selepas mengambil masa yang agak lama berehat dan makan di atas batu, kami mulakan perjalanan seterusnya menuju ke puncak dengan menyusuri lorong-lorong kecil di celah-celah pokok bongsai yang bermossy tebal.
lorongnya hanya muat-muat seorang shj untuk melaluinya. tp kalau trek ini makin komersial nanti, mungkinkah mossy2 di sini bakal menerima nasib yang sama seperti mossy di irau? harap-harap mossy ini akan tetap kekal cantik dgn kawalan kemasukan pendaki ke sini.
kakyang banyak bermonolog sendiri sambil melayan trek mossy yg mcm belakang naga ini. kejap naik, kejap menurun, kejap membelok ke kiri, kejap menyelinap ke kanan di celah-celahan pokok2 renek padahal yang nak di tuju hanya di sebelah pokok sana shj. aduh..
ada masa tersalah jalan, terpaksa berpusing semula mencari jalan yg benar. rugi beberapa tapak weh! hahahaha bila dah pewai, dah penat mendaki, setapak pun nak berkira. huh!
ada masa detour sedikit bila trek terhalang dgn pokok tumbang. ada masa perlu memanjat tebing batu tinggi. ada masa lalu bawah akar untuk naik ke trek di sebelah atasnya.
ada masa tergolek dek tongkat terbolos lumut yang poros, ada terlentang dek tersangkut kayu. ada masa teraduh dek terlanggar dgn dahan pokok yang rendah. ada masa terguris lengan dek terpegang duri pokok. ada masa teradoiiii panjang dek kaki atau lutut tersadung tunggul kayu.
semana sukarnya mengadap trek sebelum tebing batu tadi, mcm tu lah sukarnya juga mengharungi separuh lagi trek ke puncak. dah naik turun berpuncak-puncak tipu, namun signboard belum juga nampak kelibat.
dalam kakyang dok melayan keletihan naik turun trek, tiba-tiba kakyang terdengar sorakan gembira kawan-kawan nun di atas sana. dari kuatnya sorakan tu, kakyang dah menjangkakan mereka dah tiba ke puncak. rasanya dlm 15-20 minit lagi kakyang pun akan sampai ni!
hati mula berbunga riang. semangat kembali memuncak. nak sampai dah. nak sampai dah. zikir kakyang.
mmg benar bagai di jangka, setelah 20 minit menapak, kakyang mula dengar suara kawan2 dgn jelasnya sedang bergurau senda di atas. setibanya kakyang di tempat mereka kakyang terus bertanya.
"dah puncak ye?"
"belum lagi nath. puncak jauh lagi" balas kak pah
"tipulah. dari bawah td dah dengar korang bersorak." kakyang menyangkal cubaan scamming diorang sambil kepala menoleh kiri kanan mencari signboard puncak di pokok.
"tu! signboard!" kakyang bersorak girang bila mata terpandang signboard kukuh terpaku di pokok bongsai sebelah kiri puncak.
"Tahniah nath! tahniah semua!" lg sekali sorakan gembira semua line up bergema di puncak. masing-masing ghairah bercerita di scam boleh dony dan pok ro yang paling awal tiba di puncak. rupanya dony dah sembunyikan papan signboard dengan meletakkan ranting dan daun-daun di papan tersebut.
Setelah puas berehat, kami mulakan perjalanan turun sekitar jam 4pm.
|
the team bersama guide dan porter |
bersambung..
No comments:
Post a Comment