Tuesday, June 21, 2022

Udang buttermilk

 hmmmm hari ni terrajin post pula. bukan sbb rajin pun. sbb malas sebenarnya. hehehehe

kakyang tengah tunggu time utk punch out. dah malas nak tengok kerja jdnya. 

teringat kejadian 2 hari lepas kakyang masakkan udang buttermilk utk anak bujang. abis sepinggan udang utk kami ber2 je. kuahnya pun abis kakyang tibai.

meh kakyang bg resepi udang buttermilk

udang- bersihkan dan gaul dgn tepung segera atau tepung jagung
cili api - kuantiti ikut suka pedas. potong kasar
4 ulas bawang putih- cincang halus
2 pelepah daun kari
susu segar
butter/minyak

panaskan minyak dan goreng udang separa garing. jgn terlalu garing. nanti udang keras. toskan ke tepi.

dlm minyak yg sama, tinggalkan dlm 2,3 sudu sahaja + butter 2 sudu dan goreng bawang putih, cili api dan daun kari hingga naik bau, pastu + susu segar 1 cawan. agak2 nampak susu dah menggelegak, masukkan udang goreng tadi, gaul2 sebentar  bg mesra dan tutup api.

angkat, hidangkan dgn nasi panas... hmmmm sehingga menjilat jari.. nyum nyum





No comments: