Monday, July 5, 2021

bagaikan melepas buaya yg tersepit

kadang-kadang kita cuba menarik rambut dalam tepung dgn cermat. supaya rambut tak putus, tepung tak berselerak.

tp kadang-kadang selalunya apa yg kita harapkan tak akan jd, malah tepung tu pula yang ditekapkan ke muka kita.

itulah yang terjadi pada kakyang hari ni. 


staf kakyang mengadu perihal seorang lagi staf yang tidak mahu bekerjasama hantar petugas PPV. katanya dah banyak kali staf tersebut tak mahu bekerjasama dan memberi pelbagai alasan. masalahnya bukan selalu kena hantar pun.. bila-bila masa driver jabatan ada masalah je.

since katanya ni dah banyak kali staf tersebut bg pelbagai alasan, dia mengadu pada kakyang. dan kakyang tanya kenapa baru hari ni nak mengadu. since baru pertama kali dia mengadu, kakyang tak boleh terus berkeras atau bagi amaran. kena tanya sebelah pihak lagi kenapa dan mengapa.

dlm dok cuba tenangkan 2-2 pihak, kakyang bg solusi supaya dptkan pemandu dari jabatan lain. dah si pengadu tak mau pula. katanya takpe dia uruskan sendiri.

kemudian, si pengadu dtg merungut lagi. spt tak puas hati kakyang tak marah atau ambil tindakan terhadap staf lagi satu. kakyang ofer bantuan, bg kakyang full info program yg nak hantar, nanti kakyang tlg contact jabatan lain utk minta bantuan. kenalah bg info, tak kan lah kakyang nak call jabatan lain tanpa sebarang info lanjut. kang terkial2 nak jwb soalan2 jabatan tu.

bila kakyang dah offer mcm tu, si pengadu decline lagi sekali. katanya takpa, dia buat sendiri.

kakyang turn to boss dan tanya pendapat apa perlu kakyang buat. kakyang dah minta info pun si pengadu tak mau pula. penyudahnya bos kata tukar staf2 tersebut kepada pegawai lain. biar pegawai tu  handle. dan tambahan ayat boss.. ko buat kerja terlalu follow prosedur.

aik.. aku pula yg kena? minta feed info sebelum aku bercakap dgn jabatan lain pun dikatakan terlalu ikut prosedur?

kakyang rasa bos dah terima cerita yg sebaliknya direct dari pengadu. sbb perkara mcm ni bukan kali pertama kakyang kena dgn pengadu. dia mmg pandai putar belit cerita.

takpe boss. u nak i serah 2 staf tu kepada pegawai lain? tak cukup padang stadium, sekawah gunung berapi aku berikan. ambillah staf-staf bermasalah tu. biar saja pegawai tu handle. 

apa yg kakyang buat lepas dari keputusan bos tadi, kakyang terus tukar penilai prestasi staf2 tersebut kepada pegawai yg bos arahkan, dan mesej di group bahawa staf-staf berikut bukan lagi seliaan kakyang. apa-apa urusan, sila terus direct ke pegawai yg baru.


sebaik sahaja kakyang mesej mcm tu kat group, si pengadu mesej minta maaf katanya dia takde niat. pastu staf yg tak bg kerjasama pula mesej tanya  kenapa tiba2 ada pertugaran pegawai.  kakyang bg bluetick je. tak kuasa lagi nak jawab. 


selesaikan sendiri masalah korang.

No comments: