Hari ini hari terakhir trekking untuk kembali semula ke basecamp Desa Piliana. Bangun pagi dgn perasaan segar, puas, bangga dan semagat lain macam dengan kejayaan menawan puncak semalam walaupun tahu hari ini bakal menempuh 1 hari lagi perjalanan yang sangat panjang. Bayangkan masa naik 2 hari, masa nak turun 1 hari je? jarak perjalanan 2 hari di compresskan menjadi 1 hari. alasannya.. trek menurun sahaja. Ya. turun lah sangat. huhu
selepas semua bersarapan dan selesai sesi menunaikan hajat apa yg patut, kami mula bergerak keluar dari Shelter 4 dengan mendaki semula trek berbatu kecil yang longgar ke puncak Manukupa yang tersergam tinggi di depan mata. Salam good morning kata depa. waduhhhh... dari bawah nampak trek putih memanjang di tengah permatang Manukupa awal-awal lagi dah menimbulkan rasa sebu dan sebal. Manjat lagi! dah nak balik pun kena panjat lagi! gumam kak yang dlm hati. muka pewai mula keluar. muahahahhahaa

Dari puncak Manukupa, trek agak melandai naik turun roller coster mencelah mossy tebal sebagaimana datang haritu. Hujan lebat mula turun. menambah kan sukar perjalanan. Seperti biasa, kakyang sampai ke shelter 3 untuk regroup 30 minit lewat dari yang lain. masalahnya, nak naik pondok kena buka kasut. bila buka kasut dlm basah ni, mmg merempan lah bila nak pakai semula nanti. yg sedia basah kehujanan dan cuaca yg sejuk, makin sejuklah jadinya. Melihat keadaan kakyang yang dah menggigil kesejukan, abg adam terus hulurkan ground biru untuk buat cover badan sementara sementara menanti que untuk bergerak semula. Terus teringat kenangan stranded di Apad Runan dengan jaket biru. huhu.
Pada masa ini team hadapan dah bergerak terlebih dahulu.

"insyaallah ok. hadap je lah."
"ok ke lunch tu?" agaknya sham boleh sense kekuatiran kakyang. lgpun dia dah tahu peel pemakanan kakyang mcm mana. sure dia tahu tak cukup dgn menu sebegitu.
"makanan standby ada lg tak?" sham bertanya lanjut
"ada lg dgn abg adam. tp still risau bila kenangkan akan trekking lama lg. risau sampai terlalu lewat mlm" kakyang suarakan gusar hati.
"nah akak ambik ni stanby." dihulurnya satu energy bar. ambik je lah walaupun tahu belum tentu lagi energy bar tu boleh masuk mulut macik yang cerewet ni.
Team padu gerak dulu. tak mahu terlalu lama buang masa dlm kesejukan, kakyang menyusul beberapa minit kemudian. trek selanjutnya dari shelter 2 ke shelter 1 dah sedikit aman. langkah dipercepatkan sebaik mungkin dengan target nak sampai awal
setelah beberapa jam perjalanan tanpa henti, kami akhirnya sampai ke shelter satu hampir dengan waktu magrib. berehat tunaikan solat dan recharge sekejap, kami terus menuruni tebing ke sungai.

guide arahkan kakyang, abg adam dan abg mat untuk rehat seketika di tebing sementara dia dan porter yang lain giat mencari jalan. mereka cuba membuat lintasan di beberapa tempat mencari laluan yang selamat. setelah seketika kekiri dan kekanan, akhirnya mereka nekad untuk melintas sungai ikut laluan yg sedikit ke kanan trek. kami melewati sungai tersebut dengan air tinggi sedikit dari pinggang saling berpautan tangan untuk mengelak dari hanyut. dari tepi tebing sebelah sana, mereka mencari jalan untuk ke trek asal semula dan trek kembali memanjat ke atas bukit kecil sebelum kembali semula ke trek menuju ke pinggiran Desa Piliana
Apabila trek mula menuju ke sungai kecil yang perlu di harungi, itu bermakna kami semakin menghampiri hutan kebun. Itu juga bermakna sesi pendakian dah sampai ke penghujungnya. Lagipun hati dah berbunya-bunga kerana lampu Desa Piliana dah nampak di depan mata, Puncak Binaiya telah dijejak puncaknya dengan kalimat mental dibina fizik dianiaya.
![]() |
the team bersama guide dan porter |
No comments:
Post a Comment