masih takde mood nak mengarang trip yg panjang.
meh kakyang cerita yg baru terjadi last week. cerita masih fresh.
alkisah..hajat sebenarnya nak merialisasikan hajat utk buat trans naning. tp disebabkan beberapa halangan terjadilah trans naningnong jer..
kenapa jadi naningnong? sebab semua tatingtong! hahaha
naik gunung datuk je pun dah ambik masa 3 jam! peak sejuk dan berangin ya amat. lepas bg laluan semua utk solat subuh, baru lah naik ke peak batu utk bergambar. punya la kuat anginnya sampai pegang hp pun goyang.
turun dari situ, dlm kul 8am baru kami mula gerak ke simpang Y yg ambil masa lebih kurang 1 jam. kami ke peak gagak dulu. 1 jam juga perjalanan.
balik dari situ, kami teruskan lagi perjalanan ke peak rembau. pastu baru lah menurun lagi ke puncak 701 yg hanya bersebelahan dgn simpang Y nak ke kem ultra.
selepas bergambar 2,3 keping, terus je menjunam turun ke peak ultra yg terasa amat jauh. naik lembut lutut dan haus tapak kaki lah jadinya.
dari jalan diam2 sampai pantang jumpa org mesti bertanya jauh lagi ke dik? jawapan nya 20-30 minit je lg kak.
jalan menurun lagi, selisih org lagi. tanya lagi. jawapan 20-30 minit je lg kak..tp tak sampai2 juga.
haish.. naik bebai juga la kan sbb kaki dah panas ni.
kakyang sampai ke kem ultra lewat 1 jam dari kawan2 depan. tunggu pula kawan2 belakang.
sambil tunggu tu sempat la main sungai, sempat tido, sempat makan, sempat jadi nelayan jap. malangnya sekor ikan pun tak dpt. muahahahah
bila dah lama menanti kawan belakang, kami mula risau. mulalah lg sekali episod bertanya org. tp kali ni soalan lain pula.
"dik, turun td ada nampak tak couple kat belakang?"
"ada kak. tak jauh dah. sat lagi sampai la tu."
tak lama pastu, sampailah member belakang.
tunggu lagi member paling belakang pula.
ayat yg sama tanya lg pada hiker yg baru sampai kem ultra.
"dik, turun td ada nampak tak sorang kakak ber3 dgn anaknya?"
"kakak yg pakai baju ranger tu ker? ada-ada. tp agak jauh lagi kak."
kami pun bertenang lg sambil mencari lg apa2 idea bergurau senda di kem ultra sambil berbincang tentang timing perjalanan seterusnya.
setelah lama menunggu, akhirnya muncullah kawan terakhir. fuh lega. bila member selamat sampai kem dgn selamat.
lepas rehat debuk debak, kami pun berbincang dan mencari kata putus semua memandangkan hari hampir gelap. kalau terus habiskan sampai ke tampin, bermakna semua akan keluar malam. entah2 akan lewat malam.
memandangkan member terakhir pun dah angkat bendera putih, kami sepakat utk menamatkan trip dgn di kem ultra shj dan exit melalui emergancy route. ytjt exit ni. dari kem ultra ke exit hanya mengambil masa 1 jam perjalanan.
akhirnya kami sampai di luar sekitar jam 7pm.
makanya.. itulah perjalanan trip trans naningnong kali ni. next time lah kita sambung ke tampin. hehehe
No comments:
Post a Comment