Wednesday, June 15, 2022

Sensitive

korang sedia maklum kan yg adik ipar (adik arwah suami) KY meninggal mengejut baru-baru ni pd raya ke 4.

Masa KY dapat berita tu, KY baru sampai di rumah dari kampung diorang. baru letak punggung atas katil nak rehat selepas perjalanan yang panjang di musim perayaan yang memenatkan.

Tiba-tiba.. kak ipar KY call dan kak ipar maklumkan dlm sedu.

"adik meninggal, balik rumah sec 10 ya." ya ka? eh.. baru semalam jumpa adik di kg. kenapa tiba-tiba boleh meninggal?

KY terkedu. gigil tangan yg pegang hp. gigil badan.lutut terasa jelly. KY bingkas bangun. capai handbag, kluar bilik, ketuk pintu bilik anak bujang dan maklumkan berita.  kebetulan yg ada kat rumah hanya si kecik. kakyang terus gegas ckp dgn anak bujang.. "bangun, kita balik rumah sec 10. pakcu meninggal."

anak bujang KY sendiri mcm tak percaya. 
"Biar betul ibu?!"
"Tak kan ibu nak main-main dgn perkara mcm ni?" kakyang balas.

terus dia turun. capai kunci dan sekejapan kami mula bergerak ke rumah sec 10.

Dlm perjalanan, kakyang call anak sulung yg dah keluar utk melepak.
"Along kat mn?"
"baru sampai AB bu."
"Batalkan program along. Balik sec 10. pakcu meninggal." lagi sekali kakyang ulang ayat yg sama.
" Betul ke ni ibu?" lg sorang anak tak percaya dgn khabar berita ini.


dari berita itulah rumah sec 10 dilimpahi dgn ahli keluarga, sahabat handai dan jiran2.

kini, dah lebih 40hari arwah meninggal. kakyang dok bergilir rumah. sekejap di sec 10 menemani biras kakyang  beriddah, sekejap balik ke rumah PA meninjau-tinjau anak bujang yang tinggal sorang. mcm tu lah kakyang to and pro sebulan lebih dah.

dan sebulan lebih jugalah keluarga mertua kakyang masih dlm mood berkabung. kakak-kakak ipar, anak-anak buah tak habis-habis singkap dan geledah album2 lama yang ada gambar2 arwah.

biras kakyang lagilah. tak putus-putus belek gambar-gambar yang ada dlm hp arwah suaminya. habis segala mesej2 baru, lama dibacanya, kemudian dia akan tanya kami.

"ini siapa cik?"
"ini siapa kkak?"
"ini gambar di mana?"
"tengah cerita apa masa gambar ni?"

bla.
bla..
bla...


Dan hari ni.. anak buah kakyang fwd lg 1 gambar family bergathering semasa raya tahun 2018. 
cepat-cepat kakyang reply.."1st raya tanpa pakcik"

sengaja kakyang tulis begitu. agar mereka sedikit elert berkenaan perasaan kakyang ketika diorang menyingkap kembali memori-memori bersama pakcu diorang, diorang lupa gambar yg sama meyingkap memori dgn pakcik diorang.

bukan tak boleh kenang, tp berpadalah. bagilah masa utk yg kehilangan ni bertenang dgn tidak menyingkap memori lama. bglah ruang utk yang baru kehilangan ni utk redha dgn tidak terlalu menyebut-nyebut nama arwah. bagilah kami bertenang. diamlah seketika sehingga yang baru kehilangan ini ready untuk bercerita semula.

Kakyang cuba rationalkan hati. mungkin cara pemergian mengejut adik ipar kakyang memberikan impack besar pada semua.

Tapi kakyang tak boleh nak rational bila mereka secara berlebihan sway dgn kesedihan yg  berterusan.

Ya. mmg semua terkesan. kakyang sendiri terkesan. adik ipar tu lah yg serumah dgn kakyang hampir 20 tahun sebelum kakyang pindah keluar dari rumah sec 10. itulah adik ipar yg membesar di dpn mata kakyang. adik ipar yg kakyang treat mcm adik sendiri. dari bujang sampai dia kawin dpn mata kakyang. sampin kawin dia kakyang yg ikatkan. hantaran dia kakyang yg buatkan. siapa tak terkesan bila dia meninggal tiba-tiba? 

kakyang lebih tak boleh nak rational bila ada ipar kakyang ckp mcm ni..
"jgn samakan masa arwah man takde, dgn masa arwah adik takde. adik meninggal mengejut. arwah man sakit."

so what bila sakit? does it means kalau sakit akan meninggal? uols wish arwah meninggal?

kakyang hanya boleh tanya soalan2 tu dlm hati. terasa sembilunya.



No comments: