Friday, July 22, 2022

Gunung Tapis: Penantian 29 tahun

Gunung Tapis ni ada kisahnya yang tersendiri kenapa kakyang sibuk bebenor nak ke sana. Pastu bila dengar cerita-cerita team rintis yang diorang masuk tapis sampai ke Gunung 3 beradik, makanya makin membuaklah keinginan untuk mencapai puncaknya.

Alkisahnya gunung tapis ni kakyang kenal masa zaman baru masuk poli dulu. 

masa zaman sekolah dulu mmg dah teringin xtvt hiking2 ni. tp disebabkan dok asrama dan kalau balik bercuti pun cuti yg singkat dan kena minta izin mak abah, dah pastilah kakyang tak akan dpt kelulusan  untuk beraktiviti mcm tu. mentelah pula, dulu masa zaman kanak-kanak, kakyang sentiasa tak sihat. tak boleh melasak. mesti demam-demam. jdnya, abah terus melarang kakyang dari xtvt mcm tu.

bila dpt sambung belajar di poli kat kuantan, dan kebetulannya ada kelab rekreasi kat situ, kakyang join the kelab. kebetulan juga tahun 1994 tu adalah tahun melawat Pahang dan salah satu xtvt adalah program Dakiton Pahang yang mengambil tempat di Gunung Tapis. Kakyang ikut serta program ni atas kapasiti urusetia.

Dikatakan urusetia tak dibenarkan naik ke puncak. kakyang yg lurus bendul ni, tak lah ambik kesempatan utk naik ke puncak pada hari summit attack tersebut. Bila kawan2 dah turun dari puncak baru tahu boleh je naik juga. takde pula gambar2 trip masa tu untuk dibuat bukti. almaklumlah zaman tu mana ada hp canggih2 mcm ni. camera pun tak mampu beli. huhuhu..

makanya.. terhutanglah puncak gunung tapis. padahal masa tu dah naik sampai ke camp 3. lagi 1/4 perjalanan je lagi utk sampai ke puncak. sbb tu lah gunung ni asyiklah bermain-main di ingatan kakyang. pantang org sebut nama tapis je, mata tu  bersinar-sinar intersted nak tahu. tak boleh nak claim gunung dah di daki sbb tak sampai puncak dik non! boleh gitiewwww?

Later, bila farah cerita dia pergi merintis trek baru gunung tapis baru baru ni, kakyang jd excited. dan kebetulan ramai pula kawan2 yg pergi Gunung Benum haritu pun belum merasa jejak kaki lg ke situ, makanya terjadilah trip gunung tapis. alang2 dah sampai situ, terus lah tapau Gunung 3 Beradik sekali. lgpun nak ke gunung 3 beradik tu mmg kena melalui puncak Gunung Tapis juga.

Tarikh trip pun sampai dan kakyang ke sana carpool dgn syam. sampai kat campstay dah tengah malam. dah ada ramai juga line up lain yg dah sampai. nampak jone dan abu dah berambut pendek. Huh! sapa suh depa potong rambut tak tau. janggal pula bila tengok depa ber2 dgn rambut pendek. hihi.

Kami lelapkan mata di situ sementara menanti esok menjelma.

Keesokannya, kami bangun awal dan mula mengemas barang masing2. kakyang belum packing apa2 time tu. mulalah gelabah nak bawa apa. end up, penuh juga beg hitam karimor. bila timbang 16kg beserta ration.

sepatutnya powil mula golek tayar pada jam 8pg. tp diorangkan delay sikit ke jam 9 bagi laluan untuk trek balak kering kerana khabarnya semalam hujan di area gunung tapis. Mula-mula kakyang tak berapa faham kenapa nak kena tunggu trek powil kering. bila dah sampai tempat kejadian, baru tahu mcm mana rupanya trek tersebut. tanah merah semata. mmg akan licin berselut kalau hujan.

Jalan tanah merah tersebut merupakan jalan pembalakan yang masih aktif. terdapat beberapa tempat longgokan pengumpulan balak dan ada juga kawasan ofis pembalak di situ. kami sempat singgah bg menunaikan 'hajat' 2,3 org line up sebelum mula masuk hutan kerana once on trek, dah tiada waterpoint. 

Trek hutan bermula di penghujung jalan balak tersebut setelah hampir 2 jam kami kematu bontot melayan oleng powil. 

Dari pintu rimba kami mulakan perjalanan trek yang agak naik mendatar sikit demi sedikit. kakyang mcm biasalah. mulanya di hadapan, makin lama, makin menapak ke belakang. akhirnya terkebelakang terus. bila dah mula mencungap, mulalah kakyang menghambat sweeper ke hadapan. makin pewai bila dengar bunyi tapak kaki org di belakang terhenti menapak satu demi satu mengikut langkah kakyang. nasib baik lah mat min sabar dan kuat buat joke utk menghilangkan bosan menanti kakyang menapak. hahahaha nasib kau lah dik. hihi

makin lama, trek mula memacak naik meniti batu2 bukit dan tebing2 permatang. rupa treknya lebih kurang trek apad runan. meniti permatang tp steppingnya dah agak jelas, tapak kaki dapat diletakkan dgn lebih yakin.


Trek makin mencanak bila menghampiri ke campsite bongsai. sebelum sampai ke campsite, terdapat 1 pokok bonzai tua yang agak cantik. kakyang sempat bergambar sekejap kat sini buat pengubat penat. mentelah pula mat min rajin betul melayan pewai akak. diajaknya bergambar di situ sekejap. bila panas, di pangkasnya daun buat kipas. dah penat kipas sendiri, dia pula tlg kipaskan. punyalah dia nak bg semangat utk terus berjalan. rupanya, dari pokok bonzai tersebut, hanya 3 minit ngesot ke campsite. perjalanan dari pintu rimba ke camptsite mengambil masa 4jam pace leha2. 

punya la lega bila sampai campsite, kakyang terus campak beg ke tepi dan terus duduk melepaskan lelah di tepi ground yang dah mula dibentangkan utk membuat khemah. line up yg lain masing-masing sibuk bersoksek menyediakan khemah masing2.

sham tengah clearkan tapak camp utk khemah beliau, jone tengah tolong line up lain pasangkan hammock, team jengka tengah sibuk buat khemah diorang, team dapur tengah sibuk kumpulkan ration dan mula sediakan air panas. team gegel mula keluarkan barang masing2 untuk kegunaan di campsite.

bila petang menginjak malam, kakyang ke belakang campsite mencari port tandas. terserempak dgn nora dan ina tengah intai2 pokok bonzai tua yang lawa juga utk dibuat set pengambaran. terus lah kakyang join sekaki jd model tak berbayar kat situ. mentelah pula nora dan ina rajin pula nak tlg ambilkan gambar dgn hp dan gopro mereka yang canggih tu. rezeki la kan dpt gambar cantik2 bila ada member line up yg sangat creative gitu.

malamnya kami dinner dan mula buat hal masing2 sebelum masuk tidur bagi menanti hari ke 2.

seawal 5 pagi semua dah mula bangun dan bersiap. akhirnya kul 7 perjalanan dimulakan ke puncak yg hanya terletak 30-45 minit dari campsite. nampak dekat kan? tp dia punya tegakkkkkk... nauzubillah. mmg merangkak betul. 

selepas puas bergambar, bersarapan di sini, kami mulakan perjalanan ke belakang puncak untuk meneruskan perjalanan ke Gunung 3 Beradik yang katanya terletak 6 jam perjalanan dari puncak tapis.

trek ke permatang 3 beradik bermula dari taman bonzai yang cantik sebelum jumpa bonzai renek yang tak jelas treknya. suasana berkabus tebal masa kakyang melalui kawasan ini. membuatkan kakyang teringat suasana di Gunung Pulag. 

kemudian, dari situ kami meneruni tebing bercerun 90darjah ke bawah untuk sampai ke air terjun kering sebelum naik semula tebing di seberang sana menuju ke lost valley. trek agak licin. nasib baiklah telah disediakan tali-tali yang kukuh untuk menbantu memudahkan lagi perjalanan.

bila puas melayari trek yg bermossi, kami sampai ke satu alur sungai yang tenang, redup dan agak isolated di antara 2 permatang. tempat inilah yg dinamakan lost valley. suasana redup tu agak menyeramkan pada kakyang. seram2 pun, tetap sangat cantik! puas lah kami bergambar dan topup air di sini. inilah waterpoint yg ada. 

setelah puas bergambar dan berehat, kami teruskan perjalanan ke simpang permatang yang dijadikan tanda sebagai bermulanya trek  ke gunung 3 beradik.

treknya tidaklah terlalu hardcore. ada landai, ada menaik. begitulah sampai ke puncak, sepanjang perjalanan dari lost valley ke permatang tersebut, kami dijamu dgn pokok2 bonzai dan mossy yang masih tidak terusik.

kakyang sampai di puncak 3 beradik hampir jam 3.30pm. rehat, bergambar dan kembali treking semula jam 5pm. lama eh brenti? mmg lama sbb kusyuk bergambar! hahahah

memandangkan perjalan pulang dijangka akan OT hingga lewat malam, shah telah pecahkan line up kepada 2 kumpulan, yg laju 1 team, yg slow, 1 team. dgn syarat..kena jalan sama2 team. tak boleh lg berpecah kecil kemudiannya bagi mengelak sebarang masalah tersalah trek atau sebagainya.

kakyang sudah tentulah di team belakang bersama line up yang rajin bergambar. maka terjadilah team pace 18. hahahaha

alang2 dah akan OT, dan lambat ikut pace kakyang, depa santai piawai sungguh. sampaikan kakyang pula yg asyik ajak, dah la tu.. jom jalan, muahahahahah.

hasil dari santai2 piawai pace 18 ni, makanya... terhasillah gambar2 cantik sepanjang perjalanan tersebut. kami sampai ke campsite semula jam 1am. m

esoknya.. barulah masing2 ada tenaga nak bertanya pengalaman perjalanan masing2. masa ni lah baru tahu ada cerita yg agak misteri dan jadi tandatanya kami.

masa kami menuruni permatang 3 beradik selepas berehat sebentar bagi memberi laluan kepada waktu maghrib, amin, syam dan abu ada bgtau diorang nampak 3 lampu dari atas. dari agak2 amin, lampu tu sekitar taman bonsai. masa ni kakyang cuba tengok, tp tak nampak apa pun.

dari agakan amin, mungkin team hadapan sedang berada di situ. maknanya team hadapan tidaklah terlalu laju dan berada tidak jauh dari kami.

manakala team hadapan pula, nampak 3 lampu juga dari atas. mereka jangkakan kami berada sekitar lost valley. mereka pun menyangka kami laju dan tidak jauh di belakang.

bila di cross chk masa mereka nampak 3 lampu tersebut, dan masa kami nampak lampu tersebut, tiada titik pertindihan di situ. makanya masing-masing mulalah jeng jeng jeng....

apapun, kami abaikan perkara ini. 1001 kemungkinan sebenarnya. kita ambik mana yg patut sahaja. apapun juga.. alhamdulilah.. semua dah selamat dan success mencapai 2 peak. dlm masa kurang dari 24,

satu kepuasan yg amat sangat bila dpt mencapai peak gunung tapis yang tertanggung 29 tahun dahulu. double peak pula tu. satu kepuasan yang tak terhingga.

maaflah kakyang tak cerita terlalu details utk trip kali ni. masa dan mood agak terhad untuk betul2 details. moh layan gambar 


















No comments: