Friday, April 7, 2023

Tama Abu: The longing peak part 2

Di pangkalan, dah ada 2,3 sampan panjang berengin dah menunggu. Teruja tengok sampan panjang kaum Penan.  sampan kayu berukuran lebih kurang 2 meter panjang dan selebar bontot macik jer. di pangkalnya ada engin boat berkipas panjang ke belakang. Dalam kepala dok fikir, eh kipas sampan tu tak kena batu sungai ke? dalam ke sungai ni?  Dulu dok tengok dlm tv je. kali ni dpt merasa sendiri. teruja!
lepas seorang demi seorang naik ke dalam sampan, engin dihidupkan dan sampan mula meluncur laju menyusuri sungai. masing2 teruja dan kusyuk menikmati pemandangan. selama hampir 1 jam juga kami bermudik di sungai sebelum sampai mula menyusutkan kelajuan dan menghampiri tebing. tanda kami dah sampai ke Long Sabai.

Ketibaan kami di sambut oleh ketua kampung, Uncle Romeo. dari situ kami berjalan kaki sedikit ke homestay yang disediakan tak jauh dari tebing. Homestay tersebut milik Dony sendiri. rumah kayu bertiang tinggi berberanda di depan. anjung utama mempunyai 2 bilik di kiri dan kanan kemudiannya disambung dengan ruang dapur oleh beranda tengah. Dapurnya luas. berdapur kayu tradisional, bilik air dan bilik mandi di bahagian belakang.


selepas meletakkan beg masing-masing, kami dijemput oleh Uncle Romeo untuk makan mlm di rumahnya. Kami dihidangkan dengan ikan semah sup dan ikan jelawat jawa goreng dan sayur2 kampung. masyaallah.. sedapnya dpt makan ikan fresh.

Selesai makan dan beramah mesra bersama keluarga uncle, kami kembali ke homestay untuk membuat persiapan selanjutnya untuk hari esok.

Pendakian hari ke 2 bermula selepas sarapan pagi.  Berbekalkan nasi berbalut daun kelupis, ikan jelawat jawa goreng dan sayur umbut, kami mula bergerak untuk ke kem selanjutnya iaitu Kem Saker yang terletak lebih kurang 6km perjalanan. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 4-5 jam sahaja. Kem Saker mendapat nama hasil dari gabungan Sg Sabai dan Sg Keramu. kem ini terletak di antara pertemuan 2 sungai ini. untuk ke sini, kami menyeberangi beberapa sungai  kecil terlebih dahulu sebelum trek mula naik melereng dan berbatu lumut dan sedikit mossy sebelum sampai ke view point yang mengadap tebing  batu yang tinggi. dan rehat sebentar di sini. Sebaik sahaja menyambung semula perjalanan, kami di hidangkan dengan trek yang perlu penurun ke bawah mulalui bongkah batu berlumut hijau yang besar. Abg sham dan guide memasang tali sumbangan team februari bg memudahkan turun dari batu tersebut. Kakyang tak terbayang mcm mana team-team sebelum ini mengadap batu ini macam mana sebelumnya sebab terdapat amat sedikit pokok atau akar yang boleh berpaut.
trek selanjutnya naik turun bongkah-bongkah batu berlumut. gerakan dan langkah sedikit perlahan kerana perlu berhati-hati utk mengelak sebarang kecelakaan. ada kawasan perlu menyeberang titi kayu, ada kawasan perlu melangkah jeram kecil, ada kawasan perlu mengelak lubang ada kawasan terlalu menebing. sehinggalah sampai ke tebing sungai. Dari sini kami menyusuri sungai tersebut hinggalah tiba ke kem yg terletak di tebing sungai yang agak tinggi di seberang sana.

Fly dan ground mula di dirikan selepas kami berehat seketika untuk melepaskan lelah. bila khemah pun dah siap, masing-masing pun dah mula ambil tempat masing2 di dalam khemah maka berehatlah kami utk malam tersebut di situ.

malamnya hidangan makan malam kami diserikan lagi dengan ikan kelah dan jelawat fresh hasil tangkapan Donny dan kawan-kawannya. 



bersambung..

No comments: