Monday, April 8, 2024

Gunung Binaiya: The Adventure Part 3

summit attack! summit attack! hari ni summit attack!

Kakyang terjaga dgn laungan tersebut di dalam minda. Otak terus segar. tak boleh nak leha-leha. hari ni kena kuatkan semangat dan kudrat semula kerana hari ini akan menghadapi trek yang lebihhhhhhh panjanggggg dan mungkin kembali ke kemsite semula mlm.

dlm dok golek-golek cari semangat dan kekuatan untuk menanggalkan sleeping bag yang hangat dan nyaman untuk mengadap sejuk gedi shelter 4, badan terasa makin sejuk bila membayangkan menyarung kembali baju basah kehujanan semalam.

ishhhh..dah la sejuk, basah pula. mula trek awal pagi pula tu.. tak boleh jadi ni. otak kakyang mula ligat mencari solusi. lastnya kakyang mengambil keputusan akan summit attack dgn salinan tidur sahaja. tambahan pula esok ada 1 mlm shj lagi, baju spare boleh dijadikan sebagai baju tidur. 

kakyang mula bangun dan berkemas. selepas mengalas perut dgn sedikit milo dan nestum panas dan beberapa keping roti, kami mulakan hari penentuan itu dgn bertemankan lampu headlamp mendaki trek di belakang kemsite seawal jam 2.00 pagi.

kami mula melangkah. naik naik naik turun sekejap pastu naik naik naik lagi. kejap menurun pula, pastu eh.. naik balik. rasa macam kena scam pun ya. dah jln dlm gelap, layan je lah kan naik atau turunnya tu. tak nampak apa. sejuk hingga ke tulang tu jgn cakaplah. layan kan... target 4 jam ke puncak tipu sbb di situ nanti kami akan berhenti untuk makan pagi. seperti biasa, kakyang org terakhir bertemankan abg adam dan iben sebagai sweeper. sesekali kami bersaing dgn porter-porter yg membawa bekal utk perjalanan kali ini. dlm gelap nampak lampu-lampu mereka yang lain di kejauhan. kadang-kadang atas, kadang-kadang bawah tengok di mana mereka mendaki.

Akhirnya sekitar menjelang subuh kakyang sampai di puncak tipu yang terletak agak bawah sedikit dari puncak bintang. mereka yang lain dah ada di situ. menunggu kakyang untuk regroup bagi mengurangkan jurang jarak. kesian mereka kesejukan menanti macik siput ni. maafkan daku adik-adik padu.

Dari sini, kakyang ingatkan kami akan naik breakfast dan ke Puncak Bintang dahulu, rupanya tidak. Kami terus menyusur lereng barbatu longgor yang curam untuk turun kebawah menuju ke checkpoint Nasapeha. Katanya seringkali sini dijadikan kem site emergancy bilamana ada group yang tak dpt menepati timing kembali ke Shelter 4. Kem Nasapeha ni terletak di lembah tinggi yang gagak sejuk dan lembab. Kawasannya bermossy tebal.

Kakyang hanya pandang sekilas signboard kem yang terpaku di pokok bongsai bermossi tebal di sebelah kiri. lagipun cahaya tak cukup terang untuk dptkan gambar yang cantik, balik nanti lah kita singgah bergambar jika ada rezeki.

Perjalan di teruskan sambil menikmati bongsai dan mossi yang tebal, gebu, segar dan cantik walaupun dalam samar-samar cahaya. subhanallah.. belum pernah kakyang tengok mossy yang nampak seperti ada penjaga mcm ni. di sebelah kanan trek, mossy di bahagian dalam makin memanggil-manggil. ada satu kawasan tu kakyang nampak mossy tu mcm permaidani terhampar luas di celah-celah pokok bongsai besar. hati rasa mcm nak je masuk dan explore kawasan tersebut. tp akal menghalang bila teringat pesan org-org tua.

Langkah diteruskan meninggalkan kawasan tersebut dan terus meniti trek selanjutnya bersulamkan pokok paku tinggi. makin lama trek mula menaik kembali membawa ke permatang batu selanjutnya. cahaya matari pagi mula menyinari permatang makin menampakkan rupa bentuk bumi dan trek yang di lalui. Langkah kakyang yang sedia perlahan makin perlahan jadinya bila meniti trek longgar begini. silap langkah, kaki terslide ke tepi, ke bawah sanalah carinya. nauzubillah... sambil meniti trek longgar, mulut kakyang tak putus-putus mengucap berselang seli dgn mengaruk bila tak habis-habis gayat dgn keadaan trek. abg adam dan ipen lah yang jadi mangsanya bila seringkali diminta hulurkan tangan untuk jadi penahan diri dari gayat tebing. kakyang berjalan tanpa berani memandang tepi. GAYAT!

Di atas permatang batu kars ini kami disajikan dengan pemandangan sunrise yang paling cantik. berlatarkan puncak bintang dan banjaran di sekitarnya, kilau cahaya pagi umpama emas bersinar. kami terleka seketika menikmati pemandangan yang sukar digambarkan dgn kata-kata. jika di tanya orang kenapa nak penat-penat mendaki, inilah salah satu sebabnya. tiada boleh di cari pemandangan mcm ni.

Batuan karst yang tajam dan berwarna agak hitam keperangan ini menjadikan trek indah sekali. terselit lumut2 halus berwarna hijau dan oren di celah-celah batu. dihiasi pula dengan bunga-bunga rumput berwarna warni. ada juga sejenis rumput halus mcm karpet di atas lantai-lantai trek berbatu ini. tak pasti pula itu rumput atau lumut sebenarnya.

Setelah penat bergambar dan berhenti seketika untuk solat subuh, kami berhenti berhenti sarapan seketika di satu lagi lembah mossy yang tak kurang cantiknya sekitar jam 7 pagi. trek yang turun naik sangat melelahkan kakyang sampai muntah- muntah angin. lazat sekali trek ke puncak binaiya ini. getus kakyang dalam hati.

Selepas sarapan, kami menyambung kembali perjalanan yang masih jauh untuk di gapai. dari jauh kakyang nampak geng depan dah mcm semut di permatang sebelah sana. fuhhhh jauhnya tertinggal kali ni. tak lalu nak mengadap trek naik turun sebegini. "puncaknya di mana iben?" kakyang mula berbasa basi utk sedapkan hati sendiri

"masih jauh kak. belum nampak lagi" belum nampak lagi? ku sangka puncak tinggi di hadapan, rupanya belum nampak lagi. bila nampak geng lain dah atas permatang sana, kakyang mula sebal. abg adam dan abg mat pun dah sepelaung jauhnya di hadapan. trek yang melereng dan berbatu longgar ini menyukarkan lagi perjalanan kakyang.

kaki terus melangkah menyusuri trek ke puncak yang sekejap naik, sekejap turun. sekejap mencelah batu tajam bergerigi, sekejap mencelah pokok paku tinggi. ada ketika tu tak nampak pun treknya sbb terlalu tinggi pokok pakunya.

Satu masa kami sampai satu kawasan yang macam Jurasic Park. pokok2 bongsai dan paku renek bersulam dgn flora pakis giant yang dikenali dengan jolokan 'Pakis Binaiya' yang tinggal di hujung2 usianya sahaja tapi masih kukuh berdiri untuk di hayati.

Dalam kelelahan meniti trek dan keasyikan menikmati keindahan alam itulah akhirnya kakyang tiba Puncak Binaiya lewat 1 jam dari group depan dalam hujan.

Alhamdulillah..Sampai jua ke puncak ke 6 tertinggi summit indonesia yang khabarnya merupakan trail nombor dua paling sukar di daki setelah Carzten. Alhamdulillah..

Selepas puas bergambar dan berehat seketika, kakyang dan abg adam muafakat untuk terus turun lebih awal dari yang lain bertemankan ipen setelah menimbangtara keadaan trek dan tempoh perjalanan yang bakal ditempuh untuk pulang nanti. Bagi tidak melewatkan lagi sampai ke shelter 4, dan mengelak terlalu keletihan, kakyang redha dgn keputusan yang diambil untuk tidak turut serta dlm misi selanjutnya oleh team yang lain.

Sebagaimana naik, begitulah juga turun. perjalanan balik bertemankan hujan dan matahari, makanya baru nampak rupa bentuk bumi sebenar yang dilalui awal pagi tadi. Naik batu, turun mossy. naik batu turun mossy. sampai bila nak mengadap batu-batu longgar tak habis-habis yang kakyang rasakan lebih panjang dan menakutkan dari rock garden Gunung Tambuyukon. rupanya trek dlm gelap sebelum subuh tadi dari awal adalah permatang kecil yang kiri kanannya adalah tebing curam. Masyaallah... bila balik dlm terang, baru terasa gayatnya!. masa naik pg tadi tak rasa apa2 pun. hahaha

Sebelum sambung perjalanan pulang ke shelter, kami sempat singgah di Yellow camp untuk lunch dan naik ke Puncak Bintang yang kami skip pagi td untuk bergambar. Alhamdulillah ada bonus puncak. dan bonus juga dpt bergambar di area mossy di check point Nasepeha pg td!. Triple bonus nih.

Setelah menempuh naik turun trek, akhirnya kakyang dan Abg Adam sampai semula di Selter 4 sebelum gelap.

Alhamdulillah dpt mandi2 dan rehat dgn lebih panjang.









No comments: