semalam alarm kereta kakyang buat hal lg sekali. 1st time jadi masa kakyang nak masuk selepas membeli barang dapur di AB. on alarm. alarm x berbunyi.
ah sudah...
kakyang press lg sekali button on. tetap tak berbunyi apa2 juga. ura-ura gelabah mula menerpa. aduhhh.. nak masuk kereta mcm mana ni?
kakyang ketuk-ketuk alarm lg sekali. kot2 lah berhasil. tetap lagu tu juga. huhu
bateri alarm abis kah? tak mungkin bateri kereta yg bermasalah sbb bateri kereta baru je tukar 2 minggu lepas.
last resort, kakyang force buka pintu kereta secara manual. apa lg.. menjeritlah alarm tu dgn segala macam bunyinya. kejap mcm bomba, kejap macam ambulance, kejap mcm kereta polis. silih berganti.
mcm mana nak off bunyi alarm tu pula? aduhhhh lagi satu hal. kakyang tak pernah tahu mcm mana nak off alarm tu secara manual. dlm dok pening tu. kakyang terpandang owner kereta sebelah dtg menghampiri keretanya.
"kak, tahu tak mcm mana nak off alarm kereta ni?" tanya kakyang dlm terdesak.
"selalunya ada button off dari dlm kereta. cuba awak cari." perempuan tu cuba membantu.
"yg saya tahu tak ada. sbb pernah cari. tp x jumpa."
" jap akak cuba call husband. sbb kami pun ada kereta yg sama."
dari situ husbandnya cuba guide. masih suruh cari button off alarm. bila masih gagal dan kakyang keep on bgtau takde button tu, diorang terus mengalah dan bgtau tak dpt membantu.
dlm masa yg sama kereta kakyang berhenti berbunyi. terus kakyang lock secara manual dan pergi cari bateri ganti alarm tersebut di kedai sekitar kawasan lot kedai. nasib baik ada kedai jual bateri leper dan sudi tolong tukarkan.
kakyang kembali ke kereta dgn penuh harapan. tekan button on lagi sekali. malangnya masih tak boleh on alarm juga.
mcm nak menangis rasanya. buntu. tak tahu nak buat apa dah. kakyang melangkah ke bengkel service kereta yang terletak di seberang jalan.
"tauke, boleh tolong tengokkan kereta saya? alarm kereta saya ada masalah tak boleh on. sy tak tahu nak tutup alarm mcm mana."
lelaki cina tu membontoti kakyang ke kereta. dia cuba buka dgn alarm. mmg sah tak boleh juga. dia buka secara manual. lg sekali alarm kereta kakyang menjerit nyaring sekampung.
"mesti ada butang off alarm." dia mengumam sambil tangan memetik segala jenis butang yg diarasakn betul.
kakyang dah mula frust sangat bila dia pun tak dpt bantu. kakyang mula mendail no pomen kereta yang biasa handle service2 kereta kakyang dan juga kenalan lama abg. manalah tahu dia tahu di mana butang alarm tersebut.
" Ah Hon, bla bla bla.." lg sekali kakyang bercerita perihal alarm kereta.
" mesti ada ma.. cuba cari bla bla bla" ah hon cuba membantu
" takde la ah hon. pomen bengkel depan ni pun tak jumpa"
"kalau mcm tu, sy tak dpt bantu lor. u kena bawa itu kereta bawa sana kedai eksessori utk chek lor."
kakyang give up. kalau nak start kereta pun tak boleh, nak bawa mcm mana kecuali kena towing lg sekali? huhuhuh
dlm dok bersedih buntu tak dpt nak off alarm, tiba2 suasana sepi.
"dah boleh dik." cina bengel seberang hulurkan semula alarm kereta.
"mcm mana u buat?" kakyang ingin tahu cara.
"sy pun tak tahu. dia (alarm) tiba-tiba boleh guna"
"aigooo.. kalau jadi lg sekali mcm mana?" kakyang bersoal lagi.
"sudah boleh ni, u balik je. mesti ok dah tu." cina bengkel seberang cuba pujuk kakyang.
kakyang terima pujukan dia dan drive balik. dalam perjalanan, kakyang ligat berfikir, kalau jadi lagi ni.. mau keneneng lagi sekali. baik singgah kedai aksesori kereta dan minta diorang tengokkan apa yang boleh.
terus kakyang ligat pula pk di mana ada kedai aksesori kereta area PA. jari ligat google2 sambil drive. dari maps nampak info ada 1 kedai di area AJ. terus kakyang drive ke sana. sampai je di depan kedai, kakyang terus suruh tokey kedai tu tlg tengokkan alarm.
"tokey. sy punya alarm kereta gini gini gini." lagi sekali kakyang ulang cerita kejadian. tokey kedai ambil alarm dan cuba on off.
"ok ni. tada apa2 pun." kata dia.
"mmg ok sekarang. ini kalau jadi lagi sekali mcm mana?" kakyang balas x puas hati
"takde apa2 ma.. sudah ok tu."
lg sekali kakyang balik dgn hampa. masih belum dpt selesaikan. wlaupun alarm dah ok sekarang, pasti akan jadi lagi bila2 nanti.
mmg apa yg kakyang takuti benar terjadi. sekali lg jd masa kakyang nak pergi kerja beberapa hari lalu. nasib baik anak kakyang ada di rumah. kakyang gunakan kereta dia utk ke pejabat. dlm masa yang sama minta dia tolong tengokkan kereta tu bila dah siang nanti.
keesokannya anak kakyang maklumkan alarm kereta dah ok sambil bgtau cara dia buat mcm mana.
semalam.
setelah beberapa hari kakyang drive semula kereta tersebut, lg sekali alarm tak berfungsi sewaktu nak balik kerja. dah la masa tu pukul 7 malam dah. siapa pula yang nak bantu selesaikan masalah alarm kakyang menjerit sekampung ni?
kakyang call staff yang rasa dpt membantu.
" sy dah balik kak. jap lagi sy minta tlg syed tengokkan. dia masih ada di ofis."
tak lama kemudian, member ofis kakyang turun. dlm masa yang sama syed sampai dgn motor dari lorong sebelah.
lg sekali kakyang bercerita perihal alarm kereta tu. dia pun pelik kenapa takde butang off alarm. dlm masa yang sama kakyang cuba pula call staf kedai aksesori yang biasa kakyang pergi bila ada masalah kereta di SA. dia pun pelik bila dengar kakyang kata takde butang tu.
"kak. dah jumpa butangnya." kata syed. dlm masa yang sama kereta kakyang dah diam.
"butangnya yg mana?" kakyang masuk dan duduk di sebelah passenger
"ini kak. ini butangnya. selalunya butang ni org letak di bahagian bawah. tp husband akak letak kat atas." sambil syed menunjuk butang tersebut yg selama ini tergantung di atas cermin pandang belakang.
butang bujur kelabu kebiruan tu selama ini berkelip2 biru. selama ini kakyang ingatkan lampu tersebut takde fungsi selain menunjukkan sistem alarm kakyang berfungsi. rupanya di situ jugalah letaknya butang untuk off alarm jika terpaksa buka secara manual.
aduhaiiii macik... itu fungsinya rupanya..
hahahahahha betullah firman Allah. Di sebalik kesulitan disertakan juga kemudahan.
rupanya.. Dia beri ilmu kepada kakyang dgn cara ini. lagi satu rahsia kereta kakyang terdiscover.
Alhamdulillah. selesai masalah.
No comments:
Post a Comment