Kalau tak silap untuk ke Gunung Binaiya ada 2 trek. Satu dari Desa Piliana dan lg satu dari jalur Kanike yang terletak di sebelah utara pulau. kalau tak silap lg lah, trek dari jalur ini lg jauh. Mentelah itu kami memilih untuk naik dari jalur Desa Piliana.
seperti yg kakyang dah ceritakan dlm post yg lepas, nak sampai ke desa Piliana bukannya mudah. Dari KL terbang ke Makassar pastu tukar pula flight local untuk sampai ke Ambon, Maluku. Pastu naik pula kenderaan ke Jeti Telehu untuk ambil feri ke Alamahai, Pulau Seram.
Dah sampai Pulau Seram, lg sekali naik kereta menempuh perjalanan 5,6 jem ke Desa Piliana. Bayangkan berapa banyak transit kami kena mengadap. angkat beg, letak beg, angkat beg, pindah beg. pastu dok berjam-jam dlm kapalterbang, kereta dan feri sampai kematu pungkoq bak kata org kedah. hahahhaa
Demi sebuah puncak, ku relakan shj. haaa gitewww..
Kami sampai ke desa piliana dah hampir lewat petang. terus angkat beg masuk ke rumah penduduk yang dijadikan 'basecamp' untuk trip kali ini. mengikut kata guide, di sini mereka jadikan rumah penduduk sebagai basecamp secara rotation untuk jadikan ianya sebagai sumber pendapatan secara adil bg semua.
makanya, tuan rumah yang jd basecamp juga yang akan sediakan makanan dan minuman sepanjang keberadaan di sana.
Basecamp kali ini di rumah Abang Ipen. rumah batu berbilik 2. satu bilik yg kakyang rasa bilik anaknya di buka untuk kegunaan kami. rumah tersebut ada 2 ruang tamu. dan satu dapur yang agak luas terletak sedikit ke bawah dari ruang lain.
setelah berehat sekejap dan suai kenal dgn persekitaran basecamp, kami ke rumah Tok Adat bagi menjalani ritual wajib adat penduduk sana bagi semua pendaki yang akan ke Gunung Binaiya. Tok Adat yang berpakaian merah ditemani isterinya akan membacakan doa dan sedikit 'tazkirah' di dalam bahasa mereka. Idak pula kakyang fhm apa yang dicakapkannya. Kemudian kami diminta untuk mengambil umbut pinang di dalam pinggan merah untuk dikunyah. umbut pinang dicicah bersama sedikit kapur, dikunyah hingga mengeluarkan air dan air tersebut kemudian diludah keluar tingkap. hampasnya boleh lah di telan. payau pahit pinang melekat di dalam mulut utk seketika. merah je bibir semua. hahahaha
Kemudiannya Tok Adat akan bacakan doa dan usap ke badan semua satu persatu. tangannya akan berhenti seketika di betis kaki. agaknya itu doa penguat tenaga dan kaki supaya tetap semangat mendaki kot.
Setelah semua selesai, lagi sekali Tok Adat memberi pesanan supaya nanti di atas sana, jgn memandang sebelah kiri di Puncak...?. Kenapa? apa maksud pesanan tersebut? semuanya jd tandatanya. esoklah mendaki kita cari jawapan sendiri.
Kami kembali semula ke rumah abg ipen untuk membuat persiapan bg perjalan mendaki.
Ke esokan harinya, selepas sarapan nasi kuning dan sambal yg sedap, kami dah bersedia untuk memulakan pendakian. Selepas berdoa dan sedikit bergambar, kami diperkenalkan dgn guide, Abg Yusof dan juga porter/crew yang akan membantu sepanjang pendakian nanti. kami berlapan je, crew 9 org. hahahaha lebih ramai crew dari pendaki!
dari basecamp kami mula menapak naik sedikit demi sedikit menyusuri tepi-tepi rumah pendukuk ke belakang kampung. dari situ melewati trek2 kebun kampung sebelum makin lama makin masuk ke dalam hutan melintasi 1,2 sungai kecil . Pintu rimba pendakian bermula dari Sungai Yahe.
Waktu dah menginjak tengah hari.
"Abg ipen, makan tengahharinya mana?"
"dekat Sungai Yamitala kak"
wahh..nama tempat2 di sini agak unik-unik. nak jepun tak jepun, nak hawai tak cukup hawai. hehe
Kakyang mula berangan. bolehlah berendam di sungai sebentar utk sejukkan diri. trek di sini agak panas tidak berangin. disebabkan hutan masih dekat dengan laut. berkuap kata org kampung cheq.
langkah diteruskan hingga bunyi sungai mula kedengaran. wah.. dah dekat dah dekat. bila trek mula menurun ke tebing sungai, mula nampak yg lain tengah santai-santai bergambar dan berehat.
"jom naik shelter 1. makan di atas." ancha bersuara.
eh... ala.. tak dptlah nak mandi sejukkan badan. huhu
kakyang menuruti sahaja mendaki tebing sebelah menuju ke Pos 1. lunch telah siap terhidang.
Setelah sejam berehat sambil makan, kami meneruskan perjalanan selanjutnya. Trek semakin menaik. tapi masih santai. tapi masih bisa buat mengah utk si debab mcm kakyang ni. aduh.. mengah. mengah. layankan aja...
selepas beberapa jam berjalan, kakyang sampai ke sungai kecil yg menjadi waterpoint untuk Shelter 2, Kem Ayemoto dalam hujan. trek mula berselut. utk naik ke shelter, kena naik tebing sedikit. makin berselutlah seluar nampaknya...
"Apani! apani! eiwwww .." kakyang mulakan drama sebaik shj sampai di shelter.
"Alamak.." bertempiaran yg lain mencari baju dan kain utk cover badan. masing-masing 'berleging' menghilangkan penuh di beranda pondok. hahahhaa mesti depa lupa depa bawak sorang macik dlm trip ini. kiki
Di Shelter 2 ada beberapa pondok. 2 berdinding dan 2 lg hanya berbumbung dan agak usang. Pondoknya agak kecil. Sekilas pandang kakyang boleh agak tak muat untuk menempatkan kami ber8 ni. pasti ada yg kena tido luar. kita lihat siapa yg kena...
Pemandangan laut di tepi Desa Piliana dari jalan kebun di belakang desa |
No comments:
Post a Comment