[1]Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
[4]Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
[5]Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8](Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
[12]Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
[16]Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Petikan diatas kakyang copy paste dari website ni.. harap2 terjemahan ni betul la yer..kalau ada yg tak kena tu harap inform kakyang semula tau. Kakyang ni cetek ilmu pasal2 ni. tp bila dah tanya encek google, semua serupa jer terjemahan tu.. insyaallah betul.
bila sebut Iqra' ni selalu kakyang teringat anak2 kakyang masa mula2 belajar baca Quran dulu. mmg susah gak la nak mengajar sbb kakyang mengajar cara mengeja. kakyang dulu belajar ngan mak jer..anak2 kakyang pulak belajar sebutan terus. jd bila dengar diorang baca tak kena, kakyang betulkan cara dgn mengeja. diorang jd mcm kompius plak bila kakyang dok sebut baris atas baris bawah bunyi apa. hehehe.
Alhamdulillah..anak2 kakyang dah lepas naik ke AlQuran sekarang. Si adik cepat skit. laju jer bila baca yasin masa tahlil mak yong diorang ari tu. tp Si along masih merangkak rangkak. Lgpun along tu ada masalah sebutan skit, sbb dia ada masalah ngan anak tekak. Jd kakyang tak salahkan dia bila dia lambat skit membaca...
Anak2 kakyang mmg suka membaca. Agaknya ikut perangai kakyang kot. Kakyang masa sekolah dulu librarian. Mmg heaven gilalah library sekolah kakyang dulu. besar, beribu2 buku ada. bila tiap2 kali cikgu beli buku baru, terutama novel, mmg jd tugas kakyang la nak kena baca, buat summary dan rekemen kat cikgu ptt beli ke tak..sanggup sampai ke malam kakyang sengsorang kat library tu sbb nak baca novel2 tu. usiklah ada hantu ker.ada jembalang ker kat situ idaknyer kakyang peduli..janji dpt baca semua2 tu..heheheh crazy!
Jd kakyang suka la bila anak2 kakyang minat membaca. terutama si adik tu. dia suka buku2 yg berkaitan benda2 pelik, cerita2 mcm xfile tu. jd kakyang banyak koleksi buku2 mcm tu. Dulu kakyang belikan diorang majalah mastika jer..tp since topik2 majalah makin kureng menarik dan topik2 yg makin xxx. kakyang dah tak beli dah. kalau ada xpo atau pameran buku, mmg kakyang akan heret anak2 kakyang sama ke sana utk beli buku. habis banyak takpe asal anak2 kakyang nak membaca. tp tak la semua yg diorang nak tu kakyang belikan. kakyang beli yg boleh jdkan ilmu dan ada pengajaran pd diorang jer..kalau stakat bacaan kosong, maaf ler..guling2 atas lantai pun takkan kakyang belikan.. kat rumah kakyang tu tak penah jejak majalah hiburan. komik takpa.
Nak tau sekarang kakyang tengah baca buku apa? haa..ni la...
yang buku yakjuj makjuj tu si adik la yg mintak sngat kakyang belikan. dia tak abis baca lagi sbb buku tu complicated skit. dia baca skit ari tu. baca sebaris, tanya kakyang apa makna perkataan yg dia tak paham. peh tu baca lg skit. tanya. last2 dia letak, ambik buku lain. la ni kakyang la pulak yg dok baca pelan2 sbb dok nak phmkan asal usul yakjuj makjuj tu...pening gak.
ni pula buku yg kakyang dpt dari contest kat blog kak jie ari tu..(mekacih kak jie.. :)..ala yg kakyang citer ari tu la...baru baca skit. dok gilir2 ngan buku atas tu. jemu yg ni baca yg itu, jemu yg itu, baca yg ni..baca pun sblum tidor atau dlm kereta time mengadap jem federel hway...abg drive sorang2. kakyang baca buku. tak pun kakyang usha apa org dlm kereta sebelah tengah buat..tak pun kakyang buat taik mata. hahahhaha
No comments:
Post a Comment