kakyang bosan ari ni. bos tadak. keje pun kebetulan tadak. tadak yg baru jer..pdhal yg kiv tu melambak2 dlm tray tu. tp malas nak buat. hehehe
Sbb bosan hari ni kakyang baca balik apa yg kakyang pernah post. banyak pulak hutang post kakyang kat situ. 1 pasal jalan2 ramadhan anjuran ben ashari tu. ala... lupa la nak post hal tu. takpelah...dah lepas ramadhan pun. lgpun bila kakyang pk apa nak jamu org, jd mati idea pulak.
Next cerita yg kakyang kata nak cerita dlm post winter sonata tu. pasal bf kakyang meninggal. nak citer ke tak? citer? tak? citer dah lama pun. kulit2 kakyang ni pun dah berkedut pun...citer? tak?
oklah. kakyang citer brief je lah..tak yah detail2 la yer..lgpun dah tua2 ni nak citer cintan cintun sedih2 mcm ni dah tak sesuaii..
citernya..ni citer masa zaman2 sekolah dulu la. masa kakyang dok ngaji kat kuantan. kat poli. so kakyang kenal si KA ni masa kat sana la. dia adik angkat member kepada member kakyang. so group KA ngan group study kakyang ni slalu outing togeder2 gitu. endup kakyang ngan KA jd closed. closed2 gitu je la tak de la lebih2 lagi..tp member2 kakyang mmg perasan la keakraban kitorang ni lain skit.. so mmg jd mangsa usik kawan2 la. kakyang plak masatu malu-malu kucing.. :P
Then masa sem 3, kakyang kena kluar kampus utk buat LI, KA stay at campus lg sbb dia baru sem2. Jd kitorang calling2 dan jumpa sesekali je la. zaman tu mana ada hp2 ni dek nonn...
Semester 4, kakyang masuk semula kampus, dan KA patut kluar kampus utk LI pula. terkejut kakyang bila jumpa KA masa pendaftaran kat kampus pg tu. rupanya dia repeat semester sbb ada paper tak lulus. mmg teruk la KA kena leter ngan kakyang. KA senyum jer dengar kakyang bebel.
So 2,3 hari lepas tu KA ajak kakyang n the group outing. since class pun tak start lagi kitorang setuju jer. tp end up hari sabtu tu tinggal kakyang ngan dia jer sbb yg lain2 tak jd nak ikut pulak. Bila tinggal 2 jer, panjang la langkah kitorang. sampai ke chukai trengganu kami meronda. Time tu la KA luahkan hati pd kakyang...maklumlah sebelum tu dah ada suka..bila dia pun dah bersuara,...apa lagi..bercanda di tepian pantai la kitorang hari tu..tiap2 pantai kami singgah. bercerita mcm-macam. maklumlah cinta baru berputik...eiii gediknya.
dari pagi sampai ke petang kami meronda. kul 6 ptg baru KA antar kakyang balik asrama. esoknya tu kakyang melepak la kat bilik member kakyang. bercerita pasal ronda2 semalam tu. dlm dok bercerita tu, ada org dtg ketuk pintu bilik cari kakak angkat KA yg sebilik dgn member kakyang tadi. Since kakak angkatnya tak de, dan kami nampak muka budak tu pun cemas semacam jer, member kakyang pun tanya la kenapa? ada masalah ker? Adik tu pun pandang kakyang. dlm serba salah dia bgtau KA dah meninggal...
Bagai nak pengsan kakyang time tu..mana nak percaya, baru semalam dok meronda ngan kakyang seharian, hari ni plak dpt berita dah meninggal. kakyang kata adik tu tipu. adik tu kata, kalau tak percaya tepon rumah dia. dia cari kakak angkat KA pun sbb nak suruh sampaikan berita ni pd kakyang jer. Tak sangka plak kakyang mmg dah ada kat situ.
Apa lagi..bedezup la kakyang lari balik ke bilik bilik kakyang kat blok lain. dah tu tingkat 5 plak. masa tu tak terasa pun yg bilik tu tinggi. kejap jer dah sampai bilik, ambik buku phone, terus turun bawah semula tepon dari publicphone.
Adik KA yg angkat. adik dia mmg dah kenal kakyang. kenal nama je la. dlm tercungap dan gigil tu kakyang tanya adik dia betul ke berita yg kakyang terima tu?
"betul kak..abg dah takde.. mak ngan babah dah ke hospital utk tuntut.."
"su..jgn tipu akak su...baru semalam abg jumpa akak.." kakyang masih tak percaya.
"kak.." su adik KA dah start nangis sama. terus terlepas ganggang telefon tu..terasa lantai asrama tu mcm jongkang jongkit jer..terus kakyang terduduk. over ek..
Rupanya, lepas antar kakyang ke asrama, KA kluar semula dengan kawan2 serumah dia ke TC. on the way balik tu, KA yang drive dan cuba potong kenderaan lain kat depan. time tu la terbabas dan langgar pokok. dengar kata kereta tu total lost, sorang member sebelah KA turut meninggal, 2 lg cedera parah dan salah sorang meninggal 2,3 hari selepas tu..berita ni mmg menggemparkan kampus la. sbb ramai tau kakyang ngan dia closed, so banyak ucapan takziah yg kakyang terima. Sorang member rapat dia dtg bercerita ngan kakyang kenapa dia repeat semester. Rupanya sbb kakyang. Kalau dia keluar utk LI sure tak dpt jumpa kakyang sbb lepas dia masuk campus semula, kakyang dah grad time tu. sbb itu dia sengaja fail beberapa subject semata2 nak make sure dpt jumpa kakyang lg...
tp tu lah..jumpa pun seminggu jelah, lepas tu dia dah pergi buat selamanya...
mcm citer rekaan je kan..tp tu la pengalaman yg kakyang alami sendiri..dah 15 thn citer tu..tp masih segar dlm ingatan..apa pun Al-Fatihah utk KA. semoga rohnya aman di sisiNya..
No comments:
Post a Comment