sajalah nak share dgn korang. aktiviti kakyang di musim cuti raya. org lain sibuk beraya, kakyang baru nak kemas rumah. hahaha
pagi semalam, lepas kakyang balik dari kg, dan golek2 rehat dulu, petangnya baru ada mood nak mengemas. since ada cermin yang kakyang beli dari awal puasa, sampai dah raya pun masih belum sempat pasang, makanya kena mulakan dgn pasang cermin tu dulu. kalau idak.. kemas pun mcm tak kemas.
puaslah kakyang google cara pasang cermin. takde info yg boleh bagi one lump sum dlm satu page. lepas puas rujuk sana, rujuk sini, barulah kakyang bangun, cari pensel, cari pembaris dan mula ukur dinding yg nak di pasangkan cermin.
Panduan yang kakyang berikan ini adalah untuk pasang cermin besar melintang. kalau menegak, lain pula ya. yang pasti, aras semua cermin selepas siap di pasang mestilah aras pandangan mata. sekitar 5 kaki dari lantai.
Step 1:
mula-mula kakyang ukur lebar dinding. bahagi 2 dan tengok di mana titik tengahnya.
Step 2:
ukur ketinggian perabot yg akan diletakkan berdekatan dgn cermin tersebut. cermin sebaiknya diletakkan lebih 4" - 8" dari ketinggian perabot tersebut. dlm kes kakyang ini, cermin tersebut kakyang letakkan di belakang meja makan.
ukuran tinggi meja makan + 4"-8" = aras sisi bawah cermin (ukuran A)
Step 3:
ukur jarak lebar tempat gantung (hook) di cermin. bahagi 2 = jarak B
ukur jarak dari sisi bawah cermin ke lubang gantung (hook) = jarak C
Step 4:
Dengan menggunakan pembaris/pengukur, transfer dan tanda semua ukuran ini ke dinding dari titik tengah dinding. Jarak C sahaja dari lantai.
jika ada pembaris air, boleh gunakan pembaris ini untuk tentukan imbangan ukuran untuk pastikan ukuran kiri dan kanan lubang gantung balance.
Step 5:
buat lubang gunakan drill. masukkan insert skrew dan pasang skrew. dah boleh gantung cermin!
bila dah pasang, nampak kecil pula cermin ni. hmmmm |
No comments:
Post a Comment