ha tu dia.. ambik ko semangkuk sup ekor. kalau mkn kat kedai ni, mau fengsan kot nak membayarnya.
beli yg mentah pun fengsan juga harGAnya dik non... jumaat lepas kakyang beli sepeket 2kg+ je. harga dah 70 hengget lebih! tp dik mengidam, kakyang pejam mata tarik boh dlm troli juga la..
hari ni masak pun bercatu jer. agak2 sorang 3 ketul cukup. hahahhahaa mahal cheq.. nak masak pun ketaq.
buat sup ni sbb badan rasa lemau lepas ambik 2nd dos vaksin. dah 2 hari lemau. mlm lepas vaksin tu, kakyang langsung tak boleh tido. badan rasa serba tak kena. siap mengerang2. tp x demam pun.
semalam sakit kepala pula sampai tak boleh tido. nasib baik ada EO yong living. lepas sapu lavender dan sandalwood kat satu badan, kakyang terus tido sampai pagi. alhamdulillah lega sakit kepalanya.
tu yg nak buat sup hari ni. bg badan berpeluh lg. kebah kata org kedah
meh tengok resepi sup ekor style kakyang. takyah nak boh rempah2 bagai.. rasa sup setanding sup kedai siam tu ha..
Sup ekor lembu
ekor lembu 1kg
sup punjut 1
bawang merah 2 ulas- mayang halus
bawang putih 2 ulas - mayang halus
bawang besar sebiji - potong 4
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
lada hitam 1 sudu kecil
halia 2 inci
akar ketumbar 2 pokok
saderi 1 batang
daun sup, daun bawang utk hiasan
2 sudu sos tiram
tumis 4 sekawan bersama bawang merah/bawang putih hingga naik bau, tambahkan air 1 jug, ekor lembu, sup punjut dan bahan2 lain.
HP 80 minit sampai masak. release pressure. baru tambah garam secukup rasa, daun sup/daun bawang dan sos tiram. renihkan sekejap lg 1@2 minit dah siap utk dihidang.
cubalah. mmg mengancam rasanya.
No comments:
Post a Comment