Thursday, July 29, 2021

Bendera Putih

semalam nak buat bayaran utk renew roadtax kereta. bila buka internet banking, tengok acc kosong!
alamakkkk mana p duit2? bila semak rekod, baru la tau sbb apa.. huhuhu

bila tengok acc kosong ni mula la kecut perut. ketaq lutut. nak masuk gaji baru lg sebulan. mana nak korek?  kakyang try korek asb online. boleh buat max RM1000 sebulan je ko! aduhaiiiii.. jenuh.  pastu yg kakyang dah try transfer semalam pun tak masuk lg ke acc sepatutnya. mcm mana tu?

dlm kepala dah congak2.. cari2 lg, mana boleh korek, hidden income mana yg ada. masalahnya tadak income lain selain gaji tu la. huhuhu

ketaq ni.. ketaq. mana nak cari duit belanja rumah lg sebulan ni?

jgn la time2 gini dia mai urgent benda lain pula..

dlm hati tertanya-tanya.. kalau aku betul2 dlm kesusahan, ada tak org nak tolong? kakyang cuba listkan nama-nama yg boleh minta tolong. timbui satu nama, slash out. timbui lg satu nama, slash out juga.. tiba2 hati jd sebak. rasanya mcm tadak sapa yg boleh minta tlg kot

Ya Allah..jauhkan aku dari sebarang musibah dan kesempitan. Aminnn

No comments: