Seawal jam 4 pagi kakyang dah bangun untuk siapkan breakfast dan lunch pack untuk trekking hari ini yang akan ke Kem Air Mata. Perjalanan di jangka akan mengambil masa 6-7 jam.
Selepas semua siap, kami mulakan pendakian seterusnya dengan mengadap bukit Good Morning kata Abg Sham. pagi-pagi lagi dah memanjat. nasib baiklah trek menaik tidak lah terlalu kejam lagi. menaik sikit demi sedikit makin lama makin tinggi hinggalah kami mula memasuki trek berpermatang kecil. kiri kanan adalah tebing curam. kalau tergelincir ni, mau terus ke bawah sana.
Makin lama trek makin memacak naik turun bertukar-tukar permatang. kemudiannya kami berhenti regroup di satu puncak tinggi yang sedikit lapang sekitar jam 11 pagi. memandangkan hari dah hampir tengah hari, team mengambil keputusan untuk membuka lunch pack dan makan sekejap.
Tiba-tiba pok ro datang dgn menatang separuh ikan semah bakar. berebut masing-masing ambil seorang sedikit bagi menambah lauk dalam nasi yang dibekalkan. Baru masuk 2,3 suap, kami dikejutkan dgn huluran ikan jelawat jawa rebus seperiuk dari Dony. Wahhhh! happening giler lunch break trip kali ini. Menikmati ikan sungai sampai ke atas trek!
darurat. beg pun boleh jd pinggan. kiki |
Usai masing2 selesai lunch, kami sambung perjalanan semula. Abg Sham dah maklumkan bahawa selepas dari bukit ini, kami akan mengadap trek yang menegak yang sangat tinggi. Serta merta perut kakyang terasa sebu dan mual membayangkan trek tegak yang bakal dihadapi. Dari cerita team lalu, trek tegak ini tak banyak pokok atau akar yang boleh di paut. Allahuakbar. membayangkannya pun dah rasa nak pitam.
Trek pacak tegak yang diceritakan menjelma di depan mata selepas 30 minit perjalanan dari puncak bukit tadi. Trek tegak dimulakan dengan memanjat tebing batu berlumut. nasib baik lah Abg Sham dan Dony di depan telah pasangkan tali. Dengan bantuan tali tersebut, dptlah berpaut sikit.
2,3 minit selepas itu, kami dihidangkan dengan puncak tegak yang di sebut-sebut. memandang kawan-kawan di hadapan dah sayup-sayup di atas, kakyang hanya mampu telan air liur sendiri. Ya Allah.. aku bertawakal kepadamu. lindungilah keselamatan ku. Kakyang bermonolog sendiri sambil kaki dan tangan mula memanjat sedikit demi sedikit sambil memaut dan cuba mencapai apa sahaja yang kukuh untuk dijadikan pegangan bagi menarik diri naik ke atas.
tangan perlu menarik-narik dulu akar atau pokok yang ingin di capai untuk membuktikan ianya kukuh. kaki memijak-mijak terlebih dahulu untuk memastikan tanah atau batu yang di pijak tidal bolos. sebarang kesilapan atau kecuaian kecil boleh mengundang bahaya. silap-silap, carilah jasad di bawah gaung sana.
trek agak mencabar kerana kebanyakan pokok dan akar reput. dah lah pokok2nya sedikit jarang, berlumut dan tidak kejap menyukarlan lagi pendakian. ada masa cukup dgn kaki dan tangan, ada masa segala anggota yang ada perlu digunakan.
selepas hampir beratus meter memanjat tebing yang tegak tersebut, akhirnya kami telah sampai ke kem air mata yang terletak hanya beberapa minit perjalanan. fuh. lega. lepas sudah satu hazab untuk hari ini. untuk esok kemudian cerita pula
Kem Air Mata |
No comments:
Post a Comment