Sebaik sahaja kami melangkah meninggalkan puncak, hujan mula turun-turun manja. kami teruskan perjalan. sama mcm naik, turun pun sama susahnya. mana yg td naik, time balik jd menurun. mana yg td menurun, time balik jd menaik. sama je penatnya. yang td pewai, bertambah2 pewainya bila lagi sekali nak melayan sukarnya trek Tama Abu.
Kami sampai semula ke tangga bongkah batu jam 7mlm. guide turun terlebih dahulu. lagi sekali kakyang jd cuak sbb terpaksa mengadap tangga tali dlm waktu gelap. rasanya lagi susah turun dari naik.
seorang-demi seorang di lepaskan turun. kakyang antara org yg paling awal turun. maknanya kena tunggu lama di bawah dalam basah. kakyang mencari ruang yang terlindung dari angin malam. menggigil kesejukan sementara menunggu semua kawan-kawan turun.
kemudian, kami teruskan lagi perjalan selanjutnya untuk kembali ke camp site. kami melalui lagi sekali trek yang mencabar pagi tadi. sesampainya di batu lereng, kami mengisi perut sekejap dengan megi dan air panas. kemudian cepat-cepat menyambung kembali perjalanan pulang.
hazab trek masih sama. dari awal kakyang diletakkan di barisan hadapan sekali bagi memastikan tidak tertinggal jauh ke belakang. aduh... tak suka betul bila ada bunyi-bunyi tapak kaki menunggu kakyang menapak. kakyang mula rasa stress namun terpaksa kuatkan mental dan cepatkan langkah kaki. kesian kawan-kawan padu terpaksa slowkan langkah.
setelah lama berjalan dan rasa sudah makin menghampiri campsite, kakyang minta mereka pergi dahulu. epi memintas berjalan belakang guide. guide makin lajukan langkah. akhirnya kakyang tercicir dari guide semula.
ken ke hadapan semula. kakyang dan yang lain melangkah lagi.
"jauh lagi ke ken?" kakyang mula melontar soalan jarak. ini tandanya dah penat sangat lah tu bila jalan tak sampai2. hahah
" jauh lagi kak. sy agak dlm jam 2 kita sampai ni.". kakyang melihat jam di tangan. aduh.. lagi 2 jam lebih.
kakyang teruskan berjalan sambil di bontoti oleh kawan-kawan lain.
"jauh lagi ke ken?" lagi sekali kakyang bersuara. walaupun tahu jawapannya. soalan sekadar nak lepaskan rasa lelah.
setelah hampir 2 jam berjalan, campsite masih belum nampak tanda. mental kakyang dah mula 'shutdown'. ini tanda yang tidak bagus pada diri kakyang. kakyang melihat jam di tangan. jam dah menunjukkan jam 1 pagi. bermakna dah hampir 24 jam kakyang berjaga.
"jauh lagi ken?" kakyang bertanya lg kepada ken.
"dekat dah kak. dlm 200m lg sampai lah."
dekat dah. tp diri kakyang dah tak mampu nak bertahan dgn mengantuk yang amat sangat.
"korang pergi dulu. tp minta tlg abg mat dan pokro temankan nath boleh? tp sy nak lelap kejap boleh tak?" kakyang tak dpt lagi nak bertahan dgn mengantuk.
"200m lg je kak. kita teruskan lah jalan."
"akak tak boleh dah ni. otak dah nak shutdown. dah mcm zombie ni. otak dah tak boleh nak synchronize dgn badan. korang gi dulu."
kwn-kawan lain mula lajukan langkah ke hadapan. pokro dan abg mat menunggu kakyang di belakang. kakyang cuba stabilakan diri.
"kita jalan. tp sy makin slow ya." kakyang tak sampai hati menahan pokro dan abg mat. mesti diorang pun lelah juga.
kaki dilangkah terus. asal jalan kata org. otak dah tak boleh nak function dengan baik. trek yang menurun agak mencabar di 200m terakhir. kaki perlu berhati-hati bg mengelak tergelincir. tambahan pula kurangnya pokok yang boleh dipaut buat penguat langkah, melambatkan lagi perjalanan.
dlm berhati-hati, kakyang tergelincir juga bila terpaut tunggul pokok yang reput. jatuh terduduk dibuatnya. terus kaki kakyang menolak tunggul pokok tersebut hingga tercabut dan tolak ke tepi.
pokro dan abg man ketawakan kakyang.
"adeh ko nath.. pewai sangat la tu sampai dgn tunggul pokok pun ko cari pasal"
"hahahaha.. dari dok tengah-tengah jalan jd harapan palsu utk berpaut, baik saya tolak ke tepi bang."
kakyang dan bangun semula menyambung perjalanan. tak lama kemudian, kakyang mula nampak kelip-kelip cahaya lampu di hadapan. wah.. dah sampai camp site! dah sampai!
lega rasanya. tepat jam 2 pagi kakyang sampai ke campsite air mata semula. ini bermakna perjalanan puncak mengambil masa 22jam!
esoknya kami diberi 'cuti' satu hari oleh abg sham. seharian kami bergolek2 dan menikmati damai dan unggas hutan di kem air mata sehinggakan pokro sempat buat pangkin untuk meletak barang.
the next day, kami meneruskan perjalanan keluar ke kg long sabai. memandangkan trek keluar lebih banyak menurun, perjalanan kami lebih laju pada hari tersebut.
walaubagaimana pun, lelah tetap lelah kerana jarak perjalanan pada hari tersebut sangat jauh. tercicir2 juga di belakang bertemankan abg mat dan ken sebagai sweeper.
"kak, saya panggilkan adik ambil kita ya." ken maklumkan kakyang dlm penghujung jalan.
"mcm mana kamu nak bagi tahu adik kamu? ada line kah dlm sini?"
"tiada kak. tp sy ada ini." ujar ken sambil menunjukkan walkie talkie di tangannya.
ohh..
kami di sambut oleh seorang jejaka ganteng bersama sampan panjang sebaik sahaja tiba di tepi pengkalan sungai.
siapa kata dlm pendalaman hutan takde teksi grab? hahahaha kakyang dpt naik grab sampan weh. ko ado?
nanti boleh lah menciwi dgn kawan-kawan lain bila kakyang akan sampai dulu dari diorang. getus hati kakyang. hehehe
rupanya hajat nak menganjingkan diorang tak jadi bila sesampainya di beting sungi sebelah sana, mereka telah siap menunggu kakyang dgn sampan yang lainnya.. cis! diorang lagi awal guna grab! kiki
dari situ, kami mudik ke pengkalan kampung sabai. menginap lg satu malam di homestay dony sebelum menyambung perjalanan lagi satu hari untuk keluar ke pintu rimba..
maka di sini berakhirlah xpdc Tama Abu yang tertunda sejak tahun 2020...
No comments:
Post a Comment