Tuesday, October 26, 2010

CEUPACs- udah2 la tu...

Sebenarnya kakyang tak setuju dengan permintaan ceupacs untuk lanjutkan umor persaraan ke 60 tahun ni. Dari pemerhatian kakyang yg baru setahun jagung pegang jawatan sebagai penjawat awam ni, apa yang kakyang nampak, rata-rata yg umor 45 tahun ke atas dah tak produktif bekerja.

Nak pulak kalau setakat jawatan sokongan bawah. terutama perempuan la. sebahagian senior2 kat ofis kakyang ni nampak dah mandom bab nak buat keje tu. tak boleh bg task lebih skit dari apa yg dok buat hari-hari. kdg2 sbb diorang tu lebih senior umor, melawan jer ckp pegawai baru. nak ikut kepala otai diorang jer. kalau yg positif tu tak per la juga. ni semua kearah ikut suka aku nak keje ke tak, apa aku peduli. janji gaji masuk bulan-bulan. ramai yg dah mengeluh tak larat. tak de mood nak keje. nak tunggu umor pencen jer. aritu dah naik 58. minta pulak nak jd 60 thn?!!

bayangkan ek. umor 50 thn tu kita dtg keje dah terbongkok2. dah ada yg sakit urat, sakit sendi. tulang reput tak cukup kalsium la. dtg keje. buat keje sambil picit2 lutut...cam nor kalau umor 60? rasanya mcm kartun ni kot ek...hehehhe

No comments: