Friday, February 24, 2023

Trans GaNi abort

 turun dari naning, kami plan nak rintis ke bukit nibong dari bukit galla. memandangkan hari sabtunya dah agak hazab dgn trans naningnong, kakyang ada cubaan utk lipak 2 bukit ni.

tp.. mcm biasalah. bila sampai pagi, nampak kawan2 mula semangat nak naik, kita pun teracun dan rasa mcm rugi pula tak ikut. dlm mlm td dok kata nak demam lah, seram sejuk lah, sakit badan lah, akhirnya... jd ikut juga diorang.

Dari RnR senawang, kami gerak ke labu untuk ke starting point Bukit Galla yg terletak di dalam ladang kelapa sawit area Labu. tempat sebenarnya idak ler kakyang tahu. kali ni kakyang nonong je ikut org.

lepas park kereta di kawasan lapang, kami berjalan sekitar 1km masuk ke dalam hutan. pastu mula menaik sikit demi sedikit dari jalan sawit, lalu tokong hindu, dan mula masuk pintu rimba. 

jalan mula menaik melalui anak2 sungai yg kemudiannya bertukar menjadi air terjun. geram dengar deru airnya tu. tp tak boleh singgah memandangkan kami mengejar masa.. mentelah pula kali ni naik terlalu lewat. sekitar jam 11am!.

dari situ, trek mula memacak naik sekitar 60-70 darjah. kakyang mula tertinggal di belakang. disebabkan jalan bertanda, relaxlah sikit. tak lah risau sangat tersesat.

setelah puas meragas dan merangkak setapak setapak, akhirnya sampailah ke port batu besar yg sham katakan ianya seakan batu besar yg bakal kakyang naik dlm trip GTA nanti.

lama kami berehat di sini sambil menikmati angin t/hari. hampir 1 jam juga kami berehat di situ sampaikan mat din yg dtg dari perak pun sempat sampai.

kemudian kami bergerak menuju ke peak Galla yg terletak 1 jam perjalanan. trek ke peak tak lah sekejam trek naik ke batu besar tadi. tp masih juga bisa merembeskan peluh sakan.

sampai di peak galla sekitar 3pm. lepas rehat dan gambar2, kami mula trek ke belakang puncak untuk merintis ke Bukit Nibong. 

Trek mula masuk belukar dan hutan tak bertanda. team depan mula menebas dan mencari laluan berdasarkan gps yg mereka ada.

dari situ, trek mula menurun ke lembah. agak dalam hinggalah sampai ke kawasan lembah berbatu besar.

"Takde bekas laluan di sini! susah nak lalu atas batu2 besar berlumut ni. licin. risau keselamatan" laung team di depan.
" nak naik ikut permatang kiri ke? pacak juga tu." balas pula member di tengah.
"eh.. pacak sangat tu. penat org belakang nanti."
"jap, jap bak aku turun tengok." sham mula beraksi bila kawan-kawan di depan mula buntu.

tak lama kemudian, mula dengar arahan dari mereka minta semua turun ke bawah. kami di belakang mula melangkah ikut yg di depan. melintas batu2 besar dgn berhati2 kerana di antara  batu-batu besar tersebut, banyak tersembunyi lubang2 yg dalam tertutup dengan daun2 kering.

kemudian, dari situ menurun pula ke bawah melalui celah2 batu gelap utk bolos ke ruang sebelah sana sebelum panjat semula batu2 untuk naik ke leereng tebing selanjutnya.

dari situ, kami mula merintis naik dan turun tebing sebelum semua terhenti di satu lereng yang agak curam dan berhutan tebal.

"padat hutan ni. kalau kita rintis juga, eta ke peak malam. bahaya kalau rintis malam. tak sesuai."
"dah nak gelap ni. kita baru 1/3 perjalanan. jauh lagi" sampuk pula yg lain sambil melihat jam di tangan/
"jalan paling selamat, kita patah balik. sekurangnya kalau balik malam, masih ada marking." yg lain pula memberi cadangan.

akhirnya kata sepakat dari semua.. kita patah  balik. mission rintis abort!.

makanya.. terpaksalah berpuas hati dgn 1 bukit sahaja demi keselamatan semua.










mcm hebat je kan bergambar dgn geng ultra. pdhal tercicir2 berjam2 kat belakang. hahahaah

No comments: