last week member kakyang ajak join hunting waterfall di area batang kali. mentelah takde apa rancangan dan nak training utk trip julai nanti, kakyang gagahkan diri setuju ikut wpun sebenarnya badan tak berapa sihat lagi.
kakyang demam teruk lepas seminggu balik dari apad runan. pastu ikut family makcik pergi holiday kat PD. masa di PD tu lah kakyang demam terus terbaring. pekej sekali dgn selsema dan batuk. lengkap.
baru baik sikit, dah masuk hutan pula. pewai terus wpun trek nak ke waterfalls tu melandai naik sikit-sikit je pun. jalan dgn badan seram sejuk nak pitam sampaikan separuh jalan, kakyang dah sebut nak patah balik. tp kalau patah balik sorang-sorang lg bahaya.
nak taknak, kakyang teruskan juga pelan-pelan di belakang sampailah akhirnya kami tiba di waterfall yg dimaksudkan.
memandangkan waterfall tu kecik je dan mcm tak puas nak mandi, kwn-kwn kakyang ajak pergi lg satu waterfalls yg berdekatan. diorang potong lurus sahaja dgn menuruni cerun tegak sampailah ke waterfall tersebut.
dari jauh dah dengar bunyi deru air yg kuat. bila sampai dpn mata dan nampak waterfallnya yg cantik. terus rasa x menyesal kena turun tebing curam tadi. kekekeke
jom layan gambar..
No comments:
Post a Comment