Wednesday, June 22, 2022

Gunung Apad Runan : My Side Story

**Amaran:
Post ini akan agak panjang. Baca atas risiko kerosakan mata sendiri. kekekeke

Ariakan... kisah bermula bila KY termakan racun ke gunung ini masa trip ke Tama Abu tahun lepas. Excited nak join bila dengar Gunung Apad Runan masih belum dikenali org. mmg ya pun. bila kakyang cerita nak pergi mendaki Apad Runan, semua org mcm pelik dan tanya kat mana tu? makanya..kakyang terus sign up dgn abg sham. dup dap dup dap menanti detik sampailah ke tarikh berangkat.

sebelum berangkat, depa dok discuss pasal porter, pasal khemah. kejap nak porter, kejap tanak. kejap nak tido fly je, bila dengar banyak pacat, nak tido khemah pula. kalau  bawa khemah, siapa pula nak pikul? larat ke pikul sendiri? hahaha

dlm dok p mai p mai tu, lastnya kakyang ambil keputusan takyah porter lah. mahal.  pikul sendiri. haritu dah pernah pikul beban berat masa pergi Gunung Benum, KY bisik dlm hati. boleh kot. kot..... huhu

Setibanya di Miri, kami overnite 1 malam di homestay bagi menanti ketibaan line up yang lain. the next day barulah kami naik MAS Wing untuk ke Bario. dalam perjalanan ke sana, flight melewati Bukit Batu Lawi. Teruja tengok keunikan bukit ni dari dekat dan dari atas awan.


Tak sampai 2 jam kami dah sampai di Bario. satu perkampungan kaum Kelabit yang terletak di lembah antara banjaran2 Kelabit. Petangnya kami ramai-ramai jalan2 tengok bario sikit dan warm up dgn menaiki bukit kecil di belakang pasar bario. Disebabkan Bario dah terletak di tanah tinggi, suhu di sini agak dingin. ala2 cameron highland je.. 

Day 1 di Bario. Gambar kenangan bersama team KL dpn Terawe Homestay yang menjadi penginapan kami di awal dan akhir xpdc.
bersama Dato Walid dan Abg Khalid yg meluangkan masa dtg juga wpun tak dpt nak ikut xpdc

Pada hari ke3, kami transfer pula ke eco resort Batu Patung yang boleh di akses dengan 4weels. Perjalanan ke sini mengambil masa 2 jam dengan menyusuri jalan tanah merah yang agak teruk utk sampai ke Eco Resourt Batu Patung.  kakyang ingatkan akan terputus dengan dunia luar sebaik sahaja sampai di sana. rupanya belum lagi. siap ada wifi u! ngeeeeee

view di veranda belakang dining hall resort.

mlm tu over dinner, kami buat sedikit ice breaking dan  dpt info guide tak dpt tiket flight dan confirmed takde porter. Abg Sham dah berusaha dapatkan org kampung  untuk jadi porter, tp usahanya tetap gagal sbb anak-anak muda batu patung ke bario masa tu untuk perlawanan bola. punggah. semua dah terdiam dan cuak. tp disebabkan abg sham mmg dah beberapa kali masuk trek ini, kami confident masuk juga tanpa menggunakan guide tempatan. tawakal je lah kan.

sesi ice breaking sambil memanaskan badan dgn unggun api. sejukkk


Day 1 - Batu Patong - Kem Ating Rarap
kami mulakan sebaik sahaja selesai sarapan dan persiapan. perjalanan bermula agak lewat kerana menanti semua siap sedia dan tidak ada yang tertinggal keperluan. 

Mr Jefrey offer a hand untuk temankan kami mulakan perjalanan. Agaknya dia simpati melihat kami masuk hutan kampungnya tanpa guide dan juga sebagai tanda meraikan kedatangan kami ke hutan mereka. 

Pada mulanya kami semua agak girang bila dengar Mr Jefrey ckp "mari saya hantar kamu sampai ke sungai."

Hantar sampai sungai? wah.. tak payah jalan. jimat tenaga. Rupa-rupanya yg dimaksudkan dgn Mr Jefrey adalah hantar dengan temankan jalan kaki sampai ke sungai. bukannya dengan kenderaan. hahahahha.

Perjalanan bermula dari resort ke tepi sungai yang terletak hanya beberapa minit perjalanan santai2 mak limah. Kami melintas Sungai Kelapang ke tebing sebelah sana bagi memulakan langkah memasuki pintu rimba. Dari situ, perjalanan mula naik sedikit demi sedikit melalui trek-trek hutan org kampung. destinasi kami pada hari ini adalah untuk ke Kem Ating Rarap.  Dari penerangan abg sham, perjalanan dijangka makan masa sehingga ke petang.

Sedikit demi sedikit trek mula menaik dan dan menurun sesekali.  beberapa kami regroup sebelum berhenti regroup lagi sekali di Batu Lepo yang terletak bersebelahan dgn waterfall kecil. Kami berhenti lunch di sini sebelum sambung kembali perjalanan seterusnya.



Lunch break di Batu Lepo... Mr Jefrey (bertopi) 

Trekking di lanjutkan selepas semua dah selesai lunch dan solat. dari sini trek mula melereng dan melalui tebing-tebing cerun. sesekali di atas permatang kecil, sesekali melereng sambil-sambil mengimbangi berat beg yang di galas. 

Kakyang di belakang sekali sambil ditemani abg adam dan dewa yang banyak bertindak sebagai sweeper. yg padu-padu dah ke hadapan. Trek yang pacak mula melemahkan pergerakan kakyang. langkah makin mengecil. ditambah dengan beg yg berat, melambatkan lagi pergerakan kakyang yang sedikit gayat dengan trek yang melereng curam dan licin.

Abg adam dan Dewa mula memberi kata-kata semangat

Penat berdiri duduk
Penat berjalan rehat
Lapar makan
Kalau Dahaga minum
Mengantuk tido

kakyang bersaing jalan bersama dgn boy. kdg-kadang dia hadapan, kadang-kadang boy di belakang bersulam seli dengan abang adam. yang pastinya, dewa kekal nak di belakang melantik dirinya sebagai sweeper.

dalam kesiputan kami melayan pacaknya trek,  rentak langkah boy mula slow dan mengadu kakinya nak krem. o-oh.. ini petanda yg paling tidak best bila hiking. perkara yg paling nak di elakkan oleh semua pendaki. boy masih cuba berjalan. alhamdulillah mentalnya masih utuh. wpun dlm kesakitan melayan krem, dia masih boleh tetap berjalan sendiri wpun agak perlahan.

pace kakyang mula ke hadapan sikit dari boy. bila dah di hadapan, kakyang jalan sorang. nak tak nak, kakyang perlu reform ally baru. kebetulan angie sentiasa berada di hadapan tak jauh dari kami. kakyang pesan awal-awal dengan angie yang kakyang mula berbuddykan dia. kakyang tidak mahu ganggu pace dia. cukuplah sekadar dia nampak kakyang di belakang.

Tak lama kemudian kami sampai ke puncak view point Ubong Tikan di mana hampir kesemua team hadapan dah mula kesejukan menunggu kami sampai. terlihat masing2 keletihan melayan trek yang  kejam seawal hari pertama.

Kakyang ambil kesempatan bergambar di sini. peak tidak terlalu terbuka. tp cukuplah untuk menjamu mata pemandangan banjaran di situ sambil-sambil menanti ketibaan boy.

Setelah beberapa ketika menunggu line up yang dibelakang dan petang mula menginjak lewat, Mr Jefrey beritahu dia hanya temankan kami di situ dan mula beredar turun utk kembali ke resort. 

tak lama kemudian, Mr Jefrey muncul semula memikul beg boy. selang beberapa langkah, muka boy yg keletihan, abg adam dan dewa menyusul di belakang. semua merasa lega bila akhirnya semua telah selamat sampai di situ.  

Lagi sekali Mr Jefrey mengucapkan selamat tinggal dan kembali ke resort.


Setelah berehat seketika, kami menyambung perjalanan ke Kem Arur Birar. Menurut abg sham, waterpoint di kem ini agak jauh ke bawah. kami tak akan bermalam di sini. Kami teruskan perjalanan lagi untuk ke Kem Ating Rarap dan akan bermalam di sini.

Abg Sham maklumkan untuk sampai ke kem ini, kami akan melalui 4 batang sungai. makanya dari situ, mulalah kami membilang sungai-sungai yg di lintas.

setelah tak berapa lama berjalan, kami mula jumpa sungai kecil yang pertama.. 1. lepas tu jumpa lagi sungai yang seterusnya... 2. pastu jumpa lagi sungai yang seterusnya..3.. dan seterusnya.. 4. yeaaaaaa... nampaknya kem dah dekat.

tapi masih lagi berjalan. eh? belum sampai kah?  rupanya... 'sungai-sungai' kecil yang kami jumpa tadi tu tak di kira. sungai yg dimaksudkan abg sham adalah sungai yg lebih besar dari sungai tersebut. demmmmm... maknanya kami akan berjalan jauh lagi sbb hanya 1 sungai besar yg baru kami tempuh. huhuhu

kakyang dah malas nak membilang sungai. jalan je lah labu... kalau org dpn dah brenti dan letak beg, sampai lah tu.

dlm dok bermonolong sendiri, tiba-tiba dengar jeritan di hadapan. rupanya anis tersalah langkah dan terbolos jatuh ketika memanjat tebing berbatu untuk naik ke seberang sungai yang kami tengah lalui. Kakyang berhenti seketika sambil memerhati keadaan. beberapa org line-up lelaki membantu anis bangun. kakyang menarik nafas lega bila nampak anis bangun dan mula menyambung mendaki tebing dgn sendiri. maknya tiada kecederaan serius.
berbaju melalu di dlm hutan. ko ado?


Setelah beberapa lama berjalan, akhirnya sekitar jam 9 mlm kami sampai ke sungai terakhir. dari sungai, kami perlu menaiki tebing yang agak tegak. kem Ating Rarap terletak di atasnya. 

Memandangkan kakpah dah sampai lebih awal di situ, kakpah telah book satu tempat di tepi kem untuk didirikan khemah kami. kakyang sharing khemah kecil bersama kak pah. selepas membersihkan sedikit pokok-pokok kecil di kawasan sekitar, kami mula menaikkan khemah masing-masing.

Khemak kakyang bersebelahan dgn open fly dan dapur. lepas siap2kan khemah, line up perempuan mula turun ke sungai untuk  bersihkan diri. kakyang malas nak turun bila mengenangkan tebingnya yang agak becak, tinggi dan menegak. kakyang hanya bersihkan diri menggunakan wet tisu shj. pastu terus bantu epul dan boy di dapur untuk dinner mlm tersebut.

"anis ok?" kakyang tanyakan khabar anis sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di bawah fly.
"ok kak. tp pinggul dan belakang sakit sikit akibat terjatuh tadi. harap2 ok utk sambung perjalanan esok".


Day 2:Kem Ating Rarap - Kem Sungai Lintang

Pagi esoknya, selepas sarapan dan mengemas beg masing-masing, kami mula angkat sauh utk memulakan perjalan di hari ke2 menuju ke Kem Sungai Lintang. menurut perkiraan abg sham, perjalanan hari ini pun akan mengambil masa seharian hingga ke petang.

Kakyang mulakan langkah pagi tersebut dgn bismillah. Tak tahu apa bentuk trek yang di hadap pula hari ini.  Trek permulaan agak landai. tp agak melelahkan kerana banyak melangkah dan menyusur pokok2 tumbang. kejap memanjat batang balak tumbang, kejap menyusur bawah balak bila balak tersebut agak tinggi. dah serupa menari tarian buluh gayanya. sekejap melangkah ke kiri. sekejap melangkah ke kanan.

Dari situ trek membawa kami tembus ke satu kawasan lapang yg abg sham mention sebagai kawasan tanah hitam. kawasan tersebut agak terbuka dgn tebing tinggi bertanah hitam terbentang di depan mata. kami perlu melalui sedikit kawasan lapang berbatu/tanah hitam yang agak peroi. Dari cerita kawan-kawan, tanah hitam tersebut adalah kawasan arang batu. 


Di tebing tanah tinggi di hadapan, terdapat juraiian air terjun halus menuruni tebing tersebut yang kemudiannya membentuk satu alur sungai kecil berlumut hijau di kawasan lapang di hadapan. kami sempat bergambar di sini sebagai kenangan. mentelah pula lumut hijau di alur air tersebut nampak cantik dgn airnya yang jernih mengalir tenang. tp air tersebut tak boleh di minum kerana kandungan mineralnya yg agak tinggi.

langkah kami terhenti di situ sekejap sementara abg sham mencari tanda laluan lama. setelah seketika, kami mula mendaki masuk ke dalam hutan yang berpaya dan lecak. trekking di laluan sebegini agak melelahkan wpun treknya agak mendatar kerana kita asyik nak mengelak lecak2 dan lumpur. sekejap melompat ke kiri, sekejap melompat ke kanan mengelak lopak2 becak air sambil berperang dgn pacat sepanjang perjalanan.

Dari kawasan tersebut kami sampai ke kem kijang hanyut yang terletak bersebelahan dengan sungai/waterfall kecil. niat awalnya hanya untuk take 5 dan regroup sementara abg sham mencari penanda jalan yg telah hilang jejak di sebabkan tanah runtuh. Abg sham, epul dan dewa berpusing-pusing kawasan sekitar sambil mencari jalan baru.  sementara menunggu tersebut, kami ambil kesempatan meletak beg. Angie buka dapur haram dan kopi panas mula bertukar dari tangan ke tangan bagi memanaskan badan dari kesejukan. kerisauan kami mula mengendur bila  abg sham, dewa dan epul muncul kembali dari sebelah kanan kem membawa khabar mereka telah menemui jalan yang boleh di lalui di sebelah kanan runtuhan tersebut. Memandangkan telah masuk tengah hari, Abg sham mengarahkan kami lunch terlebih dahulu di situ sebelum menyambung pendakian menyusuri jalan baru yang buka oleh abg sham sehiggalah kami jumpa semula trek asal dan sampai ke satu tebing berbatu tinggi. 

oooo.. inilah tebing batu tinggi yang pak lungun kata dia telah buatkan tangga sementara dlm trip yang lalu. gumam kakyang bila melihat binaan seperti tangga kayu yg dihasilkan dari batang-batang pokok sebesar lengan berikatkan rotan di sebelah kiri tebing batu tersebut.

perut kakyang mula butterfly. ketaq bila mengenangkan kena panjat kayu licin tersebut untuk naik. mentelah pula naik bersama beg besar. mampukah aku?

dlm berteka teki tu, dengar arahan utk letak beg masing-masing terlebih dahulu. abg sham ajak melihat waterfall yang terletak agak ke bawah dari tebing tersebut.

kami terus mengekori langkag abg sham menuruni ke satu arah yang membawa ke air terjun tangga pertama. masing-masing teruja bila dengar bunyi deruan air. apatah lagi bila nampak air terjun yang mempersona di dapan mata. batuan-batuan berlumut hijau di tepi air terjun menambah keindahan lanskap kawasan tersebut.

masing-masing mula beraksi dgn camera dan gaya masing-masing. ada juga yang ambil kesempatan terjun ke dalam air dan mandi. lupa segala kekejaman trek tadi. lupa sekejap tebing tinggi yang nak panjat nanti.



selepas puas bergambar, kami naik semula untuk sambung perjalanan seterusnya. sebelum mulakan perjalanan, abg sham buat survey samada nak teruskan perjalanan hari ini ke kem sg lintang atau nak brenti awal di kem Pa Diit  memandangkan masing-masing kelihatan agak letih melayan trek yang kejam. risikonya adalah... jika brenti awal di kem Pa Diit, perjalan esok ke puncak perlu dimulakan awal dan dijangka OT lebih lama.

semua mula menimbang dan mencongak perjalanan. berdasarkan perjalanan tadi yang agak kejam dan pacak, jika meneruskan perjalanan hingga ke kem sg lintang, kami dijangka mengambil masa lg 4 jam atau lebih. makanya, kami akan jalan malam lagi sekali hari ini. dan akan jalan malam lagi esok. 

Hasilnya... ramai memilih untuk berhenti awal hari ini. biarlah rehat sehari hari ini dari ot. esok mendaki ke puncak tanpa beban. hanya bawa daypack. kalau OT lebih sedikit pun, tidaklah sehazab OT bersama beban. keputusannya.. 17 setuju berbalas 3.

Kami mula memanjat tebing batu besar tadi selepas keputusan dibuat untuk bermalam di kem Pa Diit.. rupanya sly, abg adam dan dewa dah mula pindahkan sebahagian beg-beg yang di letak tadi ke bahagian atas.  Kakyang memanjat tangga kayu tadi dgn lebih yakin dan perjalan diteruskan sehinggalah jumpa kem Pa Diit yang terletak 1 jam perjalanan dari situ. 


kem pa diit terletak betul-betul di tangga ke 3 (tertinggi) air terjun Pa Diit. ada pondok tinggalan lama di situ. lantainya sebahagian telah reput dan cunggang cunggit. sebahagian bumbungnya telah rompong dan nampak langit. 

yang lain mula menebas semak dan membersihkan hutan bagi membina kem tambahan bagi yang akan tido di khemah


kakyang dan sham bawa khemah 2men tent dlm trip kali ni


bergambar kenangan di Kem Pa Diit

dalam berkemas-kemas menyiapkan khemah masing-masing, tiba-tiba terdengar jeritan dari pondok.
"ular! ular!"
terus beberapa line up lelaki datang dan cuba usir ular sebesar jari yang berwarna agak kecoklatan. dari rupa ular tersebut, ianya bukanlah dari spesis yang berbisa.

selepas selesai menyiapkan khemah masing-masing, yg perempuan diberi keistimewaan turun ke sungai terlebih dahulu.  Kakyang mengambil kesempatan turut turun ke sungai memandangkan semalam kakyang tidak membersihkan diri.  Air sungai pa diit sangat tenang dan sejuknya jgn ckplah. mcm air ais. nak celup kaki pun ketaq gigil2 dah. lantai sungainya yg terbina di atas batuan leper berlubang-lubang kecil dan berlumut gelap. kakyang memijak lantai sungai dengan agak berhati-hati takut licin dan juga takut-takut ada benda asing di celah lumut-lumut. 

selepas puas mandi dan membersihkan diri kami bagi laluan kepada kaum adam pula untuk ambil giliran. itu pun setelah beberapa kali depa dok ulang mai tebing sambil bertanya udah ke belum? udah ke belum? haih.. tak  bagi peluang langsung macik nak fefeeling  empat dara duduk di tepi sungai. sigh!



Air terjun Pa Diit selepas hujan

malam tu kami tido awal merehatkan diri sambil prepare utk hari esok. 
"esok daypack ke puncak akan bermula seawal jam 6am. Bangun awal." remind abg sham kepada semua usai kami dinner.


Day 3: Kem Pa Diit - Puncak - Kem Pa Diit

well...janji melayu kan. tak pernah tepati masa. kul 6am masing-masing masih lagi terkial-kial packing barang walaupun seawal pagi lg abg sham dah melaung BANGUN!!.. BANGUN!!!.

hahahaha 

hanya sekitar jam 7.30pagi barulah semua ready dan mulakan langkah dgn berdebar-debar. hari ni menuju puncak weh! teruja! excited! gentar! semua 1001 perasaan yang ada. tak tahu apa yg bakal kami tempuh  hari ini.

perjalanan awal sedikit mendatar. mcm biasa, datar-datar pun, kakyang masih tertinggal membontoti line up lain di belakang bertemankan abg adam dan dewa yang setia. bak kata sham.. 

"akak ni special. org lain call bomba utk tolong, kakyang siap-siap bawa abg bomba sebagai sweeper!".
well.. dah lama kakyang rancang. korang yang lalai. bak kata orang.. ready awal-awal tak kalut. muahahahhaha

ish... dak aih lagu tu.. sebenarnya..ni lebih kepada macik tak sedar diri. dah tua tak larat nak hiking pun masih dok terhegeh2 nak ikut org memanjat gunung hardcore. kan dah menyusahkan org. huhu

ok jom sambung jalan. jgn banyak rehat sangat.

awal trekkingnya abg sham dah mula pesan untuk elert dgn tanda-tanda marking sbb kami berada di hutan dara di mana hutannya agak jarang dan kelihatan hampir serupa. sukar nak menanda sbb pokok  jarang-jarang. dari sini kami mula memasuki hutan berbuluh kecil dan mula mendaki trek yang agak pacak sebelum sampai di atasnya. tiba-tiba semua org seperti terhenti dan berkumpul. rupanya kami perlu menurun cerun tebing yang tegak. nasib baiklah dah ada tali halus disediakan di situ. line-up wanita dilepaskan dahulu sambil dibantu oleh line up lelaki. sorang demi seorang semua sampai ke bawah tebing dgn selamat.


dari bawah tebing tersebut kami teruskan pendakian yg naik setinggi-tinggi permatang, kemudian turun se rendah-rendah lembah sebelum naik lagi sekali, dan turun lagi. masa ni kami semua hanya naik turun trek melayan pacak tebing dan cerun. mcm tu lah  berulang-ulang tak terbilang dah berapa puncak tipu kami naik.

dlm naik turun tersebut, kakyang, abg adam dan dewa sedikit terpisah ke belakang dek kesiputan kakyang. rasa bersalah pula pada mereka berdua. tp apakan daya, kakyang dah tak dpt nak lajukan lagi langkah sbb terlalu mengah melayan trek yg sangat pacak yg rata-rata bercerun sekitar 80darjah. sambil2 mereka melayan kakyang keletihan, dewa ulang lagi kata-kata semangat.

takpe nath.. kamu ikut pace kamu.
Penat berdiri, duduk
Penat berjalan, rehat
Lapar makan
Kalau Dahaga minum
Mengantuk tido

Manakala abg adam pula, melayan penat dgn mengambil gambar-gambar kakyang kepewaian.. haish..entah berapa banyak dan apa rupa gambar pewai kakyang nanti agaknya. huhuhu

mcm tu lah sepanjang perjalanan sambil melayan lagu-lagu jiwang dari radio dewa yang bagaikan x guna bateri.  sesekali kakyang bertanya berapa tahap ketinggian keberadaan kami .
"abg dam, dah berapa tinggi kita sekarang?"
"dah 1700m. dah tak jauh ni." abg adam menambah.

selepas selesai naik lg satu puncak tipu, kakyang tanya lagi..
"berapa ketinggian sekarang bang?"
"1900 sudah."

sebaik sahaja abg adam beri jawapan tersebut, dari kejauhan dengar teriakan geram dari Dr Helmi.
"Arggghhhhhh!!!!! bila nak sampai ni!!!!" Dr Helmi mendengus geram bila dia tiba di puncak hadapan, dan trek selanjutnya adalah menurun semula.

begitulah beberapa kali kami tertipu dgn puncak-puncak apad runan. 

"tada tanda ni." tiba-tiba abg adam bersuara di dpn. kakyang kaget seketika sambil bantu intai-intai mencari tanda marking di pokok-pokok.

"nanti-nanti.  sy cuba pusing-pusing cari." dewa bersuara di belakang.

abg adam dan dewa mula mencari tanda marking di sekitar kawasan tersebut. beberapa kali mereka melintas kakyang.

"kamu tunggu di sini. biar kami cari dulu." pesan abg adam ketika lagi sekali melintas di hadapan kakyang. kakyang ambil kesempatan untuk duduk dan melepaskan lelah.

abg adam dan dewa mula berpecah. sorang cari di hadapan, dan dewa mengundur ke belakang trek mencari tanda dari bawah.

tak lama kemudian dengar laungan dewa 

"sini! sini!. tanda mereka di sini.!" laung dewa.

kakyang dan abg adam menuju ke arah dewa. rupanya kami tersasar agak jauh ke hadapan mengikut tanda lama. 

dari situ trek mula menurun tegak melembah ke bawah. kami perlu berhati2 kerana cerun trek agak curam. setelah lama kami menurun tebing tersebut, akhirnya kami mula mendengar suara line up hadapan yang berhenti lunch di lembah bersungai kecil yang dinamakan kem Pak Lugun sempena nama guide yg sepatutnya kami hire dlm trip ini.


kakyang, abg adam dan dewa menarik nafas lega bila dpt regroup dgn yang lain di sini. kami membuka bekal untuk sama mengalas perut.

setelah semua siap berehat dan makan, kami menyambung kembali perjalan menuju puncak. lagi sekali kami mengadap trek permatang yang tegak dan lembah yang dalam tak sudah-sudah.

nak tahu puncak yg kami daki tu adalah puncak sebenar atau hanya sekadar puncak tipu, pasang telinga dan dengarkanlah suara lepas geram Dr Helmi. kalau dengar dia ARHGGGGG!!!! tu, maksudnya masih puncak tipu la tu.

itulah yg menjadi penanda aras kakyang dlm fasa menuju puncak seterusnya. dah tak tanya abg adam lg dah. sbb wpun dah naik di aras 2000m, tiba-tiba trek di hadapan menurun semua 200-300m. tak ke sakit hati jadinya. td dah nak sampai. tiba2 kena turun semula? 

mcm tu lah kakyang menahan geram sepanjang perjalanan.

dlm dok monolog sendiri sambil melayan keletihan teramat, tiba-tiba satu  batu penanda dah terdampar di hadapan mata. semangat mula membuak kembali. langkah di lajukan dlm pewai. nak sampai dah. nak sampai dah. zikir kakyang di dalam hati.

selepas naik lagi satu puncak, terus berjumpa dengan beberapa line up lain yg dah happy2 bergambar di batu puncak ke2. sham menyapa kakyang

"puncak sebenar 5 minit di hadapan kak. p sana dulu."
kakyang memandang abg adam dan dewa.

"u pergi dulu. saya mau di sini sekejap." ujar dewa sambil dia menyapa angie, shuba dan kawan-kawan lain yg sedang bergembira.
bertemankan boy, kakyang teruskan lagi perjalanan. baru beberapa langkah, kakyang terserempak pula dgn mamat yg sedang duduk di atas batang pokok tak jauh dari batu tanda ke2.

"puncak di dpn nath. turun 5 minit, pastu naik balik." mamat beri info kepada kakyang.

eh.. puncak di bawah? tak kanlah.  kakyang terpinga-pinga sambil cuba digest info yg diberi. kaki terus melangkah.

rupanya.. apa yg di beritahu oleh mamat adalah... turun dulu 5 minit perjalanan, nanti akan mendaki semula ke puncak sebenar. aduhhhhhhh... pewai sangat lah tu sampai salah faham.

setelah seketika turun dan naik semula permatang tersebut, batu tanda sempadan ke 3 mula muncul di hadapan mata kakyang. sign board merah yg pernah di pasang oleh abg sham di dlm trip yg lalu tegap terikat di batang pokok tak jauh dari batu tanda tersebut.

senyum mula terukir di bibir. seribu satu perasaan tak tergambar. mata berkaca-kac. Ya Allah.. nikmat apa yg ingin ku dustakan. 

dlm kepayahan, ada manisnya. kejayaan menjejakkan kaki ke puncak inilah yg menjadi kan segala kesusahan pendakian sebentar td hilang lenyap tiba-tiba.


setelah puas bergambar kakyang dan boy trekking kembali di puncak ke2 yang menjadi tempat berkumpul semua. kami bergambar group di sini.

sekitar 530pm, abg sham mula menggesa kami untuk bergerak pulang kerana hari menginjak malam. pastinya kejayaan hari ini bersulamkan ot di malam hari.

baru beberapa langkah kami meninggalkan puncak ke2, hujan mula turun membasahi bumi seperti merahmati kejayaan kami.

rentak langkah dilajukan. lagi sekali kami akan melalui trek naik turun yang sama. tp pada kali ini, naik dan turun seperti ringan untuk dilalui. agaknya kepuasan menggapai puncak tadi telah memberi semangat kepada semua.

pergerakan semakin laju bertemankan headlamp masing-masing. hari semakin gelap. kami bergerak hanya berpandukan pergerakan lampu org di hadapan. jika mereka tersasar, tersasarlah kami yang di belakang.

jika mereka menuruni lembah, melembahlah kami, jika mereka lampu mereka sayup-sayup naik ke atas, maka mendaki naiklah kami.

begitulah pergerakan perjalanan kami malam tersebut. semakin menginjak malam, hujan juga semakin lebat. tapi perjalan trek kami kali ini sepertinya lain dari trek semasa ke puncak siang tadi.

kami lebih banyak menuruni lembah. ada masa kami terpaksa Q menanti org di hadapan terlebih dahulu. ada masa kami detour bila tersalah jalan. ada masa kami bantai slide je terus bila trek dah hancur di lanyak oleh 17,18 org di hadapan.

hujan makin menggila. perjalanan diteruskan juga sehinggalah kami tiba di trek yang semakin mendatar dan menghampiri sebuah pondok usang. rupanya itulah kem Sungai Lintang. kem balak lama yang sepatutnya menjadi kem kami  bermalam semalam sebelum ambil keputusan berhenti di kem Pa Diit.

ada sungai kecil di tepi kem mengalir deras hingga ke bawah pondok di belakang . kakyang terus letak beg dan turun ke sungai untuk membersihkan diri dari lumpur-lumpur sepanjang sliding turun tadi.

setelah puas berendam, kakyang naik semula dan ready tunggu di hadapan pondok. 

"kak. naik dulu." Anis panggil kakyang untuk naik ke atas pondok.
"malas nak buka kasut. nanti nak gerak semula." kakyang tetap berdiri di bawah.
"naik dulu kak. tunggu hujan berhenti kejap" sambung anis.
"nak tunggu hujan berhenti ke? sejuk2 ni baik gerak. hypotermia nanti." kakyang tidak setuju 

anis mula diam. kakyang dan carol berdiri kesejukan di bawah. mata kakyang memandang yg lain di dalam pondok. semua menggigil kesejukan dan kebasahan sambil masing-masing berperang membuang pacat-pacat yang di kaut bersama ke pondok tersebut ketika dlm perjalanan tadi. montel-montel kekenyangan pacat masing-masing.

kakyang memandang kaki sendiri.  mengintai-intai pacat jika ada. hmmm jgn haraplah korang nak dpt sedut darah manis macik pacat oiiii... sambil kakyang picit penyembur ubat pacat ke kaki. geram melihat pacat berbelang hijau kuning merah meliut-liut  memanjat kaki kakyang. pacat yg terkenal dgn nama tiger leech ni mmg ganas. sampai ke puncak habitatnya. punyalah kebal dgn cuaca sejuk. takde yang terkecuali darinya.

lama kakyang menunggu di bawah. badan dah makin menggigil. bila diorang ni nak mula bergerak. kakyang mula menggumam sendiri. muka kelat jangan ckp lah. sejuk ni oii.. gerak la. kakyang mula bungkam.

puas menunggu di bawah, masing-masing tidak menunjukkan tanda akan beredar. kakyang mula pasrah dan naik ke atas. korang.. kalau aku dah buka kasut, pastu tiba-tiba ckp nak gerak pula.. siap! kakyang monolong geram sendiri.

kasut dan stoken yang basah di buka. kakyang perah stoken. air lumpur pekat mengalir keluar. stoken di sidai ke tali yg sedia terentang di bahadian veranda dpn pondok. kaki pucat kesejukan akibat lama terendam dalam kasut dan stoken yg basah.

kakyang intai2 kelibat pacat lagi. ada pacat org lain kelihatan meliut-liut atas lantai pun kakyang spray. mampus kau! geram sbb banyak sangat.

dari duduk di veranda, kakyang mula masuk ke dalam pondok. mencari haba panas dan terlindung dari kesejukan malam. bila masuk ke dalam, kakyang dah nampak abg sham dah terbaring melintang di ruang depan. hmm ni tanda tak bagus ni. tanda-tanda tak akan ada pergerakan. bermalam di sini nampaknya ni.

kawan-kawan yang lain pun kelihatan mula menggerekotkan diri mengumpul haba badan.  kakyang beredar pula ke ruang tengah mencari tempat yang boleh dilabuhkan punggung. di ruang tengah dipenuhi oleh team sabahan. angie nampak kakyang menghampiri. dia mengesot sedikit dan memberi ruang utk kakyang duduk di tepinya. kakyang melabuhkan punggung ke tepi pangkin ruang tengah di hadapan angie. kaki dinaikkan dan kakyang mula memgerekotkan diri memeluk tubuh menahan gigil kesejukan dan kebasahan.

ish tk boleh jadi ni. duduk dalam basah-basah gini, mmg boleh hypotermia jdnya. kakyang kerisauan. kakyang bangun dan buka 1 layer tshirt luar. tshirt dipintal untuk memerah air keluar. kemudian kakyang sangkutkan tshirt lembab tersebut di salah satu paku di tepi pintu ruang. 

kakyang tanggalkan juga tudung. tinggalkan buff sahaja untuk cover rambut yang kebasahan. skirt alas pun kakyang tanggalkan. perah air dan gantung di bingkai tingkap. hanya tinggal tight dan baju lengan panjang di badan.

badan masih menggigil sbb baju basah masih di badan. nak tanak, terpaksa bertahan dgn baju basah tersebut. hari ini kami hanya backpack. masing-masing tidak mengjangkakan hari akan hujan. baju hujan yg dibawa pun dah basah digunakan ketika treking tadi. tak ada baju spare. nak tak nak, hadap saja kesejukan. 

kakyang duduk kembali di tempat tadi. badan dirangkul memeluk lutut sendiri. lama kelamaan gegaran gigil kakyang makin kuat menahan sejuk yang makin menggila. gigi bergetar sesama sendiri. hujan di luar semakin menggila lebat menandakan perjalanan hari ini akan terhenti di sini. kami semua pasrah.
"nah nath." tiba-tiba abg adam muncul dari ruang belakang dan hulurkan jaket windbreakernya yg berwarna biru.
"tak mengapa bang." kakyang menolak. tak sampai hati untuk ambil mentelah masing-masing basah dan kesejukan.
"tak mengapa. sy boleh tahan. kamu tu kesejukan sangat." lg sekali abg adam menghulurkan jaket birunya.

nak tak nak kakyang sambut niat baik abg adam dan terus selimutkan jaket ke badan. dapat sedikit menampan angin sejuk dari luar.

makin mlm menginjak ke lewat malam, suhu makin rendah. hujan lebat seperti tiada tanda akan beransur. sejuk makin terasa hingga ke tulang. kakyang tanggalkan buff dan balut kaki yg kesejukan. rasa selesa sikit bila kaki tidak terdedah kepada angin.  kakyang cuba lelapkan mata.

makin lama pondok makin sunyi. semua telah pasrah dgn keadaan. masing-masing tidur-tidur ayam hinggalah ke pagi.

kakyang bangun dan mencari abg adam untuk mengembalikan jeketnya. bila terpandang abg adam tidor tak berbaju, rasa bersalah timbul dlm hati. selfishkah aku malam tadi? kakyang tak mau ganggu tidur abg adam. jeket biru kakyang sangkutkan ke paku di tepi tingkap untuk keringkan dari lembab semalam.

bila sang mentari mula muncul, hujan pun telah berenti. seorang demi seorang dari kami mula bangun meregangkan urat masing2 dan bersiap untuk menyambung perjalanan kembali ke kem Pa Diit 

Day 4: Kem Sg Lintang - Kem Pa Diit

Setelah semua dah siap, kami mulakan perjalanan melalui jalan balak yang terletak di belakang pondok tersebut. jalan balak lama dah tumbuh resam tebal. namun disebabkan dah ada team yang masuk ke sini 2 minggu lalu, trek mereka masih berbekas.

Kami tiba di kem Pa Diit sebelum lunch dan bermlam di sani lg 1 malam.




sesampainya di kem, masing-masing terus pergi chek khemah masing-masing. risau khemah kebocoran di masuki hujan yang menggila semalam. alhamdulillah.. nampaknya semua selamat.

ada yang dah turun ke sungai untuk membersihkan diri dan kembali naik dgn perkhabaran bahawa sungai air naik dan berarus deras. kakyang menangguhkan niat ke sungai seketika sebelum turun turun ke sungai bila tidak tahan dgn bau lumpur dan baju yang basah di badan.

setibanya di sungai, mmg air tinggi dari semalam. sungai dah menjadi air terjun yang agak ganas. air yg semalamnya jernih, dah bertukar menjadi keruh. lantai batu sungai langsung tak nampak. kakyang mencari tuggul kayu yang berada di tebing. dgn hati-hati kakyang duduk di situ sambil mengimbang badan. risau2 kalau terjatuh ke dalam sungai yg berarus deras. baju2 kotor kakyang tanggalkan sambil mandi dan membilas. dalam kusyuk membilas, baru kakyang sedar rupanya sebahagian baju hampir hanyut. nasib baik sempat sedar. namun sehelai seluar kecik kakyang tak dpt diselamatkan. nasiblah.. kalau hayut sampai ke perkampungan OA di bawah sana mesti ada yg terfikir..eh... 'sotong kering' siapakah ini? hahahahhaa

hari tersebut kami gunakan untuk merehatkan badan sepuasnya.


Day 5: Kem Pa Diit - Batu Patong

Hari ini hari terakhir kami berada di hutan Apad Runan. Kami bergerak awal memandangkan kami akan brenti sebentar di kem Ating Rarap untuk mengambil semula ration yang ditinggalkan. pada hari terakhir ini, kakyang banyak jalan bersama angie, abg adam, dan dewa. Trekking hari ini dijangkan akan banyak menurun. tp pada kakyang, bagaimana dtg, haritu pertama, begitulah hari ini. kami sempat singgah ke air terjun Pa Diit. Subhanallah.. cantiknya air terjun ini bila air tengah banyak.

abg adam dan dewa kekal di belakang menapak mengikut langkah pewai kakyang yang tak sudah-sudah walaupun telah di hari terakhir malah pada kakyang perjalan pulang lagi bertambah susah kerana kami lagi banyak meneruni cerun dan tebing yang makin licin.

ada ketika kami melihat 1,2 bekas gelinciran teman-teman yang telah berada jauh di hadapan. wpun masih dlm hati-hati menuruni trek, masih tetap terjadi insiden-insiden kecil.

ada ketika angie tergelincir di hadapan dan badannya tergantung di tebing permatang. nasib baiklah begnya  yang besar tersangkut di celah pokok-pokok kecil di tepi cerun. kalau tidak mungkin dia akan terus tergelongsor ke dlm cerun bawah.

ada ketika kakyang perlu minta bantuan adam atau dewa untuk pegang tangan ketika menuruni tebing permasang yang licin dan haus dek di latam kawan-kawan yg telah melaluinya terlebih dahulu disebabkan ketiadaan pokok yang boleh dipaut.

ada ketika terpaksa merangkak naik atau turun tebing berpautkan akar dan dahan-dahan. begitulah sepanjang perjalanan turun meniti semula trek hari pertama bersulamkan babak-babak pendakian yang di recall oleh dewa bagaikan rewind recorder..

" kamu ingat tak, di sini kita beratur memandang ke hadapan mcm sedang menonton panggung wayang."
" haaa di sinilah kamu semua berehat menanti saya dan boy sampai pada hari pertama"
 begitulah dewa. kakyang sangat impress dengan ingatannya pada setiap babak di hari pertama.

Semakin lama kami semakin menghampiri pintu rimba. Kami tiba di tebing sungai. air sungai naik akibat hujan setiap hari. Aras sungai yg kami seberang pada hari pertama hanya separas lutut, hari ini dah naik tinggi dan keruh.

Angie menyeberangi sungai terlebih dahulu. manakala yang lain telah selamat berada di tebing seberang. sementara itu kakyang menunggu di atas tebing dan siap sedia simpan pouch bag dan hp di compartment paling atas bagi mengelak terkena air. sungai perlu diseberang seorang demi seorang.

abg sham, epul, sham dan comas berada dlm sungai memegang rotan yang disambung menjadikan tali untuk merentas. 

sebaik sahaja nampak angie telah selamat tiba di seberang, kakyang mengambil giliran. kakyang buka buckle bag dan mula melepaskan diri ke dalam air. tak nampak apa yg ada di dasar sungai. kaki hanya menggagau-gagau mencari asas pemijak antara batu-batu sungai, ada besar, ada kecil. tangan kuat berpaut pada tali rotan. gayat!

"hati-hati. pelan-pelan. cari batu yang boleh di pijak. jgn lepas tali. apa-apa terjadi jgn lepas tali." pesan mereka sepanjang jalan.

makin ke tengah sungai, makin dalam dasarnya. kakyang mula terapung dek beg yang di galas terangkat. kaki tadak jejak ke dasar. batu-batu sungai hanya terasa di hujung2 jari. arus air makin deras bila di tengah. badan terhuyung hayang mencari jalan dan batu untuk di pijak.

"sham, jalan dgn akak. kepung akak. akak tak jejak dasar ni." kakyang minta bantuan sham dlm cemas. terkial-kaki menggagau mencari dasar dan mengelak batu besar. dlm kekalutan tersebut, akhirnya kakyang berjaya sampai ke tepi sungai dgn selamat. lega!

seterusnya abg adam dan dewa akan mula melintas. kakyang teruskan perjalanan dgn memanjat naik ke tebing dan bergabung semula dengan line-up yg lain.

sebaik sahaja semua selamat sampai di atas tebing, kami mulakan perjalan terakhir menuju ke batu patong. trek mula flat melalui denai2 penduduk. setelah berjalan beberapa lama, kakyang terdengar laungan undur-undur di hadapan. rupanya jalan terpaksa divert ke trek lain bila sungai di hadapan tak dapat di lintas kerana air terlalu tinggi.

kami divert perjalanan menyusuri trek di tepi tebing. sesekali kami perlu melintas jambatan buluh, jambatan batang balak dan banyak sungai-sungai kecil.

setelah sekian lama berjalan menyusuri Sungai Kelapang sehinggalah tiba di satu lg anak sungai. kami perlu seberang dan memanjat tebing bertanah merah tegak ke atas. kakyang dah mengucap panjang di sini. mcm mana nak memanjat tanah merah lembik dan perui tanpa ada apa-apa pokok atau akar nak di paut mcm ni?

lg sekali kakyang ingat pesan abg adam. "ikut trek yang orang belum pijak."
kakyang mula melilau scanning tebing-tebing lain yang mungkin lebih mudah di daki. semuanya tegak-tegak tanpa pokok besar yang boleh di paut.

abg adam dan dewa sampai di belakang kakyang. 

"ke sini nath." abg adam mula menuju ke tebing yg di sebelah kiri. dia memanjat sedikit demi sedikit. terkial-kial kakyang membontoti tapak abg adam.

"sini nath sy tolak kamu." dewa pula membantu tolak beg kakyang bila dia melihat kakyang susah untuk melunaskan diri ke atas.

akhirnya kami sampai ke atas tebing dgn selamat. 4,5 org line up yg lain menarik nafas lega bila dpt melepasi tebing tersebut.

"saya rasa kita akan jalan lama lagi. kita keluarkan headlamp terus." angie beri pendapat bila trekking kami pada petang tersebut seperti tiada tanda kesudahan. hari mula menginjak lewat petang. masing-masing mula mengeluarkan headlamp dan sangkut di kepala sebagai persediaan. trekking di lanjutkan semula menyusuri trek di tepi sungai.

setelah beberapa lama berjalan, kami jumpa dgn pondok biru di hadapan. kami mula girang. dah mula nampak penempatan ni, mesti dah nak sampai ke resort.

rupanya sangkaan kami meleset sama sekali. trekking masih bersambung. setelah beberapa jauh berjalan, kami jumpa pondok ke 2. kami hanya pandang sepi pondok tersebut tanpa meletak sebarang harapan. jalan je lah labu.. selagi ada trek, selagi itulah kaki melangkah. kakyang mula keletihan hinggakan kaki tersngkut akar dan jatuh bersujud ke tanah. Aduh... pewai sangat dah ni sampaikan akar kecil pun boleh terjatuh. kakyang  bangun semula. kalau semalam mendaki ke puncak yg sangat susah pun boleh sampai.. apatah lagi trek flat dah nak balik gini? kipidup kakyang! u can do it!  hari last dah ni kakyang!

begitulah kata-kata semangat pada diri sendiri yang berlegar2 dlm hati kakyang. kaki terus melangkah menyusuri trek sehinggalah kelihatan pondok yang mcm pernah nampak. eh.. eh.. eh.. dah sampai! 

serta merta langkah laju. eco resort hanya terletak sepelaung di hadapan dari pondok ni. kalau ada kudrat, nak saja kakyang berlari. tp apakan daya.. tenaga dah habis. jalan pun tak larat dah, apatah lagi nak berlari.. in your dreams je la kan..

akhirnya... tepat 6petang kami semua berjaya melangkapkan xpdc dgn kembali menjejakkan kaki di hadapan eco resort batu patong. teriakkan kejayaan dari teman-teman line up bergema. semua kegirangan berjaya menghabiskan xpdc kali ini dgn selamat dan jayanya. semua saling mengucapkan tahniah diantara satu sama lain.

Alhamdullillah.. kami kembali semula ke tamadun dengan seribu satu pengalaman yang sangat berharga selama 5hari 4 malam di dalam hutan Apad Runan untuk menggapai dan mencatat memori demi batu tanda sempadan dan sign board puncak nan secoet. Namun semuanya telah jadi pengalaman yang sangat indah bila xpdc selesai.

Kami kembali semula ke Bario dgn 4weels yang setia menanti seawal jam 3pm.  Masing-masing hanya mampu tersandar lega di dalam 4weels sambil mata memandang hutan Apad Runan.  Selamat tinggal. Jumpa lagi di lain kesempatan. 

gambar-gambar menarik sekitar xpdc








team merah

team oren














Bila dah pewai...


data perjalanan kami

The End


Nota:
sebahagian gambar adalah hasil ketik dari line-up. credit back to them untuk gambar yg 1001 memori. terima kasih juga atas ukhwah semua. maaf jika ada nama yang tidak disebut. jangan kecil hati ya. 💖💖💖

No comments: