sehari dua ni KY kehulu kehilir mencari kedai untuk duplicate remote kereta anak bujang kecil. 2 hari lepas dia mesej bgtau dia tercicir dan kehilangan kunci kereta semasa keluar makan dgn kawan-kawan.
macam mana dia balik? dgn kereta lah. hehe. kereta tu pakai push start button. masa tengah tunggu org yg double park alihkan kereta, katanya dia terletak kunci atas bonet (katanya). pastu dia lupa ambik dan terus gerak balik. dah kat asrama baru sedar remote kereta takde. huhuhu
nak marah... tp kena sabar.
nak marah... tp kena sabar...
phuhhhhhhhh.
aduhaiiiii...
makanya... semalam kakyang dah try cari kedai kunci kat area rumah. tak dpt buat duplicate. hari ni, cari pula yg area ofis, pun gagal duplicate. alasannya... kena setting dari kereta sendiri.
itulah masalahnya bila kereta dah di modified. dan tukang modifiednya pun dah takde. bila timbul masalah, macik jakun ni lah yg terkial-kial nak kena uruskan. huhuhuhu..
bila gagal duplicate tadi, kakyang decide hantar je yg ada di tangan by courier dan minta anak bawa ke kedai kunci di sana nanti. tp gayat juga takut pendua yg ada tu keciciran dlm penghantaran.
harap2 selamat sampai ke tangan anak nanti.
alang2 keluar dan berada di kawasan sec 14 td, kakyang ambil kesempatan untuk bungkus makanan di kedai kegemaran dulu2 masa zaman bercinta dgn pacik korang.
hahahhaha mengimbau memori la kejap kan.
mula-mula singgah bungkus nasi ayam goreng di kedai Melaka. dgn happynya menjinjit nasi goreng nan sebungkus tu balik. dlm perjalanan ke parking, terlintas pula gerai asam laksa feveret. dulu selalu makan sambil dating dgn pacik korang di sini. terus reverse langkah dan masuk semula ke food court tersebut dan menuju ke kedai apek asam laksa. mula2 order 2 bungkus. pastu terfikir pula hari ni mcm nak tido di rumah sec 10. tambah order jd 3 bungkus.
sementara menunggu siap bungkusan tu, kembang kempis hidung kakyang menghidu bau asam laksanya yg menggoda. aduhaiiii x sabar nak balik mkn.
kalau korang ke sec 14 PJ, singgahlah kedai pakcik ni dan rasa ke enakan asam laksa dari kedai ni. pasti tak menyesal punyalah..
No comments:
Post a Comment