Friday, August 6, 2010

Diiii Ambang Wati..

tu lagu lama wing la..yang sebenarnya di ambang ramadhan...Bau-bau Ramadhan dah mula 2,3 minggu lepas bagi kakyang. petang2 bila balik ambik anak2. bau makcik2 tengah masak utk dinner menyebabkan kakyang terasa mcm sampai waktu berbuka dah.

Dulu masa kakyang kecik2. Bulan ramadhan ni mmg ditunggu2 la. sbb tau lepas posa mesti raya kan? raya maksudnya dpt baju baru! dapat duit raya! bleh jln2 balik kg mak! tulah pengertian bg kakyang masa kanak2 dulu. makin membesar dan makin tua ni, maknanya tanggungjawabla pulak. 1-pd agama, 2- pd keluarga terutama anak2.

Masa kecik2 dulu kalau bangun makan sok, mak yg kejutkan. kul 4.30pg kami sok. Sok tu maknanya sahur la. nasi panas2 lg..mesti ada telur masin. Mak kakyang mesti masak baru. tak de yg lebihan buka puasa. jd bila nak makan tu mmg berpeluh2 la panas dlm dingin subuh tu..kejap jer mata jd segar sbb kena wap2 masakan panas tu. hehehe

Sebelum makan, mak akan bacakan niat berpuasa dulu. kami adikbradik ikut baca niat ngan mak.

Sebelah petang pula mmg wajib tolong mak siapkan makanan utk berbuka. Mak masak sendiri. zaman tu mana ada gerai2 ramadhan ni..peh tu nanti agih2kan kat jiran2. jiran2 plak balas ngan menu masing2. end up, masa nak berbuka tu mau 5,6 menu tambah atas meja tu. Dah boleh berbuka, nanti pusing la pinggan makanan tu pakat rasa sorang sikit. Yelah, keluarga kakyang ni serba serbi makan. jd semua nak merasa la.

Menu yg paling kakyang suka bila bulan ramadhan dulu2 ni adalah nasi ulam. nasi ulam tak sama mcm nasi kerabu. . nantilah bebila kakyang free, kakyang tuliskan mcm mana nak buat nasi ulam utara. sedap....teringat nasi kerabu mak yg dah bertahun kakyang tak rasa.

Masa bujang, ramadhan kakyang simple jer, sahur dah tentu tak, kalau niat bersahur pun mkn tengah mlm ngan bf jer. berbuka belum tentu kat gerai, entah2 kat pejabat jer sbb kakyang kerja shif. time off jer la dpt berbuka ngan bf kat gerai.masa tu bujang, menyewa plak...jd ikut suka la mana yg dan.

Bila dah kawin ngan salah satu bf terpilih tu..cewah...nak bgtau banyak bf la tu kan...hahahah perasan. yg satu tu abg jer, yg lain tu banyak teman tp mesreeee sbb diorang tau kakyang dah ada bf, jd tak de la nak tackle lebih2. kalau abg tau ni..mampos kakyang...opppss..opppsss...dah lari cerita nih..

So, bila dah kawin ngan abg,1st ramadhan lepas kawin tu mmg trill la bg kakyang. bab memasak tu tak de masalah sngat, sbb kakyang bergilir2 masak ngan arwah yong. tp selalunya arwah yang banyak memasak sbb dia bangun lg awal dari kakyang. masa awal2 berpuasa tu mmg bersahur la, tp bila dah 2,3 hari bersahur, masing2 mula malas nak bangun sahur, lastnya yong pun dah malas nak masak sbb tak de sesiapa nak makan. jd lama2 aktiviti sahur tu mmg takde dlm rumah kitorang.

abg mmg tak bersahur. kakyang tak suka bersahur, sebab malas nak layan perut yg tak selesa subuh2 dah sumbat makanan. adik ipar kakyang pun mcm abg dia jugak. dpt minum jer pun jdlah. yong pun sama. bg dia sahur ngan kurma dah cukup. mcm tu lah sampai anak2 kakyang dah berlatih berpuasa.

bila anak2 kakyang dah berlatih berpuasa nilah baru kami bersahur semula. tu pun sbb kakyang tak mo anak2 kakyang lapar bila kat sekolah. mula2 diorang belajar puasa tu kakyang masak makanan berat2, tp budak kan, tengah mamai2 tu kena bangun makan, mana ler diorang lalu nak makan. suruh makan sendiri langsung tak abis sesenduk nasi pun, lastnya kakyang yang suapkan.

Hari-hari seterusnya, kakyang suapkan je lah terus, cepat dan pantas. kejap jer dah boleh masuk tidor balik. tu pun sambil diorang tersandar kat bantal mata pejam, mulut buka bila kakyang dah hulur nasik/makanan ke mulut. hahahaha mcm anak burung. tak kisah la nak oiii janji korang nak puasa.

Berbuka pun jd masalah pd kakyang. sbb kakyang ngan abg keje jauh,mengadap jem lagi. balik rumah hari2 biasa pun dah terbabas waktu magrib. jd anak2 kakyang ni mmg banyak buka puasa ngan ummi yg jaga diorang la..kdg2 kakyang pun sama berbuka kat situ. sibbaikler tu sedara jugak,kalau tak..mau anak2 kakyang berbuka ngn azan isyak tu. kesian anak2 kakyang tu kan..

Jd, adakah ramadhan kali ni semua akan berulang kembali..jawapannya? ya. dah tentu la..tp kali ni kakyang dah ckp ngan abg supaya cuba balik awal. Kakyang pun kena la pejamkan mata dan tolak tepi timbunan2 kerja tu... sekurang-kurangnya dpt berbuka kat rumah ummi bersama2 pun jdlah...nampaknya kena bayar ummi lebih skit bulan ni..kena la berbahasa kan bila org dah berbudi. kalau sempat balik berbuka kat rumah laagiii bagus. tak de la nyusahkan ummi.

Apapun, kakyang mengambil kesempatan ini untuk mohon maaf jika ada ketelanjuran dan salah silap...niat di hati nak menjalankan ibadat puasa tu ngan hati yang tenang dan bertawaduk. semoga allah memberi kelapangan dan meringankan badan gumuks kakyang ni untuk memperbanyakkan amal di bulan yg mulia ini..amin...

No comments: