Ni KakYang nak beletiaq skit ni. Kalau depa-depa ni anak2 kakyang, dah lama kakyang taboh2 sampai sakit tangan sendiri. Kalau time muda dulu kakyang main tibai ngan rotan sampai hancoq.
Kakyang geram sangat kat 3 kembar kerani2 kat ofis kakyang ni. Kalau kakyang nak guna kuasa Veto tak bertauliah pada kakyang ni, dah lama depa ni kena tindakan tatatertib.
Apa laa salah depa sampai kakyang nak taboh mcm tu no...Banyak dik non oiii...kalau kakyang nak senarai ni mmg buat perabih ayaq liuq ja. yg paling ketara ada 2/3 benda la.
Buat ofis ni mcm makbapak diorang punya. Mmg makbapak diorang punya la kalau makbapak diorang tu bayaq cukai. kalau tak bayaq maksudnya depa ni dok makan gaji buta hasil cukai makbapak org lain.
Nak masuk ofis ikut suka. pagi tak pa lagi la, tu pun tak boleh nak detact depa masuk lewat ke tak sbb tau depa dok suruh org clock in kalau lewat.
t/hari keluar awai pulak. semua org kluaq awai, tp kalau kul 11 dah keluaq, balik kul 3 apa kejadahnya tu. agak2 la sikit. dah keluaq awai, reti2 la balik cpt. Dah org lain punya kerja dok terbantut dok tunggu depa tak balik lunch lagi. sakit hati dak. masa itu emas tau bagi org kalut mcm kakyang ni. haih..
Dah tu kalau depa ada pun bukan buat kerja. tuhaa kakyang order barang dah brapa bulan tak sampai2 lagi. sampai apa yg ada tu dah abis atau nak pakai baru terkontang kanting ckp tak tak buat lagi. Apa depa dok buat? dok main FB, dok tengok TV3 online, segala cerita maknenek telenovella dlm tv tu depa tau. kalau berfb tu komen org punya status berpuluh2x.
puas berfb/tengok tv, browse blog pulak, tengok itu ini. abis tu dah penat sngat, p dok lepak depan meja org lain buka mesyuarat tingkap pulak. siap boleh buka salon kat situ. mekap2 org. ko mekap aku. aku mekap ko. nak pulak time bos tadak mcm ni, mmg raya sakan la depa. stakat ketua unit tu depa tak heran weh..
Yg lagi kakyang sakit hati, kakyang dah bagi notis, bg reminder awai2. tlg siapkan dokumen apa yg ptt. bos nak outstation.dah tau bos tadak baru la nak huloq dokument2 utk bos t/tngan. sapa nak sign semua tu? delay lagi kerja2. bila pegawai/vendor bising2 balu la nak tempik ingat depa hamba ka apa ka. salah sendiri la buat keja ikut suka ja..hei...degei.ketegak *tuut* betoi.
eiii sakit tau. kakyang tak marah kalau depa buat semua lagu tu kalau semua kerja dah selesai, tip top, tak menyusahkan org. tak de delay2. tak de peram2. asal semua done cukup la. ni tak. asai tanya, tak buat lagi, tak sempat la apa la, tp bila pi sana nampak dok main ja. sesekali tak pakpa la..tp jgn la hari2 mcm tu...adoi la adik2...hangpa tak takut ka gaji hangpa dapat tu tak berkat...duit tu la hangpa dok bg makan anak2 hangpa...
Frust la kakyang dgn depa ni. tp pd kakyang depa jd mcm ni sbb dari awai dok keje gomen. dok nampak senior2 mcm tu, depa pun jd la mcm tu.. cuba masa awai2 kerja tu depa kerja swasta dulu, mesti la attitute lain skit.
Tu la, kakyang bersyukur sngat dgn pengalaman kakyang masa kerja swasta dulu. nak pulak syarikat banyak sediakan ilmu kerohanian pada staf. masa tu kita rebung lagi kan. jd senang la nak lentuq2 lagi. bila masuk gomen ni, tak la terjebak ngan attitute kerja yg teruk.
apa2pun, apa yg kakyang dok belitiaq tu adalah ingatan utk diri kakyang juga. kakyang pun bukan baguih mana pun, tp bersederhanalah dlm setiap perbuatan....
No comments:
Post a Comment