Monday, July 26, 2021

Sos Ceasar Salad

 


utk lunch semalam, kakyang layan salad jer. dah lama tak buat salad. asyik dok makan nasi je. lgpun sejak pindah rumah baru ni, susah nak dpt mcm2 jenis salad segar mcm kat checkers. bila dah sempat ke sana jumaat lepas, terus kakyang sambar mcm2 jenis sampai penuh troli.

dah beli tu, kena la masak ye dak? salad2 ni tak thn lama. kena masak cpt2. 

dlm dok prepare nak bersalad tu, boleh was-was pula pasal bahan2 utk sos. pdhal senang je kot bhn2 tu. rasanya pernah share dah dlm blog ni. semalam google dlm blog ni, boleh tak jumpa pula. meh la kakyang share lg sekali resepi tu..


Sos ceaser salad:

1 mangkuk mayonis
1 sudu mustard
1 ulas bwg putih. - cincang halus
sejemput ikan bilis goreng -  hancurkan sederhana halus.
2 sudu air lemon
1 sudu sos worcestershire 

**mix semua bahan ni dlm mangkuk hingga sebati. 


roti crouton:
boleh je gunakan roti gardenia biasa tu. kalau ada roti john ke, atau roti benggali ke, boleh juga gunakan.
>>sapu butter dan bakar 2,3 minit sampai nampak perang. kakyang just bakar dlm airfryer je. tekan mode bakar roti utk 5 minit. just nice perang2 dan garing mcm dlm gambar. 
>>potong roti jd cube2 kecil easy bite. kalau nak pecah2kan gitu je pun boleh.. mana2 lah. ikut mood korang . hehehe


salad:
korang boleh je guna apa2 jenis sayuran salad yg suka. utk semalam kakyang letak yg ini..
tomato ceri
baby spinach
salad biasa
carrot
timun jepun
cili banggala
salad roket (entah nama betulnya apa)
kobis purple.

>>potong semua salad2 tu ikut bite saiz yg korang suka dan letak dlm mangkuk.
>>tabur crouton atas salad
>> picitkan sos ceaser atas salad2 td.

Siap! nak makan nanti gaulkan lah. kalau nak protin sikit, boleh letak telur rebus yg dipotong 4. 

selamat mencuba!


bahan utk sos salad td. jumpa dlm galeri hp




No comments: