Ofis terbakar panggei bomba..
Bomba datang berlumba-lumba...
Tu je yang kakyang tau..apa sambungannya, cam ner mulanya idak ler kakyang tahu. dari kecik kakyang tahu 2 baris tu jer.. :P
apa cerita tolong! tolong! ngan lagu bomba-bomba nie?...Alkisahnya..tanggal 7 sept yg lepas tu...hari last kakyang keje sebelum start cuti raya la..ofis kakyang terbakar!
Haaaa kelam kabut semua org. awal2 pg lg dah ada sorang oficer cari bos kakyang. katanya ada nampak spark disusuli blackout kat salah satu bahagian di ofis kakyang ni..
masa tu plak bos kakyang tengah meeting kat level atas tu. tak sampai beberapa saat, dah dengar benda meletup dari level atas tu. kelam kabut la semua staf. kakyang naik tengok. rupanya ada kebakaran kat bilik server. bos dah ada situ sbb bilik mtg tu sebelah jer..bila tengok diorang kelam kabut cuba padamkan api ngan pemadam gas tu, kakyang turun bawah semula untuk ambik lagi pemadam dari tempat lain sbb tak cukup. tak sempat kakyang naik semula. KEDEBOMMMM! lagi sekali meletop kuat. tekejut kakyang!. terus kakyang terbayang bos, dan sorang 2 staf yg dok tolong tadi mesti terpelanting ker..terbakar ker..injured ker...dah tu staf lain yg dok tengok ramai2 td semua lari lintang pukang. lagi la menakutkan kakyang. takut imaginasi kakyang tu betul2 jadi. nauzubillah...
Tp alhamdulillah semua selamat. bila nampak staf yg td dok sembur alat pemadam tu selamber jalan sambil tersengeh...baru lega hati kakyang ni. Lepas tu terus la ikut prosedur kebakaran..kami semua berkumpul kat luar. bomba dah panggil, pej keselamatan pun dah datang. tp yg kelakarnya, sbb bangunan ofis kakyang ni bangunan lama, bomba tak dpt masuk. dari mana arah pun tak sampai betul2 ke ofis kakyang. nasib baik la tempat kebakaran tu mmg dah tersedia dengan alat cegah kebakaran yg special, jd tak la merebak ke tempat lain.
Akibat dari kebakaran yg nampak kecil tu, lumpuh la satu syarikat kakyang keje ni...internet down, power supply tadak. Nasib baik ler time tu kebanyakan jabatan lain dah start cuti raya..jd tak la ramai sangat yg nak complain pasal service interuption tu.
sementara menanti bomba ngan pej keselamatan check2 semua tu, dah ramai staf ofis kakyang ni hilang. bukan hilang dlm kebakaran tu..tp hilang dari ofis terus. ada yg dah sampai shoping complex. ada yg dah sampai jln TAR. ada yg sampai rumah!..mak aiii hebat2 ofismate kakyang nih.
tp rugi la..kakyang tak tak terpk nak ambil gambar insiden ni...yg dpt pun yg tah apa2 mcm ni jer...tak boleh jd paparazi lah kakyang ni kan...gambar mcm ni kalau hantar ke media tak laku pun..hehehehe. layan je lah...
No comments:
Post a Comment