Memandangkan kami akan bergerak awal pagi untuk ke summit attack esok, semua telah bersiap-siap untuk tido sebaik sahaja selesai makan malam. Abg Sham dah maklumkan beliau tidak akan turut naik ke peak. Kami hanya akan ditemani guide dan porter.
Hal ini membuatkan kakyang bertambah gentar kerana dari cerita-cerita team lepas, trek ke summit berganda-ganda mencabar dari semalam. Mentelah pula dlm team kali ini, line up lelaki hanya 2 org sahaja. selebihnya adalah wanita!
Tawakal je lah kakyang! u can do it! kakyang pujuk diri sendiri. kena mandiri kali ni. cuma mengharapkan abg mat je sebagai peneman dan penambah semangat. yg lain tu sudah tentulah akan jauh di hadapan nanti.
saat ditunggu untuk summit attack tiba. seawal jam 2 pagi kakyang dah bangun untuk siapkan breakfast dan lunch pack. line up lain mula bangun seorang demi seorang utk membuat persiapan personal.
Untuk summit attack kami hanya perlu bawa bag daypack. bekal, extra makanan utk trekking malam, headlamp, dapur dan air yang agak banyak kerana tiada waterpoint dlm trek ke summit.
Kami mula bergerak sebelum 4 pagi dengan hasrat, awal gerak, awal sampai puncak, awal dpt balik. Awal perjalanan, guide minta kakyang berjalan di depan sekali memandangkan berjalan dalam gelap. mula-mula je di depan, makin lama, kakyang makin memberi laluan kepada team lain melepasi kakyang. kesian mereka terpaksa mengikut pace kakyang. biarlah mereka pergi dulu. lgpun ken sebagai sweeper ada menemani kakyang. sayup-sayup di atas sana nampak cahaya lampu mereka.
setapak demi setapak langkah mula di atur. trek mula menaik. makin lama kakyang makin tertinggal di belakang. abang mat sepelaung di hadapan. dari gelap, trek mula cerah. hutan dan permukaan trek mula menampakkan diri dgn jelas. Dari hutan darat sedikit demi sedikit trek berubah ke hutan gunung. pokok2 dan batu berlumut tebal. dari trek biasa mula melalui trek berbatu besar besar dengan tanah yang makin longgar. umpama jalan atas timbunan daun-daun reput diantara celahan batu-batu. langkah perlu berhati-hati. silap letak kaki, boleh bolos ke bawah celahan batu atau akar. trek mcm roller coster. sekejap naik, sekejap menurun. sekejap membelok ke kanan, sekejap lagi menyelinap ke kiri pula.
sambil menapak, sambil kakyang recall cerita-cerita dari sham, angie, shuba dan abg adam dari pengalaman diorang dlm trip yang lalu. bila melalui bongkahan batu dinding besar yang berlumut tebal, hati berkata oh, ini la yg sham ceritakan tu.
bila memijak trek yang longgar dan sesekali tongkat terbolos dlm lubang, hati berbisik, oh inilah yg diorang nasihatkan hati-hati tu.
setibanya kakyang di sana, bongkah batu setinggi 30 kaki tersergam angkuh di depan mata. sayup nampak dony sedang memegang tali tangga di sebelah kanan. kakpah, kak Ari dan niza dah naik ke atas. Awin pula sedang memanjat tangga. Daniel pula memegang tangga di bawah bagi menjarakkan tangga dari dinding batu.
sebaik sahaja awin naik, kakyang mengambil tempat di bawah. langkah dimulakan dgn bacaan bismillah dan tawakal kepada Allah. Jarak anak tangga yang sedikit lebar menyukarkan kaki untuk melangkah. ada masa kakyang terpaksa berpaut dgn sebelah tangan sahaja. tangan lg sebelah digunakan untuk mengangkat kaki ke anak tangga di atas. tangga tali sebesar jari telunjuk menari-nari ikut pergerakan. tergoyang-goyang dibuatnya. diri yg telah gigil gayat mengadap ketinggian, makin gerun dan meriding di buatnya.
semakin ke atas, tangga semakin merapat ke dinding batu. ada masa tapak kaki perlu menguis-nguis keluar rod tangga untuk menjarakkan sedikit dari dinding batu bagi membolehkan tapak kaki diletak dgn selesa. ada masa terpaksa berpuas hati dgn hanya meletakkan sepertiga hujung tapak. Allahuakbar.. ngeri bila membayangkan kalaulah...
No comments:
Post a Comment