Monday, July 26, 2021

Tosei & Chutney Kelapa

 


hari jumaat lepas vaksin 2nd dos haritu kakyang ambil kesempatan singgah checkers beli brg2 dapur. lama weh tak membeli kat sini sejak2 pindah haritu dan bersambung pkp kan. bila ada peluang ni..kakyang borong penuh troli. segala mak nenek yg boleh frozen, kakyang beli.

dlm dok merayau dari satu row ke satu row tu, kakyang terpandang tepung tosei. aduhhhh teringat chutney kelapa yg sedap tu.. terliur la pulak. terus kakyang grap sepeket.

lepas vaksin, selera makan mcm mencanak2 jer. rasa nak mkn mcm2. semalam dok nampak tepung tosei yg dah beli tu. terus minta si bujang kluar carikan bahan utk buat chutney. si bujang tu siap pesan.. ibu buat utk ibu sorang je tau. kami tak mau. hahahhahaah takut kena paksa abiskan la tu. kiki

ketung ketang kat dapur petang semalam, jdlah tosei rawa dan chutney kakyang.. sedap weh chutney kakyang ni. resepi mix and match dari perbagai resepi google.

meh kakyang share resepi chutney yg kakyang buat ni. tosei tu takyah cerita la ya. beli tepung premix, jgn nak claim resepi sendiri pula. kikiki


Chutney kelapa pedas

Bahan A:
kelapa parut 1 mangkuk sederhana - ambil putihnya je
4 biji cili kering. kalau tanak pedas, boleh abaikan atau kurangkan
bawang merah 2 biji sederhana. mayang halus
daun kari 2 pelepah
halia setengah inci-hiris nipis
bawang putih 2 ulas sederhana -mayangkan
5@6 biji biji gajus
+asam jawa seketul kecil dlm besar ibu jari. perah ambil airnya shj
+garam secukup rasa
**semua bahan keculai yg bertanda  (+) di sangai dlm kuali sampai kelapa nampak sedikit perang. tambah 1@2 sudu minyak masak masa sangai tu. sejukkan sekejap. tambah bahan2  (+)  dan mesin halus@giling. tambah sikit air panas utk mudah mesin.

Bahan B:
1 sudu kecil biji sawi
4 biji cili kering - potong saiz 1/2inci atau ikut sedap mata memandang. nak sebiji terus pun ok
1 ulas bawang merah
2 pelepah daun kari.
minyak masak 2@3 sudu besar
**tumis semua bahan ni sampai naik bau dan cili kering garing.


>>campurkan Bahan A & Bahan B dalam mangkuk. siap utk makan dgn tosei..

atauuuuu... kalau nak chutney tu tahan lama, masukkan dlm kuali kedua2 bahan, dan masak sekejap atas api sampai masak. boleh tambah air kalau terlalu pekat. kuah chutney ni sedapnya sederhana pekat. tak terlalu cair, tak terlalu kering. selamat mencuba!

No comments: