lupa pula nak menciwi dgn isu ni..
kakyang dah lengkap vaksin dik nonnn... 2nd dos dpt jumaat lepas. 23/7/2021.
a few days sebelum tarikh vaksin tu, mcm2 notification reminder masuk kat hp. remind pasal tarikh appointment utk pastikan pergi vaksin. masyaallah.. betapa kerajaan buat mcm2 utk pastikan rakyatnya dptkan vaksin. tp kita rakyat ni??? boleh pula culas2 dan memilih nak ke tidak vaksinnya, nak vaksin yg itu, takmo yg ini. nak vaksin kat ppv itu, takmo kat ppv ini. mcm2 kakyang jumpa peelnya bila dok handle slot vaksin utk staf.
ada tu, tanya 10x ada slot vaksin idak? bila nak confirmkan utk submit nama, dan dan tu lah dia tarik diri kata tak ready lg.
ada pula yg jenis diam membisu sampai lah bancian nak tau siapa yg belum dpt vaksin lagi. dia diamm jer tak jwb apa2. kita wasap x jwb, kita email tak jawab. bila bos dok tanya banyak kali status tu, kakyang terpaksa call juga lah. tu pun x sekali terus jwb, 2nd call baru jwb. bgtau takmau vaksin. aduh aduh aduh..
ada kenalan kakyang pula, dah dpt vaksin sampai 2nd dos. balik rumah dia ambik ubat homopati utk tawarkan vaksin tu pula. alasannya.. dia tak percaya vaksin.
aduhaiiii buat bazir jer.. nasib baiklah kecik2 dulu tak fhm kebenda, mak ayah korang bawak je p vaksin kan. iddup juga korang sampai ke tua. huhuh
eh.. balik kisah vaksin kakyang.
hari kejadiannya kakyang pun p lah PPV UM tu utk ambik vaksin. tengah2 beratur kat belakang ni, tiba2 dengar petugas buat announcement banyak kali. "blur blur blur boleh dtg depan.! blur blur blur boleh dtg dpn!"
dgn confidentnya kakyang keluar barisan dan p ke arah petugas. pastu baru perasan yg dia panggil td tu sebenarnya.." 1st dos boleh dtg dpn!"
aduhhhh... utk kepastian, kakyang terus je tanya sorang adik di depan.
"dik.. petugas td panggil 1st dos atau 2nd dos?"
"1st dos kak."
"aduh.. akak ingat 2nd dos." sambil kakyang buat muka terkulat2 masuk line dia beratur. dah terkeluar barisan ni. tak kan lah nak p beratur semula kat belakang? tebalkan je lah muka kat situ.
utk tak menaikkan marah org belakang, kakyang pusing belakang dan sapa adik belakang pula.
"dik, td akak tersalah dengar. .ingatkan petugas panggil utk 2nd dos. boleh akak selit kat sini?"
adik tu dgn ramah dan senyumnya kata ok kak. takde masalah. harap2nya takde lah yg belakang2 tu marah kakyang potong barisan yer..
ala Q situ pun laju. takat sorang je jump kat dpn, mmg takde efek lama mana sangat pun..kekekek ayat org buat salah kan..huhuh
kesan vaksin 2nd dos ni tak seteruk dari 1st dos. tp badan kakyang rasa tak sedap juga. sengal2 gitu. pastu 2nd day sakit kepala pula sampai nak tido tak boleh. kakyang tido mlm td sambil sapu EO satu badan. haaaa baru nyenyak sampai ke pagi.
alhamdulillah hari ni segar dah sikit.
lega.. dah boleh vaksin. dah boleh rentas negeri. yahoooooo!
No comments:
Post a Comment