Thursday, December 30, 2010

Bersantai di Melaka-Part 1

Kakyang n family baru balik dari Melaka semalam. Jalan2 makan angin bawa anak2 kakyang yg kemaruk main kolam ni.

Hari tu ingat dah balik kg tu dah ok la kan. tp rupanya anak2 kakyang tak puas hati sbb tak dpt berendam kolam. kebetulan pulak kawan abg ajak jenjalan, soo kakyang n abg on je lah.

Dlm banyak2 destinasi nak pilih tu, end up pilih melaka je lah. abg pun tengah xcited nak test try GPS dia tu. a week before kitorang dah ke Ipoh guna GPS tu. sbb alamat rumah kenduri yg diberi terlalu ringkas. so kitorang cari tempat yg agak2 terdekat je la. ingatkan dari situ dah betul. rupanya sesat barat jugak. mmg betul dah GPS tu bawa ke tempat yg diminta. tp disebabkan mmg tak tau langsung jalan kat sana, end up terpaksa tepon gak sedara tanya jalan. petuanya strait jer 4x simpang baru belok kiri.. abg terus ikut suka belok kiri belok kanan. rupanya gambaran simpang abg tak sama ngan org yg bagi petua. kakyang yg td dok dengar abg punya perbualan tu terpinga2 la. kata strait jer, naper abg bantai belok sana sini. dah tu mana simpang? lastnya terpaksa minta tolong sedara kluar ambik kitorang kat tepi jalan..lagi satu..malu bertanya sesat jalan....:P

So kali ni ke Melaka kakyang siap2 goole map cari coordinate hotel tu kat mana. alhamdulillah..sampai juga wpun abg ada cubaan nak masuk simpang lain..haih..kan awek GPS abg tu dah kata maintain kanan, yg nak p belok tu kenapa? jgn dipandang arrow belok sebelah tepi tu..pandang route map yg dia tunjuk tu..simpang mmg la banyak. tp kalau route dia masih tunjuk ke hadapan, terus jelah!

kalaulah kakyang boleh bebelkan abg mcm tu..:P

Abg ni mmg fail skit bab baca peta dan petua2 jalan ni, so selalunya kalau nak kena jalan kemana2 tempat yg tak pernah pergi, mmg kakyang akan tanya betul2 kat org yg arif. apa petua, apa landmark. sampaikan kakyang siapkan buku note kecik dlm hbag. rekod semua map tu. so next time kalau nak ke sana lagi dah tak sesat barat dah..tp selalu kena marah dengan abg sbb banyak sngat tanya...ooo cik abg, kalau tak tanya tak tahu..karang lagi teruk kena marah ngan awak dlm kereta. hehehehe

So trip ke Melaka kali ni smooth je..tp tak kemana jugak pun sbb masing2 tak tau jln dlm town tu. kami cuma sempat jln kaki ke Melaka prade jer sbb distance hotel ngan shoping complex tu mmg dekat sngat. tp sbb kluar pun dah lewat, semua kedai pun dah nak tutup. tu pun nasib baik TCRS tu nak gak layan order dari kitorang... ingat nak ronda2 mlm tu tp disebabkan kakyang pun tak sihat, jd tak de mood nak jalan. madan ni lemah gemalai jer. so takde org nak nagging abg utk jln2 lagi. hehehehe

Nantilah kakyang sambung lagi cerita tak seberapa di melaka ni...nak sattle keje jap.

Joke kejap

Artikel ni abg hantar ke email kakyang. meh kita sama2 syere..spekeng london skit no...kakyang main copy paste jer..tak larat nak buat lebih2. demam. :P

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here . Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!

Friday, December 24, 2010

[Cut] Hello Hello By Geun Soek On 매리는 외박중 Marry Me, Mary!

End year sale!

Kakyang p JJ kat mid valley td. p sorang2. tak penah2 kakyang p sana sorang2. ni sbb tak de masa dah la yg kakyang tabahkan hati p jugak. kena naik teksi pun tak kesahlah..

Mak datuk...jem jalan ke sana td. sib baik ler ngan teksi, tak yah nak pk hal tak de parking pulak. kakyang p sana sbb nak cari swimming suite utk anak2 kakyang. dari kecik belikan spender swimming tu, bila dah besar ni malu la plak nak biarkan diorang pakai yg mcm tu lagi..so kakyang beli yg cover badan sekali tu. apa diorang panggil mcm tu ek? ala yg mcm baju scuba tu..tp yg ni kaki tangan tu separuh jer.

alang2 kat situ kakyang cari tight utk kakyang sekali. slalu pakai trek suite jer..bila brenang terselak abis t-shirt sampai nampak yg dalam2..so this time boleh la kakyang melaram balik swiming suite kakyang dulu ngan tight tu. kalau tshirt terselak pun idak ler nampak segala benda.nak beli yg muslimah punya rasa mcm membazir plak. jarang nor kakyang masuk kolam sekarang ni.

berround2 jugak la kakyang ronda section seciput tu..konon nak cari yg cantik tp harga pun cantik gak, lastnya beli la yg harga patut jer..boleh la nak oiii. janji korang happy masuk kolam karang. sempat sambar 2 google baru utk sikenit berdua tu jugak.

Wednesday, December 22, 2010

Cayaq

Haihh..pagi2 lg kakyang dah mengeluh. haih....

Badan kakyang ni sakit2 jer mengalahkan org yg tunggu hari nak pencen. minggu lepas kakyang dah berhabis sebelah tangan utk berspa ngan kawan. kakyang ambik pkg. sedap kena urut tu kejap je la. tp tak pueh hati sbb org tu urut mcm tak cukup haul. hahaha main bantai jer ayat kakyang ni ek. peh tu scrub entah apa2. facial pun tak best. tak bleh repeat dah spa tu.

Peh tu ni dtg balik sengal2 lenguh2 badan ni. nak p urut lagi? adeh...nak try ambik apa2 suplement? tak brani kakyang. karang dibuatnya naik selera makan mau jd ikan buntal terus kakyang ni... adeh..adeh..deh deh

minggu ni gigil mata kakyang ni bila tengok statement bank. duit cayaq sngat. p sales bonia, beli games anak2, beli hadiah dpt no periksa cantik, balik kg, beli tv ganti utk ps2 anak. tukar aircond. next week jalan lagi ngan kawan abg pulak. ni abg dah riki2 hadiah besday dia pulak..hadiah dia tak penah murah. adeh..adeh....gigil badan akak ala2 haji bakhil crita p ramli tu...kalau tak stop berbelanja peh ni mau pengsan kakyang.

tu tak bayar duit lawyer utk urusan beli rumah lg tu..adeh.....yg masyuk sebulan sekali jer, yg keluarnya tiap2 hari? adoi la....otokei?

Tuesday, December 14, 2010

Bad news!

huhuhu..mcm nak nagis jer bila pg td kakyang call lawyer tanya update pasal snp beli rumah tu. lawyer ckp geran dah batal hakmilik. maksudnya sekarang dah proses untuk tukar mastertitle geran ke geran individu. yg badnewsnya sbb nak proses tu akan ambil masa yg lamaaaaaaa sangat. mungkin bertahun. tu kata lawyer la. dan kalau kakyang proceed apply loan gomen, sudah semestinya tak lulus!

bila kakyang rujuk kat makcik yg keje kat pkns tu, dia kata geran hanya akan dibatalkan bila proses tukar hakmilik tu dah finalised. maksudnya dah ada nama pembeli atas geran individu. kalau dah step tu, maybe tak perlu tunggu lama la. lama tak lama pun makan bulan gak la sbb semua tu bergantung pd developer jugak.

adeh...dah keje kakyang plak nak kena push lawyer ni. nama jer lawyer, tp buat keje mcm pahat gak tu. yg bestnya, lawyer tu boleh advice kakyang mintak loan bank jer. oh cik lawyer...aku ni blacklisted bank. kalau tak....idak ler aku beli rumah pakai loan gomen cik lawyer oiii...grrr..grrrrr...

td kakyang dah bg kata 2 kat lawyer tu. suruh dia check betul2 dan push developer. atau full refund balik 10% kakyang. cancel beli rumah tu. tp hati kata sayang nak lepaskan. haiiii dlm dilema sungguh. eh mcm lagu kru plak. hehehe

Ya Allah...jika betul rumah itu rezeki ku, permudahkanlah urusan jualbeli ini. Jika bukan rezekiku, Kau tunjukanlah jalan penyelesaian...amin...

Wednesday, December 1, 2010

Ada brani?

abg selalu ckp kat kakyang mcm ni. asal nak kecek beli apa2 jer mula la ayat ada brani tu.. tp selalunya apa yg abg minta kakyang approve jer. Kalau melibatkan RM sikit2 tu boleh la approve. tu pun ka lau ada RMnya. tp so far insyaalllah masih dlm kemampuan wpun sikit.

2 bulan lepas abg kecek beli waja inspira yg baru tu. ha..yg ni kakyang tak approve. sbb tak mampu. kelayakan loan gomen cuma 2/3 dari harga kereta tu jer. lg 1/3 tu mana nak cekau? kalau nak kluarkan saving sebanyak tu...oh NO!..wat per nak kosongkan saving semata2 nak beli benda yg akan susut nilai? baik simpan dendiam. plg tidak setahun sekali dpt gak duit buat renew roadtax baru. hehee

Smalam kakyang dah sign SnP beli rumah. manala tau kot2 dia bermurah hati. so next step just tunggu agreement yg dah ctc, peh tu submit borang ke perbendaharaan. Ya Allah..kau permudahkanlah urusan ini...amin.

Tuesday, November 30, 2010

End of November

lg sebulan dah masuk tahun baru kan. azam thn ni dah tertunai ker? hehehe Kakyang tak penah ada azam betul2 pun. hari2 dilalui ikut naik turun bulan jer. nak merancang jauh2 tak de ler..kdg2 teringin gak nak ada kayu ukuran mcm tu, tp semuanya mcm hangat2 tut ayam jer, malaslah kakyang

Apa pun, hidup mesti ada target. wpun tak di tetapkan tempohmasa, tp sekurangnya mesti ada perancangan. kira azam yg tak de timeframe la tu..hehehe

Hari ni kakyang keje halfday jer, karang nak p sign S&P rumah. dup dap gak la rasanya. nak komit hutang sampai pencen dik oiii..takut gak. harap2 tuhan akan terus permudahkan rezeki kakyang dan abg utk bayar duit rumah bulan2 nanti.

Sebelum terlupa. kakyang nak bersyukur banyak2 kehadrat ilahi atas limpahan rezeki dariNya lately.. harap2 kakyang dan abg tak alpa dengan sedikit kelapangan yg diberikan olehnya. insyaallah..

Tuesday, November 23, 2010

Hujan..

Dah sejam hujan turun kat ofis kakyang ni. slalu kalau hujan lama2 mcm ni mmg banjir la. tp kali ni tak pulak. Bila dah sejuk2 dan tak de gangguan bos mcm ni, sempat la nak layan feeling di kala hujan. Hujan yg turun bagaikan airmata...cewah layan lagu sudirman best gak kan...

Kakyang teringat zaman kanak2 dulu. kalau time hujan lebat mcm ni slalu main pondok2 ngan sibling kakyang. samada bawah meja atau kerusi makan dibaringkan dan serkup ngan kain batik mak. so bawah tu dah jd mcm khemah la. so nanti main la pondok2 ngan yg adik bradik lain...

lg satu kegemaran kakyang dolu2 suka basuh pinggan time hujan lebat. almaklumlah dok rumah kg, mana ada pili semua tu kan, so bila time hujan lebat ni dpt la 'pili' segera. ala..penyambung atap tu kan, bila air hujan turun dari situ, jd mcm pili besar. hulur la pinggan yg dah bersabun kat air tu..woo.. mmg seronok la main air..

Kdg2 musim hujan boleh jd bah. banjir sekampung. time ni pun ambik kesempatan la jugak nak meranduk air bah tu. tp kami adik bradik boleh enjoy mcm tu kalau abah tak de jer. abah tak suka tengok anak2 main kotor. nahas ler kalau ternampak dek abah. mmg semua kena libas. mak tak kesah sbb bg mak tu sebagai pengalaman hidup kanak2. selagi tak lebih2, tak memudaratkan dan tak merbahaya mak bg peluang jer. lgpun, dari cerita2 mak pd zaman dia kecik2 dulu pun dia lagi lasak dari kitorang. hehehe

seronok pulak mengimbau zaman kanak2 kan?

Tuesday, November 16, 2010

Tafsirkan mimpiku..

Semput nafas kakyang bila terjaga dari tidor semalam. Mimpi selamatkan diri dari banjir besar. eh tsunami kot. ermm yg mana satu ek?

Dalam mimpi tu kakyang mcm kat satu kg. Kg tu mcm kat lereng bukit. ada la rumah sebijik 2 kat situ. peh tu tetiba dengar riuh rendah dari sebelah bukit sana jeritan org ramai suruh selamatkan diri dan mintak tolong. mcm banjir besar tetiba melanda. jeritan tu mcm dlm berita tsunami tu dari jauh dengar bunyi air melimpah bercampur jeritan org.

Yg kakyang ni dah suruh mak kakyang selamatkan diri naik atas salah satu rumah kat situ. anak2 kakyang terkial panjat tangga rumah tu. kakyang tolak2 punggung diorang suruh cepat2 naik atas rumah. nasib baik la rumah tu kat tanah tinggi skit,. alhamdulillah kami selamat bila limpahan air tu sampai ke tempat tu. kalau tak..mmg sah la lemas.

apa tanda mimpi mcm tu yer? smalam kakyang tanya gak encek google tu. ada yg kata kalau banjir besar/air banyak ni tandanya nak dpt rezeki. rezeki mcm mana la tu... ada yg kata mimpi air ni tandanya emosi tak stabil? emm rasanya tak de la tengah tensyenkan apa2. semua aman damai jer. kalau betul nak dpt rezeki. kakyang nak aminnnn banyak2 skit. hehehehe

Ha. alang2 cerita bab mimpi ni kan, ada lg satu mimpi kakyang yg sampai hari ni kakyang ingat.

rasanya 3,4 bulan yg lepas kakyang mimpikan mimpi ni. Dlm mimpi tu, kakyang nampak bintang jatuh ke bumi. peh tu suasana masa tu jd mcm fajar tengah naik. terang dan damai jer..

bila kakyang terjaga, kakyang terus teringat cerita bagaimana suasana ketika kelahiran nabi Muhammad s.a.w. masa tu kakyang terpk. agaknya ada rezeki nak dpt baby baru yg akhlak sebaik nabi kot. mana la tau kan..tp nampaknya tafsiran kakyang tu tak betul sbb sampai hari ni tak de tanda2 hamil pun. huhuhu

Tuesday, November 2, 2010

Jeruk di Ceruk

Minggu lepas abg bawa kakyang n anak2 p makan sup gearbox. Dah lama dia cerita pasal restoren ni. baru minggu lepas berkesempatan bawa. Kebetulan pula kawan baik abg nak celebrate birthday bini dia. Jd kami togeder geder la.

Restoran tu kat Kg Sri Malaysia, ala yg kat sg besi tu. Nama restoran tu D'Ceruk rasanya. Mmg ceruk tul kedai tu, betul2 tepi semak dekat selekoh. sapa yg dok area tu mesti tau restoren ni.

Alkisahnya, masa tengah cari parking tu abg dah melatah. dia kata. Alamak! rasanya mcm kenal jer kereta tu...kakyang dah syak sesuatu. Bila tengok ke arah kereta yg dia maksudkan tu kakyang dah phm maksud dia.

Rupanya xgf abg pun ada kat kedai tu. abg tanya mcm mana? kakyang yg kontrol cun ni pun ckp ler, tegur je lah. tp dlm hati dah merajuk. dah jeruk dah muka kakyang ni.

bukan apa, kakyang tak suka nak jumpa org yg penah sakitkan hati kakyang. dah tu, masa hari kenduri kawin kakyang dulu, dia dtg buat kacau. tu yg sampai sekarang kakyang tak boleh nak maafkan.

Bila masuk kedai tu, mmg betul xgf abg tu tengah makan kat meja lain betul2 depan meja yg kawan abg dah tempah. sib baik dia tak mengadap kami. kalau dia mengadap ka, mau kakyang tenung dia tajam2.hahaha

Abg pulak p salam dia dulu. bawak sekali anak2. kakyang tak salam pun. terus p dok kat meja mkn. lama plak abg dok borak ngan dia. nak kena tido luar abg ni...grrrr....

Lama lepas tu diorang sudah makan. xgf abg dah nak balik dan dtg salam ngan abg betul2 sebelah kakyang. kakyang buat2 tak nampak dan layan anak yg kebetulan masa tu tengah sebok nak sup gearbox tu. sib baik ada anak kakyang masa tu kan...kalau tak tak tau mcm mana kakyang nak react. Kakyang tak tahu la apa perasaan abg. kalau dia nak marah ikut suka dia la. tp sampai hari ni abg tak ckp apa2 pun la pasal tu.

Betul la.. kakyang tak boleh nak tngok muka xgf dia tu. masih teriyang2 lg kecoh yg dia buat dulu tu..geramm jer rasanya.....spoil my mood nak makan sup gearbox jer....haih.

Thursday, October 28, 2010

Tanggungjawab

KakYang baru balik dari sepital. Eh.. Insyaallah kakyang tak de sakit apa2. p spital sbb ikut program wellness tempat kakyang keje ni jer..

alkisahnya kakyang ada appointment papsmear td tu. Dari awal kakyang minta nak doc prempuan. tp biasalah jawapan nurse tu. tak boleh mcm tu kak, ni spital kerajaan. mana doc yg available masuk la. aihhh jawapan mcm tu la yg kakyang tak syok nak dengar.

tp tengah hari td kakyang kuatkan semangat p jugak. dlm hati tu berdoa jer harap2 dpt ler doc prempuan. bila dah 1jam menunggu, tengok cuma ada 2 patiens jer. 1st patien attended by doc prempuan. so kakyang ni dah senyum skit la. sure lepas org tu keluar, turn kakyang la kan.sbb tak nampak doc lain pun. tunggu punya tunggu tup tup dtg doc lelaki plak ambik file kat kaunter bawak masuk bilik no 2 tu. kakyang dah tak sedap hati sbb nampak mcm file kakyang.

Haa kan betul, no kakyang naik utk jumpa doc lelaki tu. kakyang masuk gak jumpa n jawab apa yg dia tanya. dlm dok banyak2 tanya tu, doc tu tanya kenapa dah lama tak buat papsmear? terus la kakyang ckp tak buat sbb takut yg attend tu doc lelaki...

Jd doc lelaki tu bg kakyang choice. nak buat ngan dia atau nak jumpa doc prempuan kat sebelah. kakyang request la nak tunggu doc sebelah sbb patien sebelah kakyang nampak dah keluar td. nurse yg assist doc tu kluar jap dan masuk balik bgtau kata doc sebelah tu TAK NAK jumpa ngan alasan dah ada patien lain.

kecewanya hati kakyang bila dengar alasan doc prempuan tu. sbb kakyang tau dan nampak sendiri tak de pun patien lain yg tunggu . kakyang dah ckp dont mind untuk tunggu. tp nurse tu plak insist lebih2 sampai bg kata 2 kat kakyang nak buat ngan doc lelaki tu atau balik jer.

kakyang kecewa ngan nurse dan doc prempuan tu, kakyang tegaskan keputusan tak mau buat langsung. dan terus kluar dari bilik tu.

kakyang rasa sedih masa tu. sbb pk mana rasa tanggungjawab nurse tu dan doc prempuan tu untuk tolong sesama kaum hawa yg islam?. kalau betul2 sibuk dan betul2 ramai patien yg menunggu, kakyang paham. tp apa yg kakyang nampak tak mcm tu pun. pttnya nurse tu cuba tolong letak semula file kakyang dlm Q utk doc prempuan tu. ni tak. siap bagi alasan katanya doc lelaki tu dah tengok ramai org dan mcm2 org.

Itu org lain punya pasal la kan kalau diorang tak malu nak kangkang tunjuk tuuut diorang tu kat lelaki lain. kalau tengah sakit atau kecemasan tu dah lain cerita la. tp kalau tengah senyum2 gelak2 mcm ni tak kan sesekali kakyang bagi lelaki lain dok telek yg bawah tu...huhuhu idak ler kakyang sanggup.

Kakyang kluar dari klinik gyne td ngan seribu kekesalan terhadap dok prempuan dan nurse tu. dan kakyang nekad, next time kalau saja2 nak buat papsmear tu, terus jer p hospital swasta. tak yah nak cuba2 buat kat spital kerajaan ni..

Hati kakyang terubat kakyang bila abg setuju dengan tindakan kakyang untuk tidak meneruskan pemeriksaan td. tp apapun, kakyang masih kesal sbb kaum hawa islam tak peduli untuk jaga maruah kaum hawa sendiri.

Tuesday, October 26, 2010

CEUPACs- udah2 la tu...

Sebenarnya kakyang tak setuju dengan permintaan ceupacs untuk lanjutkan umor persaraan ke 60 tahun ni. Dari pemerhatian kakyang yg baru setahun jagung pegang jawatan sebagai penjawat awam ni, apa yang kakyang nampak, rata-rata yg umor 45 tahun ke atas dah tak produktif bekerja.

Nak pulak kalau setakat jawatan sokongan bawah. terutama perempuan la. sebahagian senior2 kat ofis kakyang ni nampak dah mandom bab nak buat keje tu. tak boleh bg task lebih skit dari apa yg dok buat hari-hari. kdg2 sbb diorang tu lebih senior umor, melawan jer ckp pegawai baru. nak ikut kepala otai diorang jer. kalau yg positif tu tak per la juga. ni semua kearah ikut suka aku nak keje ke tak, apa aku peduli. janji gaji masuk bulan-bulan. ramai yg dah mengeluh tak larat. tak de mood nak keje. nak tunggu umor pencen jer. aritu dah naik 58. minta pulak nak jd 60 thn?!!

bayangkan ek. umor 50 thn tu kita dtg keje dah terbongkok2. dah ada yg sakit urat, sakit sendi. tulang reput tak cukup kalsium la. dtg keje. buat keje sambil picit2 lutut...cam nor kalau umor 60? rasanya mcm kartun ni kot ek...hehehhe

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Lagi satu tarikh yg cantik.. sapa yg melahirkan anak pd hari ni, dpt la no yg cantik itu.

Cerita pasal anak ni, kakyang teringat 8thn yg lalu masa kakyang mengandungkan anak no 2 tu. masa tu dah 8 bulan, doc kompem kata kena c-section sbb baby melintang. tak pusing kebawah.kakyang tak mau kena bedah. kalut la p cari bidan yg boleh pusingkan baby. tp rata2 bidan dah tak mau sbb time tu perut dah penuh dan depa takut baby terbelit talipusat pulak.

Next following week tu, pegi checkup lg. setuju je la kena bedah.doc tu pun cepat2 ambik kalendar, dia belek2, telek2 tarikh. dia kata next feb 20 dtg hospital utk bedah. tp kakyang ni ckp lewatkan la skit. dgn harapan baby tu pusing kebawah dan boleh bersalin normal. doc tu tanya balik,nak bila? 22 feb boleh? kakyang nego ckp tunggu lagi la doktor...

Pehtu terus doc tu ckp, ish tarikh dah cantik dah ni, awak pun dah cukup minggu boleh bersalin. buat per nak tunggu2 lagi. mula2 kakyang tak paham, apa yg tarikh cantiknya?

Peh doc tu explain tarikh tu lg sekali, baru la kakyang phm teranguk2 mcm burung belatuk...rupanya tarikh tu 20 feb 2002. Kalau buat c-section hari tu dpt ler anak kakyang tarikh birthday 20.02.2002.

doc tu plak yg terlebih xcited nak tarikh cantik. mcm la dia yg mengandung. kakyang ni plak blur..hehehe. Jd, anak no2 kakyang tu dpt la birthday cantik mcm tu hasil dari keterujaan doktor tu...

Masa mengandungkan anak no2 tu mmg doctor tu xcited dari awal sbb kakyang ada special case.siap panggil pakar dari luar dtg tengok kakyang. nyaris2 la nak kena bedah masa mengandung tu. peh tu bila dah kompem kena c-section terus la dia ambik kesempatan korek perut kakyang tu. abis di snapnya gambar isiperut kakyang. Nasib baik ler kakyang bersalin tu kat spital swasta, kalau masuk spital kerajaan, dah sah la jd bahan ujikaji doc pelatih.

Apa pun, terima kasih banyak2 pd doc Fairuz Ashikin..hasil usaha dia terpahat seumor idup date birthday cantik utk anak kakyang yg comel tu...kalau bukan ibu sendiri puji anak, siapa lagi yg nak puji ye dok? hehehehe

meh layan gambar lama anak2 kakyang skit..sesekali tengok gambar lama ni, rindu plak nak ada baby baru...hehehe

Monday, October 18, 2010

Naluri Sukma

wah..kakyang dah bernaluri sukma. mcm nak cerita pasal hati jer....idak ler dik non oii.. ni nak update rentetan pencarian rumah.

Tak abis2 lagi ek? jgn risau..(eh mcm dialog iklan raya maybank plak)dah tak banyak nak cerita dah. sbb kakyang dah bayar booking nak beli rumah jumaat lepas! woott!..woott!..tak lama lagi kakyang boleh jadi tuan rumah! yeeehaaa!.

Excited giler ek. baru beli rumah kecik 2nd hand pun dah kecoh seblog. kalau kakyang beli banglow la kata. apa rupa xcitednya tak tau la kan..

apa pun sekarang kakyang tengah tunggu agen call untuk sign snp. cuba nak nego harga lagi, tp agent tu mcm tak mau. nak jaga komisyen dia la tu. apa pun, tunggu jumpa seller nanti apa cerita plak. harap2 seller turunkan harga bila nampak muka kesian kakyang nanti. hehehehe

oklah, tu je update kakyang utk kali ni. sebenarnya banyak nak cerita, tp sbb tengah lapar, abis ilang mood nak bercerita.

Anyway, tlg doakan seller tu baik hati yer..tak dpt turun harga, dpt rumah tu ngan fully furnish pun jdlah. hahahahha

Wednesday, October 13, 2010

Ralat

Ni KakYang nak beletiaq skit ni. Kalau depa-depa ni anak2 kakyang, dah lama kakyang taboh2 sampai sakit tangan sendiri. Kalau time muda dulu kakyang main tibai ngan rotan sampai hancoq.

Kakyang geram sangat kat 3 kembar kerani2 kat ofis kakyang ni. Kalau kakyang nak guna kuasa Veto tak bertauliah pada kakyang ni, dah lama depa ni kena tindakan tatatertib.

Apa laa salah depa sampai kakyang nak taboh mcm tu no...Banyak dik non oiii...kalau kakyang nak senarai ni mmg buat perabih ayaq liuq ja. yg paling ketara ada 2/3 benda la.

Buat ofis ni mcm makbapak diorang punya. Mmg makbapak diorang punya la kalau makbapak diorang tu bayaq cukai. kalau tak bayaq maksudnya depa ni dok makan gaji buta hasil cukai makbapak org lain.

Nak masuk ofis ikut suka. pagi tak pa lagi la, tu pun tak boleh nak detact depa masuk lewat ke tak sbb tau depa dok suruh org clock in kalau lewat.

t/hari keluar awai pulak. semua org kluaq awai, tp kalau kul 11 dah keluaq, balik kul 3 apa kejadahnya tu. agak2 la sikit. dah keluaq awai, reti2 la balik cpt. Dah org lain punya kerja dok terbantut dok tunggu depa tak balik lunch lagi. sakit hati dak. masa itu emas tau bagi org kalut mcm kakyang ni. haih..

Dah tu kalau depa ada pun bukan buat kerja. tuhaa kakyang order barang dah brapa bulan tak sampai2 lagi. sampai apa yg ada tu dah abis atau nak pakai baru terkontang kanting ckp tak tak buat lagi. Apa depa dok buat? dok main FB, dok tengok TV3 online, segala cerita maknenek telenovella dlm tv tu depa tau. kalau berfb tu komen org punya status berpuluh2x.

puas berfb/tengok tv, browse blog pulak, tengok itu ini. abis tu dah penat sngat, p dok lepak depan meja org lain buka mesyuarat tingkap pulak. siap boleh buka salon kat situ. mekap2 org. ko mekap aku. aku mekap ko. nak pulak time bos tadak mcm ni, mmg raya sakan la depa. stakat ketua unit tu depa tak heran weh..

Yg lagi kakyang sakit hati, kakyang dah bagi notis, bg reminder awai2. tlg siapkan dokumen apa yg ptt. bos nak outstation.dah tau bos tadak baru la nak huloq dokument2 utk bos t/tngan. sapa nak sign semua tu? delay lagi kerja2. bila pegawai/vendor bising2 balu la nak tempik ingat depa hamba ka apa ka. salah sendiri la buat keja ikut suka ja..hei...degei.ketegak *tuut* betoi.

eiii sakit tau. kakyang tak marah kalau depa buat semua lagu tu kalau semua kerja dah selesai, tip top, tak menyusahkan org. tak de delay2. tak de peram2. asal semua done cukup la. ni tak. asai tanya, tak buat lagi, tak sempat la apa la, tp bila pi sana nampak dok main ja. sesekali tak pakpa la..tp jgn la hari2 mcm tu...adoi la adik2...hangpa tak takut ka gaji hangpa dapat tu tak berkat...duit tu la hangpa dok bg makan anak2 hangpa...


Frust la kakyang dgn depa ni. tp pd kakyang depa jd mcm ni sbb dari awai dok keje gomen. dok nampak senior2 mcm tu, depa pun jd la mcm tu.. cuba masa awai2 kerja tu depa kerja swasta dulu, mesti la attitute lain skit.

Tu la, kakyang bersyukur sngat dgn pengalaman kakyang masa kerja swasta dulu. nak pulak syarikat banyak sediakan ilmu kerohanian pada staf. masa tu kita rebung lagi kan. jd senang la nak lentuq2 lagi. bila masuk gomen ni, tak la terjebak ngan attitute kerja yg teruk.

apa2pun, apa yg kakyang dok belitiaq tu adalah ingatan utk diri kakyang juga. kakyang pun bukan baguih mana pun, tp bersederhanalah dlm setiap perbuatan....

Tuesday, October 12, 2010

House Hunter

Wah tajuk mcm slave hunter citer korea tu. eh. citer tu best tau. kakyang ngan anak2 tak miss tengok. kalau dah abis episod hari tu, kena tunggu sambung next week pulak, adoi...mengeluh kakyang ngan anak2 sbb tak sabar nak tunggu. nak pulak the hunters tu encem2 belaka. kesitu pulak. hehehehe

citer tu dah habis pun dengan ending sedih..kesian. hero 1 tak dpt pun makwe dia tu. hero no 2 yg dpt. tp heroin tu suka 2-2. hero no 1 tu x master merangkap bf dia. sapa boleh lupa 1st love yetak? tp kakyang boleh lupakan sbb kakyang salah pilih bf masatu. hahahahaha

balik cerita asal kakyang nak tulis sini. Aritu kakyang dah cerita tengah cari rumah kan? dan hari ahad lepas p tengok. dah berkenan. tp sampai hari ni kakyang belum boleh buat keputusan lg. suka dah ada, cuma takut keputusan tu tak tepat jer.

ye lah, kakyang nak sewakan jer, duduk sendiri pun mungkin 20/30 thn akan dtg. kalau sampai time tu dah tentu la rumah tu nanti dah sompek sana sini oleh penyewa kan? nak pulak tempat masih lagi mcm jin bertendang tu. ada ker org nak sewa? sanggup ker nak sewakan rumah cantik2 mcm tu kat org?

dah tu financial nanti mcm mana? harga rumah tu nak cecah max entitlement loan kakyang. monthly dah sah la dekat RM1500 lebih. baki gaji stakat boleh lepas duit pasar jer. camno tu. dibuatnya abg tak de komisyen bulan tu. dibuatnya tak de orng nak sewa? nak bayar kereta/api/air ngan apa? kalau buluroma kakyang ni emas boleh gak di digadai2.

Haih macam2 kakyang pk. nak tidor, nak buat keje pun jd gundah gulana. selagi hal rumah ni tak sattle, selagi tu la tak aman jiwakacau kakyang ni.

Td kakyang ada browsing internet cari tip2 cari rumah, beli rumah. jumpa satu blog ni yg banyak info. meh kakyang bg link tu kat sini. blog abangensem. kalau tengah mencari2 panduan mcm kakyang ni, cuba la tengok blog tu. manatau ada yg boleh membantu. kakyang dah antar email pd dia pun mintak nasihat pasal rumah yg nak beli tu. harap2 dia boleh jwb cpt sbb td kakyang mintak extention dari agent tu sampai hujung minggu ni. Mlm ni nak buat istikharah lah. tengok apa Allah jwb. insyaallah ada rezeki, merasa la agent tu komisyen loan gomen dari kakyang. heheheh

Sedikit info tambahan pasal rumah tu:

Rumah endlot section 8 Puncak Alam fasa 2. No rumah pun cantik ada no ong.
Buka rumah: 25x70
fasing open area. aman damai, neighbor semua melayu
design colonial. alah mcm rumah kat cameron highland tu..
selang 10 lorong ada sekolah rendah, lot kedai.
condition dlm rumah: tiptop. cantik dan terjaga. siap kitchen kabinet cantik dan dah tambah bumbung belakang untuk sidai2 baju.
harga lepas nego kasar RM202k

so apa pendapat korang? sesuai tak ngan harga, kawasan dan condition rumah tu?

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Bukan syeikh muzafar jer nak no tu. kakyang pun nak menyibok gak. no cantik la katakan. tak dpt tarikh kawin mcm dia, dpt tarikh posting blog mcm ni pun jdlah..poyo jer kan...kan kan

Td kakyang tengok gak siaran langsung perkahwinan tu. ah. boring lah..tak de grand mana pun. kalau kakyang jd tetamu dia, pasti dah tunjuk muka boring jer kat meja makan tu..tu sebab dia tak jemput. awal-awal lagi dia dah bgtau kakyang. I tak jemput u tau...i kesian tengok u boring kat majlis tu nanti.ermm.errr..sebenarnya dia tak kenal pun..berangan tak hengat! hahahaha

anak-anak kakyang sibuk ngan chanel kartun diorang. 616 agaknya. ada cerita Ben 10 berderet-deret. naik bosan pulak. fev cnl kakyang pun tak de cerita apa.

T/hari tadi kakyang kluar p tengok sebuah rumah nak dijual. abg dah 95%setuju. kakyang ikut jer..tak de la betul2 berkenan sngat. end lot. tak de tanah tepi tp lebar rumah luas kit dari yg std. condition ok. yg lain semua ok. so tak payah dah nak renovate or repair apa2. tp as long abg suka, kakyang tak kesah. ye la. kalau ikut taste kakyang ni, nak yg rumah lebarrr...laman besau..min 10 kaki xtra tanah tepi rumah tu ker. kalau dah mcm tu, dah tentu la corner lot kan. ada banyak yg advertise nak jual rumah mcm tu, tp harga...mak oiiii mau koyak rabak poket buruk kakyang ni.

Agent tu suruh kakyang kompemkan esok. esok? takut gak nak commit. takut salah beli. nak buat solat hajat mau 3 mlm baru hati tenang. nak buat solat istikharah mintak petunjuk belum tentu dan dan tu gak dpt petunjuk.haih..nak kena buat keputusan segera mcm ni la yg kakyang tak gemar. hati berbelah bagi...doa2kanlah agar kakyang diberi gerakhati pasal ni secepat mungkin..

nak citer cerita sedih skit lah.
t/mlm semalam kakyang dpt sms berita kepergian ayah kepada member baik kakyang. tak de la terkejut sngat sbb kakyang dah lama tau arwah tengah sakit. tp kakyang rasa ralat la sbb tak sempat nak p melawat masa arwah masih ada. Banyak jasa keluarga sahabat kakyang tu. masa mula2 kakyang berhijrah ke KL ni, kakyang menumpang dok rumah diorang. makan minum semua ditanggung. nak bayar tak mau terima. dah la tu, ayah dia la yg dok p hantar kakyang ke stesyen bas tiap2 pagi nak p kerja tu. Org tua kata makan budi sampai ke mati la.

Dah tu, dah meninggal pun kakyang tak dpt nak p ziarah sebelum dikebumi. kakyang cuma dpt p masa tahlil mlm tu jer..adoi..teruk sungguh kakyang ni..apa pun, utk sahabat kakyang tu, hanya ucapan takziah yg kakyang dpt ucapkan. semoga dia dan keluarga tabah dan redha di atas pemergian ayahdanya. Sesungguhnya dari Dia kita datang. dari Dia jua kita kembali....Al Fatihah.

Thursday, October 7, 2010

Aktiviti Paranormal

Ofis kakyang ni gempar lagi. kali ni dengan penemuan sesuatu yg menakutkan.

Alkisahnya pegawai2 kakyang pergi melawat ofis baru. ada sebahagian unit di jabatan kakyang akan berpindah ke sana. Pegawai ni pun ambil la gambar2 sekitar pejabat baru diorang tu... Balik ke ofis, dia pun upload ke PC nak tengok dan tunjukkan kepada staf.

Terkejut semua org bila tngok satu gambar ni. ada mcm sesuatu kat sebelah tingkap tu. Padahal katanya masa ambil gambar tu tak de apa2 pun kat situ...dah sudah...lastnya semua org dah takut nak pindah sana. nak pulak unit ni banyak kena stayback utk siapkan projek..adoiii....

Friday, October 1, 2010

Panduan Memilih Tudung

ADA wanita beranggapan tudung adalah perkara kedua atau tidak perlu diberi perhatian. Namun sebenarnya pemilihan tudung sama pentingnya dengan baju.

Ini termasuk warna, jenis fabrik serta reka bentuk tudung yang sesuai dengan penampilan wanita Muslimah. Tudung seharusnya dipilih berdasarkan warna
baju. Walaupun ada yang ingin tampil kontras, penampilan anda agak kurang sempurna.

Berikut disertakan panduan memilih gaya tudung:

Untuk majlis kenduri kahwin dan majlis makan malam, cari tudung atau selendang yang agak berbeza daripada tudung biasa. Disarankan menggunakan selendang yang ada renda atau manik berlebihan.

Bagi yang bertubuh besar, elakkan tudung menutup bahu kerana ia menampakkan anda lebih berisi. Sebaiknya dedahkan bentuk bahu walaupun anda selesa menutup dada.

Pilih tudung bercorak untuk disesuaikan dengan baju yang tidak berbunga begitu juga sebaliknya.

Jika baju anda berbunga, pilih tudung kosong.

Elak daripada memilih corak besar jika anda tidak mahu kelihatan terlalu gemuk.

Bagi mereka yang kurus pula, tampilkan warna hitam atau garang manakala corak besar sedikit bagi menyeimbangkan penampilan anda supaya tidak kelihatan terlalu kurus.

Untuk tudung siap pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

Jika menggunakan kain yang tidak licin, tidak perlu guna anak tudung. Ini akan memberikan keselesaan kepada pemakai.

Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

Jika menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, guna cekak yang nipis dan leper.

Pastikan anak tudung tidak dipamerkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih muda jika anak tudung tersorok.

Pilih susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.

Untuk tudung yang mempunyai kaki di sekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu di bahagian hujung. Pastikan kawasan kepala bebas daripada sebarang corak.

Gunakan kain polos yang berhias kerawang atau jemeki secara berselerak atau tertumpu di kaki tudung saja jika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.

Jangan guna corak abstrak yang kontras dengan budaya Islam seperti kepala buah catur atau unsur binatang seperti harimau atau kuda belang. Unsur ini dianggap kurang sesuai dan tidak sopan.

Jika memilih corak bunga (seperti yang biasa terdapat pada tudung Turki), jangan campur adukkan dengan baju yang bercorak bunga jenis kontras.

Jangan pakai tudung yang sedondon daripada segi warna dan corak dengan baju. Ia tidak menarik.

Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung.

Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama.

Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.

Pilih fabrik yang melekat pada rambut. Secara tak langsung, tudung akan terletak cantik di kepala.

Komen KakYang:
Pemilihan tudung juga berdasarkan bentuk muka. Kalau muka bulat mcm kakyang ni tak brapa la sesuai nak pakai jenis shawl tu..kang nampak makin bulat. lgsatu kalau pakai yg ada awning mcm ekin ka, hajaba ka, dan yg sewaktu dgnnya tu, elok pilih yg awning 1/2 jer, maksudnya kain keras tu separuh kat depan jer jgn terlalu tebal dan pastikan sisi tepi tu melebihi pelipis pipi. sebelum membeli tu try pakai dan tengok kat cermin sesuai ke tak. jgn main rembat ikut suka jee..hehehe

Tuesday, September 28, 2010

Flashback

kakyang bosan ari ni. bos tadak. keje pun kebetulan tadak. tadak yg baru jer..pdhal yg kiv tu melambak2 dlm tray tu. tp malas nak buat. hehehe

Sbb bosan hari ni kakyang baca balik apa yg kakyang pernah post. banyak pulak hutang post kakyang kat situ. 1 pasal jalan2 ramadhan anjuran ben ashari tu. ala... lupa la nak post hal tu. takpelah...dah lepas ramadhan pun. lgpun bila kakyang pk apa nak jamu org, jd mati idea pulak.

Next cerita yg kakyang kata nak cerita dlm post winter sonata tu. pasal bf kakyang meninggal. nak citer ke tak? citer? tak? citer dah lama pun. kulit2 kakyang ni pun dah berkedut pun...citer? tak?

oklah. kakyang citer brief je lah..tak yah detail2 la yer..lgpun dah tua2 ni nak citer cintan cintun sedih2 mcm ni dah tak sesuaii..

citernya..ni citer masa zaman2 sekolah dulu la. masa kakyang dok ngaji kat kuantan. kat poli. so kakyang kenal si KA ni masa kat sana la. dia adik angkat member kepada member kakyang. so group KA ngan group study kakyang ni slalu outing togeder2 gitu. endup kakyang ngan KA jd closed. closed2 gitu je la tak de la lebih2 lagi..tp member2 kakyang mmg perasan la keakraban kitorang ni lain skit.. so mmg jd mangsa usik kawan2 la. kakyang plak masatu malu-malu kucing.. :P

Then masa sem 3, kakyang kena kluar kampus utk buat LI, KA stay at campus lg sbb dia baru sem2. Jd kitorang calling2 dan jumpa sesekali je la. zaman tu mana ada hp2 ni dek nonn...

Semester 4, kakyang masuk semula kampus, dan KA patut kluar kampus utk LI pula. terkejut kakyang bila jumpa KA masa pendaftaran kat kampus pg tu. rupanya dia repeat semester sbb ada paper tak lulus. mmg teruk la KA kena leter ngan kakyang. KA senyum jer dengar kakyang bebel.

So 2,3 hari lepas tu KA ajak kakyang n the group outing. since class pun tak start lagi kitorang setuju jer. tp end up hari sabtu tu tinggal kakyang ngan dia jer sbb yg lain2 tak jd nak ikut pulak. Bila tinggal 2 jer, panjang la langkah kitorang. sampai ke chukai trengganu kami meronda. Time tu la KA luahkan hati pd kakyang...maklumlah sebelum tu dah ada suka..bila dia pun dah bersuara,...apa lagi..bercanda di tepian pantai la kitorang hari tu..tiap2 pantai kami singgah. bercerita mcm-macam. maklumlah cinta baru berputik...eiii gediknya.

dari pagi sampai ke petang kami meronda. kul 6 ptg baru KA antar kakyang balik asrama. esoknya tu kakyang melepak la kat bilik member kakyang. bercerita pasal ronda2 semalam tu. dlm dok bercerita tu, ada org dtg ketuk pintu bilik cari kakak angkat KA yg sebilik dgn member kakyang tadi. Since kakak angkatnya tak de, dan kami nampak muka budak tu pun cemas semacam jer, member kakyang pun tanya la kenapa? ada masalah ker? Adik tu pun pandang kakyang. dlm serba salah dia bgtau KA dah meninggal...

Bagai nak pengsan kakyang time tu..mana nak percaya, baru semalam dok meronda ngan kakyang seharian, hari ni plak dpt berita dah meninggal. kakyang kata adik tu tipu. adik tu kata, kalau tak percaya tepon rumah dia. dia cari kakak angkat KA pun sbb nak suruh sampaikan berita ni pd kakyang jer. Tak sangka plak kakyang mmg dah ada kat situ.

Apa lagi..bedezup la kakyang lari balik ke bilik bilik kakyang kat blok lain. dah tu tingkat 5 plak. masa tu tak terasa pun yg bilik tu tinggi. kejap jer dah sampai bilik, ambik buku phone, terus turun bawah semula tepon dari publicphone.

Adik KA yg angkat. adik dia mmg dah kenal kakyang. kenal nama je la. dlm tercungap dan gigil tu kakyang tanya adik dia betul ke berita yg kakyang terima tu?
"betul kak..abg dah takde.. mak ngan babah dah ke hospital utk tuntut.."
"su..jgn tipu akak su...baru semalam abg jumpa akak.." kakyang masih tak percaya.
"kak.." su adik KA dah start nangis sama. terus terlepas ganggang telefon tu..terasa lantai asrama tu mcm jongkang jongkit jer..terus kakyang terduduk. over ek..

Rupanya, lepas antar kakyang ke asrama, KA kluar semula dengan kawan2 serumah dia ke TC. on the way balik tu, KA yang drive dan cuba potong kenderaan lain kat depan. time tu la terbabas dan langgar pokok. dengar kata kereta tu total lost, sorang member sebelah KA turut meninggal, 2 lg cedera parah dan salah sorang meninggal 2,3 hari selepas tu..berita ni mmg menggemparkan kampus la. sbb ramai tau kakyang ngan dia closed, so banyak ucapan takziah yg kakyang terima. Sorang member rapat dia dtg bercerita ngan kakyang kenapa dia repeat semester. Rupanya sbb kakyang. Kalau dia keluar utk LI sure tak dpt jumpa kakyang sbb lepas dia masuk campus semula, kakyang dah grad time tu. sbb itu dia sengaja fail beberapa subject semata2 nak make sure dpt jumpa kakyang lg...

tp tu lah..jumpa pun seminggu jelah, lepas tu dia dah pergi buat selamanya...

mcm citer rekaan je kan..tp tu la pengalaman yg kakyang alami sendiri..dah 15 thn citer tu..tp masih segar dlm ingatan..apa pun Al-Fatihah utk KA. semoga rohnya aman di sisiNya..

jgn pening jgn runsing..

Monday, September 27, 2010

Open House

nampak gayanya tahun ni kakyang beraya sakan. ni buat open house pulak. tp masalanya bukan open house makan2 tu pun...

open house yg kakyang maksudkan adalah open the house. rumah pusaka mertua yg kakyang dok tu tengah buat minor repair skit. minor2 pun dah jd major gak la sbb telopong abis semua tingkap dan pintu kat tingkat atas tu. bolos abis. memula nampak simple. tp agaknya sbb org tu baru belajar buat renovation kot. jd major plak. 2 pintu bilik dibesarkannya lagi. dia kata standard size. rupanya haaa ko...tu la tak ukor dulu sblum tempah..kan dah kena pecah lagi. jgn dia charge lebih dah ler..

tu baru bab atas, tak masuk bab bawah lagi...haih. nampaknya akan berbulan 'open house' rumah kakyang ni....harap2 dpt siap cpt. tak sanggup nak dok rumah berdebu ni. dah la kakyang tengah batuk teruk ni..jgn anak2 kakyang kena semput dek debu2 simen tu dah laaa...

Wednesday, September 22, 2010

Tolong! Tolong!

Ofis terbakar panggei bomba..
Bomba datang berlumba-lumba...

Tu je yang kakyang tau..apa sambungannya, cam ner mulanya idak ler kakyang tahu. dari kecik kakyang tahu 2 baris tu jer.. :P

apa cerita tolong! tolong! ngan lagu bomba-bomba nie?...Alkisahnya..tanggal 7 sept yg lepas tu...hari last kakyang keje sebelum start cuti raya la..ofis kakyang terbakar!

Haaaa kelam kabut semua org. awal2 pg lg dah ada sorang oficer cari bos kakyang. katanya ada nampak spark disusuli blackout kat salah satu bahagian di ofis kakyang ni..

masa tu plak bos kakyang tengah meeting kat level atas tu. tak sampai beberapa saat, dah dengar benda meletup dari level atas tu. kelam kabut la semua staf. kakyang naik tengok. rupanya ada kebakaran kat bilik server. bos dah ada situ sbb bilik mtg tu sebelah jer..bila tengok diorang kelam kabut cuba padamkan api ngan pemadam gas tu, kakyang turun bawah semula untuk ambik lagi pemadam dari tempat lain sbb tak cukup. tak sempat kakyang naik semula. KEDEBOMMMM! lagi sekali meletop kuat. tekejut kakyang!. terus kakyang terbayang bos, dan sorang 2 staf yg dok tolong tadi mesti terpelanting ker..terbakar ker..injured ker...dah tu staf lain yg dok tengok ramai2 td semua lari lintang pukang. lagi la menakutkan kakyang. takut imaginasi kakyang tu betul2 jadi. nauzubillah...

Tp alhamdulillah semua selamat. bila nampak staf yg td dok sembur alat pemadam tu selamber jalan sambil tersengeh...baru lega hati kakyang ni. Lepas tu terus la ikut prosedur kebakaran..kami semua berkumpul kat luar. bomba dah panggil, pej keselamatan pun dah datang. tp yg kelakarnya, sbb bangunan ofis kakyang ni bangunan lama, bomba tak dpt masuk. dari mana arah pun tak sampai betul2 ke ofis kakyang. nasib baik la tempat kebakaran tu mmg dah tersedia dengan alat cegah kebakaran yg special, jd tak la merebak ke tempat lain.

Akibat dari kebakaran yg nampak kecil tu, lumpuh la satu syarikat kakyang keje ni...internet down, power supply tadak. Nasib baik ler time tu kebanyakan jabatan lain dah start cuti raya..jd tak la ramai sangat yg nak complain pasal service interuption tu.

sementara menanti bomba ngan pej keselamatan check2 semua tu, dah ramai staf ofis kakyang ni hilang. bukan hilang dlm kebakaran tu..tp hilang dari ofis terus. ada yg dah sampai shoping complex. ada yg dah sampai jln TAR. ada yg sampai rumah!..mak aiii hebat2 ofismate kakyang nih.

tp rugi la..kakyang tak tak terpk nak ambil gambar insiden ni...yg dpt pun yg tah apa2 mcm ni jer...tak boleh jd paparazi lah kakyang ni kan...gambar mcm ni kalau hantar ke media tak laku pun..hehehehe. layan je lah...

Monday, September 20, 2010

Cerita Raya

Raya KakYang tahun ni mmg havoc giler. segalanya havoc. havoc beli perabot. cewah. tambah jer..buang tadak. sampai ipar kakyang ckp: I rasa rumah ni makin kecil atau Kita yg makin membesar?.

Disebabkan mood tengah baik, kakyang jwb sbb i tambah perabot baru.... hahaha. mana taknya, kat depan ruang tamu tu ada 2 kabinet tv dng 2 tivi yg gabak2. almari buku/perhiasan dah jd 3. tambah plak kerusi malas abg lg dok terbongkang tengah rumah dpn tv..haaa tak ke sesak tu. peh tu kat dapur pun ada kichen cabinet baru. ngan almari baru utk kakyang simpan kain2 yg nak dijahit. mmg dah crowded giler lah.

Peh tu on hari raya eve havoc ngan gaduh pulak. Abg marah kakyang sbb ambik masa lama masa p beli songkok raya. laa..mana la kakyang tau dia nak cepat. bgla tau awal2. Pompuan, bila dah sampai shoping complex tu, dari dlm list nak beli 1 barang jer, mesti la jd 5,6 barang. tu pun tak sampai 15 minit pun. hp kakyang dah menjerit2 ngan panggilan dia marah2 kenapa lambat sngat. bila kakyang kata nak beli tudung raya kakyang pulak. terus la abg melenting. haih..beli tudung pun kena marah? tak phm sungguh. bila dah masuk kereta, abg bg soalan cepumas plak, abis ke duit selambak dia bg td. selambak ko..propa sungguh. sbb kakyang pun tengah panas kena marah tak tentu pasal, kakyang terus ckp abis. tengah sakit hati ler katakan...apa lagi, bagai lumur taik lembu ke mayat..marak lagi la api marah abg tu...terkedu anak2 time tu. geram tau. kalau kata dah berjam dia tunggu tu kakyang tau la salah kakyang..ni 1/2 jam pun tak sampai bang oiii..sabor2 la skikit...ajak ikut tak mau..bila menunggu mmg ler terasa lama...haih....

tp mmg tiap2 tahun time raya abg akan jd mcm tu..kakyang dah phm dah. ye lah dia kan anak yatim piatu, nak pulak dah 2 thn berturut-turut raya dengan kehilangan ahli keluarga yg lain pulak. abg jd over sensitip la..

sib baik ler esoknya pg raya dah berdamai..hehehehe

Hari raya pertama tu mmg havoc rumah pusaka yg kakyang dok tu dengan ipar duai. anak2 buah yg berbelas org tu semua speaker masing2 mmg max volume. mcm nak pecah rumah. ptg raya semua dah bertolak balik kg abg utk kecohkan rumah sana pulak. kakyang dok kg abg sampai raya ke3. then start balik kg kakyang kat utara nun pulak.

alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik kg kakyang semua jln clear...alhamdulillah..agaknya berkat doa dipermudahkan perjalanan sebelum bertolak kot.

Tp raya kat kg kakyang havoc lain pulak. Bingit telinga kakyang. Mak abah kakyang bergaduh. masing2 sensitip tak boleh tersalah ckp. anak2 nak bawak mak p beraya rumah adikbradik mak. abah bergurau kasar ckp mak tu kalau nak berjalan.. sihat jer. terus mak sensitip merajuk tak mau p mana2. abis semua plan kami adik bradik. orang ni pujuk mak tak jalan, org tu pujuk pun mak tak jalan. end up, kami semua dok lepak rumah jer..dah..adik ipar kakyang tersentap ngan laki dia pulak..dpt bini kaki jalan tak bleh dok diam, bila tak kemana2 time raya mcm tu, merajuk la pulak...adeiiiiih....nasib ko la adik.... adik yg lagi sorang plak sentap ngan laki dia pulak sbb kata tak mengemas barang/kain baju. cam ner nak mengemas, anak tu merengek jer tak mau kat org lain, dok ler melekat kat mak dia tu . nak buat keje lain pun susah...nasib korang la adik2 oiii...kakak ko ni dah lepas zaman anak2 kecik tu...hehehehe.

Nasib baik dan alhamdulillah ler abg mood baik kat sana. kalau tak mmg havoc betul2 la satu keluarga cuti raya ari tu.

Sebelum balik tu kami sempat ke Padang Besar. shoping sakan sampai tak muat mpv adik kakyang tu. kakyang siap borong orkid ko...sampai kena tumpangkan adik ipar tu utk bawak balik ke KL. hehehe

Gambar sekitar cuti raya...

Monday, September 6, 2010

Laman sesawang

Naik sawang blog KakYang ni yer...almaklumlah posa...jari pun tak larat nak ketuk keyboard. percaya ka alasan tu? hehehe

Sebenornyer..kakyang sibok bebenor...alasan jer tu jugak. hehehe

Bulan posa ni masa kerja dipendekkan, jd kakyang have to rushing in everything. yg dirumah pun rushing, yg keje pun rushing..penat betul. Dekat2 nak raya ni lg la kakyang penat. rumah nak kena kemas sbb tahun ni giliran beraya di rumah kakyang. Bila inherit rumah pusaka mertua..balasannya kena la jadi tuan rumah 2thn sekali.

harap2 sempat ler kakyang kemas betul2 sebelum raya kan..

Kakyang nak cerita seram. cerita maid ipar kakyang kena rasuk. er..kena rasuk ker? kena ganggu hantu kot.

Ceritanya gini. satu hari sebelum nuzul Quran tu, tetiba ipar kakyang sedar maid dia hilang. cari punya cari tak jumpa. lastnya t/hari polis dtg hantar maid dia. ingatkan sbb cubaan lari je la. pas tu esoknya tetiba anak dia tepon bgtau bilik diorang tiba2 terbakar. nasib baik ler tak de apa2 yg lebih buruk jd. tp mmg ipar kakyang pelik mcm mana kebakaran tu boleh mula.

2 hari lepas tu, lg sekali maid dia hilang. lg pelik sbb pintu rumah semua berkunci dari dlm, so mcm mana dia boleh keluar dan kunci dari dalam? pelik kan...

kali ni masuk hari ke3 tak balik lagi. lastnya biras kakyang minta org masjid buatkan bacaan yasin dan solat hajat. baru la tengah mlm tu dia balik. tu pun sbb alarm rumah berbunyi bila maid tu cuba masuk dari luar. dan yg lebih pelik apa tau? . time tu tengah hujan lebat, tp maid tu tak basah wpun setitik. huh meremang bila kakyang dengar cerita tu.

esoknya hilang lagi. cari lagi tp tak jumpa. kali ni ada org yg pandai 'tengo'kan kat mana dia. org tu kata maid tu ada dlm rumah lagi. so ipar kakyang cari la. tp tak jumpa juga. pastu baru ternampak siling atas tu terbuka. apa lagi, terus la biras kakyang naik tngok atas siling tu. rupanya dia dok atas tu tertenggek cantik jer atas siling tu tak sedar apa2. Bila tanya mcm mana naik sbb tak de tangga pun kat situ. dia kata ada 2 org lelaki bawa dia naik. dia kata cantik pemandangan kat atas tu...huhuhu cam ner tu?

tu cerita seminggu yg lalu la.sejak hari tu dia tak makan tak minum. Ipar kakyang pasang cd ayat2 AlQuran. dia tutup. pasang. dia tutup lagi. sampai last sekali ipar kakyang naik angin, dia pasang dan letak tepi telinga maid dia masa tengah tidor tu. tau apa respond maid tu? dia marah n tetiba boleh ckp melayu!

"Aku tau lah apa yg kau buat ni!" tu dia ckp.
"Kalau kau tahu, diam. atau kau bangun mop lantai!" marah ipar kakyang. tp sebenarnya dia kata dia takut. tak tunjukkan jer.

maid dia tenung tajam kat dia lepas tu.maid tu org myanmar. tak phm bahasa melayu, tak boleh cakap melayu. tetiba boleh ckp mcm tu..mana tak kecut perut ipar kakyang tu.

So sekarang tengah cari ustaz2 yg pandai benda2 ni. tp kan, biras kakyang ni mcm tak betul pulak. dah tau maid mcm tu, dia masih berani tinggalkan anak2 ngan org tu. Ipar kakyang suruh hantar balik ke agent. dia kata tak sampai hati sbb org tu dtg elok jer, tp jd mcm tu masa kat rumah dia. jd dia kata baik berubat dulu baru antar balik. haih...lebih syg maid dari nyawa anak2. mana tau masa anak2 tu ada kat rumah, maid tu buat yg bukan2?

Nauzubillah...minta2 la diorang sekeluarga dilindungi tuhan....

seram kan...kalau korang, nak biar maid kat rumah lg ker?

Tuesday, August 24, 2010

Memori masak lemak tempoyak daun kayu

Dulu. tempoyak tak masuk list makanan yg KakYang makan. bau pun tak boleh weh..siap tutup2 hidung nak muntah. Sekali bila terkena dengan arwah Yong, terus je peberet..tp tu pun stakat masak lemak tempoyak daun kayu je la, kalau yg lain tu belum mengetes lagi.

Arwah yong masa tu tinggal ngan Chik. Jd satu hari bila kami melawat dia kat sana, std la diajak makan oleh Chik.. Ada sambal bilis, ada ikan goreng. ada sayur masak lemak.

Kakyang mmg jarang tolak bila diajak makan. rezeki ko..tak baik ditolak tolak. hehehheeh..

Dah senduk nasi tu harus la ambik lauk pauk kan, bila sambal kena ngan masak lemak tu mmg ngam lah. kakyang pun puji la Chik sambil tanya masak lemak apa ni? ada petai, ada masam2 skit, ada ikan bilis.

Makcik abg tu pun sengeh2 senyum la sambil suruh makan la dulu. cerita sayur apa, campur apa, masak mcm mana tu kemudian la. Kakyang tak bantah. tengah sedap kan...makan sampai jilat jari la. licin pinggan tu.

Abis makan kakyang tanya lagi masakan tu sbb nak cuba buat nanti. Apa lagi..terus la kakyang kena kutuk ngan Chik n Yong. Hek eleh..ko kata tak makan tempoyak. yg sampai jilat2 jari tu apa. Chik 'pukul' kakyang sambil senyum kambing.

Hok aloh..ada tempoyak ker dlm tu..abih tu kenapa tak de bau pun...rupanya diorang pekena kakyang. hehehe

Tempoyak baru mmg ler tak de bau. masam dan berbau tu kalau dah lama skit..ooo ptt ler...melopong ler mulut kakyang terkena. hehehe

Sejak tu la masak lemak ni jd kegemaran kakyang....hehehe

Mana nak dpt resepinya? bleh try resepi kak hanieliza ni di sini...

Monday, August 23, 2010

Nasi Ulam Utara

Resepi ni adik angkat kakyang masa sekolah dulu bagi. siap dedikated utk kakyang tu...kelakar la dia. trimakasih kiah..susah payah carikan full info. kalau style kakyang senang jer. hampuk jer semua jenis ulam yg boleh, pehtu bahan2 lain tu agak2 ja la. so, ni resepi ikut spek kalau nak cuba. kakyang tak penah buat lagi. sbb tak jumpa daun sekentut kat sini. Camna rupa daun sekentut tu yer..heheheh pandai2 la korang tanya org2 utara. tau la depa nak discribe. kalau tak cukup keturunan utara tu, mmg tak tau la. hahahaha


NASI ULAM UTARA...

Bahan-bahan ( beberapa orang )

* 600 gm nasi yang telah disejukkan
* 40 gm ikan bilis
* 40 gm bawang merah
* 3 helai daun mengkudu
* 3 helai daun kaduk
* 5 helai daun pegaga
* 5 helai daun ulam raja
* 3 helai daun sekentut
* sebatang serai (diracik halus-halus)
* 1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)
* 1/2 sudu teh serbuk lada

Cara-cara

1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk.
5. Jika ada yang berketul,pecahkan.
6. Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.
7. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.
8. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.

P/S: kalau suka pedas boleh tambah cili api..hiris halus2...resepi ni sgt mudah disediakan..gaul je..selamat mencuba..

Friday, August 20, 2010

Mengasah Minda

Challenge of math

Some people say:
If you are engineer, you can solve this within 3 minutes; If you are architecture, you may need 3 hours; If you are doctor, you may need 6 hours; If you are accountant, you may need 3 months; If you are lawyer, you may not get the answer forever……


Cari jawapan untuk '?'. Aritu kakyang ingat nak jdkan jawapan tu sebagai password utk access private post utk next n3. rupanya dlm blogspot tak boleh ek buat mcm tu ek..silly me.. takpelah..sapa yg dpt tau jawapan tu tulis jer kat komen tu ek..selamat mencuba!

---+----+----+------+------
2 3 4 15 12
---+----+----+------+------
3 4 5 28 20
---+----+----+------+------
4 5 6 45 30
---+----+----+------+------
5 6 7 66 42
---+----+----+------+------
6 7 8 ? 56
---+----+----+------+------

Thursday, August 19, 2010

Dugaan...

Bulan posa ni banyak kena sabar kan. banyak tul dugaan. silap skit naik la hangin tu. Kakyang mmg banyak hangin ni. belehak jer time posa tu..kalau dulu sampai boleh muntah2 bila perut kosong ni. tp sekarang ok dah skit. tak de la teruk sngat.

Kakyang senang naik hangin kalau tengah tadak mood. tak pun kalau kena mengadap sesuatu yg kakyang tak suka nak buat. naknya pagi2 jgn ler ada benda yg mcm ni. kalau ada abis satu hari hangin. mula la semua nak kena mengadap muka hangin kakyang ni.

Pg tadi kakyang naik hangin.. tp kejap jer sbb tak lama lepas tu kakyang dpt gudnews. jd hangin tu tak sempat la nak jd ribut besar mcm kat Jasin ari tu. Kenapa kakyang hangin? kenapa yer...hmmm

Oh.. memula tu pasal dpt email dari pegawai sorang tu. yg mmg terkenal dengan sikap tolak kerjanya. alamak! kurang pahala kakyang hari ni... ;P. dia bgkerja utk kakyang ler wpun kakyang tak report bawah dia. pdhal tu keje dia. Kakyang tak kesah buat keje org ni, tp bila nak bg instruction tu, tolg la berhemah skit. guna bahasa yg lemah lembut cairkan hati kakyang ni skit. dengan relanya kakyang akan buat keje tu. ni tak, dah la bg instruction as order, tambah plak ayat power2 belakang tu..haih! mmg naik angin la kakyang pg td.

Peh tu pg td plak member kakyang dok tanya apa gudnews yg kakyang dpt hari ni. kakyang cerita la. pehtu dia start minta belanja. ok la mmg kakyang promis dia pun. dah tu melarat suruh buat baju utk dia plak. no hal, sbb dia kawan baik kakyang kan. tp tunaikan lah permintaan kakyang dulu. ala bukan susah pun apa yg kakyang minta. kakyang mintak baju contoh dia jer. susah ka nak bagi? dari thn lepas dia suruh kakyang buatkan, tp tak mo bg baju contoh. alasan dia tak cukup baju. nanti nak pakai baju apa. tak ke bongok tu. haaaa kan dah kluar bahasa cantik dari mulut kakyang ni...

Org kaya ckp tak cukup baju? ish apa punya alasan tu. abis tu dia nak bg plak contoh kurung pesak, suruh buat kurung pahang. patern tak sama la woi...lain fesyen lain cara buatnya. kakyang ckp tak mau. nak gantung, bg yg gantung. bg pesak, kakyang buat pesak. dia dok pujuk2 nak gak apa yg dia nak. siap antar smiley sedih la apa la. malas kakyang nak layan dia terus kakyang tak balas2 ym dia dah.

Haih..kasi naik hangin kakyang lg tinggi jer...la ni kakyang ngan member tu mcm tu jer caranya. sebab apa tau..dia nak menang jer. nak ingat dia jer yg betul. selagi kita tak setuju ngan dia, selagi tu la dia nak kata dia betul. tu yg kakyang asyik bertelagah dlm ym ngan dia tu.

tp kan..dlm gaduh2 tu..rupanya dah berbelas tahun kami bersahabat. hehehe

Tuesday, August 17, 2010

Kakyang ambik coti semalam. bukan saja ambik, tp terpaksa ambik. sbb apa? sbb nak potong kain. hehehhe..

KakYang dolu2 ambik upah jahit baju. baju kurung jer yg kakyang confident. baju kebaya or fesyen sendiri buat sendiri pakai jer..org punya tak berani dekk...

Bila Yong sakit, kakyang dah tak ambik upah dah. tp masih ada yg insist nak kakyang jahitkan. kakyang ambik jugak tp bersyarat la. jgn nak cepat. hehehe

time raya mcm ni banyak tempahan. ramai yg masih bertanya. tp ramai yg kakyang tolak. kakyang ambik tempahan dari 2 org jer. tu pun sbb diorang tu mmg regular tempah ngan kakyang. tak kesah berbulan2 tak siap pun diorang diam jer. kalau bising kat belakang tu tak tau la kan..tp kakyang ckp dah siang2 kat depa, kakyang buat lambat.

Since Yong dah takde ni, baru semalam kakyang dpt pegang kain2 depa. tu yg kakyang nekad ambik cuti gak nak ptong biar habis. dah antar jahit tepi. tinggal nak jahit jer. lega...jahit senang jer..nak potong tu yg susah.

Semalam gak kakyang sempat lari p cari baju melayu utk abg n anak2. jenuh la kakyang melilau alam central tu. rasanya lebih dari 10x tawaf kot. nak patah pinggang kakyang ni. kakyang dok banding2 harga. yg budak2 punya plg murah kat butik peace tu. tp butik tu tak de kaler purple yg kakyang target nak thn ni. lastnya jumpa kat the store. murah plak tu, terus rembat. dah jumpa yg anak punya baru p cari abg punya pulak. melilau naik turun keliling lg sekali cari warna yg sama. ada. tp seratus lebih la pulak. mmg tak terbeli la. bazir jer beli yg mahal2 ni, pakainya tak seberapa. peh tu terperap dlm gerobok jer nanti. rugi..rugi...

Lastnya kakyang ambik gak yg kat the store tu. nampak dah dari awal, tp purple lain skit dari baju anak, so kakyang kiv la dulu. lastnya sbb yg lain mahal bebenor, kakyang ambik gak ler yg tu. ada less 50% dpt ler RM60+ ok la tu...

Jd nak matchingkan ngan baju abg, kakyang kena la cari kain utk baju kakyang pulak. kang abg jer warna lain, mau merajuk abg tu. ada 1 thn tu abg merajuk sbb baju dia warna lain. tak sedondon ngan kakyang n anak2. hahahaha

meronda la kakyang berounds lg sekali. tp kali ni dlm nagoya la pulak. huiii rabun mata kakyang ni bila tengok kain2 ..rasa mcm nak beli jer mana yg berkenan tu. tp bila pk kain yg kakyang borong kat jakel tu pun dah bertimbum tak terbuat lg, tak jdlah. tu pun dpt gak 2 helai warna purple utk kakyang.. kalau dah pompuan tu..mmg tak sah ler tak membeli lebih ye dak?. hehe

alamak..baru kakyang teringat, langsir baru kakyang pun purple gak..nampaknya....habis satu rumah purple ko...hahahha

Friday, August 13, 2010

Sonata musim sejuk

Mana ada musim sejuk kat Malaysia cek oii...turun salji kalu..mau kiamat la tu. abih tu kalau citer malaysia nak beromantik mcm winter sonata korea tu cam nor? tak boleh la nak guna title mcm tu kan..tak leh ler nak main2 baling salji...main hujan pon romantik gak kan..nanti jd mcm lagu memori daun pisang? ala lagu dangdut amelina ngan iwan tu...

Meh kakyang cerita bab sonata musim sejuk gedi ni ... sebenornyer kakyang dok ulang tengok cerita winter sonata tu..kat mana kakyang tengok? haaa kat sini. ingat hati nak download, tp cari punya cari tak jumpa yg free, takpalah. online pun online la..tp feeling pun banyak bufer mcm internet bufer la jugak kan...

Cerita ni kakyang start ikut dah separuh jalan. time tu kakyang tak koreandrama crazy lagi...sekali member kakyang suruh tengok citer ni tengah airing kat tivi masa tu. apa lagi..terus la crazy ngan BYJ dan drama korea sampai la ni...hensem kan BYJ tu... :D

La ni kakyang baru masuk episod 3. time diorang masih kat highskool lg. Makwe dia baru dpt tau dia mati xcident. sedihnyer..part ni kakyang lebih2 skit sedih2 nangis2 tu sbb serupa mcm yg kakyang penah alami zaman muda remaja dulu. kalau ada masa nanti kakyang post citer pasal ni yer..

tak sabar plak rasanya nak abiskan 19 episod citer ni..hehhehe

Wednesday, August 11, 2010

Ramalan cuaca

Hari ni pg2 lg dah ada org ributkan hati kakyang. ish kakyang cukup tak suka kalau ada yg suka2 tuding jari kat kakyang ni...blow my air up up stairs sungguh...terbakar jer kakyang ni. nak plak time2 posa ni kan...mmg hangin sungguh la.

Dah la kakyang ni buat carity work utk depa tanpa diminta2 pun. last2 depa tuding jari kat kakyang balik. ish nak kena sungguh nih...

sabaq kakyang oii sabaq..hmm kena la pujuk diri sendiri ya dak? kalau tak sesia jer posa kakyang hari ni... :D

Tuesday, August 10, 2010

OMG!...

sejak kakyang 1st time dengar lagu ni, terus kakyang jatuh chenta. lagu dia mmg menarik. korang mesti dah penah dengar yg usher version kan..meh dengar piano punya version..tangkap leleh uuu..

Monday, August 9, 2010

Wanginyer...

Sabtu semalam kakyang dpt surprise!... mmg kakyang betul2 SURPRISE!...nak tau surprise tu dari siapa? surprise tu datangnya dari pokok orkid kakyang..hehe ado ado jer kakyang ni ek..
Tp mmg teruja uuu... 3x kakyang cuba bela orkid ni..2x fail, mati, kiok. innalillah. kali ni baru ler menjadi...tu pun sbb kakyang dah kidnap 1/2 pasu dari rumah mak. kakyang dah gelabah jugak bila tengok pokok tu mcm tak mo hidup jer..

tp bila pg sabtu tu mcm biasa lepas hai hai bye bye abg pegi keje, kakyang akan tengok apa yg patut ngan pokok2 kat laman. sekali bila pergi ke section orkid tu, kakyang dah terpandang benda warna purple cantik jer gayut kat pasu orkid kakyang tu..apa lagi senyum sampai ke telinga la bila kakyang nampak orkid cattleya kakyang tu dah berbunga. apa nama spesifik dia tak tau la yer..kakyang ni fail bab2 ni, tau jenis dia catt jer..hehehe

meh..cuci mata ngan Ms Catt yg manis dan wangi ni..
Oh ya..kakyang nak update cerita cari rumah. Kakyang p tengok rumah baru launching kat puncak alam semalam. namanya Aquila..indah...seindah nama dan harganya. kakyang mmg dah berkenan sesangat dah..lokasi strategik. dekat jln besar, dekat town baru nanti. dekat UITM Puncak Alam..dah kakyang tak kesah nak kena topup duit skit. sbb entitlement loan gomen kakyang tak seberapa kan.. masalahnya abg tak nak ambik sbb dia kata mahal. mmg la mahal bang oii sbb strategic nor rumahnya..rugila pemaju kalau nak bg murah..yg murah2 abg tak nak jugak sbb katanya rumah kecik, tak terjaga, tak strategik lah. abihtu cam nor?

then kami p tengok lagi rumah lain. yg 2nd hand la..besar gak tanahnya, betul2 belakang sekolah. tp view dari luar je la sbb owner/agent tak de. mcm berkenan jugak. tp..masalahnya...kakyang pelik, rumah dah mcm tu bagus, naper owner nak jual ek? dlm rumah dah teruk ker? atau ada tuuuuttt ker?..muskil la pulak...ish..ish..

Friday, August 6, 2010

Diiii Ambang Wati..

tu lagu lama wing la..yang sebenarnya di ambang ramadhan...Bau-bau Ramadhan dah mula 2,3 minggu lepas bagi kakyang. petang2 bila balik ambik anak2. bau makcik2 tengah masak utk dinner menyebabkan kakyang terasa mcm sampai waktu berbuka dah.

Dulu masa kakyang kecik2. Bulan ramadhan ni mmg ditunggu2 la. sbb tau lepas posa mesti raya kan? raya maksudnya dpt baju baru! dapat duit raya! bleh jln2 balik kg mak! tulah pengertian bg kakyang masa kanak2 dulu. makin membesar dan makin tua ni, maknanya tanggungjawabla pulak. 1-pd agama, 2- pd keluarga terutama anak2.

Masa kecik2 dulu kalau bangun makan sok, mak yg kejutkan. kul 4.30pg kami sok. Sok tu maknanya sahur la. nasi panas2 lg..mesti ada telur masin. Mak kakyang mesti masak baru. tak de yg lebihan buka puasa. jd bila nak makan tu mmg berpeluh2 la panas dlm dingin subuh tu..kejap jer mata jd segar sbb kena wap2 masakan panas tu. hehehe

Sebelum makan, mak akan bacakan niat berpuasa dulu. kami adikbradik ikut baca niat ngan mak.

Sebelah petang pula mmg wajib tolong mak siapkan makanan utk berbuka. Mak masak sendiri. zaman tu mana ada gerai2 ramadhan ni..peh tu nanti agih2kan kat jiran2. jiran2 plak balas ngan menu masing2. end up, masa nak berbuka tu mau 5,6 menu tambah atas meja tu. Dah boleh berbuka, nanti pusing la pinggan makanan tu pakat rasa sorang sikit. Yelah, keluarga kakyang ni serba serbi makan. jd semua nak merasa la.

Menu yg paling kakyang suka bila bulan ramadhan dulu2 ni adalah nasi ulam. nasi ulam tak sama mcm nasi kerabu. . nantilah bebila kakyang free, kakyang tuliskan mcm mana nak buat nasi ulam utara. sedap....teringat nasi kerabu mak yg dah bertahun kakyang tak rasa.

Masa bujang, ramadhan kakyang simple jer, sahur dah tentu tak, kalau niat bersahur pun mkn tengah mlm ngan bf jer. berbuka belum tentu kat gerai, entah2 kat pejabat jer sbb kakyang kerja shif. time off jer la dpt berbuka ngan bf kat gerai.masa tu bujang, menyewa plak...jd ikut suka la mana yg dan.

Bila dah kawin ngan salah satu bf terpilih tu..cewah...nak bgtau banyak bf la tu kan...hahahah perasan. yg satu tu abg jer, yg lain tu banyak teman tp mesreeee sbb diorang tau kakyang dah ada bf, jd tak de la nak tackle lebih2. kalau abg tau ni..mampos kakyang...opppss..opppsss...dah lari cerita nih..

So, bila dah kawin ngan abg,1st ramadhan lepas kawin tu mmg trill la bg kakyang. bab memasak tu tak de masalah sngat, sbb kakyang bergilir2 masak ngan arwah yong. tp selalunya arwah yang banyak memasak sbb dia bangun lg awal dari kakyang. masa awal2 berpuasa tu mmg bersahur la, tp bila dah 2,3 hari bersahur, masing2 mula malas nak bangun sahur, lastnya yong pun dah malas nak masak sbb tak de sesiapa nak makan. jd lama2 aktiviti sahur tu mmg takde dlm rumah kitorang.

abg mmg tak bersahur. kakyang tak suka bersahur, sebab malas nak layan perut yg tak selesa subuh2 dah sumbat makanan. adik ipar kakyang pun mcm abg dia jugak. dpt minum jer pun jdlah. yong pun sama. bg dia sahur ngan kurma dah cukup. mcm tu lah sampai anak2 kakyang dah berlatih berpuasa.

bila anak2 kakyang dah berlatih berpuasa nilah baru kami bersahur semula. tu pun sbb kakyang tak mo anak2 kakyang lapar bila kat sekolah. mula2 diorang belajar puasa tu kakyang masak makanan berat2, tp budak kan, tengah mamai2 tu kena bangun makan, mana ler diorang lalu nak makan. suruh makan sendiri langsung tak abis sesenduk nasi pun, lastnya kakyang yang suapkan.

Hari-hari seterusnya, kakyang suapkan je lah terus, cepat dan pantas. kejap jer dah boleh masuk tidor balik. tu pun sambil diorang tersandar kat bantal mata pejam, mulut buka bila kakyang dah hulur nasik/makanan ke mulut. hahahaha mcm anak burung. tak kisah la nak oiii janji korang nak puasa.

Berbuka pun jd masalah pd kakyang. sbb kakyang ngan abg keje jauh,mengadap jem lagi. balik rumah hari2 biasa pun dah terbabas waktu magrib. jd anak2 kakyang ni mmg banyak buka puasa ngan ummi yg jaga diorang la..kdg2 kakyang pun sama berbuka kat situ. sibbaikler tu sedara jugak,kalau tak..mau anak2 kakyang berbuka ngn azan isyak tu. kesian anak2 kakyang tu kan..

Jd, adakah ramadhan kali ni semua akan berulang kembali..jawapannya? ya. dah tentu la..tp kali ni kakyang dah ckp ngan abg supaya cuba balik awal. Kakyang pun kena la pejamkan mata dan tolak tepi timbunan2 kerja tu... sekurang-kurangnya dpt berbuka kat rumah ummi bersama2 pun jdlah...nampaknya kena bayar ummi lebih skit bulan ni..kena la berbahasa kan bila org dah berbudi. kalau sempat balik berbuka kat rumah laagiii bagus. tak de la nyusahkan ummi.

Apapun, kakyang mengambil kesempatan ini untuk mohon maaf jika ada ketelanjuran dan salah silap...niat di hati nak menjalankan ibadat puasa tu ngan hati yang tenang dan bertawaduk. semoga allah memberi kelapangan dan meringankan badan gumuks kakyang ni untuk memperbanyakkan amal di bulan yg mulia ini..amin...

Thursday, August 5, 2010

Erti sebuah perkahwinan..

wah..mcm nak cerita best jer...takde mender sebenarnya. Kakyang nak bg link kat sini dan korang baca sendiri lah kat situ. nak elebrate banyak2 pun kakyang tak reti nak berbahasa pujangga ni. Tp apa yg tertulis kat link yg kakyang bg ni mmg sangat2 berbaloi untuk dibaca...cara dia menulis tu ada SX sikit, tp kalau dah kawin ni normal la kan ckp2 gitu, yg penting ambil ilmu dan pengajaran darinya.

Ok meh kita klik kat blog en keretamayat ni..dari situ kakyang nasihatkan korang baca yg trilogi rumahku syurgaku dulu, pehtu rumahku nerakaku, then baru balik semula ke link yg td tu...baru la korang dpt ilmunya...

kakyang nak copypaste skit ayat dari en keretamayat ni...
Sesungguhnya di akhir zaman, hanya dua golongan yang terselamat dari fitnah Dajjal iaitu Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid dan Wanita yang banyak habiskan masa di rumah


renung-renungkanlah dan selamat beramal!

Wednesday, August 4, 2010

IQRA'! Bacalah!

[1]Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
[4]Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
[5]Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8](Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
[12]Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
[16]Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Petikan diatas kakyang copy paste dari website ni.. harap2 terjemahan ni betul la yer..kalau ada yg tak kena tu harap inform kakyang semula tau. Kakyang ni cetek ilmu pasal2 ni. tp bila dah tanya encek google, semua serupa jer terjemahan tu.. insyaallah betul.

bila sebut Iqra' ni selalu kakyang teringat anak2 kakyang masa mula2 belajar baca Quran dulu. mmg susah gak la nak mengajar sbb kakyang mengajar cara mengeja. kakyang dulu belajar ngan mak jer..anak2 kakyang pulak belajar sebutan terus. jd bila dengar diorang baca tak kena, kakyang betulkan cara dgn mengeja. diorang jd mcm kompius plak bila kakyang dok sebut baris atas baris bawah bunyi apa. hehehe.

Alhamdulillah..anak2 kakyang dah lepas naik ke AlQuran sekarang. Si adik cepat skit. laju jer bila baca yasin masa tahlil mak yong diorang ari tu. tp Si along masih merangkak rangkak. Lgpun along tu ada masalah sebutan skit, sbb dia ada masalah ngan anak tekak. Jd kakyang tak salahkan dia bila dia lambat skit membaca...

Anak2 kakyang mmg suka membaca. Agaknya ikut perangai kakyang kot. Kakyang masa sekolah dulu librarian. Mmg heaven gilalah library sekolah kakyang dulu. besar, beribu2 buku ada. bila tiap2 kali cikgu beli buku baru, terutama novel, mmg jd tugas kakyang la nak kena baca, buat summary dan rekemen kat cikgu ptt beli ke tak..sanggup sampai ke malam kakyang sengsorang kat library tu sbb nak baca novel2 tu. usiklah ada hantu ker.ada jembalang ker kat situ idaknyer kakyang peduli..janji dpt baca semua2 tu..heheheh crazy!

Jd kakyang suka la bila anak2 kakyang minat membaca. terutama si adik tu. dia suka buku2 yg berkaitan benda2 pelik, cerita2 mcm xfile tu. jd kakyang banyak koleksi buku2 mcm tu. Dulu kakyang belikan diorang majalah mastika jer..tp since topik2 majalah makin kureng menarik dan topik2 yg makin xxx. kakyang dah tak beli dah. kalau ada xpo atau pameran buku, mmg kakyang akan heret anak2 kakyang sama ke sana utk beli buku. habis banyak takpe asal anak2 kakyang nak membaca. tp tak la semua yg diorang nak tu kakyang belikan. kakyang beli yg boleh jdkan ilmu dan ada pengajaran pd diorang jer..kalau stakat bacaan kosong, maaf ler..guling2 atas lantai pun takkan kakyang belikan.. kat rumah kakyang tu tak penah jejak majalah hiburan. komik takpa.

Nak tau sekarang kakyang tengah baca buku apa? haa..ni la...
yang buku yakjuj makjuj tu si adik la yg mintak sngat kakyang belikan. dia tak abis baca lagi sbb buku tu complicated skit. dia baca skit ari tu. baca sebaris, tanya kakyang apa makna perkataan yg dia tak paham. peh tu baca lg skit. tanya. last2 dia letak, ambik buku lain. la ni kakyang la pulak yg dok baca pelan2 sbb dok nak phmkan asal usul yakjuj makjuj tu...pening gak.

ni pula buku yg kakyang dpt dari contest kat blog kak jie ari tu..(mekacih kak jie.. :)..ala yg kakyang citer ari tu la...baru baca skit. dok gilir2 ngan buku atas tu. jemu yg ni baca yg itu, jemu yg itu, baca yg ni..baca pun sblum tidor atau dlm kereta time mengadap jem federel hway...abg drive sorang2. kakyang baca buku. tak pun kakyang usha apa org dlm kereta sebelah tengah buat..tak pun kakyang buat taik mata. hahahhaha

Monday, August 2, 2010

PGL

td kakyang dok tengok2 youtube.. tetiba kakyang terjumpa clip ni yg mmg jd feberet kakyang..layan..


"jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kembali"..ish kalaulah MNasir yg ckp mcm ni kat kakyang, mau kakyang pengsan kot. hahahha


"dari daulat dan kuasa
dari sultan mahmud melaka
mmg raja tetap raja
hanya niat dah jadi nyata
bagai intan dan permata
bagai pinang dipelah dua
puteri jawa junjung beta
bagai bulan jatuh ke riba.."

House Review

Sabtu smalam kakyang p tengok rumah. 3 buah sekali dgn 1 agent. Area yg sama gak tp lain2 lorong dan lain2 saiz.

1st agent tu bawak tengok rumah yg 40x50. semiD kluster. dekat ngan surau.cantik dah rumah org tu buat. tp ada bekas anai2 la pulak.. problem tu.

2nd tengok pulak yg 50x50 tu. besau tanah dia. tp buildup rumah kecik..bg kakyang ok la ngan price yg dia bg kan sbb tanahnya besar. depan rumah ada padang. Bagus tuk anak2 kakyang. ada tempat utk diorang main bola. tp bumbung bocor la pulak.... nak kena repair la pulak kalau jd beli.

then agent tu bawak p tengok rumah 2storey link plak. rumah tengah. ok la luas std, 20x70. yg ni pun cantik gak. kakyang berkenan sbb dia makin dekat jln besar. Lantai dia pun marble, condition cantik. cuma lantai bilik la jenis parkey. ish tak tau la kakyang ejaannya mcm mana. tau sebut ja. heheh

dekat UiTM. chances utk org nak sewa besar. murah banyak dari 2 yg atas tu. Bila tanya abg, dia plak tak tau nak ckp apa. alasan, takde xperience beli rumah. mmg la bang oii, kita mana penah beli rumah pun..ni ler 1st time berhajatnya. bg je la review dari segi suka yg mana. suka design rumah ker, suka tanah kecik besar ker, suka lokasi ker..lasstnya kami mintak tenpoh ngan agent lah. ada rezeki dia kami call semula.

Then otw kluar dari area situ, kami singgah tengok rumah kat SU. tak sampai kesitu pun, dah nampak 1 signboard rumah contoh. kami masuk cari rumah contoh tu. ingat rumah tu dah siap, tak de owner jer, rupanya mmg baru pecah tanah. cerucuk pun tak piling lg..Ye ye uncle tu promote kat kami suruh letak booking konon rumah dah tingal limited unit. tp since rumah tak jd lg ni, kakyang ngan abg cuak la skit takut2 kang rumah tak naik, duit hilang.lgpun nak tungu siap lg 2 thn rasanya mcm tak sabar plak. hehehe

Bukan kakyang ngan abg je yg tak sabar, anak2 kakyangpun. masa tengok rumah2 tu, anak2 kakyang dah siap xcited book bilik ni sapa punya yg tu sapa punya. siap nak buat bilik study lah, bilik mainan lah..heheheh lebih2 plak anak2 kakyang ni. yg si adik lg la. tanya ibu banyak duit ker bu? ibu ada duit brapa? ingat rumah tu 2,3 ratus je ke nak.. bila kakyang ckp nak hutang bank, lg banyak soalan dia tanya. adoi nak oiii..ibu nak xplain pun kamu paham ker? yg si along plak, last2 dia ckp, along tak suka semua rumah tu sbb semak dan kotor. Pdhal td dia la yg iyer2 booking bilik utk dia dulu. hehehe

haa mmg semak pun, lalang tinggi org. agent tu pun satu, tak jaga bg cantik. mcm mana pembeli nak berkenan..ptt ler ramai tanya, tp tak jd nak beli sbb tengok semak lalang tu menakutkan.

Next week kakyang plan nak tengok rumah kat SU plak. dari website kakyang tengok rumah notbad luas, harga berpatutan. lokasi mcm dah sesuai...moga2 dipermudahkan urusan dan ditemukan rumah idaman...amin.

Ni kakyang nak tunjuk hasil tanaman campak2 kakyang.. cabai idup kata org utara. cabai merah ker hijau ker idak ler kakyang tahu. sbb nak merahnya tu lambat nor, dah seminggu pun masih dok hijau lg, dari kakyang terlupa petik, baik kakyang petik sementara ingat dan nampak ni.dah banyak kali berbuah, slalu jd habuan siput jer sbb dok tunggu dia jd merah, last2 kakyang terlupa terus dia gugur dan dimakan siput khinzir. tp kali ni menjadi banyak..terus cpt2 kakyang petik.

benih cabai ni yg kakyang nak buat sambalbelacan jer, tak mo pedas sngat kakyang buang bijinya tu kat tepi rumah. bila naik pokok kakyang biar jer. haa ni la hasilnya.

Friday, July 30, 2010

House for sale

Ada sesiapa nak jual rumah? Kakyang tengah cari rumah ni. Nak rumah bertanah. Mula2 apartment/kondo tu masuk list jugak, tp bila kawan kakyang kata loan goment tak boleh condo/apt, cpt2 kakyang slash out dari list. Ada la alasan nak bg kat abg kalau dia suruh ambik aptment jer nanti. hehehe

Memang dari awal kakyang takmo apt/kondo sbb kakyang ni suka berkebun/tanam bunga. kalau kondo/apt tu tak muat nak letak pasu2 yg dah ada kat rumah kakyang sekarang ni. lgpun mcm sempit kan, tak nampak dunia.

Iyer iyer jer kakyang ni yer..pdhal beli bukan nak duduk pun. nak sewakan jer. tp sbb 1st investment kakyang, kakyang nak cari yg betul2 berkenan dihati. manalatau, kot2 tu je la satu2nya rete yg kakyang ada. dah pencen nanti ker, atau org berebut nak balik rumah sekarang ker...ada gak ler rumah yg kakyang nak tuju dan gumbira nak duduk. ye dak?

ni kriteria rumah yg kakyang tengah cari:
-bertanah. depan belakang kiri kanan tu tak kesah la mana tanah tu ada. atas rumah ada tanah? tu kubor namanya dek oii..
-keluasan dlm min 1600sqf. bukan 6x7x3 yer..tu free jer nanti..hehehe
-area Shah Alam dan sekitar la. stakat ke kota kemuning, puncak alam, subang tu boleh dipertimbangkan....kelang? no no no..jauh nor dan sesak!
-harga max RM240k tu jer yg kakyang mampu pun. lg less lg better lah kan.
ces! banyak cekadak pulak kakyang ni ek..dah tau budget ciput, idam yg lebih2 pulak...

Ha...kalau ada sesapa yg ternampak iklan rumah utk dijual, atau ada projek perumahan yg baru nak naik iklan dlm harga mcm tu...tlg2 la bgtau kakyang kat sini yer...

Thursday, July 29, 2010

Hang Tuah noo...

Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba menumpang lalu
Tuah bloger tak kira tempat
Tuah hamba menang lagi youuuu!

Mcm biasa la kakyang ni rajin baca blog org. lompat sana lompat sini. mana yg menarik kakyang komen. ada peraduan menarik kakyang join..tp sapa sangka you...ada gak ler yg jd habuan kakyang ni..

Aritu kat blog kak jie ada buat kontes mudah. sapa lawat blog dia paling banyak. saja la kakyang post mcm arahan dia tu. tak sangka pulak boleh jd pembaca blog terbanyak.Kakyang yg mmg kebetulan baru berkenalan dengan blog Kak jie ni mmg banyak la dok baca posting2 dia yg lalu tu. Posting2 kak jie ni bagus2 dan bermotivasi. tu yg kakyang suka baca blog dia. Dpt la buku pasal perancangan kewangan tulisan Pak Di. Terimakasih kak jie...moga murah rezeki dan terus buat contest lagi..hehehe

Minggu lepas plak, kakyang ada post komen kat blog orkid ibu & aisyah pasai cerita anak buah dia mcm nampak sesuatu...tak sangka kakyang jer yg komen pasal cerita tu..jd kakyang menang la. menang tanpa bertanding kan..aci la tu...janji dpt hadiah free...heheheh

Timerkasih yer blog ibu & aishah....cerita la lagi. syok kepoci cerita org nih. hehehe

Oh. cita mcm mana kakyang boleh masuk blog orkid ibu & aisyah yer? Asalnya sbb kakyang dok cari info pasal penjagaan orkid. kakyang baru berjinak2 dgn orkid. Jd ni antara blog orkid yang kakyang selalu singgah tengok la..bila tengok bunga orkid org cantik2..adoi..hati kakyang ni sedih bila orkid2 yg kakyang ambik dari rumah mak tu tak mo berbunga..tu baru yg senang nak jaga..kalau yg orkid mahal tu tak brani la kakyang nak bela. takut tak panjang usia pokok2 tu ngan kakyang ni. hehehe

takpalah, biarlah kakyang jamu mata ngan orkid org dulu. orkid kakyang dah berbunga nanti baru kakyang pk balik nak tambah koleksi ke tak..tp kalau dpt freeee nak aje...hehehe
meh jamu mata orkid kakyang kakyang ada. ni bunga2 asal masa kakyang ambik dari mak. pas tu sejak kakyang jaga tak berbunga dah kecuali yg putih liberty tu ..

Wednesday, July 28, 2010

Bunga Cinta Listari

Di laman kakyang ada bunga. tp kakyang tak de 'bunga'. Jd..tak de can la mak ayah sesapa nak dtg berpantun memetik 'bunga' di taman kakyang. Tp penah sekali ada org yg kakyang tak kenal tetiba masuk laman rumah kakyang tanya pasal bunga. sbb diorang pelik tengok bunga tu besar..dan wangi...
Penah tengok bunga ni? Ini namanya bunga tembaga suasa..tp pokoknya dah mati pun..kakyang tak tau kenapa.

Ni pulak bunga ros kakyang yg baru bunga sulung. Bunga sulung di tangan kakyang sejak beli bln mei aritu. Kakyang tak dpt nak snap gambar yg berkualiti sbb kakyang balik rumah dah gelap, kluar rumah pun masih gelap. nak plak kat luar tu tak de lampu. bila snap ngan hp cap ayam kakyang ni..gambarnya mcm ni je la...sbb semalam hujan lebat, satu kelopaknya dah carik...huhuhu